Jumaat, 4 November 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Che Mat didesak letak jawatan

Posted:

Che Mat didesak letak jawatan

Che Mat didesak letak jawatan

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN penyokong bola sepak Terengganu berhimpun secara aman mendesak supaya Che Mat meletakkan jawatan sebagai Presiden PBSNT di pekarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.


SELEPAS isu pengunduran secara mengejut bekas jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim minggu lalu, arena bola sepak Terengganu kini bakal berdepan satu lagi isu iaitu membabitkan masa depan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh.

Semalam, kira-kira 1,000 penyokong bola sepak skuad Penyu itu mengadakan demonstrasi aman untuk mendesak Che Mat agar meletakkan jawatan sebagai presiden PBSNT.

Desakan itu yang dianggap kemuncak kepada rasa tidak puas hati penyokong bola sepak Terengganu dibuat atas dasar tidak puas hati kepada corak kepimpinan Che Mat selain meminta penjelasan di sebalik isu pengunduran Irfan.

Jurucakap kumpulan penyokong Terengganu, Khairul Amri Salah Pikri, 23, berkata, tujuan demonstrasi berke- naan adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said agar segera campur tangan dalam menyelesaikan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam PBSNT.

"Kami ingin melahirkan rasa terkilan dan kecewa di atas pengunduran secara tiba-tiba bekas jurulatih, Irfan Bakti yang mana keputusan itu berlaku ekoran krisis dalaman PBSNT yang di- ketuai Datuk Che Mat.

"Kami juga mahu Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Said) menyiasat permasalahan yang berlaku dalam PBSNT berdasarkan kenyataan Irfan yang mendakwa wujud gangguan emosi kepada para pemain tiga hari sebe- lum perlawanan akhir Piala Malaysia berlangsung," katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu semalam.

Dia juga mendesak campur tangan Menteri Besar dalam menyiasat apa juga penyelewengan yang berlaku dalam PBSNT, terutamanya membabitkan pemberian bonus kepada para pe- main selepas Piala FA lalu selain isu tiket final Piala FA.

"Kami mahu PBSNT dirombak semula termasuk mendesak Datuk Che Mat melepaskan jawatannya sebagai presiden PBSNT bagi memberi ruang kepada individu yang lebih amanah dan bertanggungjawab," jelasnya lagi.


SEBAHAGIAN penyokong Terengganu menurunkan tandatangan di kain rentang bagi mendesak Che Mat Jusoh meletakkan jawatan sebagai presiden PBSNT di pekarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.


Demonstrasi dengan slogan 'Suara Kebangkitan Bola Sepak Terengganu' itu bermula seawal pukul 4.30 petang dengan orang ramai mula berkumpul di pekarangan stadium.

Tepat pukul 5.15 petang, rombongan yang turut membawa pelbagai kain rentang dan slogan yang mendesak Che Mat meletak jawatan mula berarak ke kediaman Menteri Besar sejauh kira-kira dua kilometer untuk me- nyerahkan memorandum berkenaan.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! mendapati, kumpulan berkenaan gagal menyerahkan memorandum tersebut ekoran tiada seorang pun wakil Menteri Be- sar yang berada di rumah berkenaan.

"Kami akan terus mengadakan demonstrasi sehingga Datuk Che Mat melepaskan jawatannya. Jika beliau masih enggan, maka kami para penyokong Terengganu akan mengambil tindakan lain termasuk memboikot perlawanan di stadium," ujar Khairul lagi.

Minggu lalu, Terengganu yang gagal menjulang Piala Malaysia selepas tewas kepada Negeri Sembilan dikejutkan dengan pengunduran secara tiba- tiba jurulatihnya, Irfan Bakti atas alasan ingin mencari cabaran baharu ber- sama pasukan Selangor.

Keputusan Irfan itu mengejutkan pelbagai pihak sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokong fanatik Terengganu yang mendakwa ia berpunca daripada krisis dalaman PBSNT diketuai Che Mat.

Full content generated by Get Full RSS.

Hanya karakter jadi pemisah

Posted:

Hanya karakter jadi pemisah

Hanya karakter jadi pemisah


IMBAS KEMBALI... Rajagobal (barisan belakang, baju putih) bersama skuad negara meraikan kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos.


SKUAD bola sepak Bawah 23 tahun (B-23) negara yang akan menggalas cabaran pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, tidak mempunyai banyak perbezaan ketara dengan skuad yang memenangi pingat emas di Laos dua tahun lalu.

Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal berkata, perbezaan yang ada adalah dari segi nama pemain serta karakter yang dimiliki oleh barisan kendalian Ong Kim Swee itu.

"Skuad kali ini berbeza dengan skuad yang saya bimbing pada tahun 2009 kerana terdapat beberapa nama baharu yang dipanggil untuk beraksi buat kali pertama.

"Selain itu, karakter pemain-pemain tersebut juga berbeza ketika berada di atas padang," kata Rajagobal semalam.

Mengulas mengenai pemilihan pemain tengah yang baru berusia 19 tahun, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Rajagopal berkata, beliau tidak terkejut kerana setiap jurulatih mempunyai perancangan tersendiri.

"(Pemilihan) pemain itu (Nazmi Faiz) terpulang kepada Kim Swee kerana beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam membentuk pasukan," katanya.

Ditanya sama ada skuad kendalian Kim Swee mampu mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA kali ini, jurulatih berusia 55 tahun itu berkata: "Saya tidak boleh memberi jaminan bahawa skuad tersebut mampu mempertahankan pingat emas.

"Tetapi mereka harus memberikan persembahan terbaik ketika beraksi nanti."

Pada Rabu lalu, Kim Swee mengumumkan nama 20 pemain yang membawa cabaran negara ke Indonesia termasuk memanggil muka baharu seperti Mohammad Nazmi dan pemain tengah Kuala Lumpur, Yong Kuong Yong.

Bagi mengimbangi barisan kendaliannya, Kim Swee mengekalkan beberapa muka lama seperti Baddrol Bakhtiar, Mohd. Asraruddin Putra Omar, Mahali Jasuli, Mohd. Muslim Ahmad dan Ahmad Fakri Saarani.

Kelima-lima pemain terbabit merupakan antara tunjang skuad negara meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos.

Kelmarin, skuad kendalian Kim Swee telah berlepas ke Indonesia sebagai persediaan awal menghadapi Singapura pada aksi pembukaan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada Isnin ini.

Pada final acara bola sepak Sukan SEA 2009, skuad kendalian Rajagobal muncul pemenang pingat emas selepas membenam Vietnam 1-0.

Kejayaan tersebut mengakhiri penantian selama dua dekad skuad negara bagi meraih pingat emas dalam acara kemuncak temasya dwitahunan itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Peringatan Ketua Kontinjen

Posted:

Peringatan Ketua Kontinjen

Peringatan Ketua Kontinjen

Oleh TAUFEK RAZAK
taufek.razak@kosmo.com.my


AHMAD SHABERY (tengah) bergambar bersama kontinjen Malaysia pada majlis penyerahan Jalur Gemilang di Putrajaya kelmarin.


kan beraksi pada temasya Sukan SEA di Indonesia, diingatkan agar menjaga pemakanan, kesihatan dan keselamatan semasa sambutan Hari Raya Aidiladha esok.

Ingatan itu disuarakan oleh Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Naim Mohamad selepas mereka diberikan cuti beberapa hari untuk bersama keluarga masing-masing sebelum berlepas ke Jakarta dan Palembang.

"Kita sudah pun mengingatkan atlet tentang soal pemakanan, kesihatan dan keselamatan diri sebelum berlepas pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Memang kita melarang mereka daripada beraya sampai lupa diri memandangkan selepas ini mereka ada tanggungjawab besar yang perlu dilaksa- nakan.

"Namun saya percaya, atlet kita sudah matang dan sedar tentang perkara ini dan berha- rap mereka sentiasa beringat sepanjang masa sehingga sele- sai temasya Sukan SEA nanti," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas nasihat yang di berikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika berucap pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia di Putrajaya kelmarin.

Dalam ucapannya, Ahmad Shabery mahu setiap atlet menjaga diri sendiri seperti menjaga negara supaya segala penat lelah dalam melakukan persiapan menghadapi temasya itu tidak sia-sia begitu sahaja.

Menurut Naim, soal pemakanan, kesihatan dan keselamatan ini perlu diberi keutamaan kerana ketika menyambut hari raya korban ini apa-apa sahaja boleh berlaku.

Seramai 608 atlet dan 264 pegawai akan berlepas secara berperingkat ke Jakarta dan Palembang bagi menghadapi temasya yang berlangsung dari 11 hingga 22 November ini.

Skuad bola sepak dan kakitangan sekretariat adalah kumpulan pertama yang berlepas ke Jakarta kelmarin dan selebihnya akan mula berlepas ke Indo- nesia, Isnin ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved