Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 77 ahli baharu Sispa sertai kursus orientasi
- Pelajar Kolej SEGi sertai program bersihkan pantai
- 25 murid prasekolah tunjuk bakat
77 ahli baharu Sispa sertai kursus orientasi Posted: 77 ahli baharu Sispa sertai kursus orientasi![]() AHLI baharu Kor Sispa USIM bergambar kenangan selepas menamatkan kursus orientasi di Seremban baru-baru ini. TAMAT. Seramai 77 ahli baharu Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Sispa), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyertai kursus orientasi di Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Negeri Sembilan di Seremban baru-baru ini. Penyelaras Kor Sispa USIM, Kamarudin Saad berkata, kursus selama tiga hari itu diadakan bagi mengeratkan hubungan sesama ahli selain memberi pendedahan berhubung peranan JPAM. Katanya, dalam program tersebut para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti berpasukan bagi memupuk semangat kerjasama antara mereka. "Dalam program itu, aspek kerjasama sangat penting kerana kita mahu mereka bekerjasama dalam sebarang keadaan terutama sekali apabila terlibat dalam aktiviti menyelamat. "Selain itu, kita juga memberi pendedahan asas kepada para pelajar mengenai tugas-tugas JPAM dan peranan yang dimainkan oleh agensi tersebut," katanya. |
Pelajar Kolej SEGi sertai program bersihkan pantai Posted: Pelajar Kolej SEGi sertai program bersihkan pantai![]() BEBERAPA pelajar mengangkat plastik berisi sampah semasa membersihkan pantai Bagan Lalang di Sepang baru-baru ini. ALAM SEKITAR. Seramai 95 orang pelajar daripada Kolej SEGi, Subang Jaya menyertai program 'Coastal Clean Up' dengan membersihkan kawasan pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor baru-baru ini. Program sehari yang diadakan julung-julung kali itu dianjurkan oleh Kolej SEGi, Majlis Perbandaran Sepang dan Tourism Selangor. Program menjaga kebersihan pantai itu bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar dan masyarakat tentang menjaga kebersihan alam sekitar. Ia turut disertai pelajar antarabangsa kolej itu yang berasal dari Pakistan, Bangladesh, China, Nigeria dan Iran. |
25 murid prasekolah tunjuk bakat Posted: 25 murid prasekolah tunjuk bakat![]() MURID-MURID prasekolah bergambar bersama guru mereka sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia di SK Desa Putra, Kajang baru-baru ini. BERBAKAT. Seramai 25 murid prasekolah Desa Putra mempamerkan bakat masing-masing sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Putra yang diadakan di pekarangan sekolah itu di Kajang, Selangor baru-baru ini. Kesemua murid prasekolah yang berumur enam tahun itu mempersembahkan sketsa bertajuk 'Taman Safari' dan kebolehan berpantun. Guru Prasekolah Desa Putra, Hairani Kassim berkata, murid-murid itu telah menjalani latihan yang komprehensif bagi memastikan persembahan yang dilakukan lancar dan sempurna. "Melalui persembahan itu, ia akan dapat membina nilai-nilai positif dalam diri mereka antaranya bekerjasama dalam satu kumpulan, membentuk keyakinan diri dan berani berkomunikasi di khalayak ramai," katanya baru-baru ini. Persembahan yang ditunjukkan oleh murid-murid prasekolah itu berjaya menghiburkan guru-guru dan pelajar SK Desa Putra yang menghadiri majlis tersebut. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan