Sabtu, 17 September 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Lelaki bertelanjang ditangkap

Posted:

Lelaki bertelanjang ditangkap

Lelaki bertelanjang ditangkap

Oleh Atikah Dali
atikah.mohddali@kosmo.com.my

Penduduk mengawasi lelaki disyaki pengamal ilmu hitam yang ditahan di flat Pinggiran Batu Caves, Selayang, Selangor semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang pemuda disyaki warga Indonesia diberkas penduduk selepas berkeliaran dalam keadaan berbogel di Flat Pinggiran Batu Caves, Selayang di sini awal pagi semalam.

Sebelum diberkas pada pukul 2.30 pagi, lelaki berumur lingkungan 20-an itu dikatakan berjalan-jalan di aras bawah sebuah bangunan flat lima tingkat di kawasan berkenaan.

Seorang suri rumah, Norlida Hassan, 42, yang tinggal di aras tersebut dikatakan terkejut sebaik sahaja melihat suspek dalam keadaan berbogel ala Orang Minyak itu tiba-tiba bersilat di hadapan rumahnya.

Wanita itu kemudian menjerit meminta tolong malangnya suspek tidak berganjak dari muka pintu.

"Saya sudah tidur tetapi tersedar selepas terdengar bunyi nafas orang yang kuat di luar bilik.

"Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut melihat lelaki itu sedang melakukan aksi pelik. Saya menyergahnya tetapi dia tak berganjak.

"Saya buka pintu rumah untuk menghalaunya tetapi dia buka jurus pencak silat menyebabkan saya naik takut," ceritanya.

Oleh kerana takut, dia kemudian mengejutkan suaminya Ahmad Hashim, 42, untuk menghalau lelaki itu.

Difahamkan, suspek bukan merupakan penduduk kawasan berkenaan.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Zakaria, 46, pula berkata, suspek yang panik itu bertindak melarikan diri.

"Dua penduduk termasuk jiran mangsa bertindak mengejar lelaki itu dan dia dapat diberkas kira-kira 20 minit kemudian.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Rayuan peniaga kenderaan Melayu

Posted:

Rayuan peniaga kenderaan Melayu

Rayuan peniaga kenderaan Melayu

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan menaikkan penetapan nilai kenderaan terpakai yang diimport perlu dikaji semula kerana ia dilihat mengakibatkan peningkatan kos cukai yang membebankan pembeli.

Yang Dipertua Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abdul Rahman (gambar) berkata, kenaikan nilai kenderaan tersebut mendorong kenaikan cukai di antara 12 peratus hingga 30 peratus.

"Contohnya, bagi kenderaan Toyota Wish, pembeli kini perlu membayar tambahan RM7,000," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Zainuddin, perintah Jabatan Kastam Diraja tersebut dikuatkuasakan pada 1 September lalu itu juga didakwanya dilaksanakan tanpa mendapatkan pandangan atau berdialog pun dengan Pekema.

"Ia menyebabkan pemegang AP (permit import) berada dalam kedudukan tertekan dan kerugian kerana pembeli yang telah membayar deposit, enggan membayar tambahan kos kenaikan nilai kenderaan itu," jelasnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

3 rakyat Malaysia korban bom Golok

Posted:

3 rakyat Malaysia korban bom Golok

3 rakyat Malaysia korban bom Golok

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


KEJADIAN letupan bom juga berlaku berhampiran Hotel Merlin, Sungai Golok, selatan Thailand kelmarin


SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand) – Tiga termasuk seorang budak lelaki berusia tiga tahun terbunuh manakala 11 rakyat negara ini cedera dalam tiga siri kejadian letupan bom di bandar ini malam kelmarin.

Kejadian pada pukul 7.30 malam (waktu tempatan) itu turut mengorbankan seorang pemuda warga Thailand yang berusia 38 tahun.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila tiga butir bom yang dipasang pada dua motosikal dan sebuah kereta dikatakan meletup menyebabkan hampir 60 rakyat Thailand turut cedera.

Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok, Rosdi Che Omar berkata, tiga buah kenderaan yang dipasang bom itu diletakkan di sebatang jalan sepanjang 700 meter yang menempatkan tiga buah hotel terkenal di bandar ini.

"Bom pertama yang dipasang pada sebuah motosikal meletup berhampiran Hotel Tara dan mencederakan ramai orang awam tetapi tiada kematian dilaporkan.

"Bom kedua (dipasang pada sebuah motosikal) pula meletup lima minit kemudian berhampiran Hotel Marina dan mengorbankan seorang warga Malaysia, Foong Foo Keh, 43, dan seorang warga Thailand," katanya ketika ditemui di Hospital Sungai Golok di sini semalam.

Lokasi Hotel Marina terletak kira-kira 400 meter dari Hotel Tara.

Menurut beliau, kira-kira lima minit kemudian, bom ketiga yang dipasang pada sebuah kereta Mitsubishi Lancer berhampiran Hotel Merlin pula meletup.

Letupan itu menyebabkan seorang lelaki rakyat Malaysia, Wong Hong Yep, 64, dan cucunya, Wong Kai Sien, 3, dari Kota Bharu Kelantan maut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved