Ahad, 31 Julai 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pelancongan etnik di Papua

Posted:

Pelancongan etnik di Papua

Pelancongan etnik di Papua


PELANCONGAN etnik mula menjadi tarikan di Papua.


SELAMA beberapa dekad, kelompok pelancong asing yang berani memasuki Papua hanya terdiri daripada pelombong emas, ahli antropologi, mubaligh Kristian dan tentera ketika berperang.

Tetapi kini, separuh daripada bahagian barat kepulauan New Guinea itu perlahan-lahan membuka pintunya secara berperingkat kepada pelancong.

Kawasan yang dikenali sebagai 'syurga tersembunyi' itu merupakan tanah adat bagi golongan nenek moyang penduduk di sana, dipenuhi terumbu karang yang bergemerlapan, ketinggian glasier dan berpeluang menerokai kehidupan haiwan liar.

Bagi Sarah Gabel, 29, salah seorang pelancong dari Amerika Syarikat (AS) mengakui dia terpikat dengan orang yang mampu hidup dalam harmoni dengan alam semula jadi.

Itulah yang ditemui Gabel di Lembah Baliem, rumah panjang terpencil yang menjadi tempat perlindungan buat puak Dani di tengah-tengah tanah tinggi Papuan yang terletak di luar bandar Wamena.

"Saya meredah trek laluan selama seminggu. Saya juga menyeberangi sungai yang dipenuhi haiwan liar, tidur di dalam pondok kayu dan bertemu dengan orang separuh bogel yang memburu beruang liar dengan panah. Ia satu pengalaman yang sungguh menakjubkan," katanya.

Pelancongan etnik seperti itu telah menjadi keutamaan kepada New Guinea, pulau terbesar di Asia, di mana beribu-ribu suku kaum peribumi dibahagikan antara negara bebas, Papua New Gunea ke timur dan wilayah-wilayah yang yang dikuasai Indonesia iaitu dari Papua dan Barat Papua.

"Kebanyakan pelancong datang dari Eropah dan AS. Mereka tidak mencari hotel lima bintang tetapi mahu menerokai keaslian sempadan yang tidak diketahui," jelas Iwanta Perangin daripada Agensi Papua Advanture yang menawarkan penginapan di Baliem.

Padat dengan hidupan liar eksotik, Papua juga berjaya menarik minat pencinta alam dan ahli ornitologi untuk mencari spesies burung yang jarang ditemui seperti burung kakak tua.

Dalam pada itu, Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) baru-baru ini mengumumkan penemuan lebih 1,000 spesies baru di New Guinea termasuk katak bersiung dan ikan lumba-lumba kepala bulat.

Taman Laut Raja Ampat juga mendapat reputasi sebagai lokasi menyelam menarik dengan begitu banyak rumah-rumah bot menawarkan pelayaran tambahan di sekeliling kawasan yang mempunyai banyak terumbu karang semula jadi.

"Papua merupakan syurga tersembunyi. Ia merupakan destinasi unik yang menawarkan pelbagai peluang untuk menikmati keseronokan. Dari keindahan pantai ke gunung yang tinggi dan hutan tebal malah, adat dan budayanya masih dipegang kuat," kata pensyarah Institut Pelancongan Universiti Trisakti, Profesor Azril Azahari.

Ujarnya lagi, ia merupakan satu pasaran khusus kerana terlalu mahal dan pelawat harus berada dalam keadaan yang baik untuk menyokong iklim, landskap berbukit dan pengangkutan yang sangat asas.


SEORANG kanak-kanak kaum Dani memegang sebuah gendang kecil tiba.


Pergolakan politik

Di samping itu, pergolakan politik yang berlaku turut menjadi faktor kekurangan pelancong ke sana. Tentera Indonesia dituduh melakukan penderaan kemanusiaan terhadap puak peribumi yang telah melancarkan perang pemisah sejak 1960-an.

Wartawan asing dan pekerja perubatan dilarang untuk memasuki wilayah yang kaya dengan sumber alam di Papua untuk melaporkan mengenai pemberontakan tersebut.

"Pergolakan politik sudah lama berlalu tetapi, Papua masih dilihat sebagai negara yang terasing dan kawasan yang tidak selamat. Kerajaan mesti berbuat sesuatu untuk mengubah tanggapan tersebut.

"Amat penting untuk membangunkan negara di peringkat akar umbi, komuniti berasaskan pelancongan yang mampu memberi hasil kepada penduduk tempatan untuk menambah pendapatan mereka. Masa depan tidak terletak di pusat peranginan mewah," tegas Azahari.

Amaran lain terhadap kesan buruk yang mungkin dihadapi dalam pelancongan etnik adalah seperti mempromosikan puak yang ada sebagai primitif kerana ia boleh memberi gambaran tidak elok kepada masyarakat luar.

Perkara itu telah pun berlaku dalam bentuk pembinaan semula perang antara puak. Apabila pelancong tiba, puak Dani bertindak menanggalkan seluar dan baju, mengecat badan dan menampal alat sulit tradisional dari labu yang dikenali sebagai kotekas.

"Warga Papua terlalu bangga dengan tradisi mereka tetapi, dilemahkan dengan dunia moden," kata Yotam Yorgen Fonataba, penganjur festival kebudayaan tahunan Tasik Sentani, dekat wilayah Papua ibu negeri Jayapura.

"Saya optimis mengatakan budaya kami masih kuat dan kami mahu mempertahankannya. Untuk itu, kami perlu menunjukkan kepada dunia mengenai kreativiti kami."

Dilancarkan sejak empat tahun lalu, festival tersebut menyatukan beribu orang dari 24 komuniti yang berbeza di sekitar tasik besar itu.

Daripada paluan gendang tradisional dikenali sebagai tiba, para pahlawan mengalunkan lagu ketika berburu, manakala penari dilitupi dengan pakaian berwarna-warni, di atas bot yang berada di tengah tasik.

Kumpulan koir pelajar pula menyanyikan lagu yang berbunyi: "Saya warga Papua, berkulit gelap, berambut kerinting. Papua, cebisan syurga yang gugur ke bumi." - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Asam pedas rempah keluarga

Posted:

Asam pedas rempah keluarga

Asam pedas rempah keluarga

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my


ROSMAWATI (kanan) mewarisi kemahiran memasak dan resipi asam pedas keluarga turun-temurun daripada ibunya, Moon.


RESTORAN Sri Payung yang berpangkalan di Hulu Kelang, Selangor, baru saja dua bulan beroperasi. Biarpun pintunya dibuka kepada pelanggan hanya dari pukul 11 pagi hingga 5 petang, namun sambutan yang diterima cukup membuatkan pengusahanya tersenyum gembira.

Rata-rata pengunjung enggan melepaskan peluang mengisi perut dengan set menu asam pedas yang didatangkan bersama sepinggan nasi putih, sambal belacan, ulam-ulaman dan segelas teh o ais.

Tawaran set hidangan itulah yang menjadi keistimewaan di Restoran Sri Payung. Mereka hanya menyajikan set asam pedas Melaka dengan pilihan lapan jenis ikan.

"Selain asam pedas kepala ikan merah, pelanggan boleh memilih sama ada untuk menikmati asam pedas ikan jenahak, pari, kembung, ikan merah atau parang. Bagi hidangan sampingan kami menyediakan asam pedas daging tetel dan lala," jelas pengusahanya, Mohd. Aslah Lias, 39.

Dia yang menjalankan bisnes restoran itu bersama isteri, Rosmawati Musa dan ibu mertua, Moon Othman, turut memberitahu betapa menu berkenaan digemari oleh semua peringkat umur dan lapisan masyarakat.

"Jika diperhatikan, asam pedas pada hari ini bukan saja dinikmati oleh kaum Melayu malah turut menjadi pilihan orang Cina dan India.

"Sebab itu, kami mengambil keputusan untuk fokus pada menu asam pedas saja," kata Aslah yang turut mempromosikan pengalaman berbuka puasa di restorannya.


BAGI mana-mana set hidangan asam pedas, pelanggan turut menikmatinya bersama nasi putih, ulam-ulaman, sambal belacan dan teh o ais.


Sementara itu, Rosmawati yang teliti menguruskan hidangan sajian di dapur memberitahu, sepanjang bulan Ramadan, pelanggan bukan saja berpeluang menikmati juadah asam pedas dengan lapan jenis ikan tersebut bahkan, berpeluang berbuka puasa dengan menu kuetiau goreng, ais batu campur, kambing bakar dan sate.

"Sempena juadah berbuka puasa, kami menambah lauk-pauk sampingan seperti menu ayam, daging dan makanan laut yang lain. Inisiatif ini bertujuan memberi peluang kepada pengunjung menjamu selera dengan hidangan yang pelbagai.

"Dalam pada itu, bagi memastikan kualiti rasa dan persediaan juadah khususnya asam pedas terjaga, kami tidak mengupah tukang masak.

"Sebaliknya, saya dan ibu bertanggungjawab menyediakan menu berkenaan yang turut dibantu pembantu restoran," jelas Rosmawati yang mewarisi masakan asam pedas daripada ibunya.

Tambah Rosmawati, keunikan asam pedas yang ditawarkan di Restoran Sri Payung terletak pada rasanya yang asli. Mereka menggunakan bahan-bahan semula jadi berbanding serbuk rempah segera. Bagi mendapatkan rasa asam pedas yang istimewa, setiap malam ikan-ikan tersebut akan diperap terlebih dahulu dengan ramuan yang turut digunakan dalam pembuatan kuah asam pedas.

"Maka, pelanggan akan merasai isi ikan dan kuah asam pedas memiliki rasa yang sama. Asam pedas di Sri Payung juga tidak terlalu pedas.

"Maka, bagi mereka yang menyukai pedas, tambahkan saja sambal belacan hasil resipi kami sendiri," jelas Rosmawati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved