Jumaat, 4 November 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Mustafa juaraBarista Secret Recipe

Posted:

Mustafa juaraBarista Secret Recipe

Mustafa juaraBarista Secret Recipe

MUSTAFA (tengah) dinobatkan sebagai juara Pertandingan Barista Secret Recipe 2011.




BARISAN sembilan peserta di peringkat separuh akhir yang bersaing untuk merebut gelaran juara Barista Secret Recipe.


RANGKAIAN kedai kek dan kafe terkemuka di Malaysia, Secret Recipe buat pertama kalinya menganjurkan Pertandingan Barista Secret Recipe 2011 peringkat Lembah Klang yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada 24 Oktober lalu.

Pertandingan yang diwujudkan untuk mempromosikan seni pembuatan kopi oleh pasukan Barista Secret Recipe itu adalah sebahagian daripada inisiatif dalam membawa budaya kopi ke peringkat seterusnya untuk jenama tersebut.

Barista ialah individu yang membuat minuman kopi di sesebuah bar espresso bar atau cafe berasaskan kopi. Selalunya sebelum mendapat gelaran itu seseorang perlu melepasi ujian atau kemahiran yang ditetapkan oleh organisasi pekerjaannya.

Berlangsung di outlet Bangsar South, Kuala Lumpur, pertandingan itu menyaksikan sembilan barista beraksi di peringkat akhir selepas melalui beberapa persaingan di peringkat awal.

Dalam usaha menyediakan kopi yang terbaik dan menguasai kemahiran membuat kopi pada mesin espresso, Secret Recipe bekerjasama dengan pakar produk kopi Dankoff untuk penganjuran acara tersebut.

Pusingan kelayakan pertama merupakan senarai pendek daripada peserta terpilih dari 110 outlet Secret Recipe.

Wakil-wakil pertandingan melawat para barista di kedai-kedai mereka sebelum memilih 20 barista terbaik untuk beraksi di pusingan separuh akhir.

Mencari tiga finalis

Acara separuh akhir bermula pada 3 Oktober lalu dengan kesemua peserta diberi pendedahan mengenai pertandingan dan latihan intensif bagi menyempurnakan kemahiran membuat kopi oleh pakar kopi Dankoff.

Daripada 20 peserta, tiga calon yang menunjukkan kemahiran terbaik layak ke peringkat akhir untuk merebut gelaran juara Kejohanan Barista Secret Recipe 2011.

Sewaktu pusingan akhir, kesemua peserta dinilai sepenuhnya terutamanya dari aspek rasa, persembahan minuman dan kemahiran teknikal dalam mengendalikan mesin, kebersihan stesen dan pandangan keseluruhan.

Setiap peserta dikehendaki menyediakan tiga kategori minuman kopi untuk dinilai para juri iaitu espresso, cappucino dan hidangan kopi signatur asli dalam tempoh 15 minit.

Enam juri termasuk dua juri teknikal dan empat juri deria diketuai oleh juara dua kali Kejohanan Barista Malaysia, Cheryl Lee.

Turut menjadi juri dalam aksi final tersebut ialah wakil dari Dankoff dan Secret Recipe.

Kejohanan sulung itu akhirnya menobatkan Mustafa Marzuki dari outlet Pasar Seni sebagai juara sekali gus membawa pulang mesin kopi Oscar dan set pengisar espresso Grinta bernilai RM4,500.

Naib juara pula menjadi milik Muhammad Syafie Yendi dari outlet Secret Recipe Wisma MCA yang memenangi sebuah iPAD2 dan baucar membeli-belah. Muhammad Syafie turut merangkul anugerah Seni Kopi Terbaik. Tempat ketiga disandang oleh Nim Raj Mahara yang berpuas hati dengan hadiah berupa kamera digital Canon.

Selain dilengkapi dengan peralatan Itali yang terbaik dalam pembuatan kopi, semua cawangan Secret Recipe juga menggunakan kopi yang berkualiti tinggi diimport khas dari Mexico dalam memastikan pelanggan-pelanggan mendapat secawan kopi terbaik.

"Kami ingin menyedarkan orang ramai tentang keseronokan mudah untuk menikmati secawan kopi gourmet dan menjadikan Secret Recipe tempat untuk memulakan hari anda atau berehat selepas penat bekerja," kata Ketua Pegawai Eksekutif Secret Recipe, Datuk Steven Sim.

Sementara itu, Pengurus Latihan Barista Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd., Pearl Ooi memberitahu, pertandingan sulung itu mampu menyuntik motivasi di samping menggilap bakat-bakat tersembunyi dalam kalangan barista mereka.

"Ia sejajar dengan misi terbaru syarikat dalam membawa budaya kopi di Secret Recipe ke peringkat tertinggi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Persediaan material ibadah

Posted:

Persediaan material ibadah

Persediaan material ibadah

Oleh SUHANA VERU
rencana@kosmo.com.my

AMRAN di hadapan kedainya Juita One di SACC Mall Shah Alam.


MUSIM haji diibaratkan pintu rezeki terutamanya kepada peniaga-peniaga yang menjual barangan kelengkapan haji dan umrah.

Meskipun perniagaan itu dilihat berkembang menjelang musim haji sahaja namun, bagi anak jati Selangor ini, Amran Yahya, 53, beliau melihat prospek perniagaan tersebut semakin cerah dari semasa ke semasa.

Tambahan pula, Malaysia sentiasa memperoleh pertambahan kuota daripada kerajaan Arab Saudi berikutan populasi penduduk Malaysia yang kian meningkat.

Menyedari hakikat itu, Amran memberanikan diri menceburi bidang perniagaan tersebut dengan menjual barangan seperti telekung, mini telekung, sarung kaki, beg, jubah ihram, singlet, tasbih dan lengan tawaf serta kasut.

Dalam erti kata lain, semua barangan kelengkapan untuk menjalani kedua-dua ibadah itu boleh didapati di kedainya yang terletak di SACC, Mall Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, premis kedua yang dibukanya sejak dua tahun lalu memudahkan orang ramai yang ingin menunaikan haji dan umrah untuk membeli kelengkapan yang diperlukan.

"Harga yang ditawarkan pula murah dan berbaloi bertepatan dengan kualiti barangan. Bagi harga jubah lelaki atau wanita ia dijual dari RM89 ke RM200, manakala kanak-kanak harganya dari RM49 ke RM79. Setakat ini sambutan adalah amat memberangsangkan, malah saya mempunyai pelanggan-pelanggan tetap yang membuat tempahan barangan kelengkapan haji dari semasa ke semasa," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Berbicara lanjut mengenai perniagaannya itu, Amran memberitahu dia mula berkecimpung dalam bisnes tersebut sejak tujuh tahun lalu.

"Ketika itu, saya mohon untuk menyewa tapak perniagaan di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Shah Alam.


JUBAH moden yang direka khas oleh tukang jahit Amran di Indonesia.


"Pada masa itu, pihak pengurusan mensyaratkan untuk membuka perniagaan menjual peralatan ibadah haji dan umrah sahaja. Oleh itu, saya tidak mempunyai pilihan lain. Lagi pun, tidak pernah terlintas untuk membuka perniagaan itu memandangkan sebelum ini saya hanya menjalankan perniagaan jamu dan makanan sahaja," jelasnya.

Gabungan cita rasa

Pada permulaan perniagaan akui Amran, beliau memang menghadapi persaingan sengit memandangkan ramai peniaga yang turut membuka jenis perniagaan itu.

"Bagaimanapun, saya cuba menghadapi saingan tersebut dengan mengutamakan kualiti barangan. Oleh itu, saya membawa masuk barangan kelengkapan ibadah ini terutamanya telekung dan jubah dari negara Indonesia, Vietnam, Turki dan Dubai," ujarnya.

Bapa kepada empat orang anak itu menambah, produk yang paling laris sepanjang musim haji dan umrah kebiasaannya jubah, telekung, kain ihram, kasut, sarung tangan, beg serta kelengkapan lain yang digunakan untuk menunaikan kedua-dua ibadah itu.

Dalam usaha memberikan kelainan dalam perniagaannya, Amran mempelbagaikan produk di butiknya yang berkonsepkan luar negara namun, mengikut cita rasa rakyat di negara ini.

"Memandangkan ramai peniaga yang membuka perniagaan yang sama, barangan yang dijual pun sama jadi saya mengambil langkah membawa masuk barangan dari luar negara.

"Alhamdulillah, pelanggan saya semakin bertambah setiap hari dan untuk itu saya boleh terus bersaing dengan produk-produk yang sedia ada hari ini," jelasnya lagi.

Akui Amran, dengan berkat kesabaran dan bantuan isteri serta anak-anak, beliau akhirnya mampu meneruskan perniagaan itu sehingga hari ini.

"Setakat ini, saya sudah mempunyai dua cawangan yang terletak di Kompleks PKNS dan SACC Mall, Shah Alam.

"Insya-Allah, pada tahun depan saya akan membuka sebuah lagi cawangan di Bukit Jelutong," katanya.


AMRAN menunjukkan antara kasut yang dijual di kedainya.


Di sebalik perniagaan barangan haji dan umrah, Amran memberitahu dia turut menjual jubah moden untuk wanita.

"Jubah moden di kedai ini diterima daripada pembekal di negara Indonesia. Ia berikutan fesyen di negara - negara itu lebih terkini namun, kebiasaannya pemilihan warna jubah itu akan dibuat mengikut cita rasa wanita di negara ini.

"Di Indonesia, saya ada tukang jahit sendiri. Jadi, jubah-jubah yang dijual di kedai saya sememangnya mempunya kelainan terutamanya dari segi corak. Kebiasaannya jubah moden yang dijual berharga dari serendah RM99 hingga RM250," ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat untuk membeli barangan tersebut boleh mengunjungi Juita One yang terletak di Tingkat 1, Kompleks PKNS, Shah Alam dan Tingkat 3 SACC Mall, Shah Alam.

Beliau juga boleh dihubungi di talian 012-648 4574 atau 03-5511 5118.

Full content generated by Get Full RSS.

Iktibar korban

Posted:

Iktibar korban

Iktibar korban


SELAIN menikmati pelbagai juadah enak pada hari perayaan, umat Islam harus sedar pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang terdahulu untuk kebahagiaan generasi masa kini.


APABILA sebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha, ramai yang terbayangkan kumpulan jemaah yang sedang menunaikan ibadah Rukun Islam kelima di kota mulia Mekah al-Mukarramah.

Tak kurang juga yang membayangkan lembu dan kambing yang disembelih untuk korban, lalu menjadikan hampir setiap hari mereka akan menikmati hidangan daging hingga boleh demam dibuatnya.

Hakikatnya, Aidiladha adalah lebih daripada sekadar kerja haji atau korban. Aidiladha adalah sejarah besar mengenai bukti cinta suci dan pengorbanan. Ia adalah cinta suci dan pengorbanan suami isteri malah cinta suci dan pengorbanan dalam hubungan ibu bapa dan anak.

Pengorbanan suami isteri

Menurut sejarah, Nabi Ibrahim a.s dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim a.s berkahwin lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya. Pada mulanya Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur.

Namun, Siti Sarah berkeras dan akhirnya Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar. Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa gembira. Tetapi, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu.

Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran Nabi Ismail a.s hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu. Lalu Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar dan anak mereka menuju ke Baitul Haram.

Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya, Nabi Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada perintah suaminya.

Kisah ketabahan Siti Hajar diaplikasikan ketika umat Islam menunaikan ibadat haji malah umrah. Para jemaah difardukan untuk menunaikan sai iaitu berulang-alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah pengorbanan Siti Hajar tika itu.

Inilah iktibar daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi lambang kewanitaan sejati. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat kental seperti Siti Hajar, pasti bahagia akan dikecapi.

Contoh yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi suatu contoh cukup baik untuk diteladani. Siti Hajar tidak mempertikaikan haknya sebagai isteri tetapi lebih kepada berusaha melaksanakan tanggungjawabnya.

Nabi Ibrahim juga mengorbankan perasaannya semata-mata akur kepada perintah Ilahi.

Lantaran, buat para suami dan isteri, lengkapkanlah diri anda untuk menjadi hamba-Nya yang soleh dan solehah. Insya-Allah anda akan mampu menjadi suami dan isteri yang bertanggungjawab dan membahagiakan pasangan anda.


IBADAH korban yang dijalankan sewaktu Hari Raya Aidiladha perlu dihayati dan direnungi sedalam-dalamnya oleh umat Islam.


Aidiladha turut mengajar kita mengenai besarnya cinta dan pengorbanan seorang anak kepada bapa.

Nabi Ismail berlapang dada menerima hajat ayahanda baginda yang diperintahkan oleh Allah agar menjadikan anakanda kesayangan sebagai korban. Tiada bantahan, larangan atau pujukan, sebaliknya hanya sokongan. Nabi Ismail berpesan kepada ayahandanya agar dirinya diikat kemas supaya dirinya gagal untuk meronta tika kesakitan hingga memungkinkan ayahandanya mengengkari perintah Allah.

Betapa cintanya si anak kepada bapanya itu hanya kerana menginginkan bapanya sentiasa berada dalam keredaan Allah SWT.

Semangat pengorbanan itulah yang sepatutnya diwarisi oleh anak-anak hari ini. Saya akui, hari demi hari, banyak kes kegagalan si ayah dalam melaksanakan tanggungjawab yang patut dan wajar kepada anak-anak.

Ramai ayah yang tidak menunaikan tanggungjawab nafkah yang sepatutnya terutama apabila berlakunya perceraian. Lazimnya, anak diletakkan di bawah jagaan ibu manakala si ayah lupa akan tanggungjawab tersebut.

Kesan tidak ambil peduli itu menyebabkan anak-anak gagal untuk menyayangi dan menghormati si ayah.

Dalam satu kes baru-baru ini; seorang lelaki bertanya: "Apakah hukumnya seorang anak tidak mendoakan ayahnya?"

Jawapan saya, antara amalan untuk murah rezeki ialah mendoakan kedua-dua ibu bapa. Namun dia menambah: "Masalahnya puan, ayah saya ni tak pernah sayang dan peduli langsung tentang hidup anak. Kahwin sampai empat tapi tak ambil tahu langsung kebajikan anak-anak."

Mencintai ibu bapa

Saya memberitahunya, tanggungjawab seorang anak ialah untuk kekal menghormati ayahnya tidak kira siapapun si ayah, walaupun dia gagal melaksanakan tanggungjwabnya.

Ayah yang gagal, itu antara dia dengan Allah. Si ayah itu yang derhaka amanahnya dengan Allah. Sebagai anak, jangan pula jadi anak derhaka. Mungkin doa anak itu mampu ubah sikap ayah. Walaupun si ayah sudah meninggal, doa anak boleh membantunya di alam 'sana'.

"Tapi bukankah ayah jadi punca anak derhaka sebab ayah tak mendidik anak dengan baik?" Tanya lelaki itu lagi.

Memang tanggungjawab ibu bapa untuk didik anak-anak namun apabila anak sudah mukalaf iaitu layak menerima tanggungjawab, si anak bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri juga untuk buat yang baik dan tinggalkan yang buruk. Tidak boleh salahkan ayah semata-mata.

Jika pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang anak belum mencapai tahap pengorbanan Nabi Ismail, bukankah selayaknya kita berusaha untuk mencintai ibu dan bapa kita sebagaimana cintanya Nabi Ismail kepada Nabi Ibrahim?

Buktikanlah cinta kepada ibu bapa dengan memaafkan kesilapan mereka dan tetap kekal mendoakan kesejahteraan mereka, bukan hanya di dunia tetapi kehidupan di akhirat.

Jika tidak mampu membantu ibu bapa berada dalam reda Ilahi, cukuplah sekadar kita dapat mengelakkan diri daripada terus menyusahkan mereka. Ingatlah! Doa anak yang soleh antara tiga perkara dibawa bersama ketika maut menjemput kita.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved