Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 10 warga emas dapat kerusi roda
- Majlis Ihtifal Tadika Annur
- Suri rumah juara pertandingan memasak nasi kerabu
10 warga emas dapat kerusi roda Posted: 10 warga emas dapat kerusi roda
BANTUAN. Seramai 10 orang warga emas dari Taman Greenwood, Gombak menerima sumbangan kerusi roda pada satu majlis yang diadakan di taman itu baru-baru ini. Majlis anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Gombak itu bertujuan membantu warga emas yang kurang berkemampuan termasuk golongan Orang Kelainan Upaya. Bantuan tersebut disampaikan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Gombak, Datin Sharifah Salmah Syed Agil. Menurut Sharifah Salmah, MPWK sentiasa mengambil berat dan membantu golongan warga emas dan ibu tunggal yang kurang berkemampuan melalui pelbagai jenis bantuan. Turut hadir Ketua Wanita Cawangan Taman Greenwood, Shariffah Sharidah Syed Yusoff Abas dan ahli jawatankuasa UMNO Taman Greenwood. Full content generated by Get Full RSS. | |
Posted: Majlis Ihtifal Tadika Annur![]() SEBAHAGIAN murid-murid yang mengambil bahagian pada acara pakaian beragam pada majlis Ihtifal dan Sukan Tadika Annur 2011 di Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves baru-baru ini. MERIAH. Seramai 56 murid menerima sijil tamat pengajian masing-masing pada majlis Ihtifal dan Sukan Tadika Annur 2011 di Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves, Selangor baru-baru ini. Majlis disempurnakan oleh Nazir Masjid Annur merangkap penasihat tadika berkenaan, Wan Jabarudin Wan Hassan. Pengerusi majlis, Siti Noor Khairunnisa Samsul Anuar memberitahu, pada majlis itu, murid-murid yang berumur enam tahun menerima sijil masing-masing daripada Wan Jabarudin. Katanya, selain penyampaian sijil, majlis turut dimeriahkan dengan acara sukaneka dan cabutan bertuah. Full content generated by Get Full RSS. | |
Suri rumah juara pertandingan memasak nasi kerabu Posted: Suri rumah juara pertandingan memasak nasi kerabu![]() MASHITAH (tengah) menyampaikan hadiah kepada Rahmah sambil diperhatikan Rogayah (dua dari kanan) dan Halijah (kanan) pada pertandingan membuat nasi kerabu di Baling baru-baru ini. BERJAYA. Seorang suri rumah, Rahmah Abdullah dari Kampung Kuala Kijang, Kedah memenangi pertandingan memasak nasi kerabu setelah mengalahkan 20 peserta lain di Baling, Kedah baru-baru ini. Tempat kedua dimenangi oleh Rogayah Ismail dari Kampung Mengkuang dan ketiga, Halijah Md. Aroff dari Kampung Lubuk Batu. Urus setia pertandingan, Che Siah Che Hamid berkata, pertandingan itu dianjurkan oleh UMNO Cawangan Kampung Ambing dengan kerjasama Badan Jalinan Rakyat Daerah Baling. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim menyampaikan hadiah kepada pemenang. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan