Ahad, 28 Oktober 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Perangkap kasanova licik

Posted:

Perangkap kasanova licik

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

FATIN AMIRA (kiri) dan Salsabila menunjukkan salinan laporan polis setelah mereka mendakwa ditipu seorang kasanova di Segamat, Johor semalam.


SEGAMAT – Bagi memenuhi selera mewahnya, seorang lelaki dari Kuala Berang, Terengganu didakwa memanipulasi mangsa-mangsanya yang dikenali melalui satu laman web mencari jodoh Myjodoh.net bagi mengaut wang mudah.

Dengan menyamar sebagai jurutera dan mendakwa mempunyai talian saudara dengan salah seorang Exco kerajaan negeri Terengganu, lelaki berkulit sawo matang dan berusia 37 tahun itu menabur janji akan berkahwin dengan mangsanya sebelum mengebas wang mangsanya.

Bagaimanapun, tidak semua kaum hawa yang mendaftar di laman web berkenaan menjadi pilihannya kerana hanya wanita bujang atau janda yang berumur antara 20-an hingga 30-an menjadi sasarannya.

Ciri-ciri wanita yang menjadi pilihannya ialah mereka yang berbadan besar, montok dan gebu.

Salah seorang daripada mangsa yang mahu dikenali sebagai Fatin Amira, 20-an mendedahkan, dia terjerat dengan permainan kotor lelaki yang dikenalinya dengan nama Marzuki pada awal tahun 2011.

"Myjodoh.net yang 'menyatukan' kami. Walaupun dia tidak kacak tapi bila bercakap dengannya, jantung saya berdebar-debar, hati asyik teringat. Susah nak gambarkan, pendek kata dia memang hebat bermain dengan kata-kata manis," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ramai masih tidak tahu bahaya penyakit IEM

Posted:

Ramai masih tidak tahu bahaya penyakit IEM

MELAKA - Kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya ibu bapa terhadap penyakit metabolik semula jadi (IEM) yang boleh menyebabkan kerencatan akal, kecacatan anggota atau kematian masih berada pada tahap yang rendah.

Menurut Pakar Genetik dan Metabolisme Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ngu Lock Hock, hal itu disebabkan kesukaran golongan berkenaan untuk mengenal pasti simptom IEM yang terdiri daripada 500 jenis penyakit berlainan.

Beliau berkata, pada masa ini kira-kira 500 penghidap IEM di seluruh negara menerima rawatan di HKL, namun jumlah sebenar pesakit itu dijangka jauh lebih tinggi.

Katanya, IEM yang merupakan gabungan beberapa penyakit keturunan disebabkan masalah genetik sehingga menjejas penghasilan enzim dalam badan manusia.

"Penyakit ini bukan sahaja berlaku kepada bayi di awal usia seminggu malah turut dihidapi golongan dewasa pelbagai peringkat umur bergantung kepada faktor tindak balas enzim dalam badan seseorang individu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Terbuka Persatuan Metabolik Malaysia di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Berkarya di sebalik tirai besi

Posted:

Berkarya di sebalik tirai besi

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

SABARIAH mengelap air mata kesedihan semasa menziarahi suaminya Ameng bersama anak mereka, Wan Ammar Haikal di Penjara Kluang, Johor semalam.


KLUANG – Kehidupan di penjara tidak menghalang vokalis kumpulan Spring, Ameng untuk terus berkarya menghasilkan lagu-lagu menarik khusus untuk peminat.

Ameng yang kini menjalani hukuman penjara lapan tahun serta dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada April 2011 akibat kesalahan dadah, mendedahkan dia telah menghasilkan 10 buah lagu sepanjang berada di balik tirai besi.

Menurut Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 44, hampir semua lagu yang dihasilkan berdasarkan pengalaman dia ketika menjalani hukuman di Penjara Kluang di sini.

"Salah satu lagu saya yang bertajuk Tangisan Generasi menceritakan mengenai penyesalan saya dan bagaimana saya boleh lupa diri sekali gus mengajak peminat untuk sama-sama bangkit daripada kejatuhan," katanya ketika ditemui di Dataran Insaf Penjara Kluang sempena program Jalinan Kasih Hari Raya Aidiladha semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved