Ahad, 10 Julai 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bayi hilang jari: Pasangan dakwa doktor cuai

Posted:

Bayi hilang jari: Pasangan dakwa doktor cuai

Bayi hilang jari: Pasangan dakwa doktor cuai

10/07/2011 8:45pm

MACHANG — Sepasang suami isteri mendakwa bayi mereka yang berumur enam bulan mungkin kehilangan kesemua lima jari tangan kiri akibat kecuaian doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu semasa merawat anak mereka pada Mei lepas.

Ismail Lee Abdullah, 30, dan isterinya Zuhariana Baharom, 30, berkata, anak mereka Nur Ayreen Imanie yang dilahirkan sempurna sudah kehilangan tiga jari selepas mendapat rawatan di hospital itu.

Dua batang jari lagi kemungkinan akan hilang kerana ianya semakin mengecut dan kebiruan, kata Ismail kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, anaknya telah disuntik semasa mendapatkan rawatan di hospital itu kerana mengalami masalah pernafasan ketika berumur dua minggu.

"Pada mulanya tangan kiri anak saya berubah menjadi hitam dan kebiru-biruan dari paras siku hingga ke jari dan apabila doktor menjalankan ujian imbasan mendapati saluran darah tersumbat pada bahagian bekas suntikan.

"Doktor kemudiannya bertindak memberikan ubat pencair darah sebagai tindakan awal. Jari anak saya semakin teruk pada keesokkannya dan mula mengecut, namun doktor hanya kata tunggu dan lihat," katanya.

Beberapa hari kemudian doktor cuba merawatnya namun tidak berjaya dan memaklumkan sudah tiada harapan untuk menyelamatkan jari itu, katanya.

Ismail berkata, beliau menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang namun hanya akan berbuat demikian selepas menerima laporan lanjut daripada hospital yang dijangka dalam masa terdekat. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Semua terminal bas kembali beroperasi

Posted:

Semua terminal bas kembali beroperasi

Semua terminal bas kembali beroperasi

10/07/2011 8:01pm

KUALA LUMPUR — Perkhidmatan bas di tiga terminal bas iaitu Hentian Putra, Hentian Pudu Raya dan Hentian Jalan Pekeliling kembali beroperasi seperti biasa hari ini selepas ditutup sementara semalam.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Semenanjung Malaysia, Tajuddin Mohd. Yunus, berkata beliau dimaklumkan bahawa semua pengusaha bas mula beroperasi seperti biasa di terminal masing-masing.

Beliau berkata, perhimpunan haram di ibu negara semalam telah mengakibatkan ramai penumpang bas membatalkan perjalanan mereka pada saat akhir.

Bagi penumpang yang meneruskan perjalanan semalam pula terpaksa berhadapan dengan kesesakan luar biasa iaitu lebih empat jam dari tempoh perjalanan yang biasa, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga dimaklumkan kebanyakan pengusaha bas tidak dapat menghantar penumpang ke destinasi yang ditetapkan dan terpaksa menurunkan penumpang jauh dari kawasan ibu negara.

"Bas tidak dapat masuk Kuala Lumpur, boleh sampai Rawang sahaja bagi perjalanan dari utara, penumpang terpaksa naik keretapi dari Rawang untuk ke destinasi mereka, dari Selatan tiada masalah, hentian terakhir di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan," katanya.

Tajuddin berkata, persatuan itu, yang dianggotai seramai 25 pengusaha bas, juga dimaklumkan bahawa anggota persatuan itu hanya dapat menyediakan lima 'trip' perjalanan masing-masing berbanding kebiasaan lebih 10 trip sehari. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nicol, Azlan pertahan kejuaraan

Posted:

Nicol, Azlan pertahan kejuaraan

Nicol, Azlan pertahan kejuaraan

10/07/2011 7:15pm

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David tidak diberi tentangan sengit apabila dengan mudah mempertahankan gelaran Kejohanan Skuasy kebangsaan 2011 di si ini hari ini.

Pemain nombor satu dunia itu mengalahkan pemain ranking ke-23 dunia, Delia Arnold, 11-4, 11-9, 11-6 pada perlawanan akhir di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil di sini.

Bagi Nicol, kejohanan itu merupakan 'pemanas badan' sebelum beraksi pada Kejohanan Terbuka Malaysia bermula 18 Julai ini.

Katanya, kemenangan dua set pertama memberi kelebihan kepadanya dan beliau berjaya mematahkan usaha Delia untuk bangkit pada set terakhir.

"Delia menampilkan persembahan terbaiknya untuk menentang saya dan saya pasti dia akan lebih yakin dan mantap selepas ini," kata Nicol selepas perlawanan tersebut.

Dalam saingan lelaki, pemain nombor 10 dunia, Mohd. Azlan Iskandar turut mempertahankan kejuaraan apabila menewaskan Ong Beng Hee (ranking 29 dunia) 11-7, 11-5, 13-11.

Meskipun Ong memberi tentangan hebat pada set ketiga dan berjaya membawa permainan hingga ke kedudukan 11-11, kemenangan akhirnya memihak kepada Mohd. Azlan hasil kesilapan Ong memukul bola di luar gelanggang.

Nicol dan Mohd Azlan masing-masing membawa pulang wang tunai RM4,000 berserta piala. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved