Rabu, 9 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rasuah: 4 polis dipenjara, didenda

Posted:

Rasuah: 4 polis dipenjara, didenda

Rasuah: 4 polis dipenjara, didenda

09/11/2011 7:50pm

SHAH ALAM – Dua anggota polis peronda dijatuhi hukuman penjara empat tahun, manakala dua lagi anggota polis peronda dikenakan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan rasuah, dua tahun lepas.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM30,000 terhadap Lans Koperal Mohammad Faizatulakma Shamsuddin, 27, atas tiga kesalahan meminta, bersetuju terima dan memperoleh suapan.

Azhaniz juga menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM20,000 terhadap Lans Koperal Mohd Zuraidi Abu Jasam, 26, atas dua kesalahan meminta dan memperoleh suapan.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM10,000, masing-masing terhadap Konstabel Zulkfli Jaafar, 29, atas kesalahan bersetuju terima suapan dan Lans Koperal Nor Haffizo Mat Hassan, 27, atas kesalahan memperoleh suapan.

Azhaniz bagaimanapun membenarkan permohonan keempat-empat anggota polis itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai tetapi mengarahkan mereka membayar denda hari ini.

Wang ikat jamin berjumlah RM3,500 setiap seorang yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Didenda keluar wang guna ATM kawan

Posted:

Didenda keluar wang guna ATM kawan

Didenda keluar wang guna ATM kawan

09/11/2011 7:20pm

KUALA LUMPUR – Seorang wanita hamil tujuh bulan didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengeluarkan wang menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) curi milik kawan baiknya.

Majistret Zaki Asyaraf Zubir menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Shafarilla Ahmad Tahir, 27, yang mengaku bersalah mengeluarkan wang sebanyak empat kali semuanya berjumlah RM1,090 menggunakan kad ATM curi antara 20 hingga 28 Oktober dan 1 November lepas.

Mengikut pertuduhan, Nor Shafarilla yang berasal dari Cheras didakwa menggunakan kad ATM milik Nurul Haireena Isnin, 27, mengeluarkan wang berkenaan di empat lokasi berasingan di Kuala Lumpur menerusi mesin ATM.

Semua pengeluaran membabitkan RM250, RM40, RM500 dan RM300.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 yang boleh didenda RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Kontraktor didakwa tipu peniaga

Posted:

Kontraktor didakwa tipu peniaga

Kontraktor didakwa tipu peniaga

09/11/2011 5:34pm

SHAH ALAM – Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdayakan seorang ahli perniagaan untuk menyerahkan wang tunai RM426,740 bagi mendapatkan dua kawasan konsesi pembalakan di Terengganu, lapan tahun lepas.

Choong Soon Sing, 46, dari Seremban, Negeri Sembilan, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

Soon Sing didakwa menipu Leong Sow Lai, 40, untuk mempercayai bahawa tertuduh boleh mendapatkan kawasan konsesi pembalakan di Gapi, Bukit Paun, Terengganu seluas 12 hektar, dan kawasan konsesi pembalakan di Hulu Berang, Terengganu seluas 60 hektar sehingga mendorong Sow Lai untuk menyerahkan RM426,740 kepadanya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Syarikat Wai Weng Enterprise, Lot No: 996, Batu 22, Jalan Beranang, Semenyih, Hulu Langat dekat sini, antara 31 Mac, 2003 dan 6 Oktober, 2003.

Aslam membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember depan untuk sebutan semula kes. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved