Isnin, 31 Disember 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tahun 2013 ceriakan rakyat

Posted:

Tahun 2013 ceriakan rakyat

Tahun 2013 ceriakan rakyat

Oleh ZULKIFLI MANZOR dan LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR
berita@kosmo.com.my

GOLONGAN berpendapatan rendah dapat mengurangkan beban kehidupan mereka dengan bantuan BR1M yang akan mula di bayar pada Februari depan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Pelbagai bantuan dan insentif bakal dinikmati segenap lapisan masyarakat di negara ini pada tahun depan hasil daripada pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 28 September lalu.

Paling menarik ialah sebahagian besar peruntukan yang dibentangkan dalam bajet tersebut akan memberi manfaat secara terus kepada rakyat sama ada dalam bentuk wang tunai atau rebat cukai.

Antaranya ialah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, Skim Rumah Pertamaku, penurunan kadar cukai pendapatan individu, bonus satu bulan gaji kepada 1.3 juta penjawat awam serta bantuan wang tunai kepada 5.4 juta pelajar sekolah.

Manfaat itu tidak termasuk bantuan dan insentif lain seperti elaun bantuan sara hidup nelayan, peningkatan pencen minimum, sumbangan kepada bekas tentera, rebat pembelian telefon mudah alih pintar 3G dan Baucar Buku 1Malaysia.

Insentif dan bantuan yang disebut itu dianggarkan melibatkan peruntukan bernilai kira-kira RM10 bilion oleh kerajaan untuk rakyat melalui Bajet 2013.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pasrah walaupun banglo diroboh

Posted:

Pasrah walaupun banglo diroboh

Pasrah walaupun banglo diroboh

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
zaini.hadi@kosmo.com.my


lokasi rumah Jamaluddin (dalam bulatan di kiri) dan Zulhasnan (kanan) yang akan dirobohkan.


KUALA LUMPUR – Dua bekas menteri Kabinet terpaksa menyambut kedatangan tahun baru 2013 dengan berita sedih apabila banglo mereka di Puncak Setiawangsa di sini yang berdepan insiden tanah runtuh baru-baru ini disahkan tidak selamat dan terpaksa dirobohkan.

Mereka ialah Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Jamaluddin pernah memegang jawatan sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi manakala Zulhasnan Rafique pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Mohd. Taufik Harun berkata, keputusan untuk merobohkan banglo mereka dibuat kerana struktur tanah di kawasan itu tidak selamat.

Beliau berkata, langkah itu juga bertujuan memberi ruang kepada zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.

Menurutnya, sebanyak tujuh buah rumah yang terletak di Jalan Puncak Setiawangsa 2 dikesan mengalami keretakan yang boleh mengundang bahaya.

"Kita sedang cuba untuk menyelamatkan tiga atau empat buah rumah di kawasan itu termasuk rumah dua ahli parlimen berkenaan.

"Bagaimanapun, semua itu bergantung pada keadaan dan jika perlu untuk dirobohkan, kita terpaksa melakukannya demi menjaga keselamatan penduduk yang lain," katanya ketika ditemui di lokasi tanah runtuh di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ikan darat, putu halba rezeki tengkujuh

Posted:

Ikan darat, putu halba rezeki tengkujuh

Ikan darat, putu halba rezeki tengkujuh


NORZIRA menyediakan putu halba di gerainya di Rantau Panjang semalam.


RANTAU PANJANG - Di sebalik musim tengkujuh yang mengundang bencana banjir di Kelantan, ia turut membawa rezeki kepada penduduknya.

Setiap kali musim banjir, jualan ikan air tawar atau ikan darat dan sejenis makanan yang dinamakan putu halba boleh didapati di sana sini.

Ikan air tawar seperti toman, sebarau, keli, belut dan tembakan dijual hidup di tepi jalan dan putu halba yang ramuan utamanya adalah ubi kayu.

Mohamad Abd. Noh, 36, yang pada hari biasa berniaga getah sekerap, akan menjual ikan air tawar di tepi jalan Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran Sungai Kalbat 5.

Menurutnya, dia memperoleh pendapatan sehingga RM300 sehari dengan menjual ikan air tawar dalam tempoh dua bulan musim tengkujuh.

"Ikan-ikan ini saya dapat dengan memukat sendiri dan dibeli daripada orang lain," ujarnya ketika ditemui semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved