Kosmo Online - Negara |
Posted: Ditipu Pak Arab bulat-bulatOleh JUNHAIRI ALYASA dan NORAFZAN MOHD. ARSAD
KUALA LUMPUR – Siapa tidak teruja apabila ditawarkan bekerja dengan majikan berketurunan raja sebuah negara Teluk yang mempunyai rangkaian perniagaan minyak dan gas di seluruh dunia. Dengan tawaran gaji termasuk faedah seperti tempat tinggal dan elaun lumayan, sudah pasti ramai yang kelabu mata. Namun semua itu hanya indah khabar sahaja apabila lelaki bergelar doktor itu sebenarnya kaki auta apabila tembelang mula terbongkar satu persatu. Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 35, berkata, pengalaman pahit berkhidmat selama sebulan dengan lelaki itu sudah cukup untuk mendorong dia membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini mengenai tindak-tanduk lelaki tersebut. Dia mendakwa, turut tertipu dengan jutawan tersebut ialah 15 lelaki tempatan yang diupah untuk bekerja sebagai pengawal peribadi lelaki itu. Abdullah yang mendakwa berasal dari Iraq menjelaskan, pada mulanya dia dijanjikan jawatan sebagai pengurus teknologi maklumat bagi syarikat milik jutawan tersebut dengan gaji permulaan RM1,600 sebulan. Lebih mengujakannya apabila jutawan tersebut turut menawarkannya seunit kondominium mewah yang terletak di Jalan Law Yew Swee di sini dan elaun makan setiap hari. "Memang dalam tempoh seminggu hingga dua minggu, saya sangat yakin dengan dia yang kelihatan sangat segak dan bergaya apatah lagi lelaki itu diperkenalkan oleh kawan saya sendiri,'' ceritanya kepada Kosmo! semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
15,000 bakal sambut Tuanku Mizan Posted: 15,000 bakal sambut Tuanku Mizan![]() TUANKU MIZAN menerima cenderahati daripada Kerajaan Persekutuan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Santapan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka di Istana Negara, Jalan Duta kelmarin. KUALA TERENGGANU - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah akan diarak sejauh 16.2 kilometer sebaik sahaja tiba di sini hari ini selepas tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong. Sambutan dijangka melibatkan lebih 15,000 orang yang akan menunggu di sepanjang jalan bermula dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Istana Maziah selepas ketibaan Tuanku Mizan yang dijangkakan pada pukul 2 petang. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Iskandar Malaysia capai sasaran Posted: Iskandar Malaysia capai sasaran![]() NAJIB (dua dari kanan) menunjukkan buku Laporan Kemajuan Lima Tahun Iskandar Malaysia bersama Abdul Ghani (dua dari kiri), Ismail (kiri) dan Azman di Nusajaya semalam. JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kagum dengan tahap kemajuan pembangunan Iskandar Malaysia dan yakin projek berkenaan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan. "Saya kagum melihat projek-projek di Iskandar Malaysia yang sedang dilaksanakan, meyakinkan saya kawasan ini akan maju dan mencapai sasaran yang ditetapkan," kata beliau yang dibawa menaiki helikopter meninjau pembangunan wilayah berkenaan semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan