Selasa, 16 Ogos 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Amah Datuk larikan RM300,000

Posted:

Amah Datuk larikan RM300,000

Amah Datuk larikan RM300,000

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
zaini.hadi@kosmo.com.my

GAMBAR Rospita yang diedarkan untuk membantu siasatan polis.


KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mendakwa kerugian hampir RM300,000 apabila sejumlah barangan kemas dan wang tunai miliknya dilarikan seorang pembantu rumah warga Indonesia di Taman Mutiara Gombak 2 dekat sini pada Sabtu lalu.

Kehilangan barangan kemas, wang tunai serta beberapa barangan berharga lain disedari oleh isteri ahli perniagaan itu pada pukul 8 malam hari kejadian.

Antara barangan yang didakwa hilang ialah jam tangan jenama Rolex, Omega, Salvatore Ferragamo dan wang tunai berjumlah RM7,500.

Sejurus sebelum barang-barang berharga itu disedari hilang, pengawal keselamatan kediaman Datuk itu ternampak salah seorang amah di situ meninggalkan rumah majikannya dengan menaiki sebuah teksi selepas memberi alasan untuk membuang sampah.

Pembantu peribadi Datuk itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri berkata, amah yang dikenali sebagai Rospita, 20-an baru dua bulan bekerja di situ.

Menurut Zamri, ahli perniagaan berusia 56 tahun itu mempunyai dua pembantu rumah warga Indonesia dengan Rospita ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja seperti mengemas dan membersihkan rumah.

Seorang lagi amah ditugaskan untuk memasak serta menjaga dua orang anak majikannya yang berumur dua dan empat tahun.

"Dia dipercayai menyorok barang-barang yang hendak dilarikan di dalam baju yang dipakai," katanya semasa ditemui pemberita di Balai Polis Batu 6 Gombak dekat sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Permasalahan Akta Sewa Beli 1967 selesai

Posted:

Permasalahan Akta Sewa Beli 1967 selesai

Permasalahan Akta Sewa Beli 1967 selesai

PUTRAJAYA - Semua permasalahan mengenai Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) yang dikuat kuasa 15 Jun lepas dianggap selesai setelah semua pihak berkenaan mencapai persetujuan dalam mesyuarat 28 Julai lalu.

Antara perubahan yang dilakukan ialah bayaran deposit yang sebelum ini perlu dibayar kepada bank kini dibenarkan dikutip oleh penjual kereta dengan syarat mereka mempunyai surat kebenaran atau lantikan daripada pihak bank.

Selain itu, semua pihak juga bersetuju agar pemeriksaan kenderaan terpakai untuk dijual dikekalkan, cuma pemeriksaan keselamatan (B7) boleh dilakukan bersama pemeriksaan menukar nama kereta.

Dalam pada itu, tempoh sah laku B7 dilanjutkan dari dua bulan kepada empat bulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua pihak yang hadir pada mesyuarat dengan kementeriannya itu berpuas hati dengan penjelasan kementerian.

"Beberapa perubahan sebagai langkah kompromi juga telah diambil.

"Kami menganggap isu ini telah selesai dan saya harap tiada lagi perkara- perkara lain yang berbangkit mengenai akta ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Asing segera mentega DNA babi

Posted:

Asing segera mentega DNA babi

Asing segera mentega DNA babi

Oleh ZAKI SALLEH dan NOR IDAYU BOSRO
berita@kosmo.com.my


SEBUAH pasar raya terkenal di Pulau Pinang masih menempatkan mentega DNA babi bersama mentega halal di tempat sejuk beku semalam.


KUALA LUMPUR - Semua pengusaha pasar raya dan peruncit diminta mengasingkan segera mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi ke dalam rak seksyen tidak halal dengan segera.

Ia bagi mengelakkan umat Islam daripada terbeli mentega berkenaan sebagai bahan membuat kek dan biskut sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, pihak berkenaan juga perlu melupuskan logo halal yang tertera pada bungkusan mentega tersebut.

"Kami meminta kerjasama semua pengusaha pasar raya dan peruncit supaya mengasingkan segera mentega mengandungi DNA babi itu daripada rak halal ke dalam rak tidak halal dengan segera,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia disahkan tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sementara itu, Eksekutif Perhubungan Awam pasar raya Carrefour, Salmieah Mohd. Zin berkata, pihaknya telah menghentikan penjualan mentega tersebut dua minggu lalu selepas pengguna mula meraguinya.

"Kita ada dengar cerita mentega ini ada DNA babi dan disebabkan logo halalnya bukan daripada Jakim, maka penjualannya kita hentikan dua minggu lepas," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved