Sabtu, 10 Disember 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Semua yang layak akan dapat RM500

Posted:

Semua yang layak akan dapat RM500

Semua yang layak akan dapat RM500

KAUNTER LHDN di Ayer Keroh, Melaka semalam menjadi tumpuan orang ramai yang mahu mendapatkan borang BR1M.


IPOH – Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kini berjumlah RM2.6 bilion dengan tujuan memastikan kesemua isi rumah yang layak akan menerima manfaat yang dijanjikan menerusi Bajet 2012.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dana RM2.6 bilion itu adalah untuk disalurkan kepada 5.2 juta isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

"Walaupun pangkalan data kerajaan menunjukkan 5.2 juta atau 79.5 peratus isi rumah negara ini sahaja yang layak, kita mungkin tambah (peruntukan) jika perangkaan sebenar menunjukkan jumlah penerima manfaat adalah lebih ramai," katanya kepada pemberita di Dewan 1Malaysia Chemor dekat sini semalam.

Ahmad Husni memberitahu, setiap permohonan akan diperiksa oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum kelulusan diberi untuk bayaran pada pertengahan bulan depan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Ada pihak jual borang BR1M RM50

Posted:

Ada pihak jual borang BR1M RM50

Ada pihak jual borang BR1M RM50


POLIS sedang memantau aktiviti penjualan borang BR1M dengan pesalah boleh didakwa atas cubaan menipu.


NIBONG TEBAL – Di saat kesibukan orang ramai untuk memperoleh borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mendapatkan RM500 yang diberikan oleh kerajaan bermula semalam, rupa-rupanya ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan dengan menjual borang tersebut pada harga RM50 setiap satu.

Perbuatan itu didedahkan oleh Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman dengan berkata, selain dijual, mereka juga mengenakan bayaran bagi mengisi borang berkenaan.

"Perbuatan menjual borang BR1M tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah percuma," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Berjimat rawat penyakit kanser

Posted:

Berjimat rawat penyakit kanser

Berjimat rawat penyakit kanser

KANGAR - Kos merawat penyakit kanser yang dianggarkan di antara RM40,000 hingga RM300,000 boleh dikurangkan dengan penggunaan meluas ekstrak herba seperti misai kucing dan kemunting cina.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, kedua-dua tumbuhan herba itu dikenal pasti dapat membantu merawat kanser hasil kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Malah katanya, kajian tersebut yang bermula sejak 2007 dibuat melalui pembiayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah Projek Satelit Bioteknologi bernilai RM1 juta memberikan penawar kanser pada kos jauh lebih rendah.

"Ini penting kerana kos rawatan yang tinggi sekarang menjadi punca ramai pesakit berputus asa dan tidak bersemangat meneruskan hidup," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan peralatan memproses kajian lanjutan herba perubatan di Stesen Penyelidikan Agrotekteknologi Kampus UniMAP Sungai Chuchoh dekat sini semalam.

Menurutnya, proses rawatan kanser dengan kos yang lebih rendah ini memberi makna yang besar memandangkan jumlah pesakit baharu kanser bertambah 40,000 orang setiap tahun.

Katanya, Majlis Kanser Nasional (Makna) mendapati 80 peratus daripada pesakit membabitkan kanser payu dara diikuti prostat, kanser tulang dan kanser darah.

Katanya, ramalan Kesatuan Antarabangsa Menentang Kanser (UICC) pula menyebut menjelang tahun 2020, kanser akan muncul sebagai pembunuh nombor satu di dunia, menggantikan penyakit jantung.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, dalam menjayakan projek berkenaan, pihak universiti itu mendapatkan benih tumbuhan misai kucing dari Jabatan Hutan dan MARDI (Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian) sementara kemunting cina diperoleh dari seluruh negara.

Katanya, kajian itu diharap memberi harapan baharu kepada para pesakit kanser yang terpaksa bertarung dengan kesakitan di samping menanggung kos rawatan yang terlalu tinggi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved