Isnin, 19 Disember 2011

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


200 hadiri sambutan Jubli Perak SMK Lembah Keramat

Posted:

200 hadiri sambutan Jubli Perak SMK Lembah Keramat

200 hadiri sambutan Jubli Perak SMK Lembah Keramat


JAMIZAN (duduk kiri) bergambar bersama beberapa bekas pelajar dan guru pada majlis sambutan Jubli Perak SMK Lembah Keramat di Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 200 bekas pelajar dan bekas guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Keramat menganjurkan Majlis Gemilang Pautan Kasih dan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Penubuhannya baru-baru ini.

Yang dipertua persatuan bekas pelajar, Jamizan Jamaluddin berkata. tujuan majlis adalah untuk menyampaikan anugerah sijil kepada tokoh-tokoh yang berjasa dan berjaya di dalam bidang masing-masing.

Salah seorang bekas pelajar yang menerima anugerah ialah Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Negara Berhad, Datuk Shahril Mokhtar.

Majlis yang diadakan di K-Club Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor itu turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin.

Full content generated by Get Full RSS.

IWK Taiping anjur ekspedisi jelajah Gua Tempurung

Posted:

IWK Taiping anjur ekspedisi jelajah Gua Tempurung

IWK Taiping anjur ekspedisi jelajah Gua Tempurung


KAKITANGAN IWK Unit Taiping bergambar sebelum memulakan ekspedisi penjelajahan Gua Tempurung di Gopeng baru-baru ini.


SEMANGAT. Bagi meningkatkan semangat kerja berpasukan di kalangan kakitangan Indah Water Konsortium (IWK) Unit Taiping, Perak, satu ekspedisi menjelajah Gua Tempurung di Gopeng, Perak telah dianjurkan baru-baru ini.

Pelbagai gelagat dan aksi dapat dilihat sewaktu kira-kira 30 kakitangan dan ahli keluarga mereka menyusuri laluan di dalam gua sepanjang 1.9 kilometer itu.

Melalui pakej selama empat jam itu, mereka terpaksa merangkak di bawah batu melalui anak sungai, menggelongsor laluan tanah dan berbatu serta meredah anak sungai di dalam gua terbabit.

Selain itu, mereka turut diberi peluang melihat pelbagai bentuk stalagtit dan stalagmit di dalam gua tersebut yang berbentuk seperti kepala lembu, gajah, babi, singa dan obor-obor.

Full content generated by Get Full RSS.

KIST tingkat pengetahuan masyarakat

Posted:

KIST tingkat pengetahuan masyarakat

KIST tingkat pengetahuan masyarakat


MIMI SURIANA (empat dari kanan) menunjukan Kosmo! yang diedarkan pada perarakan keberangkatan Tuanku Abdul Halim ke Kuala Lumpur di Alor Setar baru-baru ini.


CERIA. Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) mengagihkan 5,000 naskhah Kosmo! kepada orang ramai yang menyertai perarakan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun di Alor Setar baru-baru ini.

Pengedaran Kosmo! secara percuma itu dibuat di sepanjang Jalan Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas mulai pukul 6.45 pagi.

Pengagihan Kosmo! dibuat oleh Ketua Eksekutif KIST, Mimi Suriana Md. Rashid bersama lima petugas kolej tersebut.

Menurut Mimi Suriana, orang ramai dapat mengenali dengan lebih dekat pasangan diraja itu melalui sisipan yang dipaparkan dalam Kosmo!.

"Ini adalah tanggungjawab sosial KIST dalam meningkatkan pengetahuan orang ramai menerusi Kosmo! yang menyiarkan banyak maklumat tentang pelantikan Yang di-Pertuan Agong dan institusi beraja di negara ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved