Jumaat, 23 Disember 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kem bimbing penghidap asma

Posted:

Kem bimbing penghidap asma

Kem bimbing penghidap asma

PARA peserta tidak melepaskan peluang bergambar di Bukit Melawati ketika menghadiri Kelab Asma Kanak-Kanak (KAKK) 13th Annual Asthma Camp 2011 baru-baru ini.


PERSEKITARAN damai yang biasanya menyelubungi Hotel De Palma, Kuala Selangor kali ini dipenuhi gelak ketawa dan perbualan daripada sekumpulan kanak-kanak aktif yang menyertai Kem Asma Tahunan 2011, Kelab Asma Kanak-Kanak (KAKK).

Dianjurkan oleh KAKK dan disokong oleh GlaxoSmithKline Pharmaseutical (GSK), kem selama dua hari itu bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap asma. Ia juga menerangkan tentang keperluan untuk pengawalan bersesuaian bagi penyakit melalui aktiviti menarik dan beberapa siri ceramah.

"Kem Asma KAKK merupakan inisiatif tahunan kelab bagi menunjukkan kepada kanak-kanak dan ibu bapa bahawa kehidupan aktif boleh dicapai dengan asma yang dikawal.

"Kem ini turut menyediakan platform kondusif bagi kanak-kanak untuk bertemu dan berkenalan dengan rakan-rakan baharu. Mereka juga dapat belajar sendiri tentang kepentingan pengawalan asma melalui pembelajaran secara terus dalam suasana yang menggembirakan dan interaktif," kata Presiden KAKK, Datin Ferida Enolil Mustapha.

Secara global, hampir 300 juta orang menghidap asma dan bilangan itu dijangka meningkat sebanyak 100 juta lagi menjelang tahun 2052.

Di Malaysia, asma dianggarkan menyerang kanak-kanak sehingga umur 14 tahun sebanyak 4.5 peratus. Bagi orang dewasa yang berumur 15 tahun dan ke atas, risiko itu mencecah 4.1 peratus.

Penyakit kronik

Asma merupakan penyakit paru-paru kronik yang dicirikan dengan masalah pernafasan berulang-ulang.

Perubahan persekitaran boleh menyebabkan kesan sensitif pada saluran udara dalam paru-paru menyebabkannya menjadi tebal, bengkak dan keradangan.

Ia mungkin menyebabkan serangan asma dengan gejala seperti tidak dapat bernafas, nafas berbunyi, sesak dada dan batuk jika tidak terkawal.

Kini, masuk tahun ketiga belas, Kem Asma KAKK menampilkan ceramah berilmiah berkaitan asma dan sesi fisioterapi yang dijalankan oleh profesional yang berpengalaman dalam jagaan kesihatan.

Melalui sesi-sesi ini, kanak-kanak diajar teknik yang betul untuk mengendalikan asma mereka secara ubat-ubatan dan emosi. Walaupun tiada penawar bagi penyakit ini, asma boleh dirawat dan dikendalikan secara efektif dengan terapi bersesuaian.


KANAK-KANAK harus diajar cara yang betul menggunakan inhaler jika serangan asma berlaku tanpa kehadiran ibu bapa.


Para peserta turut berpeluang menyaksikan kelip-kelip di Kampung Kuantan dan melawat Bird Hide di Taman Alam Kuala Selangor. Selain itu, aktiviti lain seperti permainan, berenang dan aktiviti luar turut dijalankan bagi memberi peluang kepada kanak-kanak penghidap asma menikmati pengalaman menarik di kem bersama-sama rakan sebaya.

"Di KAKK, kami berusaha memberi persekitaran yang membolehkan kanak-kanak penghidap asma berasa selesa dan rasa dipunyai.

"Matlamat kami agar mereka belajar bergaul sesama sendiri, menimbulkan semangat berpasukan dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri serta kesihatan mereka. Dengan berinteraksi antara satu sama lain, kanak-kanak mampu belajar meningkatkan dan memperbaiki kemahiran sosial mereka," ujarnya.

GSK komited untuk menyokong kem ilmiah atas kepercayaan bahawa pendidikan perlu bermula sejak muda.

Pengalaman dan pelajaran diterima akan berkekalan sehingga dewasa dan diharapkan dapat membantu kanak-kanak itu membuat keputusan yang lebih baik dalam kehidupan, sama ada berkaitan dengan kesihatan atau interaksi dengan individu lain.

Bagi 30 lebih kanak-kanak yang menyertai Kem Asma KAKK, pengalaman yang ditimba akan diingati kerana mereka bukan sekadar mendapat teman baharu, malah dibekalkan pemahaman lebih baik berkenaan asma.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved