Selasa, 11 Disember 2012

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Kanak-kanak lebih selamat berinternet

Posted:

Kanak-kanak lebih selamat berinternet

Kanak-kanak lebih selamat berinternet

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

KECANGGIHAN teknologi masa kini menyebabkan anak-anak kecil juga terkena tempiasnya. Buktinya mereka semakin celik teknologi maklumat (IT) dan pandai menggunakan alat-alat komunikasi yang ada.

Malah, situasi anak-anak melayari laman web melalui komputer riba, tablet atau telefon pintar boleh dilihat di mana-mana sahaja seperti pusat beli-belah, restoran makanan atau di tadika.

Bagaimanapun, kemudahan internet yang mudah dilayari tanpa sebarang batasan mampu memberi kesan negatif kepada perkembangan minda anak-anak. Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam menyediakan pendidikan siber terbaik buat si kecil.

Bagi ibu bapa yang tercari-cari laman sosial yang sesuai untuk anak-anak, wilby.tv atau The Universe of Wilby mungkin jawapan kepada pencarian anda.

Laman ini diasaskan oleh tiga warga Kanada, David Banford, Jimmy Bouchard dan Rejean Gauthier yang prihatin terhadap keselamatan penggunaan talian atas talian dalam kalangan kanak-kanak di serata dunia pada tahun 2010 melalui penubuhan Wilby Inc.

Ia juga merupakan khidmat sosial dalam talian antarabangsa bagi membantu kanak-kanak berusia seawal tiga tahun ke atas dan keluarga untuk berkembang dan membesar dengan sihat.

Apa yang pasti, The Universe of Wilby menyediakan pembangunan kendiri yang lebih berkesan melalui penggunaan internet sebagai medium yang menyeronokkan dan selamat bagi kanak-kanak.

Avatar sendiri

Pengarah Urusan Wilby Malaysia, Farzad Mojahedi berkata, wilby.tv menawarkan persekitaran positif, hiburan informatif dan berpendidikan bagi kanak-kanak di seluruh dunia.

"Berfungsi seperti laman Facebook, The Universe of Wilby direka khas dengan sokongan ibu bapa bagi memantau pergerakan anak-anak ketika melayari laman tersebut.


ZEN YI (kanan) teruja melayari laman sosial wilby.tv berama ayahnya, Seng Yap.


"Di sini, kanak-kanak yang mendaftar sebagai ahli boleh membuat avatar mereka sendiri, meluahkan perasaan, berkomunikasi, mempelajari bahasa baharu, menonton video dan bermain permainan yang disediakan.

"Secara tidak langsung, mereka dapat menambah ilmu pengetahuan dan seterusnya meningkatkan kecerdasan minda," jelas Farzad merangkap Pengarah Urusan Happy Boat Sdn. Bhd., syarikat yang bertanggungjawab menguruskan operasi Wilby Malaysia sejak dua tahun lalu.

Permainan tersebut sudah pun digunakan sebagai medium pembelajaran di lebih 20,000 buah sekolah rendah di seluruh dunia.

Laman itu menawarkan animasi seorang budak lelaki, Wilby yang berusia 10 tahun bersama ular peliharaan yang dinamakan Sticky. Mereka akan berkongsi pengalaman hidup seorang kanak-kanak dan berinteraksi dengan ahli secara langsung di alam maya.

Berkomunikasi dengan ibu bapa

Sementara itu, Ketua Lembaga Pembangunan Perniagaan Wilby Malaysia, Ahmad Yazdi memberitahu, secara umum wilby.tv selamat digunakan bagi kanak-kanak. Ini kerana ibu bapa atau guru yang dikenali sebagai supporter bertanggungjawab mencipta akaun anak mereka yang mahu menyertai dunia Wilby.

"Justeru, mereka akan memainkan peranan untuk memantau dan melihat perkembangan anak masing-masing di dalam talian. Di samping itu, tidak ada ahli dewasa lain, selain supporter utama yang dapat berkomunikasi dengan kanak-kanak tersebut.

"Kesimpulannya, kanak-kanak tidak akan berhubung dengan mana-mana individu yang tidak dikenali sekali gus mengurangkan risiko culik dan terbatas dengan penggunaan bahasa lucah atau maklumat yang tidak sepatutnya," kata Ahmad sambil menambah bahawa segala maklumat akan disemak, disunting dan diluluskan oleh pihak Wilby Inc. sebelum disiarkan.

Selain itu, wilby.tv telah mencipta satu alternatif bagi menyelesaikan masalah apabila kanak-kanak tidak gemar berkongsi perasaan dengan ibu bapa.

"Sebenarnya, ibu atau bapa yang berperanan sebagai penyokong utama akan menjawab semua mesej anak mereka dalam watak sebagai Wilby tanpa diketahui anak mereka. Maka, dengan cara ini ibu bapa akan lebih tahu kehendak dan perasaan anak mereka dengan lebih mudah," ungkap Ahmad lagi.


REKA bentuk laman ini yang kemas dan teratur memudahkan kanak-kanak untuk melayarinya.


Bagi Chu Seng Yap pula, sebagai bapa dia mahu memastikan anak lelakinya, Chu Zen Yi, 3, mendapat didikan yang sewajarnya sejak kecil. Oleh itu, kewujudan wilby.tv sangat berguna buat mereka.

"Saya mula mengenali wilby.tv sejak dua bulan lalu melalui satu laman web. Sejak itu, saya terus mendaftarkan Zen Yi sebagai ahli kerana dia gemar bermain permainan di internet.

"Ternyata laman ini amat berguna dan berjaya menarik perhatian Zen Yi untuk melayarinya setiap hari terutama selepas saya pulang dari kerja. Apa yang membuatkan saya gembira, dia akan mengikut contoh baik yang ditunjukkan oleh watak Wilby dalam video yang ditonton.

"Antaranya tidak membazir, menghormati ibu bapa dan berjimat-cermat," tutur Chu Seng, 28, yang bertugas sebagai pengarah pemasaran di sebuah syarikat swasta di Kepong, Selangor.

Tambahnya, dia turut mempromosi wilby.tv kepada sepupu dan rakan-rakan yang mempunyai anak kecil agar tidak ketinggalan untuk menyertai laman berkenaan.

Komitmen menanam 'benteng' semula jadi

Posted:

Komitmen menanam 'benteng' semula jadi

Komitmen menanam 'benteng' semula jadi

Oleh ADLAN JAAFAR


ANAK pokok bakau yang ditanam turut diikat pada pancang sokongan.


SEPATUTNYA acara penanaman pokok bakau di Pulau Burung, Pantai Cahaya, Port Dickson bermula sekitar pukul 8 pagi tetapi manusia hanya merancang, hujan lebat telah merencatkan program itu.

Hampir semua atur cara yang dirancang pada hari itu tidak dapat dianjur, malah program menanam pokok bakau juga sudah dibatalkan pada mulanya.

Barangkali oleh kerana niat dan usaha yang murni itu tidak mahu disia-siakan, hujan beransur reda seterusnya acara menanam pokok bakau dapat dilakukan lebih kurang tiga jam kemudiannya.

Tetamu kehormat pada acara yang dianjurkan oleh Landskap Malaysia (LM) itu, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah turut kembali ke lokasi untuk sama-sama menanam pokok yang menjadi benteng semula jadi itu.

Program yang bertemakan Hutan Kita itu merupakan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dengan disokong Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Umum mengetahui mengenai peri pentingnya tanaman bakau di tebing sungai terutamanya selepas kejadian tsunami pada tahun 2004.

Kesan daripada gesaan para cerdik pandai dan bencana alam itu maka, banyak pihak yang turun padang untuk cuba menyelamatkan alam sekitar dengan menanam pokok.

Berdepan ancaman

Pokok bakau merupakan pokok yang sukar untuk membesar kerana banyak ancaman dihadapi sepanjang proses ia tumbuh menjadi dewasa dan kuat.

Jika ditanam dengan menggunakan kaedah lama iaitu dengan cara mencucuk anak benih, kebarangkalian pokok yang dapat hidup adalah sebanyak 20 peratus.

Apabila air pasang, ombak akan membawa anak-anak benih pergi menjadi penyebab peratusan amat rendah.

Dalam program Hutan Kita, anak-anak pokok bakau yang sudah mencapai ketinggian lebih kurang 30 sentimeter ditanam.

Kemudian, anak pokok diikat pada pancang kayu dan dibiarkan sehingga betul-betul membesar pada saiz yang dirasakan sudah cukup kuat untuk berdiri sendiri tanpa sokongan.

"Namun, kaedah yang digunakan ini masih kecil peratusan untuk semuanya hidup dan membesar. Hanya 40 peratus yang mampu hidup dan matang," kata Pengurus Besar LM, Othman Sulieman pada acara itu.

Terangnya, antara ancaman yang boleh ada walaupun anak pokok yang agak besar ditanam ialah teritip yang hidup melekat pada batang pokok bakau.

Selain itu, hutan bakau juga merupakan habitat pelbagai fauna dan antaranya monyet. Anak bakau atau pucuknya amat digemari oleh haiwan tersebut untuk dijadikan sebagai makanan sekali gus boleh mengurangkan kadar bilangan pokok yang boleh membesar.


PARA peserta yang menanam anak bakau berkejar dengan masa kerana bermula lewat.


Hutan pokok bakau bukan sahaja menjadi penahan ombak besar daripada menghakis gigi pantai tetapi ia juga boleh bertindak menjadi penapis semula jadi.

Sampah-sarap yang dibuang ke pantai boleh dikumpulkan di persekitaran pokok bakau apabila terperangkap pada celah-celah akarnya.

Disebabkan program tersebut bermula agak lewat, para sukeralawan yang terdiri daripada kakitangan OUM, LM, AEON, MPPD dan Sekretariat Malaysia Prihatin harus bertungkus-lumus mempercepatkan kerja sebelum air laut mula kembali pasang.

Pada acara tersebut, sebanyak 1,000 batang pokok bakau berjaya ditanam.

Fungsi mod wayang gambar

Posted:

Fungsi mod wayang gambar

Fungsi mod wayang gambar


LEGRIA HF R38 mempunyai tetapan penyaring gaya wayang gambar yang memberikan mood rakaman filem.


FIZIKALNYA kecil dan ringan, kamkorder terbaharu Canon, Legria HF R38 kini lebih memudahkan pengguna terutamanya setelah dilengkapi skrin sesentuh yang memudahkan navigasi menu.

Butang Home pula memastikan pengguna kembali ke menu asal dengan hanya menekan butang tersebut.

Selain menawarkan rakaman dalam definisi tinggi penuh dalam format fail MP4 atau AVCHD, lensa video siri HF R pada gajet ini mempunyai 51 kali kuasa zoom yang memastikan pengguna dapat merakam gambar dengan mudah walaupun dari jarak jauh.

Lensa video Canon memiliki sistem optikal canggih dan mampu bertindak dengan pantas, senyap dan tepat manakala masalah herotan imej berada pada tahap minimum.

Siri HF R juga mempunyai Sensor Full HD CMOS menyamai 3.28 megapiksel yang dijana cip pemprosesan DIGIC DV III untuk imej berkualiti tinggi.

Sistem Penstabil Imej (IS) secara automatik mengadaptasi senario semasa ketika rakaman dibuat. Ia menukar menjadi salah satu daripada empat mod yang ada iaitu Dinamik, Kuasa, Makro dan Tripod supaya senang melakukan pengambaran.

Ciri Smart Auto pula dapat mengesan sehingga 38 adegan berbeza seperti cahaya belakang (backlit) atau matahari terbenam (sunset). Ia akan memilih tetapan yang paling optimum bagi memberikan hasil terbaik.

Menarik mengenai Legria HF R38 ialah ciri jalan cerita yang memberikan pengguna memilih jalan cerita dan rakaman dibuat berdasarkan tetapan yang dipilih.

Tetapan penyaring gaya wayang gambar pula memberikan mood rakaman filem. Terdapat tujuh pilihan tetapan yang berbeza seperti Vivid memberikan warna yang menyerlah manakala Cool menjadikan rakaman seakan-akan filem fiksyen sains.

Legria HF R38 juga mempunyai sambungan WiFi jadi, hasil karya anda boleh dikongsi dengan rakan-rakan terus ke laman sosial atau YouTube tanpa perlu dipindahkan dalam pemacu cakera keras komputer peribadi.

HF R38 didatangkan dengan memori binaan dalaman sebanyak 35 gigabait dan disertai slot kad SDHC atau SDXC. Jadi, jangan risau apabila terlalu banyak melakukan rakaman.

Harga pasaran runcit yang dicadangkan bagi Legria HF R38 ialah RM2,399.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved