Isnin, 19 Disember 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Seksi Faralyna bertempat

Posted:

Seksi Faralyna bertempat

Seksi Faralyna bertempat

FARALYNA IDRIS begitu klasik jika diteliti setiap inci wajahnya. Bagai mengimbas kembali nostalgia pelakon-pelakon Melayu beberapa era terkebelakang.

Sejak mula menghiasi kaca televisyen melalui drama remaja popular, Kisah Kaisara di TV3, bayangan karakter Melati menerusi drama bersiri Asmara masih melekat dari raut pucuk muda itu.

Tempoh tiga tahun perjalanan dalam dunia seni, rekod karier Faralyna, 20, atau lebih mesra disapa Fa bersih daripada sebarang kontroversi atau gosip tidak enak.

Sehinggalah kemunculannya di layar perak menerusi filem Klip 3GP menerusi watak Sandra, seorang gadis yang menjadi mangsa rogol dan bunuh oleh abang kandung sendiri lakonan Iskandar Zulkarnain.

Babak yang menuntutnya 'menepati' kehendak penonton dan pengarah dikatakan sedikit melampau jika dipandang dari sudut aksi dan pemakaian. Faralyna kelihatan sangat seksi dalam melakonkan babak rogol.

Tidak cepat melatah atas dakwaan sesetengah pihak yang menonton filem yang digarap daripada kisah sebenar itu, Faralyna yang senang dipanggil ringkas Fa tampil memberi jawapan.

"Cerita itu dekat dengan kita sebenarnya, semua yang dipaparkan adalah perkara yang berlaku di sekeliling kita yang mungkin kita sendiri tidak sedari.

"Mengenai babak itu, Fa sudah banyak berbincang dengan pengarah yang pada mulanya dicadangkan untuk merakam aksi baju Fa dikoyakkan, tapi Fa menolak takut nanti ada bahagian tak sepatutnya pula nampak.

"Akhirnya, Fa rasa sudah banyak suntingan dibuat mengenai babak itu saja dan kalau nak Fa beraksi separuh bogel selepas disunting memang tidak boleh," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menyejukkan keadaan, Faralyna memohon maaf atas perlakuan yang mungkin tidak disenangi sesetengah pihak. Malah, meletakkan satu tanda aras sejauh mana nilai seksi untuk dia beraksi selepas ini.

"Audiens perlu faham, itu adalah adegan rogol. Kalau difikirkan balik tidak mungkin perogol akan pakaikan balik baju selepas buat perkara itu.

"Mungkin Fa tidak sedar bahawa babak itu mengundang rasa kurang senang penonton, jadi Fa minta maaf dan Fa harap audiens faham dan lebih open minded, itu realiti yang berlaku kepada kita di luar sana," ujarnya lembut.

Dipaksa masuk teater

Tambah Faralyna, seksi dalam erti kata dirinya sendiri sudah diberi semaksimum mungkin menerusi lakonannya dalam filem Klip 3GP dan takat itu dihadkannya.

"Itu sudah sampai tahap Fa, selepas ini kalau ada yang tawarkan watak yang lebih melampau daripada watak Sandra dalam Klip 3GP Fa tak boleh buat! Terus terang Fa cakap, itu dah tahap maksimum yang Fa sudah bagi," tegas anak kedua daripada tiga beradik itu.

Sedar akan usianya dalam dunia lakonan baru setahun jagung, Faralyna tidak menyandarkan harapan tinggi untuk menjadi popular.

"Fa baru tiga tahun dalam bidang ini dan masih banyak lagi yang perlu belajar, Alhamdulillah kerjaya sekarang di tahap senang dan tak susah hati sebab tak ada tawaran berlakon. Semua orang ada sasaran, Fa teringin nak orang kenal siapa Fa terlebih dahulu dan sedar kewujudan Fa dalam industri, masih jauh lagi perjalanan karier seni Fa," tuturnya yang tidak mengejar populariti.

Faralyna suatu ketika dahulu tidak pernah terfikir sebenarnya untuk bergelar seorang selebriti apatah lagi pelakon. Katanya dia langsung tidak berminat untuk berlakon sementelah dia sering dipaksa menyertai persembahan teater di sekolah setiap tahun.

"Fa dipaksa masuk teater setiap akhir tahun ketika belajar, tak boleh lari. Masa itu memang menyampah habis! Tapi tiba-tiba terlanjur dalam bidang lakonan dan selepas berlakon dalam dua tiga drama, Fa rasa seronok sebab boleh menjadi orang lain dan meneroka banyak benda," bicara si cantik manis itu lagi.

Nasha Aziz diangkat sebagai idolanya berlakon, kata Faralyna, pelakon pujaannya itu ada gaya sendiri ketika beraksi.

"Fa tak pernah pergi kelas lakonan, maka banyak rujukan Fa adalah pelakon-pelakon senior termasuk Nasha Aziz. Fa suka melihat dia berlakon, dia relaks, tidak buat-buat dan karakter dia Fa lihat lebih kurang sama dengan Fa," jelas buah hati pelakon Hairul Azreen itu.


MEMOHON maaf andai keseksiannya dalam filem Klip 3GP sebelum ini timbul menjadi isu, Faralyna kini meletakkan tanda aras tertentu terhadap nilai seksi dalam lakonannya selepas ini.


Kasut tumit tinggi

Arwah ibunya, Jalaliah Ismail yang pergi meninggalkannya empat tahun lalu banyak berpesan terutama dalam bidang akademik. Cerita Faralyna, sehingga kini masih terngiang-ngiang pesanan arwah ibunya. Katanya: "Nak buat apa-apa kena habis belajar dulu."

Begitu juga bapanya, Mohd. Idris Osman yang katanya tegas berhubung tentang pelajaran. "Dulu pun ayah Fa tidak suka sangat Fa berlakon, dia mahukan Fa jadi juruterbang dan itu pun cita-cita Fa sebenarnya memandangkan Fa seorang yang suka mengembara.

"Tapi banyak benda yang tidak mengizinkan untuk Fa sambung belajar dalam bidang itu, Insya-Allah kalau semua sudah stabil nanti Fa akan sambung belajar. "Buat masa sekarang Fa hanya melihat pelajaran sekadar untuk kepuasan saja," singkap pelakon Siti TV dan Bionik itu.

Begitu juga jawapan ketika diajukan soalan mengenai impiannya memiliki bisnes sendiri. Jawab Faralyna, dia pernah terfikir untuk memiliki jenama kasutnya sendiri suatu hari nanti.

"Fa ada terfikir untuk buka bisnes tapi kena betul-betul serius, biar Fa fokus dalam dunia lakonan dulu takut nanti tidak boleh bagi komitmen. Tapi, andai ada rezeki Fa memang nak ada jenama kasut Fa sendiri memandangkan Fa seorang yang minat bidang fesyen dan kuat berimaginasi. Tabiat pelik Fa juga, suka beli kasut tumit tinggi tapi tak pakai pun, banyaknya buat koleksi di rumah," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Fasha jawab isu kahwin

Posted:

Fasha jawab isu kahwin

Fasha jawab isu kahwin

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

KECOH di laman-laman sosial, ruangan gosip serta blog-blog tempatan apabila sekeping gambar Fasha Sandha mengenakan sepasang busana pengantin berwarna krim tersebar.

Persoalan timbul, benarkah gaun pengantin itu yang bakal dipakainya untuk resepsi perkahwinan yang dikhabarkan akan berlangsung sekitar bulan Mac tahun depan dengan bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram (Jejai)?

Menjawab soalan itu, Fasha, 27, lebih banyak berdalih dan cuba mengelak daripada memberikan sebarang kenyataan.

Katanya: "Insya-Allah kalau ada jodoh akan kahwin, lebih baik jangan cakap terlalu awal."

Itu jawapan ringkas yang kompleks untuk diterjemah demi kedua-dua soalan mengenai jodoh dan gambarnya mencuba gaun pengantin.

Selebihnya, aktres itu lebih selesa menguntum senyum dan enggan mengeluarkan walau sepatah kata. Lebih banyak jawapannya berbunyi: "No comment."

Fasha yang ditemui ketika sidang akhbar pelancaran filem seram berjudul Penanggal yang diarahkan oleh pelakon Ellie Suriaty di Restoran Al-Andalus, Kuala Lumpur pada hari Jumaat lalu turut kehilangan kereta mewah BMW 325i pada hari yang sama.

Juga tidak banyak kenyataan yang diberikan kepada Kosmo! ketika itu, sebaliknya hanya mengesahkan kejadian yang berlaku setelah diasak beberapa kali.

"Ya, saya akui kereta saya hilang tapi saya tak boleh komen, saya serahkan kepada pihak berkuasa," ujarnya lagi yang hadir sedikit lewat pada sidang akhbar itu.

Demi Penanggal

Sini Ada Hantu merupakan filem terakhir lakonan Fasha yang ditayangkan pada awal tahun ini. Kembali ke layar perak, Fasha tidak menolak untuk berlakon dalam filem bergenre seram melalui filem Penanggal yang baru memulakan penggambaran pada 10 Disember lalu.

Menurut Fasha, sebelum menerima tawaran berlakon filem Penanggal dia sudah menolak tiga tawaran filem sebelum ini.

"Sudah tiga tawaran saya sudah tolak sebelum ini dan rasa ralat juga, tapi watak dalam filem ini sangat bagus dan ini adalah filem pertama saya perlu bercakap bahasa Arab," ujarnya mengenai keunikan dan cabaran berlakon filem itu.

Tambahnya, ketika pertama kali membaca skrip filem itu dia bimbang berikutan wataknya sangat mencabar dan karakternya memerlukan permainan emosi dalaman.

Dalam filem Penanggal, Fasha akan melakonkan watak Sharifah Zahra, seorang gadis yang baik dan periang. Konflik timbul apabila tunangnya, Syed Yusof (lakonan Azri Iskandar) hilang secara tiba-tiba.

Pengarah hebat

Pertama kali berlakon di bawah arahan pengarah yang juga baru pertama kali mengarahkan sebuah filem, Ellie Suriaty, Fasha akui banyak pengalaman yang dikutipnya walaupun baru beberapa hari penggambaran.

"Kak Ellie juga merupakan seorang pelakon yang bagus, dia tahu kelemahan dan kelebihan saya dan menerusi filem ini dia banyak mencorakkan karakter saya.

"Dia menjadikan saya sempurna dalam filem Penanggal," luncur kata Fasha jujur.

Ujar Fasha lagi, Ellie Suriaty seorang yang rajin dan tidak tahu duduk diam. Tambahan pula Ellie sekarang sedang mengandung.

Fasha sebelum ini pernah berlakon bersama Ellie Suriaty dalam drama bersiri Suteramaya di TV3.

Filem Penanggal dijangka siap penggambaran sepenuhnya pada 26 Januari 2012 dan bakal disiarkan pada penghujung tahun depan. Selain filem Penanggal, Fasha juga akan tampil bersama buah tangan arahan Melissa Saila berjudul Dari Kerana Mata pada tahun depan.

Pada bulan Februari tahun depan, Fasha akan menjalani penggambaran drama bersiri Seindah Sakura, untuk slot Akasia TV3 di Paris, Perancis bersama Fahrin Ahmad.

Fasha juga sedang dalam proses menambah cawangan salun kecantikannya, Chinta di sekitar Johor Bahru.

Full content generated by Get Full RSS.

3,000 kasut Celine Dion

Posted:

3,000 kasut Celine Dion

3,000 kasut Celine Dion

PENYANYI yang berasal dari Kanada, Celine Dion baru-baru ini dilaporkan mempunyai jumlah koleksi kasut yang mencecah angka 3,000 pasang! Dion sendiri mengaku dia mempunyai masalah obses terhadap kasut dan tidak boleh berhenti daripada keinginan menambah koleksi kasut lagi.

"Jika ada orang yang mengatakan pemilik 600 pasang kasut itu aneh, saya pula ada 3,000 pasang kasut yang menjadi koleksi saya. Mungkin ada orang kecanduan dadah, tapi saya kecanduan kasut," katanya kepada Bang Showbiz.

Bagaimanapun ia bukan hal yang mustahil buat penyanyi yang sentiasa laku di pentas persembahan. Malah dia juga bukan sekadar mampu menambah koleksi kasut, tapi mampu memiliki sebuah kediaman yang cukup mewah di Florida.

Ujar Dion merendah diri, kediaman tersebut dibeli oleh peminatnya. Katanya: "Peminat yang membelikan saya kediaman ini kerana mereka membeli produk-produk saya. Saya beruntung kerana setiap tahun masih ramai yang membeli album saya dan masih ramai yang sanggup membayar harga tiket konsert saya yang mahal.

Tambah Dion lagi, dia cukup bersyukur dengan keadaan ekonominya kini yang jauh berbeza dengan keadaan sewaktu dia kecil dulu. Ujarnya, kediaman sewaktu dia membesar dulu terlalu kecil berbanding kediaman dan kemewahan yang dia miliki sekarang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved