Ahad, 14 Oktober 2012

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Gedik Lala berkualiti tinggi

Posted:

Gedik Lala berkualiti tinggi

USAH dipersoal lakon drama Wan Sharmila Wan Muhamad yang cuba menempatkan diri dalam kategori pelakon kelas A. Bunga yang mesra disapa Lala itu masih menanti untuk diangkat namanya. Bijak berlakon, bijak juga dia menjaga tingkah.

Lala yang bebas cerita hangat, banyak berkerja untuk memperbaiki kualiti lakonannya. Hanya yang terbaik menjadi tatapan orang sekeliling, tetapi sekali sekala dia turut dikritik pemerhati industri gara-gara gaya seksinya.

Kata Lala, dia sudah lupa berapa bilangan drama yang pernah dilakonkannya.

"Sudah lima tahun saya terlibat dalam dunia lakonan. Berapa bilangan drama pun saya tidak pernah kira. Mungkin sepuluh, 20 atau lebih dan judulnya ada yang saya terlupa," ungkap Lala jujur.

Jenuh Lala mengisi portfolio dirinya yang semakin menebal, namun variasi profil lakonannya tidak banyak. Jika tidak ditawarkan watak gedik, pasti wajahnya terlihat dalam karakter jahat atau sisi gelap yang hitam permainannya. Jarang sekali dia diberi peranan wanita baik.

Mahu jadi bisu

Antara senarai judul yang masih melekap termasuklah drama Tari Tirana, Sindarela, Tipah Vavavoom, Emil Emilda, Sutun, Rona Roni Makaroni, Nora Elena dan Si Jundai.

Terdetik juga rasa muak dalam hati anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu tatkala diberikan watak sama. Namun dek semakin sebati dengan aksi sebegitu, Lala menganggap ia sebagai satu kelebihan pula buat dirinya.

"Walaupun usia sudah menjangkau 31 tahun, saya masih lagi diberikan watak-watak orang muda. Watak gedik, penggoda dan antagonis seakan sebati dengan saya.

"Dahulu pernah juga terasa bosan dengan watak sebegitu. Tapi kini saya sudah sedar bahawa semua itu adalah rezeki yang tidak boleh ditolak. Itu adalah kelebihan sebenarnya.

"Kalau boleh saya mahu melakonkan watak seorang wanita bisu yang teraniaya. Tetapi dalam masa yang sama dia adalah seorang yang jahat. Masih menunggu juga kalau ditawarkan watak sebegitu," katanya dalam karakter sedikit serius.

Berdiam diri dan membuka hati adalah lebih baik baginya apabila sering diberikan rezeki menggalas watak sama. Juga jauh di sudut hatinya untuk melihat aksi sendiri di layar lebar pula. Kini ungkapan dalam hatinya itu seolah-olah sudah kedengaran.

Biarpun sudah lama menunggu, tetapi senyuman Lala kini semakin melebar apabila bakal muncul dalam sebuah filem genre seram arahan Faizul A. Rashid yang berjudul Bisikan Syaitan.

Lala kini sedang menghitung hari menunggu filem itu ditayangkan pada tanggal 25 Oktober ini. Hatinya sudah bergejolak mahu melihat aksi sendiri yang lain berbanding biasa itu.

"Syukur Alhamdulillah kerana inilah masa yang saya tunggu-tunggu untuk berlakon dalam filem pula. Ini dikira kejayaan baharu juga buat saya.

Perjanjian syaitan

"Kali ini saya menghidupkan karakter Kamila. Dia seorang gadis yang baik, banyak berfikir tetapi pasif. Dia menjadi mangsa kepada perjanjian abangnya, Kamil (Fizz Fairuz) dengan kuasa jahat.

"Pendek kata, tak ada babak yang menggembirakan pun dalam filem ini. Hampir kesemuanya tentang kesedihan Kamila. Itu cukup mencabar bagi saya," ujarnya.

Filem terbitan Lightbulb Pictures itu turut menampilkan pelakon hebat lain termasuklah Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Azam Pitt.

Bisikan Syaitan dianggap filem pertamanya biarpun pernah muncul dalam beberapa babak dalam naskhah berjudul Raya Tak Jadi sebelum ini.

Menerima segalanya sebagai takdir untuk dirinya, Lala tidak merungut soal rezeki. Apa yang penting dia mahu terus bekerja dalam bidang yang diminatinya itu.

Sedikit merendah diri, kata Lala, penampilannya mungkin tidak menepati spesifikasi berlakon filem.

"Saya positif sahaja dan tak mahu fikir kenapa tidak ditawarkan berlakon dalam filem. Mungkin wajah saya tak cukup eksklusif untuk filem.

"Saya terima jika itu kekurangan buat saya kerana saya ada kelebihan lain kerana niat utama saya ialah untuk mencari rezeki," katanya yang bakal muncul dalam drama Spy M, slot aksi di TV3.


TIDAK mahu merungut soal rezeki, pelakon berstatus janda muda ini tidak berkira dengan apa jua karakter yang ditawarkan untuknya. Berilah watak gedik, penggoda mahupun antagonis, dia susah sebati dengan watak-watak menjengkelkan itu.


Kalau berbicara soal kerja dengan Lala, ternyata banyak isi yang mahu diluahkan sehingga terlupa untuk bertanya cerita lain yang lebih sensasi.

Kisah gaun kuning sendat dan singkat yang pernah dikenakan ketika terlibat dalam drama bersiri Tari Tirana pernah menjadi bahan bualan peminat.

Tidak lupa juga cerita rumah tangganya yang dibina dengan pemilik Radius One, Fazli Baharom sejak 2007 berakhir tiga tahun kemudian. Secebis kisah hidupnya itu ditelan bulat-bulat. Tidak banyak cerita, Lala bijak membiarkan kisah itu sejuk begitu sahaja.

Berlakon sudah berpuluh-puluh judul, tetapi namanya tidak timbul-timbul. Kalau satu persatu nama baharu mula menyerlah dek cerita sensasi dan murahan, Lala selesa untuk menjaga namanya.

Menolak menggunakan sifir untuk terkenal dengan mencipta cerita murahan, Lala sebaliknya sedaya upaya mengelak kisah sebegitu, namun tidak bermakna dia mengelak banyak permintaan wartawan.

"Bukan saya pinggirkan diri daripada wartawan, cuma tiada apa yang sensasi dan menarik tentang diri saya untuk ditulis.

"Kalau sesetengah artis lain berfikiran cerita kontroversi boleh bikin cepat popular, tetapi bukan diri saya untuk buat kecoh. Lagi pun saya tidak reti membuat kontroversi

"Mungkin cara ini akan membuatkan saya kekal begini, tetapi sekurang-kurangnya sampai hari ini rezeki saya tidak pernah putus," katanya menutup sementara bibirnya yang petah menyusun kata-kata.

'Mak diva nyah' - Zaiton Sameon

Posted:

'Mak diva nyah' - Zaiton Sameon

KEHIDUPAN penuh ranjau Zaiton Sameon selepas terlibat dengan kemalangan ngeri 20 tahun lalu diadaptasi dalam filem Zaiton Ceritaku.


PUNCAK kegemilangan diva bernama Zaiton Sameon musnah dalam sekelip mata setelah direntap tragedi ngeri kemalangan jalan raya yang menyaksikan anak lelaki tunggalnya, Azirwan Abu Bakar, meninggal dunia.

Lebih 20 tahun peristiwa berlalu, Zaiton yang hilang separuh daripada kehidupannya itu bagaimanapun berjalan dan terus berjalan. Terkadang tersadung, merangkak, menangis waima dipandang sinis, dia sudah kalis dengan mendung hitam yang menjadi takdirnya. Kisah Zaiton sudah beratus bahkan mungkin beribu kali bermain di bibir ramai.

Hari ini, wanita berumur 55 tahun itu terus menjadi bahan cerita dalam industri. Soal kesiuman dan kecintaannya untuk terus menyanyi, ada terzahir dalam sebuah filem biografi, Zaiton Ceritaku.

Filem itu sebahagian daripada terjemahan terhadap laluan kelam yang dijalani penyanyi lagu Menaruh Harapan itu. Biarpun tidak diberi gambaran penuh, wajah Zaiton sebagai wanita yang berdepan hilang separuh daripada kewarasan fikiran itu dilakonkan semula oleh pendatang baharu, Nadia Aqilah Bajuri.

Simpati untuk Zaiton kembali terungkit. Sebagai individu yang menjadi bahan pengkisahan, Zaiton sendiri berbesar jiwa kerana ada pihak sanggup bertaruh belanja besar untuk mengangkat kisahnya menjadi filem. Dalam masa yang sama, gambaran sisi kurang siuman; menyanyi bersama penjaja durian serta berlari masuk ke majlis kenduri kahwin untuk menyanyi dalam filem, itu dianggapnya sebagai gambaran yang berlebihan.

"Saya tak buat perkara-perkara begitu, tolonglah. Saya masih normal. Tapi saya sendiri tak ingat sangat apa yang berlaku dahulu. Semua cerita itu mungkin diberitahu oleh Shahril (adiknya) dan Rahim (pengurusnya), lagipun saya tiada semasa proses penghasilan skrip.

"Saya sudah menandatangani kontrak, apa-apapun saya kena terima. Keseluruhannya, saya puas hati. Saya tak mahu perihal adik-beradik dan keluarga diceritakan lebih-lebih, saya tak nak apa yang melibatkan maruah orang, saya tak mahu cerita, tapi apa yang terlepas dalam filem itu, biarlah," katanya yang ingat-ingat lupa sejak ditimpa musibah dahulu.

Mengakui tersentak dan menangis kerana dipertontonkan gambar anaknya Irwan di hujung cerita, Zaiton bagaimanapun mengakui hidupnya kini bahagia di samping anak angkatnya.

"Saya juga bukan penyebab kematian ibu saya. Dia tidak jatuh dalam bilik air sebaliknya (ibu) terkena strok. Dua tahun juga saya sempat menjaganya sebelum dia meninggal dunia, bukan seperti yang digambarkan dalam filem ini," cerita Zaiton.

Sebagai insan seni yang diraikan dalam filem terbitan Bruang Filem Sdn. Bhd. itu, Zaiton juga ceria sepanjang majlis pratonton dan sidang media yang berlangsung.

Sesekali dia berbahasa Inggeris kemudian membuat jenaka kerana berbahasa Inggeris ketika menjawab soalan-soalan media, kemunculan Zaiton sedikit sebanyak mengembalikan dia ke zaman kegemilangannya dahulu.

"Mak diva nyah, mak tetap top nyah," ungkap Zaiton memecah tawa sekelian wartawan yang tidak melepaskan peluang mendekati dirinya.

Secara spontan, Zaiton berkira-kira mahu melancarkan album terkininya yang mengandungi sembilan buah lagu baharu.

"Antara lagu yang dijangka hit ialah Terimalah Aku," katanya yang turut berpuas hati dengan lakonan Nadia Aqilah yang membawa karakternya dalam filem yang yang bakal memasuki panggung 1 November nanti.

Lepas dan laku Nabila Huda

Posted:

Lepas dan laku Nabila Huda


LAKONAN Nabila dalam drama Julia mendapat perhatian ramai.


NAMA Nabila Huda kembali panas minggu ini. Semuanya gara-gara daripada cakap-cakap mulut sehingga melalut ke laman sosial.

Hilang sekejap termometer keberkesanan lakonannya sebagai Julia yang sekarang menjadi kegilaan. Orang kita mudah teralih arah, isu seksi dan hubungan 'cinta' Nabila lebih menghambat pandangan. Walhal sebelum ini khalayak sedang rancak bercerita tentang bakat lakon Nabila.

Memang tidak dinafikan, Nabila yang segar dipanggil Abil muncul terlebih seksi di Anugerah Blokbuster pada Sabtu lalu. Gaun tajaan pereka busana Aliabastamam yang terdedah pada bahagian dada dan perut serta terbelah sehingga ke paha itu bagi Nabila yang gemar berfesyen adalah satu ekspresi fesyen normal untuknya.

Khalayak sebenarnya sudah terbiasa melihat Nabila bermain fesyen. Malah dia gemar mencuba dan tidak kalah gaya. Dia jarang sekali menjadi mangsa fesyen. Malah dia tidak lokek berkongsi di laman Instagram.

Peminat Abil secara mendadak bertukar status sebagai pendakwah, kaunselor, juri, hakim mahu pun pemuja fesyen tatkala melihat foto terbaharunya di internet. Abil menjadi tempat mereka melontar kata-kata dan komentar tanpa sikap sensitif. Seolah lulus gaya dan sekolah fesyen. Kononnya mereka kenal benar dengan Nabila.

Muncul dengan tanggungjawab dan sikap jujurnya, Abil meminta maaf. Dia tahu ramai mulut bercakap dan dia menambah resah ayahnya, Amy Search, seorang ikon rock yang mendapat tempias segala perilakunya.

"Saya meminta maaf secara terbuka bagi pihak yang menganggap penampilan saya terlalu seksi atau tidak sensitif pada malam itu. Hakikatnya, kerana mahu menjaga sensitiviti masyarakat yang menonton, saya menutup bahagian perut dan dada yang terdedah dengan tube berwarna hitam sewaktu muncul menjadi penyampai trofi bersama Zahiril," ujar Abil dalam nada penuh tanggungjawab.

Nabila sebenarnya seorang aktres yang bagus. Lepas dan laku dalam bidangnya sendiri. Pada satu saat, mata khalayak tertutup melihat dan menyaksikan apa yang lebih terbuka.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved