Selasa, 6 November 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pindaan Seksyen 376 Kanun Keseksaan diteruskan

Posted:

Pindaan Seksyen 376 Kanun Keseksaan diteruskan

06/11/2012 7:54pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan pindaaan Seksyen 376 Kanun Keseksaan supaya mereka yang didapati bersalah merogol gadis di bawah umur dan dijatuhi hukuman penjara mandatori tidak boleh merujuk seksyen lain bagi meringankan hukuman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pindaan membabitkan kesalahan merogol gadis di bawah umur itu adalah untuk menghalang hakim daripada menggunakan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.

"Pindaan yang dicadangkan itu bertujuan hakim tidak boleh mengguna pakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) yang memberikan mahkamah kuasa budi bicara dalam menjatuhkan hukuman," katanya kepada pemberita selepas bertemu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu beliau mengkaji semula pindaan Seksyen 376 Kanun Keseksaan di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dan aktivis wanita Maria Chin Abdullah.

Pada sesi Dewan Rakyat 15 Oktober lepas, Mohamed Nazri ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi Jabatan Perdana Menteri berkata keputusan meminda seksyen itu dibuat berikutan jumlah kes rogol melibatkan gadis bawah umur yang terlalu tinggi. - BERNAMA

Penjenayah rompak wang gaji pekerja RM1.3j dua minit

Posted:

Penjenayah rompak wang gaji pekerja RM1.3j dua minit

06/11/2012 7:35pm

MIRI - Sekumpuan perompak bersenjatakan parang dan senapang patah merompak wang gaji pekerja sebuah syarikat kontraktor berjumlah RM1.3 juta dalam tempoh dua minit dalam kejadian pada 3.10 petang ini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Marudi, DSP Abu Bakar Mokhtar berkata, ketika kejadian, kenderaan pacuan empat roda itu yang dinaiki empat pekerja syarikat kontraktor berkenaan dalam perjalanan dari Bintulu ke Lapok Marudi di Miri.

"Lokasi mereka dirompak ialah tujuh kilometer dari simpang Beluru ke Lapok," katanya di sini hari ini.

Abu Bakar berkata, sewaktu dalam perjalanan kenderaan Hilux yang dinaiki pekerja syarikat kontraktor tersebut tiba-tiba dihimpit oleh sebuah Hilux.

Abu Bakar berkata, perompak berkenaan yang bertopeng dipercayai enam hingga tujuh orang terus memecah salah satu cermin kenderaan pacuan empat roda itu, dan terus mengambil wang gaji tersebut dan memecut melarikan diri. - BERNAMA

Lelaki larikan wang tunai RM3,000 dari pos mini

Posted:

Lelaki larikan wang tunai RM3,000 dari pos mini

06/11/2012 7:20pm

MELAKA - Sebuah pejabat pos mini di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini kerugian RM3,000 dalam satu rompakan, semalam.

Dalam kejadian pada 2.25 petang itu, seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal memberhenti dan meletakkan kenderaannya secara melintang di hadapan pintu masuk pejabat pos berkenaan sebelum menuju ke kaunter.

Lelaki yang memakai topi keledar dengan pelindung muka itu kemudian meminta lima keping setem bernilai RM10 daripada seorang pekerja wanita berusia 45 tahun di pejabat pos berkenaan.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, lelaki terbabit bertindak mengeluarkan sebatang besi apabila beliau meminta wang.

"Lelaki itu kemudian mencampakkan sebuah beg uncang dan mengarahkan saya memasukkan wang ke dalam beg sebelum meninggalkan pejabat pos ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved