Sabtu, 17 September 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kanak-kanak ditemui lemas dalam perigi

Posted:

Kanak-kanak ditemui lemas dalam perigi

Kanak-kanak ditemui lemas dalam perigi

17/09/2011 9:48pm

KUALA TERENGGANU – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun 10 bulan ditemui mati lemas dalam perigi di belakang rumahnya di Kampung Pulau Manis, Manir, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa Muhammad Adam Iskandar Mohd Jais, anak tunggal kepada pasangan Mohamad Jais Muda, 40, dan Zainabun Mamat, 42 dilaporkan sebelum itu bermain dengan sepupunya, Mohamad Syafiq Syakir berusia setahun setengah di belakang rumahnya.

Nenek mangsa Zainun Ismail, 67, berkata, ketika pulang daripada menoreh, mendapati Mohamad Syafiq sedang menangis dan curiga dengan keadaan itu bersama ibu mangsa terus mencarinya di sekitar rumah.

Kedua-duanya kemudian menemui Muhammad Adam Iskandar terbaring dalam perigi kira-kira 500 meter di belakang rumah.

"Kedua-dua cucu saya mungkin ke belakang rumah untuk melihat seekor beruk yang ditempat di situ," kata Zainun ketika ditemui di rumahnya.

Datuk mangsa, Mamat Abdullah, 68, berkata, cucunya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Telemong dan disahkan telah meninggal dunia. – Bernama

Larian KOTR: 7,700 dijangka sertai

Posted:

Larian KOTR: 7,700 dijangka sertai

Larian KOTR: 7,700 dijangka sertai

17/09/2011 9:43pm

KUALA LUMPUR – Lebih 7,700 peserta dijangka akan mengambil bahagian pada acara Larian "King of the Road 2011" (KOTR) anjuran Adidas di sepanjang Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) di sini pada 2 Oktober ini.

Pengurus Adidas Malaysia, Ng Chee Loon berkata, perlumbaan yang merangkumi jarak 16.8km dan 10km itu akan bermula di Sunway Piramid, dekat sini.

Dalam kenyataan di sini hari ini, katanya, acara larian itu terbahagi kepada dua kategori — Lelaki dan Wanita Tertutup iaitu untuk peserta tempatan dan penduduk tetap negara ini.

Manakala kategori Lelaki dan Wanita Terbuka adalah khususnya untuk peserta antarabangsa.

Juara kategori Tertutup akan mewakili Malaysia pada pusingan akhir KOTR Asia Tenggara di destinasi akhir di Filipina pada 23 Oktober ini.

Selain Malaysia, larian KOTR Adidas itu turut diadakan di Thailand (15 Mei), Singapura (28 Ogos), Indonesia (25 September) dan pusingan kemuncak di Filipina pada 23 Oktober ini. – Bernama

Gagal samun: 2 cedera dibelasah

Posted:

Gagal samun: 2 cedera dibelasah

Gagal samun: 2 cedera dibelasah

17/09/2011 9:24pm

KUALA TERENGGANU – Dua lelaki bukan sahaja gagal melarikan beg tangan seorang wanita, malah turut cedera selepas dibelasah oleh orang ramai dalam satu kejadian samun yang berlaku di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Padang Air, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, dua lelaki berkenaan dilaporkan berpura-pura untuk membeli rokok di sebuah kedai runcit.

"Namun ketika sedang berurusan dengan pemilik kedai itu, seorang daripada suspek tiba-tiba merampas beg tangan yang diletakkan di sebelah isteri pemilik kedai itu berusia 33 tahun sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal.

"Melihat kejadian itu, suami mangsa yang berusia 40 tahun bertindak mengejar suspek dengan memandu kereta sejauh lebih 10 kilometer," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, apabila sampai berhampiran Kampung Tok Jiring, dekat sini motosikal yang dinaiki kedua-dua suspek terbabas.

Melihat keadaan itu, suami mangsa dengan dibantu oleh orang kampung berjaya menahan kedua-dua suspek yang merupakan sepupu dan bertindak membelasah mereka sebelum menyerahkannya kepada polis. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved