Jumaat, 23 Disember 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Istana Negara disenarai tarikan pelancong baru

Posted:

Istana Negara disenarai tarikan pelancong baru

Istana Negara disenarai tarikan pelancong baru

23/12/2011 6:48pm

KUALA LUMPUR - Istana Negara di Jalan Duta di sini, akan disenaraikan sebagai destinasi tarikan pelancong terbaru bersama-sama Taman Warisan Tun Abul Razak dan Taman Botani Perdana, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

Majlis memperkenalkan tiga produk baru itu akan dibuat tidak lama lagi, katanya ketika berucap melancarkan Kuala Lumpur CityWalk, di sini hari ini.

Lebih dikenali KL CityWalk, lokasi membeli-belah bagi pejalan kaki yang terletak di persimpangan Jalan P. Ramlee dan Jalan Pinang berhampiran Menara Kembar Petronas itu, merupakan kawasan tarikan pelancong terbaru di ibu negara.

"Terletak di tengah-tengah pusat bandar dan dikelilingi hotel, bangunan pejabat serta pusat hiburan, KL CityWalk menawarkan pengalaman membeli-belah, menikmati makanan dan persembahan kebudayaan di kawasan terbuka," katanya.

Bagi memastikan jaminan keselamatan, kawasan itu dilengkapi 95 kamera litar tertutup dan kawalan keselamatan 24 jam, katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Mahkamah tinggi tolak rayuan bekas adun DAP

Posted:

Mahkamah tinggi tolak rayuan bekas adun DAP

Mahkamah tinggi tolak rayuan bekas adun DAP

23/12/2011 6:28pm

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi hari ini menolak rayuan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dalam kes pertuduhan pecah amanahnya.

Hakim Datuk Zulkifli Bakar memutuskan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun terhadap M. Kuppusamy, 61, kekal selepas mendengar rayuannya.

Dalam penghakimannya Zulkifli berkata, mahkamah mendapati tiada sebarang keraguan berhubung fakta dalam perbicaraan kes itu dan keputusan yang telah dibuat di Mahkamah Sesyen.

"Selain itu mahkamah ini sangat memandang berat kesalahan yang dilakukan oleh perayu kerana perayu sepatutnya perlu amanah di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya," katanya.

Kuppusamy yang juga seorang peguam disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 28 Januari lalu di hadapan Hakim Zamri Bakar atas tuduhan pecah amanah wang sebanyak RM66,647.44, enam tahun lalu. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Mangsa kemalangan Genting Sempah rayu bantuan

Posted:

Mangsa kemalangan Genting Sempah rayu bantuan

Mangsa kemalangan Genting Sempah rayu bantuan

23/12/2011 5:52pm

BALING - Seorang mangsa kemalangan bas melibatkan rombongan Belia 4B dari Kampong Baru, Siong, Baling pada 29 Oktober 2010, merayu pihak yang bersimpati agar menyumbangkan sebuah motosikal beroda tiga untuk memudahkannya bergerak.

Mohd. Adib Ramli, 21, yang kudung kedua-dua belah kakinya akibat kemalangan itu, mengharapkan sumbangan kenderaan itu supaya lebih mudah baginya bergerak terutama ke masjid dan ke kelas mengajar al-Quran kepada kanak-kanak di Kampung Baru Siong.

Remaja itu yang mendapat bantuan RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak November tahun ini, turut berharap agar jumlah itu ditambah kepada RM300 sebulan.

Ketika dikunjungi di rumahnya di Kampung Pokok Setol, Siong, Mohd. Adib berkata, kaki palsu yang disumbangkan kepadanya tidak begitu selesa digunakan.

"Saya lebih selesa tanpa kaki palsu itu kerana saya memerlukan bantuan untuk memakainya. Jika tiada sesiapa di rumah saya tidak mampu memakainya sendiri", jelasnya.

Dalam kejadian itu, bas yang membawa peserta rombongan Belia 4B dari Kampung Baru Siong terbabit dalam kemalangan di Genting Sempah, menyebabkan tujuh daripada mereka maut di tempat kejadian, lebih 15 mangsa cedera dan dua parah termasuk Mohd. Adib yang kehilangan kedua-dua kaki.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohd. Adib di talian 019 4032 126 atau melalui akaun Maybank 162076587136 atas nama Mohd. Adib. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved