Ahad, 11 Disember 2011

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pencarian kembar bumi

Posted:

Pencarian kembar bumi

Pencarian kembar bumi

PENYELIDIKAN untuk membuktikan kewujudan makhluk asing seperti yang digambarkan dalam filem Hollywood seperti E.T. dan Avatar sudah lama dimulakan. Begitupun, belum ada bukti yang dapat menyokong teori itu.

Malah, hidupan lain seperti bakteria dan tumbuh-tumbuhan di bulan atau planet lain juga tidak diketahui kewujudannya.

Bagaimanapun, penemuan sebuah planet baharu yang mempunyai banyak persamaan dengan bumi awal minggu ini oleh pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat memberi dimensi baru dalam penyelidikan tentang kehidupan di angkasa lepas.

Diberi nama Kepler -22b, planet yang terletak di luar sistem suria bumi itu berada di dalam zon boleh dihuni.

Ia mempunyai suhu selesa yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk seakan musim bunga iaitu sekitar 22 darjah Celcius.

Bahkan, keadaan geofizikalnya yang mempunyai air dan tanah melengkapkan lagi potensi terbaik planet tersebut untuk menampung kehidupan.

Dengan saiz 2.4 kali lebih besar berbanding bumi, planet itu ditemui melalui teleskop Kepler milik NASA yang dilancarkan pada tahun 2009 untuk mencari planet-planet baru.

"Penemuan Kepler -22b adalah satu sejarah baharu manusia.

"Sebelum ini pakar astronomi pernah menjumpai dua planet di dalam zon sama tetapi ia tidak mampu menampung kehidupan," ujar Profesor Astronomi di Universiti California, Berkeley, Amerika Syarikat (AS), Geoff Marcy.

Persamaan

Geoff yang juga perintis usaha mencari planet di luar sistem suria bumi menjelaskan, penemuan planet baharu ini membuktikan penerokaan NASA untuk mencari planet serupa bumi tidak sia-sia.

"Walaupun perlu meneroka jauh di luar angkasa, kita sebenarnya semakin hampir dengan matlamat itu," katanya.

Selain suhu yang selesa, tanah dan air, Kepler -22b yang jaraknya dikatakan 15 peratus lebih dekat dengan bintang seakan matahari berbanding bumi.

Kepler turut mengelilingi 'bintang matahari' itu dalam tempoh 290 hari setahun iaitu hampir menyamai 365 hari setahun di bumi.

Sejak dilancarkan pada akhir 2009, Geoff dan Pasukan Teleskop Angkasa Lepas Kepler telah berjaya mengenal pasti 1,200 planet namun penemuan sebelum ini dikenal pasti tidak mempunyai ciri sesuai untuk dihuni.

Misi yang menelan berbilion dolar itu dilancarkan untuk mencari planet seakan bumi dengan merentasi permukaan bintang asing.


TELESKOP Kepler yang meneroka angkasa luar.


Oktober lalu, NASA mendedahkan sebuah kapal angkasa miliknya telah menjumpai sistem tiga planet luar biasa yang mengandungi satu planet Super Bumi dan dua planet bersaiz Neptun mengorbit bintang seakan matahari kita.

"Teleskop Angkasa Kepler menemui tiga planet di sekitar bintang Kepler-18, yang 10 peratus lebih besar daripada matahari kita dan mengandungi 97 peratus jisim matahari," ujar Bill Cochran, ketua pengkaji di Universiti Texas.

Jelasnya, sistem asing juga boleh menjadi perumah kepada lebih banyak planet daripada apa yang telah ditemui setakat ini.

Kesemua tiga planet yang diberikan nama Kepler-18b, c dan d itu mengorbit lebih dekat dengan bintang induknya berbanding Utarid mengelilingi matahari.

Calon planet

Bagaimanapun, planet Kepler-18b mengorbit lebih dekat dengan bintang induknya, iaitu mengambil hanya 3.5 hari untuk melengkapkan putarannya.

"Planet yang mempunyai jisim kira-kira enam kali jisim bumi dan dua kali saiz planet kita, menjadikan planet Kepler-18b sebagai Super Bumi," jelasnya.

Kepler-18c pula mengambil masa 7.6 hari untuk mengorbit bintang induknya dan 5.5 kali lebih besar daripada bumi, dan mempunyai jisim yang hampir sama dengan 17 buah bumi.

Kepler-18d mengambil masa 14.9 untuk mengorbit dan kira-kira tujuh kali lebih besar daripada bumi dengan jisim 16 kali jisim bumi.

Berdasarkan anggaran ini, planet c dan d adalah layak sebagai dunia 'Kelas Neptun' berketumpatan rendah.

Sementara itu, menurut Ketua Penyiasat Sains Misi Kepler NASA, William Borucki, planet-planet di sekeliling Kepler-18 membantu ahli astronomi kerana aktiviti orbit antara Kepler-18c dan Kepler-18d menunjukkan bahawa mereka mestilah berada di dalam sistem planet yang sama.

"Tetapi untuk membuktikan identiti Kepler-18b sebagai Super Bumi merupakan sesuatu yang rumit," katanya.

Sehingga kini, Kepler telah menemui 1,235 'calon' planet yang sedang menunggu pengesahan melalui pemerhatian susulan.

Daripada jumlah itu, 54 planet dikenal pasti berada dalam zon Goldilocks.


ASTEROID Lutetia yang dikatakan material asal yang membentuk Bumi, Zuhrah dan Utarid.


Misi utama Kepler bukanlah untuk mengenal pasti planet mana yang mempunyai hidupan namun ia sekadar petunjuk kepada ahli astronomi mengenai planet yang berpotensi untuk hidupan.

Dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 50 bilion planet di dalam galaksi Bima Sakti dengan lebih kurang 500 juta daripadanya terletak di zon Goldilocks yang mempunyai iklim sesuai untuk hidupan.

"Satu daripada empat bintang yang serupa dengan matahari dalam galaksi Bima Sakti didapati menempatkan banyak planet bersaiz bumi sekali gus mencadangkan bahawa sistem yang menampung kehidupan seperti di bumi mungkin lebih banyak terdapat berbanding jangkaan sebelum ini," ujar Borucki.

Boleh dihuni

Dia turut memberitahu, pasukan penyelidiknya telah mengenal pasti 200 bintang yang mempunyai planet dalam zon boleh didiami.

Saintis mengambil masa bertahun-tahun bagi mengenal pasti terdapat 100 bilion bintang di dalam Bima Sakti.

Namun, pada tahun lepas di Yale, saintis mendapati jumlah tersebut menghampiri 300 bilion bintang.

Saintis Kepler, Natalie Batalha berkata, jumlah tersebut melibatkan galaksi Bima Sakti sahaja dan terdapat 100 bilion galaksi.

"Pertambahan jumlah bintang yang ditemui menimbulkan persoalan adakah terdapat hidupan lain di alam semesta dan jawapannya tidak diketahui.

Walaupun jarak Kepler -22b itu jauhnya 600 tahun atau 5,760 trilion kilometer dari bumi, keadaan itu bukan halangan untuk para saintis angkasa lepas mengkaji tentangnya," kata Natalie.

Full content generated by Get Full RSS.

Kejutan binaan terbalik

Posted:

Kejutan binaan terbalik

Kejutan binaan terbalik


TANGKAI bangunan ini memiliki berat 150,000 kilogram dan boleh dipanaskan semasa cuaca sejuk.


MENURUT falsafah perancangan bandar, fungsi bangunan tidak hanya sebagai tempat tinggal mahupun tempat kerja, tetapi ciri uniknya membolehkan sesebuah bangunan menjadi mercu tanda.

Wonderworks di Orlando, Florida, Amerika Syarikat (AS) misalnya dibina secara terbalik. Bangunan muzium tiga tingkat itu mempunyai ketinggian 25 meter.

Sebelah bangunan itu senget manakala tiang yang menopangnya dibiarkan retak dan patah. Sesuai dengan keadaannya, di dalam muzium itu terdapat permainan yang mendebarkan bahkan mengejutkan termasuk ribut selaju 104 kilometer sejam dan gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Ritcher selain pameran kapal tenggelam Titanic.

Antara bangunan lain yang menampilkan reka bentuk pelik ialah Rumah UFO di Sanjhih, Taiwan, Perpustakaan Awam Kansas City, Missouri, AS, Bangunan Tarian, Prague, Republik Czech dan Rumah Kiub di Rotterdam, Belanda.

Bangunan ibu pejabat syarikat pembuatan barangan kraf tangan AS, The Longaberger Company pula menterjemahkan identitinya menerusi bangunannya.

Direka menjadi seakan sebuah bakul besar, bangunan tersebut mengingatkan masyarakat sekitar terhadap perusahaan kraf tangan yang diasaskan oleh Dave Longaberger.

Biarpun dianggap sebagai sebuah rekaan pelik, bangunan tersebut turut mempunyai kegunaan apabila bahagian tangkai bakul yang mempunyai berat kira-kira 150,000 kilogram boleh dipanaskan ketika cuaca sejuk.


MUZIUM Wonderworks di Ohio, Florida menampilkan konsep bangunan terbalik.


Bangunan tersebut terletak di Ohio, AS. Ia siap pada tahun 1999 iaitu selepas kematian Longaberger.

"Begitu sukar untuk memikirkan sesuatu yang lebih baik selain papan tanda untuk memberitahu sesuatu ataupun menarik perhatian orang ramai," kata Timbalan Pengarah Muzeum Sejarah dan Industri AS yang menjelaskan mengapa sesebuah struktur direka dengan pelik.

Ilham

Bukan sahaja diilhamkan untuk menonjolkan kreativiti perekanya dalam menghasilkan sesebuah bangunan dengan nilai artistik, pembinaan sesetengah bangunan turut memberi kesan terhadap penggunaan ruang.

Rumah Kiub di Belanda pada pandangan mata kasar seolah-olah buah dadu berwarna kuning yang tersusun elok.

Rumah tersebut merupakan satu inovasi perumahan yang diilhamkan oleh arkitek Piet Blom dengan konsep tinggal di bumbung bandar bagi menjimatkan penggunaan ruang tanah.

Rekaan Blom itu mewakili sebuah perkampungan di dalam bandar Rotterdam dengan setiap rumah seakan sebatang pokok. Apabila disusun bersama ia menjadi seperti sebuah hutan.


RUMAH Kiub di Rotterdam, Belanda direka bagi mengurangkan penggunaan tanah.


Dalam bidang seni bina, reka bentuk bangunan pelik ini dikenali sebagai akrkitektur novelti iaitu bangunan dan struktur yang diberi sentuhan bentuk luar biasa.

Ia sama ada untuk tujuan pengiklanan, mercu tanda atau sekadar menonjolkan sisi eksentrik pemilik bangunan.

"Perkembangan dalam perisian komputer telah memberi peluang kepada arkitek untuk tampil dengan variasi bentuk tiga dimensi.

"Ia memudahkan mereka berimaginasi dan menghasilkan sesuatu yang kelihatan menarik," kata penulis pembentukan bandar, James Graham Ballard.

Namun, bukan semua rekaan bangunan unik itu berjaya. Buktinya, sebuah resort di Sanzhi UFO City, Taipei, Taiwan mengangkat konsep kapal angkasa makhluk asing sebagai asas rekaan bangunannya gagal disiapkan kerana pemajunya kerugian selain berlaku beberapa kemalangan di sekitar kawasan pembinaan bangunan itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Saintis keropok lekor

Posted:

Saintis keropok lekor

Saintis keropok lekor

Oleh KUMARA SABAPATTY
kumara.sabapatty@kosmo.com.my


JAMILAH bersama tidak pernah jemu menjalankan penyelidikan sejak 32 tahun lalu.


PROFESOR Dr. Jamilah Abu Bakar sangat mengagumi kemahiran nenek dan ibunya dalam menyediakan masakan utara. Namun disebabkan masih kecil, Jamilah sekadar main masak-masak dengan meniru gaya ibunya memasak di rumah.

"Saya tak sabar memasak apabila diberikan sebuah tin susu kosong dan sedikit beras untuk memasak nasi.

"Tetapi alangkah sedihnya apabila percubaan pertama tidak menjadi. Begitupun, keesokan harinya saya berjaya juga memasak nasi. Selepas itu saya cuba menggiling cili kering pula," katanya ketawa.

Pada usia 56 tahun sekarang, kerjaya Jamilah sebagai pensyarah dan penyelidik teknologi makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) masih berkait dengan makanan khususnya produk yang berasaskan ikan.

Baru-baru ini, sekumpulan penyelidik UPM yang diketuai Jamilah berjaya menghasilkan kolagen daripada kulit ikan tilapia. Protein itu penting bagi memelihara keremajaan dan keanjalan kulit serta mendapatkan bentuk badan menarik.

"Kami ialah yang pertama di rantau ini yang menghasilkan kolagen akuatik yang benar-benar diyakini status halalnya," kata Jamilah.

Kolagen akuatik berkenaan boleh digunakan dalam bentuk minuman atau makanan seperti produk minuman burung walit.

Walaupun tilapia merupakan ikan air tawar, Jamilah berpendapat ikan air masin lebih popular untuk dikadikan makanan diproses seperti filet, nuget dan bebola. Ini kerana bekalan ikan laut boleh diperoleh dengan lebih mudah selain mendapat permintaan yang tinggi.

Kajian

Sebaliknya, pengeluaran ikan air tawar adalah terhad, begitu juga permintaannya. Bagaimanapun kata beliau, ikan keli sangat popular di selatan Amerika kerana di sana terdapat menu makanan seakan-akan chicken chop tetapi menggunakan ikan air tawar itu.

Salah satu produk ikan yang terkenal di negara ini ialah keropok lekor.

"Keropok lekor memang diminati ramai kerana kelazatannya. Pada tahun 1980-an ia hanya dikenali di negeri Kelantan dan Terengganu. Kini ia boleh didapati di seluruh Semenanjung," katanya yang banyak menghasilkan penulisan saintifik berkaitan keropok lekor.

Menurut Jamilah, penyelidikannya telah mendedahkan mengenai potensi perkembangan industri kecil itu ke peringkat yang lebih besar.

Sebelum ini, katanya, industri keropok lekor cuma diusahakan secara kecil di peringkat kampung dan rumah dan ada kekangan dari segi kebersihan, kualiti dan pembungkusan,

"Kebersihan dan pembungkusan keropok lekor perlu diberi perhatian jika produk itu mahu dieksport. Teknologi untuk menyejuk beku produk itu juga tidak kurang pentingnya.

"Sebelum kita pandai membuat burger dan hotdog, produk import itu mendapat permintaan yang tinggi.


BERDISIPLIN dan dedikasi rahsia utama kejayaan wanita ini.


" Salah satu sebabnya ialah produk itu berjaya mengekalkan keenakannya walaupun selepas disejuk beku dan disimpan untuk tempoh yang lama," katanya.

Sebenarnya, kepakaran yang dimiliki Jamilah kini tidak datang dengan mudah.

Pada usia 18 tahun, Jamilah sudah berkelana ke Amerika Syarikat untuk mengikuti pengajian sarjana muda dalam bidang biologi makanan di Universiti Louisiana. Berkongsi pengalaman di negara kuasa besar dunia itu Jamilah berkata, budaya pelajar sekolah di Amerika berbeza berbanding di Malaysia.

"Kita disuap dan bersekolah untuk lulus dan bekerja tetapi gaya hidup pelajar di sana berlainan kerana mereka dibiarkan bebas dan berdikari.

"Bayangkan mereka boleh memandu kenderaan, dibenarkan bekerja sambilan supaya berdikari dan lebih bertanggungjawab pada usia awal.

Orang Jepun

"Selain itu, mereka belajar untuk mencari ilmu dan mampu berdebat apabila diberi peluang.

"Saya kagum dengan mereka. Saya juga tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan budaya di negara itu," katanya.

Di negara itu, Jamilah tidak dapat melupakan peristiwa beliau belajar berenang.

"Semuanya gara-gara ingin belajar berenang bersama kira-kira 15 rakan sekuliah.

Ia merupakan sesi ujian renang yang wajib lulus dengan terjun dari papan anjal pada ketinggian kira-kira tujuh meter.

"Selepas terjun ke dalam kolam renang, saya mengambil masa yang agak lama untuk muncul ke permukaan air menyebabkan jurulatih saya panik. Dia hampir menggunakan jala untuk mengeluarkan saya menyebabkan semua orang ketawa," katanya.

Namun, hasilnya berbaloi. Selain pandai berenang, Jamilah melatih sendiri lapan orang anaknya berenang.

Selain AS, Jamilah pernah mengikuti kursus jangka pendek di Universiti Kagoshima, Jepun. Menurut beliau, orang Jepun memang kuat makan ikan memandangkan hidupan marin itu merupakan sumber utama protein mereka.

"Orang Jepun juga makan ikan paus pada festival tertentu. Namun, mereka boleh dikatakan makan sejenis ikan sepanjang tahun

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved