Isnin, 19 Disember 2011

Kosmo Online - Stailo


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Area27 pelengkap legasi Area27 pelengkap legasi

Posted:

Area27 pelengkap legasi Area27 pelengkap legasi

Area27 pelengkap legasi Area27 pelengkap legasi

Oleh ALIF ABU BAKAR

"SAYA mungkin popular di Malaysia, tetapi saya bukan sesiapa di London," ringkas dan jujur kenyataan dikeluarkan Datuk Bernard Chandran, 43, saat ditemui di butik rekaan santainya, Area27 yang terletak di Fahrenheit88, Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Benar, sejak membuat keputusan mendalami dunia fesyen pada usia 16 tahun, Bernard telah meraih pelbagai pengiktirafan dan beliau merupakan antara pereka tempatan yang berjaya membuka butik di tanah Eropah iaitu di Knightsbridge, London, England.

Selebriti ternama antarabangsa seperti Lady Gaga, Estelle, Rihanna dan Little Boots antara yang pernah 'ditangkap' memakai rekaan Bernard.

Biarpun hasil kreativiti Bernard diangkat tinggi masyarakat tempatan dan namanya dicanang serata dunia, bapa kepada lima cahaya mata itu enggan meletakkan dirinya sebaris dengan pereka-pereka antarabangsa.

"Menjadi seorang pereka fesyen bukan sekadar perlu tahu mereka pakaian sahaja malah, seorang pereka juga perlu membuat kajian terperinci tentang rekaan yang ingin dihasilkan.

"Setiap kali saya ingin hasilkan koleksi baharu, saya mengingatkan diri saya agar jangan malas membuat kajian dan yang paling penting perlu berani mengambil risiko," ujar suami kepada Datin Mary Lourdes Chandran itu.

Pujian serta kritikan orang ramai terhadap hasil kerjanya ditelan dengan rela kerana bagi lelaki itu, seorang pereka fesyen perlu merendahkan ego dan menerima teguran agar menjadi lebih baik pada masa akan datang.


PENTAS Malaysia International Fashion Week di Kuala Lumpur baru-baru ini menampilkan koleksi pakaian yang ekstravaganza.


"Jangan terlalu bergantung kepada orang lain, jika anda seorang pereka yang baik, orang pasti tahu anda memang bagus. Lagi satu, jangan cepat berasa selesa," kongsi Bernard tentang filosofi hidupnya sebagai pereka fesyen.

Area27

Selepas hampir dua dekad bergelumang di pentas fesyen, Bernard merasakan sudah tiba masanya beliau mencipta kelainan.

Kelahiran butik Area27 yang dibuka secara rasmi pada 13 Oktober lalu memperlihatkan keberanian Bernard meneroka cabang baharu.

"Area27 ibarat gerobok kepada rekaan yang relevan dan terkini buat orang ramai khususnya anak-anak muda yang suka bereksperimen dengan gaya kreatif.

"Butik ini juga menjadi medan buat pereka-pereka tempatan menghasilkan rekaan kreatif dan berkongsi kerja tangan mereka untuk dijual serta dihargai orang kita sendiri.

"Sesiapa sahaja berpeluang menghasilkan rekaan kreatif untuk Area27 dan ia tidak terhad kepada pereka-pereka yang telah mencipta nama sahaja," jelasnya yang mendedahkan bahawa terdapat beberapa rekaan di situ menggunakan fabrik yang dikitar semula.

Baju T bercorak, jaket yang boleh digayakan kedua-dua jantina, sneakers edisi terhad jenama Puma serta rekaan-rekaan antarabangsa termasuk label Alexander McQueen, Rudolf Dassler dan ramai lagi, semuanya terdapat di butik tersebut.

Menjunjung tema fesyen tanpa sempadan, Area27 menggalakkan seseorang itu menyerlahkan penampilan diri dan menjadi penggerak keyakinan untuk menjadi diri sendiri.

"Dengan adanya tempat ini, saya tidak perlu risau lagi kerana saya tahu saya telah meninggalkan sesuatu yang wajar untuk generasi akan datang.


BUTIK Area 27 mula menjadi bualan ramai sejak Oktober lalu kerana ia menampilkan kelainan dalam rekaan baju dan aksesori yang eksklusif dan kreatif.


"Area27 merupakan ekspresi saya dan pereka-pereka lain untuk mendidik masyarakat tempatan menghargai diri agar sentiasa tampil kemas dan menarik," kata Bernard yang memberitahu sasaran umur untuk rekaan butik itu ialah mereka yang berusia 14 tahun ke atas.

Lelaki malas

Melontar pandangan tentang cita rasa fesyen lelaki usia pertengahan yang kurang menitikberatkan soal penampilan diri, Bernard tanpa selindung menyatakan kebanyakan lelaki golongan tersebut didorong sifat malas.

Apabila lelaki mencecah angka 30, majoriti mereka cuba menyesuaikan diri dengan kelompok peringkat umur mereka yang rata-rata telah berkahwin dan mempunyai anak.

"Tidak susah untuk tampil bergaya. Dengan sehelai baju T kosong atau bercorak yang dipadankan dengan jean sudah cukup membuatkan seorang lelaki itu segak.

"Tetapi pastikan baju T yang disarungkan itu sesuai dengan diri kerana baju T yang tepat mampu memberi impak besar dan menyerlahkan personaliti lelaki," tutur Bernard yang menyarankan agar lelaki turut mengikuti perubahan fesyen selari dengan kematangan diri.

Ibu inspirasi koleksi terbaharu

Bercakap tentang koleksi terbaharu beliau untuk musim bunga/panas 2012 yang dipentaskan pada malam Malaysia International Fashion Week (MIFW) 2011 baru-baru ini, Bernard mendedahkan bahawa beliau mendapat inspirasi daripada ibunya.

Mengambil ilham era rekaan 1950-an, Bernard menyuntik elemen moden sofistikated pada kesemua 38 koleksi sedia pakai yang direka mengikut interpretasi beliau tersendiri.

Penghargaan Bernard terhadap keseimbangan dan geometri jelas kelihatan dalam rekaan kali ini. Struktur rekaannya bijak dilembutkan dengan penegasan potongan mengikut bentuk pinggang.


BERNARD (duduk tengah) melancarkan koleksi terbaharu fesyen street wear rekaan beliau dan beberapa pereka muda di butik Area 27 Bukit Bintang baru-baru ini.


Inovasi terbaharu Bernard dapat dilihat menerusi top skirt kepompong berlisu, baju ala dres, body suit serta potongan halus terutama pada jaket.

Cuba lari daripada pendekatan biasa, hasil seni Bernard kali ini menggunakan fabrik jenis jersi, kain kait digabungkan dengan kain kapas dan sutera satin.

Palet warna juga menepati kedua-dua musim tersebut yang merangkumi warna-warna seperti kelabu, emas, hijau, biru firus dan hijau epal.

"Musim kali ini saya mengangkat ibu saya sebagai garis panduan terpenting dalam mereka kesemua busana. Ketika ibu saya masih muda, semua orang cuba untuk berfesyen sehabis baik.

"Saya menemui diri saya di sebalik dia. Ibu saya sanggup menjahit sendiri baju buat dirinya dan menjadikannya cantik. Itu membuktikan kreativiti ibu saya dan usaha serta kesungguhan yang ditonjolkan beliau membentuk diri saya hari ini," luah Bernard.

Full content generated by Get Full RSS.

Larian lebih cengkaman

Posted:

Larian lebih cengkaman

Larian lebih cengkaman


NIKE LunarGlide + 3 Shield direka dengan memiliki tahap rintangan air agar mudah dibersihkan.


IKLIM tropika di Malaysia menyebabkan negara ini sering menerima taburan hujan yang tinggi sepanjang tahun. Kekerapan hujan juga meningkat menjelang musim tengkujuh dan ia membuatkan pergerakan orang ramai terbatas.

Permukaan jalan yang licin dan takungan air di merata tempat boleh mengundang kemalangan kecil seperti tergelincir dan terjatuh hingga membuatkan kita tercedera.

Kekalkan momentum larian

Kadangkala kita tidak dapat mengelak daripada berjalan atau meredah hujan pada masa-masa tertentu, jadi pastikan kasut yang dipakai bersesuaian dengan cuaca.

Hujan mengurangkan cengkaman kasut serta menyebabkan pengurangan geseran akibat permukaan jalan yang basah terutama buat mereka yang gemar melakukan aktiviti sukan seperti berjoging.

Bagi mengekalkan momentum individu yang berlari dalam hujan, Nike memperkenalkan Nike LunarGlide+ 3 Shield yang mampu membuatkan pelari kekal kering, hangat dan selamat saat berlari.


TAPAK kasut Lunarlon foam memberi lebih cengkaman saat anda berlari walaupun dalam hujan.


Ia sangat stabil kerana memiliki lapik kusyen yang lembut di bahagian dalamnya serta membantu individu mengecapi larian lancar serta sentiasa fleksibel.

Direka dengan ciri-ciri tersendiri, tapak kasut dengan Lunarlon foam bertindak sebagai sokongan buat si pemakai.

Alur di permukaan dalamannya juga tebal dan potongannya berbeza mengikut kesesuaian jantina yang memiliki kontras ketika berlari.

Di bahagian tapaknya pula, terdapat kawasan berwarna hijau yang mengekalkan keutuhan seseorang berpijak di atas permukaan licin.

Nike LunarGlide+ 3 Shield juga tahan rintangan air menjadikannya mudah dibersihkan jika terkena lumpur atau tanah kotor.

Keupayaannya memantulkan cahaya dalam suasana gelap jua meningkatkan lagi keyakinan orang ramai untuk memilikinya yang kini dijual disemua butik Nike seluruh Malaysia. Ia dijual pada harga bermula RM409.

Full content generated by Get Full RSS.

Kembali bertenaga di Energy Academy Spa

Posted:

Kembali bertenaga di Energy Academy Spa

Kembali bertenaga di Energy Academy Spa


BANEY menunjukkan bilik rawatan khas untuk pasangan.


KEBIMBANGAN untuk menikmati urutan badan yang betul seringkali wujud sebelum berkunjung ke spa buat pertama kali. Pertanyaan yang sering timbul antaranya adakah pakar terapinya bertauliah dan produk yang digunakan selamat.

Namun, jangan ragu-ragu saat bertandang ke Energy Academy yang terletak di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur kerana selain memiliki spa sendiri, ia juga melahirkan pakar-pakar terapi spa yang berpengetahuan dan bertauliah melalui program yang diiktiraf kerajaan.

Justeru, sebagai sebuah akademi yang dipercayai, Energy Academy menjadi salah satu destinasi wajib bagi mereka yang ingin merehatkan badan yang letih dan kelesuan tanpa perlu bimbang dengan kualiti perkhidmatannya.

Konsep

Pancaran lampu kuning yang malap mewujudkan ketenangan semasa menjalani rawatan di spa itu.

Haruman serai yang menyegarkan memenuhi segenap ruang spa selain mempunyai kebaikan aroma terapi minda kepada para pelanggannya.

Selain itu, rekaan dalaman berkonsepkan moden kontemporari tetapi, mengutamakan penataan warna-warna alam seperti hijau dan perang memberikan satu persekitaran yang sejuk mata memandang.

Menawarkan


SELEPAS rawatan, bilik khas untuk merehatkan badan sambil membaca majalah-majalah terkini disediakan.


Rawatan spa dari hujung rambut ke hujung kaki di Energy Academy merangkumi urutan badan penuh, urutan badan spesifik, skrub badan, balutan badan, mandian stim, pelangsingan, terapi tangan dan kaki, penjagaan kuku dan melilin telinga.

Rawatan spa lain termasuklah rawatan pakej wajah, signatur tenaga, rawatan leher, mata, belakang badan, waxing penuh dan waxing bahagian tertentu badan.

Keistimewaan

Selain memberikan rawatan spa terbaik, Energy Academy turut menawarkan Program Perantisan Spa yang mengandungi Kursus Spa & Komplementari, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Menurut Pengarah Eksekutif Energy Academy, Rahatul Baney Mohd. Amin, program usaha sama dengan Kementerian Pelancongan itu menawarkan kursus selama 18 bulan termasuk tiga bulan kelas sepenuh masa, tiga bulan praktikal dan 12 bulan kontrak bekerja bagi pelatih yang lulus.

"Pelatih hanya perlu membayar sebanyak RM500 untuk yuran belajar, manakala selebihnya sebanyak RM6,500 akan dibiayai oleh Kementerian Pelancongan dan Majikan Spa.

"Pelatih-pelatih yang telah ditauliahkan kemudiannya boleh menyambung pengajian peringkat Diploma Anatomi dan Fisiologi atau Diploma Terapi Spa di bawah Program Pergabungan Terapi Kecantikan Antarabangsa dan Kosmetologi United Kingdom (UK)," katanya yang juga merupakan Presiden Persatuan Spa Malaysia (AMSPA).

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved