Ahad, 31 Julai 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Skuad Kim Swee terus mengganas

Posted:

Skuad Kim Swee terus mengganas

Skuad Kim Swee terus mengganas

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


BARISAN skuad Olimpk negara ketika turun menentang Topvar Topolcany di Slovakia kelmarin.


SKUAD Olimpik negara mencatat kemenangan kedua pada siri aksi persahabatan di Slovakia setelah menewaskan kelab Liga 2 Slovakia, Topvar Topolcany 2-1 di tempat lawan malam kelmarin.

Setelah menang 1-0 ke atas kelab Liga 1 Slovakia, Bodva Moldava hasil jaringan Wan Zack Haikal Wan Nor pada aksi sulung Selasa lalu, jurulatih Ong Kim Swee hanya menurunkan barisan simpanan pada aksi kedua itu.

"Saya merehatkan lima pemain yang beraksi pada Selasa lalu iaitu Izham Tarmizi Roslan, Irfan Fazail, Syazwan Tajuddin, Syahrul Azwari Ibrahim dan Wan Zack Haikal.

"Dalam kesebelasan utama kali ini, saya meletakkan K. Sasikumar, Affize Faisal Mamat, Amer Saidin, Azrul Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Faizal Abu Bakar, Nazmi Faiz Mansor, Azrif Nasrulhaq Badrul, Izuan Solahuddin, Ferris Danial Mat Nasir dan Ahmad Hazwan Bakri.

"Enam pertukaran dibuat sepanjang babak kedua iaitu memasukkan Gary Steven Robbat, Shukor Jusoh, Fandi Othman, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu dan Zubir Azmi," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.

Pada perlawanan tersebut, Topvar Topolcany mendahului pada minit ke-21 menerusi Durcek Michal sebelum skuad Olimpik negara membalas hasil jaringan Ferris Danial pada minit ke-64 dan sepakan penalti Fandi (87).

Jelas Kim Swee, enam pemain baru iaitu Azrul, Syazwan, Nazmi, Azrif, Hazwan dan Izuan masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan skuad yang dianggotai majoriti pemain Harimau Muda A itu.

"Antara mereka ini, Hazwan telah menunjukkan kematangan serta mencuba beberapa kali ke arah penjaga gol lawan tetapi yang lain memerlukan sedikit lagi masa untuk menyesuaikan corak permainan.

"Pada perlawanan kedua ini, para pemain secara keseluruhannya telah menunjukkan kebangkitan serta keinginan untuk menyamakan kedudukan serta mendapatkan gol kemenangan dan ia harus dipuji," ujar Kim Swee.

Perlawanan ketiga bakal berlangsung malam esok dengan satu lagi kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Selangor sambar harimau

Posted:

Selangor sambar harimau

Selangor sambar harimau

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

SELANGOR 'perangkap' tiga anak harimau dalam usaha mereka memantapkan skuad menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini.

Gergasi Lembah Klang itu sudah melengkapkan kuota tiga pemain pinjaman untuk saingan Piala Malaysia musim ini dengan mengambil dua pemain Harimau Muda A dan seorang pemain Harimau Muda B.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, tiga pemain tersebut ialah Nazri Ahmad, 21, (pertahanan), Haziq Zikri Elias, 20, (penyerang) dan kapten Harimau Muda B, D. Saarvindran, 19, (penyerang).

Ketiga-tiga mereka tidak tersenarai untuk siri perlawanan persahabatan dan latihan selama sebulan skuad Olimpik negara kendalian Ong Kim Swee di Slovakia ketika ini.

"Nazri dan Saarvindran anak jati Selangor manakala Haziq tinggal di United Kingdom sebelum kembali ke tanah air dan beraksi untuk Harimau Muda A.

"Jadi tempoh pinjaman ini merupakan pendedahan terbaik untuk mereka merebut tempat bagi menyarung jersi Selangor secara tetap pada masa akan datang.

"Lagipun FAS berasakan tiga pemain muda ini lebih baik berbanding jika kami pinjam pemain-pemain lain dari pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia," kata Hamidin ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dengan kehadiran tiga pemain itu, Selangor kini mempunyai jumlah 25 pemain untuk misi memburu kejuaraan Piala Malaysia kali ke-33 sekali gus menamatkan kemarau setelah kali terakhir menjulangnya pada 2005.

Dalam pada itu, mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Liga Super FAS baru-baru ini telah membuat keputusan melantik Hamidin sebagai pengurus sementara Selangor bagi kempen Piala Malaysia musim ini.

Sebelum ini, jurulatih Selangor, K. Devan turut berperanan sebagai pengurus pasukan setelah FAS tidak menyambung khidmat pengurus sebelum ini, Zakaria Ab. Rahim.

"Saya akan bertindak sebagai pengurus sementara atau pemangku pengurus untuk Piala Malaysia ini saja. Ia bagi meringankan beban Devan agar dia boleh memberi fokus sepenuhnya terhadap latihan pasukan," jelas Hamidin.

Saingan Piala Malaysia musim ini akan berlangsung dari 6 September hingga 29 Oktober depan dengan majlis undiannya akan berlangsung pada Rabu ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sepanyol, Perancis satu kumpulan

Posted:

Sepanyol, Perancis satu kumpulan

Sepanyol, Perancis satu kumpulan


BEKAS pemain terbaik dunia, Ronaldo dari Brazil turut diberi penghormatan melakukan cabutan pada majlis undian kelayakan Piala Dunia 2014 di Rio de Janeiro semalam.


RIO DE JANEIRO - Juara dunia, Sepanyol diundi dalam satu kumpulan dengan juara 1998, Perancis serta Georgia, Belarus dan Finland untuk saingan Kelayakan Piala Dunia 2014.

Majlis undian tersebut yang berlangsung awla pagi semalam turut menyaksikan England diundi satu kumpulan dengan tuan rumah bersama Euro 2012, Ukraine dan Poland serta tiga lagi pasukan, Montenegro, Moldova dan San Marino.

Itali pula bakal berdepan Denmark dan Republik Czech manakala Jerman berada dalam kumpulan yang sama dengan Sweden, Austria dan Republik Ireland.

Pada majlis undian awal pagi semalam, Sepanyol dan England menjadi dua pasukan terakhir yang bakal diundi dalam kumpulan yang sama dengan Perancis tetapi sebaik slip undian dibuka, nama Sepanyol tertera untuk menyertai Perancis.

"Kedua-dua pasukan sama sukar tetapi apabila Sepanyol diundi sama kumpulan dengan kami, ia menjadi lebih sukar.

"Sepanyol akan terus menjadi salah satu pasukan terbaik di dunia sehingga 2014," kata jurulatih Perancis, Laurent Blanc.

Saingan kelayakan zon Eropah bakal bermula 9 September depan dan berakhir pada 15 Oktober 2013 dengan Kumpulan I menjadi kumpulan tunggal yang mempunyai lima pasukan.

"Perancis akan menjadi pencabar terkuat dalam kumpulan ini. Begitupun, kami tidak boleh memandang mudah cabaran daripada pasukan lain.

"Kami akan menghormati semua pasukan dalam kumpulan ini. Tiada jaminan untuk kami layak ke pusingan akhir," kata jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque.

Sebagai tuan rumah, Brazil tidak perlu mengharungi saingan kelayakan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved