Selasa, 16 Ogos 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Empat lelaki hadapi 196 pertuduhan

Posted:

Empat lelaki hadapi 196 pertuduhan

Empat lelaki hadapi 196 pertuduhan

16/08/2011 6:55pm

KLANG - Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini dengan setiap seorang menghadapi 196 pertuduhan menerima dan menyembunyikan 98 kereta curi pada 29 Jun lepas.

Wong Ooi Kay, 34, Sim See Wei, 39, Lau Kuan Zui, 39, dan Tan Ching Swee, 40, yang berdepan 95 pertuduhan menerima kereta curi di No 1, Lot 8638 Kampung Black Water Off Jalan Banting-Klang pada 5 petang.

Mereka juga didakwa melakukan tiga kesalahan sama di Lorong Batu Nilam Bandar Bukit Tinggi, Klang pada 6 petang tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mereka juga berdepan 95 pertuduhan menyembunyikan kereta curi itu di Kampung Black Water, dan tiga lagi pertuduhan sama di Lorong Batu Nilam Bandar Bukit Tinggi, pada waktu dan tarikh yang sama.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Anak saudara MB disamun

Posted:

Anak saudara MB disamun

Anak saudara MB disamun

16/08/2011 6:24pm

SEREMBAN - Seorang suri rumah yang juga anak saudara Menteri Besar, kerugian hampir RM4,000 apabila rumahnya di Taman Kobena, Senawang dipecah masuk semasa wanita berusia 54 tahun itu menemani suaminya yang menjalani rawatan sakit buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur.

Dalam kejadian yang berlaku di antara 13 hingga 16 Ogos itu, bukan sahaja wang persiapan hari rayanya disamun malah jeriji besi tingkap dapur rumahnya turut dilarikan pencuri.

Norhaiyati Omar berkata, beliau mendapati wang simpanan sebanyak RM2,000 untuk persiapan hari raya dan barang kemas bernilai RM1,500 lesap selepas pulang ke rumahnya hari ini. "Ya Allah... saya rasa lembik satu badan apabila melihat wang persiapan hari raya pemberian suami habis hilang. Itulah simpanan suami saya yang merupakan seorang pesara polis," katanya kepada Bernama di rumahnya di sini, hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Gangguan bekalan air di Hulu Selangor dan Petaling

Posted:

Gangguan bekalan air di Hulu Selangor dan Petaling

Gangguan bekalan air di Hulu Selangor dan Petaling

16/08/2011 4:44pm

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Hulu Selangor dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air oleh kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Gangguan akan berlaku mulai pukul 10 malam pada 22 Ogos hingga 5 pagi keesokan hari di Taman Kancing Jaya, Taman Tun Perak Rawang, Taman Tun Teja, Taman Jati/PKNS Batu 17, Rawang Batu 16, Taman Rawang Perdana serta Taman Amansiara di Gombak.

Gangguan disebabkan oleh kerja pengalihan dan penyambungan paip di Lebuhraya KL-Kuala Selangor di Jalan Templer, Rawang.

Gangguan akan turut berlaku bermula 10 malam pada 25 Ogos hingga 5 pagi pada 26 Ogos di Kampung Dato Lee Kim Sai, Taman Bersatu Rawang, Belmas Johan/ R&R/ Industri Indah Rawang, Industri Kri dan NSK akibat kerja pengalihan dan penyambungan paip di Lebuhraya KL-Kuala Selangor di Jalan Templer, Rawang.

Menurut kenyataan Syabas hari ini, gangguan akan turut berlaku di kawasan Petaling pada 22 Ogos bermula 11 malam hingga 5 pagi 23 Ogos di Jalan Bandar 3 hingga Jalan Bandar 18, Pusat Bandar Puchong berikutan kerja memasang peralatan di tapak pembangunan Setiawalk, Bandar Puchong Jaya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved