Kosmo Online - GenK |
Selusur kenangan sisipan orang muda Posted: Selusur kenangan sisipan orang mudaMULA membuat debut sulungnya pada tanggal 6 Januari 2009, sisipan GenK dalam Kosmo! dicetuskan sebagai satu wadah dan platform suara bagi golongan muda. Mencari kelainan dengan memaparkan apa jua aktiviti, trend, hobi, dunia kampus, ikon, kerjaya, fesyen dan isu semasa berkaitan anak muda, GenK bermula dengan sisipan sebanyak 15 muka surat. GenK atau singkatan kepada Generasi Kosmo! diwujudkan sebagai melengkapi idea enam hari enam sisipan dalam akhbar kompak paling pesat berkembang di tanah air ini. Disiarkan setiap minggu pada hari Selasa, lima lagi sisipan lain yang mewarnai Kosmo! termasuklah Stailo (Isnin), Infiniti (Rabu), Urban (Khamis), Pesona (Jumaat) dan Horizon (Sabtu). Dengan tajuk rencana utama pertamanya, Gila Kereta Lama yang menceritakan mengenai minat dan obses sekumpulan anak muda kepada kereta-kereta terpakai yang dibaik pulih menjadi sebuah jentera mengagumkan, ia menjadi petunjuk hala tuju GenK yang dekat dengan hati generasi baru. Ini kerana berbeza daripada belia sebelum ini, generasi baru zaman Kosmo! ternyata lebih lasak, agresif dan kreatif dalam aktiviti seharian. Artikel nukilan wartawan Julia Ismail merakamkan minat anak muda Syed Nabil Athrash Syed Ahmad, Khairul Hazri Abdul Latif dan Fairuz Nadzly Harun yang menggemari kereta-kereta terpakai seperti Toyota TE71, Mazda 323, Toyota Corolla KE70 dan Toyota Corolla KE35. Ketika itu, bersama-sama Julia menggerakkan sisipan tersebut ialah wartawan Adham Shadan. Dalam tempoh dua tahun tiga bulan ini, menyaksikan sebanyak 119 edisi sisipan GenK disiarkan dengan memaparkan pelbagai topik menarik. SISIPAN GenK menjadi satu medium menyampaikan suara generasi muda melalui pelbagai aktiviti mereka seperti lukisan, muzik, tarian, sukan, kerjaya dan dunia kampus. Antara rencana utama yang menarik termasuklah Sukarelawan Braille, Sudut Pidato Kembali, Rakan Muda Seni, Lensa Si Cilik, Imaginasi Kreatif Kanak-kanak, Kuasa Helah Aikido, Cerita Si Junior, Delegasi Remaja Jepun dan Graduan Automotif. Selain kolum Rencana Utama, sisipan GenK juga menawarkan ruangan lain seperti Dulu Saya, Remaja, Kerjaya, Aktiviti, Akademi, Tip, Diari Wartawan dan Layar Kaca. Perubahan demi perubahan GenK turut menyaksikan penampilan wartawan-wartawan berjiwa muda seperti Khadijah Mohamad, Faten Saphilla Mohamed Isa, Mohd. Yunus Yaakub, Aqmar Alladad, Syalmizi Abd. Hamid dan Mazlina Abdul Majid. Akhbar Kosmo! yang semakin 'membesar' dengan jumlah sirkulasi dan pembacanya menyebabkan GenK terpaksa tampil lapan muka surat. Lebih padat dan ringkas sesuai dengan mood belia. Perubahan tersebut sudah pun menjangkau sembilan bulan. Apa yang pasti, dalam tempoh dua tahun tiga bulan ini GenK berjaya memaparkan segala macam kisah mengenai belia atau lebih tepat menyelongkar dunia generasi muda secara menyeluruh. Daripada kisah belia di kampus, anak muda di jalanan, remaja ceruk kampung bahkan generasi muda luar negara. Bagaimanapun, demi sebuah transformasi dalam usaha menguatkan lagi paparan Kosmo! kepada golongan belia, mulai minggu depan GenK akan bertitik noktah. Ia bukan bermakna sebagai sebuah akhbar orang muda Kosmo! menafikan ruangan khas untuk generasi itu. Sebaliknya kami tampil dengan nama baru, wajah baru, tagline baru dan sudah tentunya penampilan yang serba segar. Ia akan menemui pembaca mulai minggu hadapan. Bagaimanapun, bagi melabuhkan tirai sebuah sisipan GenK, minggu ini kami mengajak pembaca mengembara kembali kenangan GenK menerusi beberapa muka depannya yang mungkin masih lagi mengusik minda anda! – ZAMRI RAMBLI dan MAZLINA ABDUL MAJID Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: Sinar jiwa jaguh ototMALEK (kiri) sewaktu dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada bulan Mac 2010. MEMEGANG gelaran Mr. Asia sebanyak enam kali, nama Abdul Malek Mohamad Noor tidak perlu diperkenalkan lagi. Lantaran kecemerlangan yang diraihnya, anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu pernah menerima anugerah Pingat Emas Personaliti Sukan Benson & Hedges 1985 diikuti gelaran Olahragawan Negara pada tahun 1986 dan 1990. Selain itu, beliau juga diiktiraf sebagai Ahli Mangku Negara (AMN) dan penerima Pingat Sultan Ibrahim (1986); Legendary Sportsman of Malaysia dan Coca-Cola Olympian 2007 serta terbaru Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada 30 Mac tahun lalu. Sewaktu zaman kegemilangannya sekitar 1980-an dan 1990-an, Malek turut menceburi industri seni sebagai pelakon menerusi beberapa buah filem seperti Ujang, Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan Sahabat. Pendek kata, Malek merupakan selebriti terkenal yang menjadi pujaan ramai ketika itu. Namun, artikel yang disiarkan pada 8 Jun 2010 itu juga menyingkap satu kisah fasa hidup baru Malek. Segala kemasyhuran dan kemewahan yang dikecapi membuatkan beliau alpa dengan kehidupan duniawi yang bersifat sementara sehingga mengabaikan kewajipan sebagai umat Islam. Menceritakan detik-detik cahaya keimanan mula bersinar di hatinya, Malek memberitahu apabila usia semakin meningkat, jiwanya mula meronta untuk mengubah gaya hidup Barat yang dijalaninya. Kejayaan dan kemewahan sudah tidak mampu mententeramkan jiwa lelaki berbadan gagah perkasa itu. Rentetan itu juga, Malek sering didatangi mimpi-mimpi ngeri seperti dibakar api neraka, tubuhnya dikelar-kelar dengan besi panas dan banyak lagi. Kemudian, satu demi satu musibah mula melanda dirinya membuatkan hati kecil Malek berbisik: "Mungkin inilah ujian Allah kerana Dia mahu aku kembali menjadi muslim sejati." Bagaimanapun, insiden yang berlaku pada 2002 merupakan titik tolak kepada penghijrahan Malek yang sebenar. Ketika itu, beliau hanya berseluar pendek dan berdiri di balkoni Penthouse miliknya yang menghadap Menara Berkembar Petronas KLCC. "Sedang asyik memerhatikan pemandangan luar, tiba-tiba saya terdengar laungan azan yang berkumandang dari masjid berhampiran dan ia terus menusuk ke dalam kalbu saya. "Waktu itu saya seperti orang gila apabila ke hulu ke hilir di dalam rumah tanpa mengetahui apa yang perlu dicari. Kemudian, saya menangis sepuas-puasnya sebelum mengambil wuduk dan terus menunaikan solat Maghrib walaupun tidak pasti ia menepati rukun atau tidak. "Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli sebuah kitab suci al-Quran serta beberapa buku mengenai Islam," terang Malek. Pada tahun 2008, Malek mengambil tindakan drastik apabila membuang semua piala yang pernah dimenanginya satu ketika dahulu kerana menganggap kesemua piala berbentuk patung itu menjejaskan keimanannya selama ini. Kini, setiap malam sebelum tidur, Malek akan berdoa semoga dipanjangkan usia agar dia dapat terus bersujud kepada-Nya untuk setiap kesalahan yang pernah terlanjur dilakukan sepanjang hidup. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Ekspresi bakat pelajar sekolah Posted: [unable to retrieve full-text content]REMAJA dan muzik sukar dipisahkan. Malah, kreativiti mereka terhadap elemen itu menjangkaui pemikiran dan punya tarikan tersendiri. Menyedari hakikat itu, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) mengambil langkah memperkenalkan program DiGi Live Sekolahku Berbakat bagi mencungkil potensi yang ada dalam diri mereka untuk diketengahkan menerusi seni pentas. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - GenK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan