Ahad, 14 Oktober 2012

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Jalinan Mesra Menyulam Kasih SMK Pelagat

Posted:

Jalinan Mesra Menyulam Kasih SMK Pelagat

IDRIS (kanan) berkata sesuatu kepada guru dan pelajar yang menyertai program Jalinan Mesra Menyulam Kasih
di SMK Pelagat, Besut baru-baru ini.


KASIH GURU. Seramai 78 guru dan pelajar menyertai program Jalinan Mesra Menyulam Kasih di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelagat, Besut, Terengganu, baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh yang merasmikan program berkenaan berkata, konsep menjalin hubungan lebih erat antara guru, pelajar dan ibu bapa mampu meningkatkan sahsiah pelajar.

"Ia merupakan satu cabaran kepada guru untuk memikul peranan dan tanggungjawab dalam mendidik serta mengembangkan potensi pelajar menjadi seorang insan berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia," katanya.

Beliau berharap program yang julung-julung kali diadakan itu dapat menghasilkan keluarga pelajar komited kepada pendidikan dan tidak menyerahkan hal ehwal pelajar kepada guru sepenuhnya.

300 peserta jayakan Karnival Sukan Warga Felda Johor

Posted:

300 peserta jayakan Karnival Sukan Warga Felda Johor

SEBAHAGIAN daripada peserta yang menjayakan Karnival Sukan Warga Felda 2012 peringkat Wilayah Johor Bahru di Felda Semenchu, Kota Tinggi baru-baru ini.


SUKAN FELDA. Seramai 300 peserta menjayakan Karnival Sukan Warga Felda 2012 peringkat Wilayah Johor Bahru di Felda Semenchu, Kota Tinggi baru-baru ini.

Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, sepak takraw, bola jaring dan bola tampar.

Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Johor Bahru, Muszaidee Makmor berkata, karnival sukan itu diadakan untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan generasi muda dengan masyarakat Felda.

Turut hadir, Pengarah Besar Felda Wilayah Johor Bahru, Hanaffi Suhada.

Hari Terbuka Hospital Pakar KPJ Klang meriah

Posted:

Hari Terbuka Hospital Pakar KPJ Klang meriah

KANAK-KANAK yang membuat persembahan pada program Hari Terbuka Pelanggan dan Ramah Mesra di KPJ Klang, Klang baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 1,500 penduduk hadir memeriahkan program Hari Terbuka Pelanggan dan Ramah Mesra di Hospital Pakar KPJ Klang, Klang baru-baru ini.

Pada program itu, pihak hospital turut meraikan anak-anak yatim dari Rumah Siti Khadijah di Klang dengan persembahan Upin dan Ipin yang dibawa khas untuk menghiburkan mereka.

Suasana lebih meriah apabila tarian Gangnam Style yang popular ketika ini dipersembahkan oleh kanak-kanak tersebut yang telah mendapat sorakan gemuruh daripada hadirin.

Pengurus Besar KPJ Klang, Zaharah Osman berkata, antara lain tujuan program itu diadakan untuk memperkenalkan hospital tersebut kepada masyarakat sekeliling.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved