Ahad, 10 Julai 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


AS iktiraf Sudan Selatan

Posted:

AS iktiraf Sudan Selatan

AS iktiraf Sudan Selatan


Sejumlah penduduk berhimpun bagi meraikan kemerdekaan Sudan Selatan di sebatang jalan raya di Juba semalam.


WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberikan pengiktirafan kepada Sudan Selatan yang kaya dengan minyak sebagai sebuah negara yang merdeka semalam.

"Saya dengan bangga mengisytiharkan bahawa AS secara rasminya mengiktiraf Republik Sudan Selatan sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat bermula pada hari ini, 9 Julai 2011.

"Hari ini merupakan satu peringatan bahawa selepas kegelapan akibat perang, kemunculan satu cahaya mentari subuh boleh berlaku," katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika penduduk bersorak dan berarak di jalanan bagi meraikan kemerdekaan di negara itu daripada Sudan Utara.

Negara itu memperoleh kemerdekaan menerusi satu pungutan suara yang diadakan pada Januari lalu yang diadakan setelah satu perjanjian damai diadakan bagi menamatkan perang saudara dengan Sudan Utara yang melibatkan kematian berjuta-juta penduduk.

Obama berjanji akan menjalin kerjasama dengan Sudan Selatan yang mempunyai kira-kira 8.2 juta penduduk dalam aspek pembangunan, pentadbiran yang baik dan keselamatan.

Bekas ketua pemberontak yang berusia 60 tahun dan berjuang dalam perang gerila menentang Sudan Utara pada 1983 hingga 2005, Salva Kiir mengangkat sumpah sebagai presiden pertama negara itu dalam satu majlis yang juga diadakan semalam di ibu kota negara itu, Juba.

Bagaimanapun, Obama tidak membuat sebarang pengumuman bagi mengubah sekatan yang dikenakan ke atas Sudan Utara yang dipimpin oleh Omar Hassan al-Bashir yang diharapkan akan ditarik balik ekoran kewujudan Sudan Selatan.

AS melakukan sekatan perdagangan ke atas Sudan Utara sejak 1997 selain disenaraikan sebagai sebuah negara yang menyokong keganasan.

Beberapa isu serius masih berlaku di antara kedua-dua buah negara itu yang masih belum selesai iaitu cara untuk mengendalikan hasil minyak, pemilikan wilayah Abyei dan garisan sempadan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syarikat PM Itali diarah bayar RM2.3 bilion

Posted:

Syarikat PM Itali diarah bayar RM2.3 bilion

Syarikat PM Itali diarah bayar RM2.3 bilion


Silvio Berlusconi


MILAN - Sebuah mahkamah rayuan di sini semalam mengarahkan syarikat Fininvest milik Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, membayar 560 juta euro (RM2.3 bilion) kepada kumpulan media yang menjadi saingannya, Compagnie Industriali Riunite (CIR) dalam satu kes rasuah.

Pada Oktober 2009, Mahkamah Sivil Milan memutuskan CIR berhak mendapat pampasan sebanyak 750 juta euro (RM3.20 bilion) daripada Fininvest berhubung kawalan ke atas syarikat penerbitan terkemuka Mondadori pada tahun 1990.

Hakim ketika itu menyatakan Berlusconi turut terlibat memberi rasuah kepada seorang hakim yang membantu syarikatnya itu mengambil alih Mondadori.

Bayaran itu diarah mahkamah dibayar dengan serta-merta. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Merompak dalam keadaan bogel

Posted:

Merompak dalam keadaan bogel

Merompak dalam keadaan bogel


Tom D. Hedlund


TACOMA, Amerika Syarikat - Seorang pembunuh didakwa melakukan beberapa siri pecah rumah dalam keadaan bogel pada awal minggu ini dan dia dikenakan ikat jamin sebanyak AS$2 juta (RM5.98 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Penjenayah itu, Tom D. Hedlund, 42, berdepan tiga dakwaan pecah rumah darjah pertama, satu percubaan merogol, tiga tuduhan berkelakuan tidak senonoh dan satu tuduhan pemilikan bahan terkawal yang menyalahi undang-undang.

Pendakwa raya juga memberitahu Hedlund berada dalam pengaruh dadah methamphetamine ketika dia ditahan polis.

Dia yang dibebaskan pada 2008 selepas disabitkan membunuh seorang lelaki telah memecah masuk tiga buah rumah di kawasan Tacoma sebelum subuh.

Polis berjaya menangkapnya selepas dia melarikan diri dari rumah yang ketiga dicerobohinya.

Kes Hedlund akan dibicarakan di mahkamah semula pada 12 Ogos depan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved