Kosmo Online - Negara |
- Tukar pemandu bas serta-merta
- Bapa muda jual mercun dijel sehari
- Lahirkan rasa cinta kepada negara melalui Jalur Gemilang
Posted: Tukar pemandu bas serta-mertaOleh JUNHAIRI ALYASA JPJ akan memeriksa semua bas bagi mengesan pemandu yang mempunyai rekod trafik yang teruk. - Gambar hiasan KUALA LUMPUR – Pemandu bas ekspres yang mempunyai rekod kesalahan jalan raya yang serius tidak akan dibenar membawa penumpang pada musim perayaan nanti dan mereka perlu ditukar dengan pemandu lain dengan serta-merta. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, jika syarikat bas berkenaan gagal berbuat demikian, perjalanan bas ekspres terbabit tidak akan dibenarkan sama sekali dan pengusaha berdepan dengan tindakan tegas. Antara kesalahan yang telah dikenal pasti ialah lesen tamat tempoh serta rekod melanggar peraturan jalan raya termasuk kesalahan memandu dengan laju. "Saya tidak mahu tengok atau dengar lagi kejadian-kejadian yang tidak diingini sepanjang musim perayaan dan kita akan ambil tindakan tegas termasuk memastikan semua pemandu bas yang mempunyai rekod buruk tidak membawa penumpang," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Bapa muda jual mercun dijel sehari Posted: Bapa muda jual mercun dijel sehariOleh MANIRAH OTHMAN
KUALA TERENGGANU Seorang bapa muda berusia 30 tahun terpaksa menerima hakikat pahit apabila Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,800 ke atas tertuduh kerana menjual mercun dan bunga api. Lebih menyedihkan, Wan Mohd. Hafizal Wan Nawi memberi alasan bahawa dia terpaksa menjual mercun dan bunga api di bazar Ramadan Pekan Manir di sini pada pukul 6 petang lalu untuk mencari duit tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Bagaimanapun alasan tertuduh itu tidak diterima oleh Majistret Abdul Hayyi Salim setelah mengambil kira bahaya penggunaan bahan terlarang itu terhadap kepentingan awam. Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap kira-kira pukul 6 petang kelmarin di tapak bazar Ramadan Pekan Manir oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Manir yang menjalankan rondaan Operasi Payung. Siasatan mendapati tertuduh menjual beberapa jenis bunga api. Pihak polis kemudian menemui mercun dan bunga api antaranya jenis 'mighty wisthing' sebanyak 50 batang, 'spring thunder' (20 batang)', 'whisthing moon' (90 batang) dan 'smart boy' (30 kotak). Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Lahirkan rasa cinta kepada negara melalui Jalur Gemilang Posted: Lahirkan rasa cinta kepada negara melalui Jalur GemilangRAIS (dua dari kiri) menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil salah sebuah jabatan kerajaan pada program kembara merdeka di Jelebu, Negeri Sembilan semalam. JELEBU - Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 perlu dijadikan sebagai platform terbaik bagi menyemarakkan semangat cinta kepada negara dalam kalangan rakyat. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, program kembara selama sebulan anjuran Jabatan Penerangan itu bertujuan untuk menaikkan semangat patriotik rakyat sepanjang bulan kemerdekaan ini. "Kembara ini akan dijalankan ke seluruh tanah air, di mana kita akan menjelajah ke kampung, daerah serta bandar-bandar di seluruh Malaysia untuk membawa mesej bahawa sudah tibanya bulan kemerdekaan," katanya selepas menghadiri Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 dan Majlis Berbuka Puasa Parlimen Jelebu di Masjid Kampung Kuala Dulang di sini malam kelmarin. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan