Sabtu, 10 Disember 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


89 terbunuh hospital terbakar

Posted:

89 terbunuh hospital terbakar

89 terbunuh hospital terbakar

ORANG RAMAI berkumpul di luar Hospital Amri yang terbakar di Kolkata, India semalam.


KOLKATA, India - Sejumlah 89 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah hospital swasta di sini, kata beberapa pegawai semalam.

Mereka memberitahu, kakitangan perubatan bertempiaran lari menyelamatkan diri dan meninggalkan pesakit mereka dalam kebakaran besar itu.

Polis menangkap enam pegawai hospital atas dakwaan cuai hingga menyebabkan kematian pesakit mereka.

Pihak pengurusan hospital berkenaan bagaimanapun menafikan berlaku sebarang pelanggaran langkah keselamatan dalam tragedi tersebut.

"Adalah menakutkan untuk melihat pihak berkuasa hospital tidak melakukan usaha untuk menyelamatkan pesakit yang terperangkap," kata menteri kesihatan awam negeri Bengal Barat Subrata Mukherjee.

"Pegawai-pegawai kanan hospital terbabit bertempiaran lari selepas api mula merebak," tambahnya.

Ketika api sedang marak, petugas-petugas penyelamat yang menggunakan tangga bertindak memecahkan tingkap di tingkat atas Hospital Amri untuk mengeluarkan sejumlah pesakit yang terperangkap.

Pasukan petugas penyelamat membawa pesakit yang diselamatkan dengan menggunakan pengusung dan kerusi roda ke sebuah hospital berdekatan.

Seorang pesakit, Moon Moon Chakraborty yang dirawat kerana patah pergelangan kaki, menelefon suaminya, S. Chakraborty yang berada di rumah untuk memberitahu bahawa hospital itu terbakar.

"Dia meninggal dunia apabila saya tiba di hospital berkenaan," kata suaminya.

Pasukan penyelamat mengeluarkan 73 mayat dari bangunan hospital berkenaan dengan kebanyakan mangsa dipercayai maut kerana sesak nafas akibat terhidu asap tebal.

Seorang pegawai kanan polis di sini Danayati Sen memberitahu, seramai 16 lagi mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang mereka alami.

Seorang saksi memberitahu, beberapa belas kereta bomba tiba di tempat kejadian lebih sejam selepas kebakaran berlaku.

Kebakaran itu tercetus sekitar pukul 3.30 pagi waktu tempatan di tingkat bawah tanah Hospital AMRI dengan asap tebal meliputi bangunan tersebut.

Punca kebakaran masih disiasat pihak berkuasa. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Angelina Jolie tidak ramai kenalan wanita

Posted:

Angelina Jolie tidak ramai kenalan wanita

Angelina Jolie tidak ramai kenalan wanita


ANGELINA Jolie dan pasangannya aktor Brad Pitt bergambar pada tayangan perdana filem In the Land of Blood and Honey di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Angelina Jolie boleh dikatakan memiliki pakej lengkap kerana mempunyai kecantikan, kekayaan dan juga keluarga besar, lapor akhbar MailOnline semalam.

Namun, heroin filem Tom Raider itu mengakui dia mempunyai satu kekurangan iaitu kurang kenalan wanita.

Dalam temu bual untuk keluaran terbaru majalah fesyen Marie Claire, Jolie berkata, punca perkara itu berlaku mungkin kerana dia lebih banyak meluangkan masa di rumah daripada bersosial.

"Saya hanya mempunyai beberapa rakan wanita kerana masa saya lebih banyak terluang di rumah. Saya tidak gemar keluar bersosial ," katanya.

Jolie yang kini merupakan pelakon, pengarah dan juga ibu kepada enam orang anak turut mengakui dia lebih gemar berborak dengan pasangannya, Brad Pitt.

"Saya suka berbual bersama ahli keluarga saya dan Pitt. Saya tidak tahu mengapa tetapi saya lebih gemar berbual dengan Pitt daripada orang lain termasuk kawan-kawan wanita saya," tambah Jolie.

Salah seorang rakan wanita yang dikatakan rapat dengannya ialah penyanyi Gwen Stefani.

Baru-baru ini kedua-duanya dilihat meluangkan masa bersama anak-anak mereka di rumah Stefani di London. Anak-anak kedua-dua pasangan ini dalam lingkungan usia yang sama.

Mereka mulai rapat sejak tahun 1998.- Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Belanda minta maaf tragedi Rawagede

Posted:

Belanda minta maaf tragedi Rawagede

Belanda minta maaf tragedi Rawagede


BALU dan saudara-mara kaum lelaki yang terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai menghadiri majlis memperingati tragedi itu di Rawagede, Jawa Barat semalam.- AP


RAWAGEDE, Indonesia – Kerajaan Belanda secara rasmi memohon maaf berikutan tragedi pembunuhan beramai-ramai penduduk Indonesia pada tahun 1947 di Jawa.

Permohonan maaf itu dinyatakan dalam satu majlis penuh beremosi sempena ulang tahun memperingati insiden tersebut

Pada ketika itu, askar-askar Belanda yang menyerbu masuk ke sebuah kampung di bandar Rawagede, Jawa Barat ketika rakyat Indonesia berjuang untuk memperoleh kemerdekaan, bertindak membunuh secara kejam kaum lelaki dan kanak-kanak lelaki di hadapan anggota keluarga dan jiran mereka.

Kenyataan rasmi Belanda mengesahkan seramai 150 orang terbunuh dalam tragedi berdarah itu tetapi beberapa penduduk tempatan memberitahu, angka korban sebenar adalah jauh lebih besar iaitu seramai 431 orang.

"Mengenai insiden ini, saya mewakili kerajaan Belanda, memohon maaf atas tragedi yang berlaku di Rawage pada 9 Disember 1947," kata Duta Belanda ke Indonesia, Tjeerd de Zwaan.

Dia kemudian mengulangi ucapan tersebut dalam bahasa Indonesia di hadapan ratusan orang yang hadir di upacara tersebut.

Pada September lalu, sebuah mahkamah sivil di The Hague mendapati kerajaan Belanda bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai itu.

Penghakiman tersebut dilihat memihak kepada lapan balu serta salah seorang mangsa terselamat dalam tragedi itu membawa kes tersebut ke mahkamah di The Hague.

Dua daripada balu tersebut mati ketika kes masih dibicarakan manakala mangsa terselamat, Saih Sakam turut meninggal dunia pada Mei lalu semasa berusia 88 tahun.

Kerajaan Belanda bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak AS$1.13 juta (RM3.56 juta) sebelum mahkamah membuat keputusan dan kini mereka perlu membayar gantirugi tambahan berjumlah AS$242,000 (RM763,328) kepada plaintif atau ahli keluarga mereka.

Salah seorang balu terbabit, Anti Rukiyah, 93 berkata akhirnya dia berasa lega dan menerima permohonan maaf tersebut.

"Lagipun kejadian itu sudah lama, tidak mengapa,"katanya. Menurutnya, dia akan memberikan wang pampasan tersebut kepada anak-anaknya untuk digunakan bagi membina rumah mereka.

Anaknya, Ani, 70, memberitahu, dia gembira kerana akhirnya keluarganya mendapat ganti rugi berikutan kejadian itu banyak mengubah kehidupan meraka.

"Saya membesar tanpa ayah. Amat sukar untuk ibu saya mencari pekerjaan ketika itu tetapi kini kami gembira dan tidak menyimpan dendam,"katanya.

Seramai 60 orang pelajar sekolah memakai tudung putih memulakan majlis tersebut dengan menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia.

Kemudian mereka menceritakan penderitaan yang dialami penduduk setempat berikutan kejadian tersebut.

"Kami tidak akan lupa hari pembunuhan beramai-ramai di Rawagede," laung ketua persembahan itu.

Pegawai rasmi kedutaan Belanda menyampaikan plak kayu yang diukir kincir angin di sebelah kiri dan pokok kelapa di kanannya. Turut dicatatkan 'Akhirnya keadilan untuk penduduk Rawagede' di sebelah tarikh tragedi berkenaan. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved