Jumaat, 2 November 2012

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Bahagia tanpa teman lelaki

Posted:

Bahagia tanpa teman lelaki

MIERA mengakui meminati tiga figura kacak dan terkenal iaitu Aaron Aziz, Adi Putra dan Henry Golding.


PELAKON remaja ini pada awal tahun lalu sering menjadi bahan paparan media berikutan kisah cintanya dengan pelakon kacak Shaz Jaszle atau kini lebih dikenali sebagai Shahrizal Jaszle.

Namanya semakin melonjak apabila cinta lokasi mereka itu hanya bertahan beberapa bulan sahaja gara-gara Shahrizal mencurangi Miera.

Sejak itu, Miera Liyana, 19, menjadi buruan media bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu putus cinta itu dan secara tidak langsung namanya juga menjadi tumpuan pengarah dan penerbit filem dan drama.

Hampir 11 bulan berlalu, Miera kini mengakui dirinya sedang meniti bahagia walaupun masih belum menemui kekasih hati baharu.

"Sekarang tidak ada sesiapa (kekasih), saya rasa lebih seronok sekarang tanpa teman lelaki dan tiada sesiapa suruh saya balik cepat," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri, Putera Rayyan yang disiarkan menerusi slot Samarinda, TV3 bermula 31 Oktober lalu pada setiap Selasa dan Rabu pukul 10.30 malam.

Tambah Miera, dia merasakan dirinya kini juga lebih bebas tanpa kongkongan seorang lelaki seperti sebelum ini.

"Sekarang, walaupun solo, saya lebih gembira sebab boleh fokus kerja dan pemikiran saya juga lebih matang daripada sebelum ini," jelasnya yang bakal muncul dalam filem Rentaz bersama Shahrizal tahun depan.

Katanya, bukti yang menunjukkan dirinya kini lebih bahagia ialah apabila berat badannya telah naik sebanyak lapan kilogram (kg) selepas Aidilfitri lalu berbanding 42kg sebelum itu.

"Bagaimanapun, saya tengah berdiet sekarang untuk turunkan berat badan kepada normal balik. Saya tidak tahu macam mana boleh naik berat sedangkan di set penggambaran saya tidak makan banyak pun," ujarnya.

Kata Miera, berat badannya mungkin naik disebabkan dia selalu makan sebelum tidur selepas pulang dari set penggambaran.

"Saya tidak makan di set penggambaran tetapi apabila pulang ke rumah lapar pula, makan lepas itu tidur. Mungkin sebab itulah berat badan saya meningkat," ujarnya tidak menolak kemungkinan untuk menyambung pelajaran suatu hari nanti.

Mengenai persoalan dia bakal bertentang mata sekali lagi dengan Shahrizal setelah sekian lama tidak berjumpa, selepas putus cinta, khususnya untuk promosi Rentaz, Miera mengakui dirinya berdebar-debar tetapi bukan disebabkan lelaki itu.

"Kami sudah bawa haluan masing-masing. Saya sedang bahagia, begitu juga dia. Saya profesional kalau disebabkan kerja, memang kami sudah lama tidak berjumpa. Memang berdebar, bimbang respons peminat terhadap filem itu," ujarnya.

Miera menjelaskan lagi, dia tidak kisah kembali berhadapan bekas kekasihnya itu disebabkan kerja sebaliknya dia berdebar kritikan peminat terhadap filem berkenaan.

Tolak kekasih artis

Menggali ke dalam kisah peribadi Miera berkaitan cinta danm perasaan hatinya, Miera menegaskan, dirinya kini lebih matang.

Ia disebabkan cinta terdahulu dan impaknya, Miera boleh dikatakan sudah serik untuk bercinta dengan lelaki dalam kalangan artis.

"Tidak mahu lagi ada kekasih dalam kalangan artis pada masa hadapan, saya tidak mahu lagi di set penggambaran saya berlakon, selepas itu balik rumah pun kena 'berlakon' lagi," ujarnya penuh makna tersirat.

Mengakui meminati pengacara tampan Henry Golding, aktor kacak Aaron Aziz dan pelakon bertubuh sasa Adi Putra, Miera menjelaskan dia tidak mahu lagi memikirkan soal cinta dalam masa beberapa tahun ini.

Dia menambah, mahu fokus kepada bidang lakonan terlebih dahulu buat masa sekarang memandangkan tawaran berlakon dalam filem mahupun drama semakin banyak diterima.

"Saya tidak mahu fikir soal lelaki sekarang, nak bertapak kukuh dalam lakonan dahulu memandangkan tawaran sekarang pun makin banyak," ujarnya yang mendedahkan lebih meminati lelaki yang berwajah macho berbanding muka 'jambu' (comel).

Pukul Nad Zainal

Menerusi drama Putera Rayyan, Miera yang memegang watak utama sebagai Anisa bersama pelakon utama lain seperti Kamal Adli dan Nad Zainal.

Dalam drama berkenaan, Miera memegang watak antagonis yang merupakan watak jahat pertama yang pernah ditawarkan kepadanya.

"Sebelum ini saya selalu dapat watak baik, kali ini apabila kena jadi jahat, memang mencabar lagi pun, dalam drama itu saya kena pukul Nad Zainal setiap hari dan ia memenatkan," ujarnya.

Nad yang memegang watak sebagai Arisa menjadi adik-beradik kepada Miera dalam drama itu sering menjadi mangsa dera apabila sering dipukul oleh Miera.

"Penat sangat berlakon drama itu, penat kena pukul Nad tetapi saya teruja sangat berlakon drama itu sebab ia sesuatu yang baharu dalam lakonan saya," ujarnya memegang watak jahat dan komedi sekali gus dalam drama berkenaan.

Penghibur sepanjang zaman

Posted:

Penghibur sepanjang zaman

KENNY ROGERS sukses dalam membuktikan dirinya benar-benar seorang penghibur profesional.


BERLAINAN pula dengan konsert Kenny Rogers Live In Malaysia 2012 yang berlangsung sehari sebelum konsert Jonas Brothers di Genting Highlands, Pahang.

Bagi pengasas francais restoran Kenny Rogers Roasters itu, usia 73 tahun bukan penghalang untuk bergelar seorang penghibur.

Sebanyak 19 buah lagu yang dipersembahkan tanpa sebarang cela dan bersulam humor yang bersahaja menjadi pelengkap sesebuah acara konsert yang dihadiri oleh lebih 7,000 peminat di Arena Of Stars, Genting Highlands.

Rogers membuka persembahan seawal pukul 8.45 malam dengan lagu hit, Love Or Something Like It, disusuli It's A Beautiful Life, Ruby, Somethings Burning, Reuben James, Love The World Away, Daytime Friends, Stand Up, Lucille, Lady dan Island.

Ada pula antara beberapa buah lagu nyanyiannya diiringi persembahan slaid menceritakan perjalanan karier dan kehidupannya terkini.

Tiga buah lagu memberi makna mendalam baginya iaitu To Me, Condition dan Gambler dipilih bersama sisipan kisah seorang Kenny Rogers.

Ceritanya mengenai sebuah lagu terbaharunya Buy Me A Rose, terdetik sebuah falsafah mengenai kehidupan manusia pada asalnya.

"Lagu ini membuktikan kepada saya lelaki berasal dari planet Marikh dan wanita asalnya dari planet Zuhrah," ujarnya berseloroh.

Sedikit hambar pada pertengahan konsert memandangkan mungkin ada segelintir hadirin bukan peminat fanatiknya. Namun Rogers menyifatkan peminatnya terdiri daripada dua kelompok.

"Pertama, orang yang lahir selepas tahun 1960 yang pastinya jarang mendengar lagu-lagu saya dan keduanya, orang yang lahir sebelum tahun 1960 yang tidak ingat lagu-lagu saya," katanya berjenaka.

Kenny Rogers terkenal sebagai seorang penyanyi pop, country dan jazz sekitar awal tahun 1950. Bintang dunia kelahiran Texas, Amerika Syarikat itu pernah berkahwin sebanyak empat kali dan perkahwinan kelimanya bersama Wanda Miller masih kekal hingga kini.

Jimmy tak rasa popular

Posted:

Jimmy tak rasa popular

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL

JIMMY (kiri) dan One Nation Emcees bakal muncul dengan single kedua hasil kolaborasi mereka berjudul, Apa Punya Tauke.


LAGU Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat sering diputarkan di corong-corong radio. Tidak dinafikan, rentak lagu rancak yang diolah semula oleh kumpulan One Nation Emcees telah membuatkan lagu ini dengan sekelip mata mendapat perhatian pendengar dan peminat muzik tempatan.

Pada asalnya, lagu nyanyian penyanyi lelaki yang berasal dari Sabah merupakan sebuah lagu yang menggunakan lirik bahasa Dusun. Bercerita mengenai penyanyi asal lagu Anak Kampung ini, Jimmy Palikat akui dirinya dahulu tidak begitu dikenali.

Namun, setelah bergabung bersama One Nation Emcees, nama Jimmy Palikat terus meraih populariti mendadak sehingga lagu kolaborasi mereka itu tercalon untuk bertanding dalam separuh akhir program Muzik-Muzik ke-27 yang bakal berlangsung kelak.

Semasa mengadakan sidang akhbar di Ecoba, Petaling Jaya, Selangor, Kosmo! mengambil peluang untuk beramah mesra bersama Jimmy yang sentiasa tersenyum menjawab segala persoalan yang diberi kepadanya.

Kosmo!: Apakah perasaan Jimmy tercalon dalam separuh akhir Muzik-Muzik ke-27 ini?

JIMMY: Ini kali pertama saya masuk dalam carta Muzik-Muzik dan saya sangat gembira kerana tercalon dalam separuh akhir ini.

Bilakah karier nyanyian Jimmy bermula?

Sebenarnya ia bermula di Sabah pada tahun 2002. Di sana, waktu itu saya hanya nyanyikan lagu-lagu tempatan Sabah dalam bahasa Dusun - salah satunya berjudul Anak Kampung. Dek kerana satu lagu ini yang dihasilkan pada tahun 2010 telah digemari ramai, maka saya telah tukar liriknya kepada bahasa Melayu Sabah dan ia nyata digemari oleh masyarakat umum.

Harapan kepada lagu Anak Kampung di Muzik-Muzik ke-27?

Saya tidak mengharapkan apa-apa. Harap berlaku keajaiban. Apa yang pasti, saya akan buat yang terbaik untuk kepuasan semua orang.

Mungkin selepas ini anda merancang untuk mengadakan lanjutankepada lagu ini?

Sebelum kami masuk Muzik-Muzik ke-27, saya dan One Nation Emcees pernah berbincang untuk berkolaborasi untuk lagu lain. Susunan muziknya sudah 70 peratus siap dan ia berjudul, Apa Punya Tauke. Lagu ini juga merupakan lagu bahasa Dusun yang saya cipta pada tahun 2002, sementara bahagian korusnya pula dalam bahasa Melayu. Jadi, kami ambil bahagian korus lagu itu untuk dijadikan lagu kedua kolaborasi saya bersama One Nation Emcees itu (Apa Punya Tauke).

Apakah konsep persembahan yang bakal ditampilkan kelak di pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-27?

Tiada yang istimewa kerana kami belum rancang apa-apa lagi tetapi jika ada sekalipun, biarlah ia akan menjadi kejutan kelak.

Lagu ini sudah lama dihasilkan, tetapi setelah dinyanyikan bersama One Nation Emcees, impaknya sehingga tercalon dalam Muzik-muzik. Boleh komen?

Sebenarnya ini ialah projek syarikat rakaman yang menaungi saya, Nova Music yang memilih siapa yang akan beraksi bersama saya. Jadi ia semua keputusan mereka, dan saya rasakan ia gabungan yang tepat dan One Nation Emcees juga sebuah kumpulan yang sangat kreatif. Jadi saya rasa tiada masalah.

Setelah dikenali ramai, adakah Jimmy rasa kini lebih popular?

Saya tidak rasakan popular sangat. Jika di Sabah juga saya tidaklah popular mana. Saya rasa saya belum popular kerana ini merupakan satu permulaan untuk membina nama. Waktu itu saya di Sabah, tapi kini saya baru memasuki pasaran Semenanjung, jadi memang ia satu permulaan bagi saya.

Adakah Jimmy sudah mengambil keputusan untuk menetap di Semenanjung Malaysia bagi mengembangkan karier nyanyian?

Saya rasa untuk dikenali hanya menerusi sebuah lagu, masih belum cukup kuat untuk saya. Bukan tidak yakin, namun jika mungkin setelah dua atau tiga lagu, saya menjadi terkenal, barulah saya akan pertimbangkan untuk menetap di Semenanjung Malaysia. Saya akui masih belum yakin dengan karier nyanyian saya di Semenanjung. Ini kerana bukan selalunya kita di atas, sementara masih ada peluang saya akan gunakan sebaik mungkin.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved