Selasa, 16 Ogos 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Hanya RM12 di Salero Negori

Posted:

Hanya RM12 di Salero Negori

Hanya RM12 di Salero Negori

RESTORAN Salero Negori menawarkan masakan dari Negeri Sembilan dan Padang.


GULAI daging tunjang, dendeng, ayam goreng bumbu dan ayam golek antara menu yang membangkitkan selera ketika berbuka puasa.

Selain itu, Restoran Salero Negori yang terletak di Jalan PJU 5/21, Kota Damansara turut menghidangkan lemak cili padi petai kikis, sambal ijo, sambal cili merah, sambal jering, pucuk tempoyak dan banyak lagi makanan tradisi masyarakat Negeri Sembilan dan Padang.

Ayam kalio dan pucuk tempoyak juga antara menu yang harus dicuba oleh para pengunjung.

Menurut pemilik restoran, Azman Anas, masakan Negeri Sembilan dan Padang mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Tapai aiskrim

Buktinya, cawangan restoran itu yang terletak di Kota Damansara merupakan cawangan kelima.

Selain di lokasi elit itu, empat lagi cawangannya terletak di Persiaran Gurney, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Amcorp Mall.

"Tiada sebarang set makanan yang ditawarkan sebaliknya kita mengambil pesanan berdasarkan permintaan pelanggan.

"Biasanya purata harga untuk satu orang berharga RM12 sahaja," kata Azman yang mengusahakan restoran ini bersama isterinya, Khalkani Aliaman.

Selain keenakan masakannya, tapai aiskrim merupakan antara pencuci mulut yang paling popular dalam kalangan pelanggan-pelanggan setianya.

Keaslian rasa tapai pasti merangsang anda untuk memesan bukan satu tetapi dua cawan tapai aiskrim itu.


AYAM golek bertambah enak sekiranya dicicah dengan sambal cili yang sedikit pedas rasanya.


Restoran Salero Negori turut menyajikan kuih-muih tradisi.

Antaranya ialah kuih koci, kuih bakar, kuih cara, kuih bingka, kuih talam dan kuih lapis.

"Terbaru, kita juga akan menyajikan kuih lapis Sarawak pada Ramadan kali ini," kata Azman.

Pilihan minuman juga tidak terhad kepada yang biasa, cubalah jus avokado atau markisa yang menyegarkan.

Lokasi itu boleh memuatkan 150 orang pada satu-satu masa dan beroperasi dari pukul 11.30 pagi hingga 9.30 malam.

Mungkin anda yang ingin berbuka di luar, membawa anak-anak atau ibu bapa mahupun keluarga, silalah berkunjung ke Restoran Salero Negeri dengan membuat tempahan awal. - MAZLINA ABDUL MAJID

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Buku kedua Chef Don

Posted:

Buku kedua Chef Don

Buku kedua Chef Don

Oleh NIZHA PERIASWAMY


CHEF DON mahu memastikan makanan-makanan di negara ini terus hidup dengan mendokumentasikannya dalam buku Dapur Warisan.


CHEF Hamidon Hasha Akhbar atau lebih dikenali sebagai Chef Don, kini dalam percubaan kedua untuk menerbitkan sebuah lagi buku masakan.

Baru selesai dengan fasa perancangan dan pemilihan resipi, Chef Don percaya buku baharunya itu bakal menjadi duta buku masakan tradisional istana Melayu Malaysia.

"Buku ini bakal mengumpulkan masakan terpilih dari 13 buah negeri di Malaysia. Dijangkakan antara lima hingga tujuh hidangan akan dikongsi bersama pembaca kelak," kata Chef Don.

Beliau menambah, buku pertama beliau yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan Utusan Publication and Distributors (UP&D) yang bertajuk Dapur Bonda sebelum ini bertujuan membimbing wanita yang baru menjadi isteri untuk memenangi hati suami mereka.

"Buku itu banyak berkongsi tip masakan dan pelbagai hidangan menarik hasil pengalaman saya sendiri. "Tetapi buku baharu ini berlainan daripada mana-mana buku masakan yang pernah diterbitkan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ujar pencinta makanan itu, bagi menerbitkan buku tersebut, beliau melakukan pelbagai penyelidikan tentang makanan-makanan Melayu di Malaysia yang di ambang kepupusan.

Contoh beberapa sajian yang hampir dilupakan termasuklah daging jeruk masak lemak dari Selangor, dan ayam penyet dari Melaka.

Sebagai mengangkat martabat makanan-makanan tersebut, Chef Don telah mengumpul makanan-makanan itu dan mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Warisan sebagai makanan warisan.


BUKU Dapur Bonda banyak membantu wanita-wanita yang baru bergelar isteri menambat hati suami dengan masakan mereka.


Buku yang bertajuk Dapur Warisan mengandungi sekurang-kurangnya 65 resipi termasuk 25 pencuci mulut, 20 petua masakan, 25 jenis khasiat ulam, 15 jenis sambal dan 15 jenis peralatan masakan tradisional.

Jenis makanan

Jelas anak kelahiran Kuala Lumpur itu, buku tersebut bakal menjadi panduan lengkap bukan sahaja untuk memasak bahkan pelbagai tip dan informasi penting.

Bertugas sebagai Penasihat Makanan di Selera Kota Food and Service Sdn. Bhd, Kuala Lumpur sepanjang Ramadan ini, Chef Don turut menyenaraikan beberapa masakan yang bakal dikongsi dalam buku baharunya itu.

Antaranya ialah koleh lemak dari Pahang, sup sirip ikan yu dari Sarawak dan sebagainya.

"Melalui perkongsian ini, diharap makanan-makanan ini tidak akan lapuk dek hujan lekang dek panas," kata bekas graduan diploma Chef Teknik dari Institut Raffles, Kolej Olympia, Petaling Jaya.

Selain terlibat dalam penulisan buku, Chef Don juga mempunyai pengalaman luas sebagai chef lebih sedekad.

Malah, beliau juga pernah menjadi perunding kulinari dan duta kecil masakan Malaysia untuk membuka restoran di luar negara iaitu Langkawi Place Restaurant di Sudan.

Chef Don juga pernah mewakili Persatuan Chef Malaysia untuk menjayakan program memasak pulut panggang terpanjang sempena acara Cita Rasa Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved