Kosmo Online - Negara |
- MAIS siasat pengurusan masjid
- Insentif cukai untuk ibu bapa pelajar aliran sains
- Mati ditembak di kepala
Posted: MAIS siasat pengurusan masjidOleh ZULKIFLI MANZOR
SUBANG JAYA – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan Masjid Al-Husna di Bandar Sunway, di sini jika siasatan mendapati berlaku kepincangan dalam pengagihan wang bantuan hari raya kepada anak yatim. Pengurus Perhubungan Korporat MAIS, Rohana Hassan berkata, pihaknya telah memulakan siasatan mengenai dakwaan seorang ibu bahawa lima orang anaknya yang merupakan anak yatim tidak mendapat bantuan yang disalurkan oleh badan itu melalui masjid tersebut sejak beberapa tahun lalu. Menurut beliau, pihaknya telah menyemak semua dokumen berkaitan dan akan menghantar beberapa pegawainya ke masjid berkenaan untuk membuat siasatan pada minggu ini. "Kita sedang siasat perkara ini termasuk pergi ke masjid terlibat minggu ini untuk mengenal pasti masalah ini. Tindakan bergantung kepada hasil siasatan yang diperoleh kelak. "Isu seperti ini pertama kali dibangkitkan kepada MAIS dan kami berharap dapat menyelesaikannya secepat mungkin," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Insentif cukai untuk ibu bapa pelajar aliran sains Posted: Insentif cukai untuk ibu bapa pelajar aliran sainsOleh ZULKIFLI MANZOR ![]() MUHYIDDIN meninjau kelancaran peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Taman Kosas, Ampang semalam. AMPANG – Kerajaan bercadang untuk memberi insentif dalam bentuk cukai kepada ibu bapa pelajar tingkatan empat dan lima yang mengambil aliran sains di sekolah bagi mendorong lebih ramai pelajar di negara ini memasuki jurusan berkenaan pada masa depan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan itu adalah antara perkara yang terkandung dalam laporan jawatankuasa khas yang ditubuh Kementerian Pelajaran sebelum ini bagi mengenal pasti faktor kemerosotan bilangan pelajar sekolah mengambil aliran sains. "Laporan jawatankuasa khas ini yang dibentangkan kepada saya semalam (kelmarin) mendapati jumlah pelajar sekolah yang mengambil aliran sains menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini sedangkan kita ada dasar pengambilan iaitu 60 peratus aliran sains dan teknikal manakala 40 peratus lagi aliran sastera. "Tidak sampai 20 peratus pelajar sekolah mengambil aliran sains dan kita bercadang mengambil langkah yang boleh mendorong ramai pelajar sekolah tingkatan empat mengambil bidang ini dalam tempoh empat atau lima tahun akan datang," katanya selepas meninjau perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Mati ditembak di kepalaOleh RADIAH SAORI ![]() ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat Sunder mati selepas ditembak seorang lelaki di Johor Bahru semalam. JOHOR BAHRU - Beberapa pelanggan dan pekerja sebuah pusat cuci kereta semalam gempar apabila seorang lelaki bersenjatakan pistol bertindak nekad menembak mati tauke premis itu dalam kejadian di Jalan Baiduri, Taman Perling di sini semalam. Kejadian pukul 12.45 tengah hari itu mengakibatkan N. Sundar, 36, mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan dari jarak dekat di kepala dan dadanya. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan memberitahu, pihaknya sedang giat menjalankan siasatan dari segenap sudut untuk memburu suspek. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan