Isnin, 19 Disember 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


13 barang kawalan Krismas

Posted:

13 barang kawalan Krismas

13 barang kawalan Krismas

TELUR ayam merupakan antara barangan kawalan sempena musim
perayaan Krismas pada 25 Disember nanti. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penetapan harga maksimum runcit bagi 13 jenis barang di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penetapan harga itu akan dikuatkuasakan selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember di 146 kawasan dan daerah di seluruh negara.

"Peniaga diwajibkan menjual barangan tidak melebihi harga maksimum serta meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Menurut beliau, senarai barang tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam belanda import, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, tomato dan cili benggala hijau.

Katanya, harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ialah ayam hidup RM5.90 sekilogram, ayam standard (RM7), ayam super (RM7.80), ayam belanda import (RM25), daging kambing tempatan bertulang (RM33) dan daging kambing biri-biri import bertulang (RM20).

Selain itu, ia turut melibatkan daging biri-biri import tanpa tulang (RM24), daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM26), telur ayam gred A (RM0.36 sebiji), gred B (RM0.35), gred C (RM0.34), tomato (RM4.50 sekilogram) dan cili benggala hijau (RM8.50).

Ismail Sabri memberitahu, peniaga individu yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim itu dengan menjual melebihi harga kawalan yang ditetapkan kementerian boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau dikompaun sehingga RM50,000 mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Bagi syarikat, mereka boleh didenda maksimum RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

RM400 juta bantu syarikat bas

Posted:

RM400 juta bantu syarikat bas

RM400 juta bantu syarikat bas

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan telah meluluskan dana berjumlah RM400 juta bagi membantu syarikat bas henti-henti yang sedang menghadapi masalah kewangan dalam meneruskan operasi mereka.

Perdana Menteri berkata, dana yang diluluskan itu akan diurus oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang merancang untuk mengagihkan sejumlah RM100 juta pada suku pertama 2012.

Beliau berkata, untuk fasa pertama, dana bantuan itu akan digunakan untuk membantu syarikat-syarikat yang bermasalah di Selangor diikuti dengan negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Pahang.

"Dana ini juga merupakan langkah interim yang diharap dapat menyelamatkan perkhidmatan bas henti-henti, demi kepentingan rakyat yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan melalui SPAD akan memulakan rundingan dengan pengusaha bas terlibat untuk membincangkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Perdana Menteri berkata, ia penting untuk mencari penyelesaian jangka panjang bagi membolehkan pengusaha terlibat terus beroperasi berteraskan kepentingan pihak pengusaha dan juga pengguna.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Guna dakwat kekal di PRU-13

Posted:

Guna dakwat kekal di PRU-13

Guna dakwat kekal di PRU-13


SEORANG pengundi menunjukkan dakwat kekal pada jarinya selepas mengundi dalam pilihan raya Parlimen di Kaherah, Mesir baru-baru ini.


PUTRAJAYA - Dakwat kekal silver nitrate akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 kelak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Beliau berkata, dakwat itu adalah berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008, tetapi tidak digunakan ketika itu selepas keberkesanan kaedah itu dipersoalkan pelbagai pihak.

Menurut beliau, dakwat kekal yang mengandungi silver nitrate itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Disember untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan oleh orang Islam.

Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum, katanya.

"Oleh kerana ia berlainan sumber (daripada yang sepatutnya digunakan pada 2008), maka ia perlu melalui proses semula seperti dulu. Ia bukan dakwat yang sama.

"Dakwat ini mengandungi logam silver nitrate yang apabila dicalit di jari (di kuku) ia akan diserap dalam kuku kulit. Lagi tinggi peratus silver nitrate, lagi lama ia kekal di jari," kataya pada sidang media di sini semalam.

Abdul Aziz berkata, penggunaan dakwat kekal adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved