Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Pemimpin turun padang ziarah penduduk kampung
- Anak polis Johor belajar IT
- UniMAP anjur kursus jati diri
Pemimpin turun padang ziarah penduduk kampung Posted: Pemimpin turun padang ziarah penduduk kampung![]() HAMISA (duduk enam dari kiri) bersama penduduk kampung di Tawau baru-baru ini. TURUN PADANG. Seramai 50 penduduk menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat sempena Program Salam Sayang di Kampung Sungai Tongkang dan Kampung Bergosong, Pulau Sebatik, Tawau, Sabah baru-baru ini. Sepanjang program sehari itu, Hamisa sempat menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan selain mendengar sendiri masalah yang dihadapi penduduk kedua-dua kampung. Kesempatan bertemu pemimpin setempat turut digunakan penduduk kampung untuk mendengar sendiri pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan dalam memberi pembangunan khasnya kepada penduduk Sabah. "Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan BR1M 2.0 untuk golongan muda selain Program Bantuan Rumah an pemberian subsidi adalah bukti kerajaan sentiasa menjaga kebajikan rakyat," kata Hamisa. |
Posted: Anak polis Johor belajar IT![]() MOHD. MOKHTAR (tengah) bersama anak-anak polis yang tamat menjalani kursus asas komputer di IPK Johor Bahru baru-baru ini. TAMAT KURSUS. Sempena cuti sekolah, seramai 36 anak-anak polis pelbagai peringkat umur telah menyertai kursus asas komputer yang diadakan selama empat hari di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor Bahru, Johor baru-baru ini. Kursus anjuran polis kontinjen Johor itu telah bermula pada awal Disember lalu dengan dua sesi pembelajaran asas komputer dan mempelajari selok-belok mengendalikan perisian Microsoft Office. Kesemua mereka diberi tunjuk ajar oleh tenaga pengajar dari Unit Teknologi Maklumat (IT) IPK Johor Bahru. Pada hari terakhir kursus, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff menyampaikan sijil penghargaan kepada para peserta yang telah mengambil bahagian. |
Posted: UniMAP anjur kursus jati diri![]() SEBAHAGIAN daripadai 80 kakitangan UniMAP yang menyertai KPJN siri ke-3 di Johor baru-baru ini. JATI DIRI. Seramai 80 kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyertai Kursus Pemantapan Jatidiri Nasional (KPJN) siri ke-3 bagi mencapai sasaran UniMAP menempatkan diri dalam kedudukan 500 universiti terbaik di dunia menjelang tahun 2020. Bertemakan Sedekad Gemilang, Bertekad Terbilang, KPJN membincangkan tiga topik iaitu senario politik negara, ekonomi dan isu-isu keselamatan negara yang diadakan di M Suites Hotel, Johor Bahru dan Singapura baru-baru ini. Selain itu, program terbabit juga menjadi medan menganalisis pencapaian pelan strategik UniMAP bagi tahun 2011 dan 2012 serta seterusnya memastikan strategi universiti tercapai menjelang 2015. Program tersebut diketuai oleh Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan antara tokoh yang dijemput iaitu Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Fuad Hassan dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd. Sofian Md. Makinuddin. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan