Ahad, 28 Oktober 2012

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Rawatan spa dari Perancis

Posted:

Rawatan spa dari Perancis

Oleh NIZHA PERIASWAMY

BILIK rawatan muka untuk dua orang ini dilengkapi dengan peralatan spa yang canggih.


REJIM penjagaan kecantikan seharusnya bermula sejak awal lagi, terutamanya apabila kulit kita mula berhadapan dengan perubahan seiring peningkatan usia.

Namun jika terlambat, usah risau kerana lambakan produk rawatan mampu mengembalikan kesihatan kulit. Apa yang penting adalah usaha, niat dan sedikit pengorbanan.

Demikian kata Pengarah Urusan Skinatics International Sdn. Bhd., Anburaj Gnaesparan, yang menjalankan perniagaan spa dan produk rawatan dari Perancis, Clariface.

Bercakap lanjut tentang kulit, khususnya kulit wajah, Anburaj memberitahu, antara masalah utama kulit ialah jerawat yang biasanya terjadi sejak remaja.

Menjadi perintis kepada masalah kulit remaja, Clariface menawarkan produk yang benar-benar bermanfaat dan yang lebih penting berkesan serta berbaloi dengan nilai wang anda.

"Ini kerana, kebanyakan produk biasa hanya merawat jerawat pada kulit tetapi membiarkan bakteria jerawat dalam lapisan kulit aktif. Ia menyebabkan pertumbuhan jerawat sinonim dengan fasa remaja, seolah-olah ia tidak boleh diubati atau dikawal," kata Anburaj.

Menurut beliau, namun Clariface produk khusus untuk masalah jerawat iaitu Active Acne Restore Theraphy bukan sahaja mampu mengubati jerawat, bahkan mematikan bakteria yang menyebabkan pertumbuhan jerawat, menghilangkan kesan jerawat dan mengekalkan kelembapan kulit.

"Sebab itu, kami menamakannya sebagai Active kerana ia mempunyai kandungan aktif yang sangat mesra kulit. Tidak mengelupas atau menyebabkan iritasi kulit. Kandungan semula jadi tidak akan memberi kesan negatif kepada kulit," kata Anburaj lagi.

Beliau menunjukkan sekotak produk spa Active Acne Restore Theraphy yang digunakan untuk rawatan muka dan produk daripada rangkaian yang sama untuk digunakan di rumah.

Tambah beliau yang menjalankan perniagaan tersebut bersama isteri, kesemua produk Clariface dijual pada harga mampu beli iaitu sekitar RM50 hingga RM101 sahaja, manakala rawatan jerawat pula hanya RM190 hingga RM250.

Sebagai komplimentari kepada mereka yang mendapatkan rawatan muka di spa Clariface, kami menawarkan rawatan mata bernilai RM90 pada harga RM50 sahaja.

Ini tidak termasuk sesi memanjakan diri seperti menyental kaki, urut tangan, kaki dan belakang badan. Perkhidmatan lain juga disediakan termasuk waxing dan membentuk bulu mata.

"Kami mahu pelanggan yang hadir bukan sahaja berasa puas dengan kulit wajah mereka, tetapi seluruh badan," kata Anburaj.

Beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin, dari pukul 11 pagi hingga 8.30 malam, Anburaj memberitahu kebanyakan sesi rawatan dilakukan melalui tempahan awal bagi mengelakkan sebarang ketidakselesaan.

Di samping rawatan jerawat, Clariface turut menawarkan empat lagi rawatan muka menggunakan produk Clariface yang lain iaitu rawatan untuk wajah putih berseri, rawatan hidrasi, untuk menjana sel dalaman dan rawatan penuaan.

Di spa rawatan muka, selain produk berkualiti, Anburaj juga menggunakan mesin rawatan muka yang canggih supaya serum dapat meresapi kulit muka. Tidak mendedahkan nama, Anburaj menunjukkan beberapa mesin termasuk untuk rawatan mata.

Clariface yang beralamat di No 5A, Tingkat 1, Jalan Telawi 3, Bangsar, Kuala Lumpur dijangka mengembangkan operasi secara lebih luas pada tahun 2013.

Mereka juga akan mempelopori jenama kosmetik dari Perancis yang menggunakan teknologi seni solekan canggih.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved