Jumaat, 2 November 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bakar rumah, 4 kenderaan keluarga bekas kekasih

Posted:

Bakar rumah, 4 kenderaan keluarga bekas kekasih

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my

ABDULLAH (dua dari kanan) menyiasat kejadian kereta dan tiga buah motosikal dibakar seorang lelaki kecewa di Highland Park kelmarin.


TAPAH – Gara-gara tidak berpuas hati selepas cintanya ditolak gadis kilang, seorang lelaki bersama empat rakannya bertindak ganas dengan membakar sebuah kereta dan tiga buah motosikal milik ahli keluarga bekas kekasihnya di Highland Park di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, cermin kereta Proton Persona milik bapa gadis berkenaan dipecah sebelum kenderaan itu dicurahkan minyak petrol dan dibakar.

Turut dikhianati tiga buah motosikal milik keluarga bekas kekasihnya itu.

Salah sebuah motosikal tersebut baru dibeli beberapa bulan lalu.

Semasa kejadian, kereta Persona dan tiga buah motosikal tersebut berada di depan rumah teres setingkat milik mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superitendan Abdullah Arshad berkata, suspek pertama berusia 22 tahun yang merupakan bekas kekasih pekerja kilang itu diberkas beberapa jam selepas kejadian.

"Gadis berusia 19 tahun itu pernah berpacaran selama dua tahun dengan suspek utama tetapi hubungan mereka terputus enam bulan lalu.

"Pasangan kekasih itu merupakan sepupu dan perpisahan tersebut turut menyebabkan keluarga masing-masing saling bergaduh," kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pencuri tidur dicekup tuan rumah

Posted:

Pencuri tidur dicekup tuan rumah

Oleh HAMZAH SARAH
berita@kosmo.com.my

FAISAL menunjukkan pinggan dan kuih raya yang dimakan oleh pencuri sebelum dia tertidur di atas sofa di rumahnya di Kemaman semalam.


KEMAMAN – Seorang pencuri yang tertidur di atas sofa selepas menikmati sepinggan nasi di dalam sebuah banglo, dicekup oleh pemilik kediaman itu di Jalan Dato, Chukai di sini pagi Selasa lalu.

Lebih mengejutkan, pencuri berusia 35 tahun itu dipercayai membawa sendiri nasi, daging goreng, petai serta pinggan ketika memecah masuk rumah tiga tingkat itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, pemilik rumah, Kamsiah Wan Othman, 59, menyedari kelibat suspek ketika dia ingin mengemas bilik tidurnya sejurus menyediakan sarapan pagi dan solat Subuh.

Anak Kamsiah, Faisal Zainal Nordin, 30, berkata, sebelum keluar dari bilik tidur untuk berwuduk kira-kira pukul 6 pagi, ibunya ternampak tiga buah beg dan bungkusan di laluan keluar dari bilik tidurnya tetapi menyangka ia milik anak-anaknya.

"Setelah selesai menyediakan sarapan dan ingin masuk semula ke bilik, ibu melihat seorang lelaki sedang nyenyak tidur di atas sofa di tingkat dua. Dia kemudian bertanya kepada saya sama ada lelaki tersebut merupakan rakan saya.

"Saya yang terkejut dengan pertanyaan ibu bergegas untuk melihat lelaki itu. Saya kemudian mengejutkannya dan lelaki itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap selepas kami bergelut," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Aznil dakwa barang kemas milik ibu lesap

Posted:

Aznil dakwa barang kemas milik ibu lesap

KUALA LUMPUR - Pengacara popular, Aznil Nawawi mendakwa sejumlah barangan kemas milik ibunya hilang dari rumahnya di Taman Yarl di sini petang semalam.

Aznil yang kini berada di Cape Town, Afrika Selatan untuk penggambaran program televisyen Fear Factor memberitahu, kejadian itu disedari ibunya dan seorang pembantu rumah mereka pada pukul 2 petang.

"Saya tidak tahu jumlah kerugian tetapi beberapa gelang dan rantai ibu saya telah dilarikan," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Aznil memberitahu, seorang lagi pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Soimah juga gagal dikesan sejak semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved