Selasa, 19 Julai 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Memory Booster bantu ulang kaji pelajar

Posted:

Memory Booster bantu ulang kaji pelajar

Memory Booster bantu ulang kaji pelajar


DENGAN menggunakan kaedah peta minda dan gambar rajah, ia membantu pelajar mengingati setiap nota pembelajaran.


MENGHADAPI saat-saat akhir sebelum melangkah kaki ke dewan peperiksaan benar-benar menguji keyakinan diri seseorang yang bergelar pelajar. Ketika itu, segala ilmu yang sudah dituntut perlu dicurah keluar dalam masa yang ditetapkan serta memerlukan kemahiran mengingati kembali apa yang telah diajar dengan pantas.

Nota-nota kecil serta gambar rajah yang dilukis dengan pena berwarna-warni umpama menjadi makanan sampingan pelajar tetapi, sejauh manakah ia dapat membantu.

Melihat kepada keperluan pelajar itu, syarikat penerbitan terunggul, Oxford Fajar baru-baru ini memperkenalkan sebuah siri Kad Pembelajaran bagi membantu para pelajar mengingati fakta sekali gus dapat mengulangkaji dalam masa singkat.

Kad Pembelajaran Oxford Fajar, Memory Booster itu merangkumi subjek-subjek peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain sebuah kad memori bertajuk: Panduan Belajar Memory Booster: 123 Amalan Belajar Cemerlang.

Kad pembelajaran itu adalah sebagai satu alat atau cara yang efektif untuk meningkatkan daya ingatan para pelajar dalam masa cepat. Siri kad tersebut menggunakan kaedah yang diaplikasi dan disampaikan secara peta minda, gambar rajah dan dibantu dengan ilustrasi yang berkaitan.

Selain itu, penggunaan carta dan graf yang mudah serta jelas akan menjadikan proses ulang kaji menjadi lebih mudah dan menarik.

Penggunaan bahasa yang ringkas berbentuk kata kunci mampu membantu para pelajar mengingati sesuatu perkara berkaitan subjek dengan pantas.

Kad-kad yang berwarna dan huruf-huruf pada kata kunci yang terpilih ditebalkan akan memudahkan para pelajar mengesan perkara yang penting.

Setiap kad boleh dipisahkan, jadi pelajar boleh memilih kad-kad yang diperlukan sahaja serta ia bersaiz kompak sesuai dibawa ke mana-mana.

Lebih utama, Kad Pembelajaran Memory Booster menggunakan kaedah dan teori yang diselidik secara terperinci dan terbukti berkesan.

Guru-guru yang berpengalaman dalam setiap subjek selaku penulis, berganding bahu dengan penulis Kad Memori 12 Amalan Belajar Cemerlang, Lim Teck Hoe untuk memastikan konsep pembelajaran diaplikasi secara berkesan.

Dalam pelancaran Siri Kad Memori itu oleh Pengarah Urusan Oxford Fajar Sdn. Bhd., Sharmini Nagulan berkata, anak-anak perlu dibekalkan dengan bahan pembelajaran yang sesuai, menyeronokkan dan dapat difahami dengan mudah.

"Para guru pula dibekal dengan bahan bantuan mengajar yang kreatif, inovatif dan mesra pengguna bagi menghasilkan pembelajaran yang berkualiti dan optimum," katanya di majlis pelancaran di Securities Commission, Jalan Bukit Kiara baru-baru ini.

Justeru itu, pelancaran kad ini diharap akan menjadikan proses pembelajaran lebih aktif, inovatif serta efektif sesuai dengan budaya belajar sekarang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tilawah bukan sekadar acara tahunan

Posted:

Tilawah bukan sekadar acara tahunan

Tilawah bukan sekadar acara tahunan



MALAYSIA sekali lagi mengangkat kedudukan al-Quran sebagai medium penyatuan umat Islam global melalui penganjuran Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA) kali ke-53 bermula Sabtu lalu.

Acara penting kalendar dunia Islam itu berlangsung dari 16 hingga 23 Julai 2011. Sekali lagi, alunan merdu bacaan ayat-ayat suci al-Quran akan berkumandang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha mengesahkan seramai 81 qari dan qariah dari 50 buah negara akan memperdengarkan bacaan mengikut gaya tersendiri dalam pertandingan tersebut.

Menurutnya, penganjuran bagi kali ke-53 itu adalah hasil kerjasama semua pihak yang terlibat dan penambahbaikan daripada pengalaman serta majlis tilawah tahun sebelumnya.

"Tahun ini, nilai hadiah dan sagu hati kepada para pemenang dan peserta telah ditingkatkan. Johan tahun ini bakal membawa pulang RM32,200 berbanding RM12,800 tahun lalu," ujarnya.

Naib johan dan tempat ketiga pula masing-masing akan membawa pulang RM22,400 dan RM13,600 manakala semua qari dan qariah akan menerima sagu hati penyertaan bernilai RM4,800.

Berbeza dengan peraturan Bacaan Taranum Wajib terpilih yang diperkenalkan pada tilawah peringkat kebangsaan sejak dua tahun lalu, peraturan itu tidak akan dipanjangkan kepada tilawah peringkat antarabangsa.

Jelas Othman, Jemaah Hakim Jakim mendapati tahap penguasaan dan kaedah pembacaan dalam kalangan peserta antarabangsa berbeza.

Bertambah baik

Bagaimanapun, mutu bacaan peserta dari setiap negara yang menyertai didapati bertambah baik dan meningkat daripada segi bacaan fasohah, taranum, suara dan tajwid.

Jakim turut membuka peluang keemasan kepada peserta MTQA untuk memperbaiki tahap penguasaan bacaan al-Quran masing-masing menerusi kursus Tahsin sebagai persediaan tilawah.



Selain itu, aktiviti sampingan majlis tersebut adalah lawatan, pameran, kuiz dan Seminar al-Quran Antarabangsa khusus untuk penggiat al-Quran dan peserta MTQA.

Malaysia sebagai sebuah negara Islam komited untuk menerapkan budaya al-Quran bagi menerapkan minat membaca dan memahami intipati kitab suci ke dalam jiwa generasi masa ini.

"Membaca dan memahami al-Quran amat penting memandangkan kewajiban mengaplikasi tuntutan dan larangan Allah dalam amalan hidup seharian dititipkan di dalamnya," ujar Othman lagi.

Beliau menjelaskan bahawa tilawah yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah kali ini mampu mengeratkan lagi tali persaudaraan di antara negara dalam dunia Islam.

Membangunkan Islam

Bapa Kemerdekaan, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pernah berikrar pada tahun 1960 mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat dakwah Islam di Asia Tenggara, sekali gus membuka laluan awal penganjuran MTQA pertama.

Beliau dilaporkan berkata: "Dengan majlis yang mulia seperti ini, ia akan menjadikan negara sebagai pusat daripada mana cahaya Islam akan bersinar dan memancar ke negara-negara lain."

Justeru, sejajar dengan matlamat asal penganjuran MTQA, Othman menerangkan bahawa Malaysia telah memberi impak ketara terhadap pembangunan dan kemajuan Islam global.

"Majlis yang menjunjung kesucian al-Quran ini adalah selaras dengan taraf dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara, dan perjuangan menegakkan syiar Islam ke seluruh dunia," jelas Othman lagi.

Ini dibuktikan dengan peningkatan mutu bacaan dan penyertaan semasa MTQA ke-52 iaitu seramai 73 peserta dari 43 negara berbanding hanya 13 peserta dari tujuh buah negara ASEAN yang menyertai musim pertama tilawah antarabangsa pada 1961.

"Peningkatan bilangan penyertaan itu membolehkan kita merumuskan bahawa masyarakat Islam seluruh dunia berminat menyertai tilawah yang kita anjurkan.

"Malahan, matlamat MTQA anjuran Jakim turut menjadi ikutan dan contoh kepada negara lain seperti Iran, Indonesia, Thailand, Brunei dan Libya yang turut menganjurkan tilawah antarabangsa di negara masing-masing," tambah Othman.

Menariknya, majlis tilawah tahun ini turut berjaya menarik kehadiran 1,200 pelancong Islam luar negara selain sekumpulan imam dari Kemboja yang akan mengunjungi Kuala Lumpur khusus untuk mengikuti majlis tilawah.

Momentum Ramadan

Othman menjelaskan bahawa majlis tilawah kali ini tidak diadakan pada bulan Ramadan tetapi berlangsung pada bulan Syaaban yang dekat dengan bulan Ramadan.

Pemilihan tarikh ini diharap akan mendorong umat Islam mendekatkan diri dengan menghayati al-Quran dan dapat meneruskan momentum ibadah bagi menyambut Ramadan. Majlis dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin manakala Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah akan menghadiri majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Seramai 12 qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan masing-masing bermula dari pukul 8 malam setiap hari dan diselangi dengan persembahan nasyid, qasidah dan persembahan kanak-kanak daripada program televisyen, Adik-Adikku.

"Negara akan diwakili oleh qari Negeri Sembilan, Amirahman Abas dan qariah Johor, Suraya Abu Hassan yang muncul johan aari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 baru-baru ini," kata Othman.

Beliau turut mengajak orang ramai untuk hadir meramaikan majlis ilmu dari pukul 8.15 malam hingga 11 malam setiap hari atau menonton secara langsung di TV1 dan web TV Jakim di laman web www.islam.gov.my. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved