Selasa, 19 Julai 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kebanggaan Asia

Posted:

Kebanggaan Asia

Kebanggaan Asia



FRANKFURT, Jerman – Jepun mencipta sejarah.Mereka muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Wanita 2011.

Kejayaan itu satu kebanggaan buat bola sepak Asia yang kini semakin digeruni di peringkat dunia.

Pada final yang berlangsung di Stadium Frankfurt itu, Jepun menghampakan Amerika Syarikat 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedudukan terikat 2-2 sehingga tamat perlawanan masa tambahan.

Rentak kemenangan yang dilakar Jepun itu sungguh menakjubkan.

Skuad kendalian Norio Sasaki itu bangkit selepas dua kali ketinggalan bagi merangkul kejuaraan buat kali pertama pada kejohanan berprestij itu.

Kapten Jepun, Homare Sawa yang turut memenangi anugerah Kasut Emas pada kempen kali ini apabila muncul penjaring terbanyak membuktikan kualiti yang dimilikinya apabila menyamakan kedudukan buat The Blue Samurai untuk mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-117.

"Saya seolah-olah tidak percaya yang kami berjaya muncul juara.

"Kami tidak pernah berputus asa dan terus berjuang sehingga ke minit-minit yang terakhir. Kami telah memberikan aksi terbaik pada perlawanan hari ini (awal pagi semalam).

"Ini merupakan kejayaan paling bermakna buat diri saya sepanjang lima kali beraksi pada kempen Piala Dunia Wanita dan kali ini saya pulang dengan status sebagai juara," kata Sawa.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Frankfurt itu, Alex Morgan berjaya membuka tirai jaringan buat AS pada minit ke-69 sebelum Jepun menyamakan kedudukan menerusi Aya Miyama minit ke-80 sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Sebaik aksi masa tambahan bermula, AS kembali berada di depan selepas penyerang sensasi mereka Abby Wambach meledak gol pada minit ke-104 sebelum Sawa menyamakan kedudukan minit ke-117.

Penjaga gol Jepun, Ayumi Kaihori dijulang sebagai wirawati apabila menggagalkan dua sepakan penalti pasukan AS bagi memastikan kemenangan menjadi milik gergasi Asia itu.

"Kami memberikan tumpuan sepenuhnya dalam perlawanan ini dan corak permainan kami juga lebih tersusun. Begitupun kami akui agak gugup kerana ini merupakan final yang pertama buat kami pada Piala Dunia.

"Begitupun, nasib ternyata menyebelahi kami dan kami kini sudah bergelar juara. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong kami," jelas Sasaki.

Kejayaan tersebut turut menyaksikan Jepun mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan dari Asia yang pertama menjulang trofi Piala Dunia Wanita.

Sementara itu, jurulatih AS, Pia Sundhage mengakui kelalaian anak-anak buahnya sehingga membenarkan Jepun kembali bangkit menyamakan kedudukan ternyata telah mengundang padah kepada mereka.

"Kami telah melakukan beberapa kesilapan. Kami membenarkan Jepun kembali menyamakan kedudukan. Namun saya masih merasakan bahawa kami telah beraksi dengan baik," kata Sundhage.

– AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kelantan destinasi pertama CCFC

Posted:

Kelantan destinasi pertama CCFC

Kelantan destinasi pertama CCFC

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
sukan@kosmo.com.my


PARA peserta klinik pembangunan bola sepak CCFC bergambar kenangan sebelum memulakan sesi latihan di Kota Bharu semalam.


KELAB Bola Sepak Cardiff City (CCFC) telah memilih Kelan- tan ini sebagai destinasi pertama dalam siri program Jelajah 1Malaysia Cardiff City (1MCC-CCFC) membabitkan lapan jurulatih dari kelab tersebut.

Menerusi program itu seramai 207 pelatih Akademi Bola Sepak Al-Hamra Red War- riors (ARMY) terlibat dalam Klinik Bola Sepak bersama CCFC.

Dalam menjayakan klinik sehari menerusi program berkenaan bersama ARMY, CCFC turut menjanjikan komitmennya bagi membantu membangunkan program pembangunan bola sepak remaja di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Chan Tien Ghee berkata, pihaknya cukup gembira kerana dapat bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi menjayakan klinik bola sepak selama sehari itu.

"Pembangunan bola sepak remaja pada hari ini sebenarnya cukup penting. Kalau kita perhatikan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun sudah pun terlibat dalam sukan bola sepak.

"Bagi CCFC sendiri, kami cukup teruja apabila bercakap mengenai pembangunan bola sepak remaja. Kita cuba mendekatkan masyarakat dengan program seperti ini," katanya ketika ditemui di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, selepas ini, menerusi program tersebut CC- FC akan menyusul ke beberapa buah destinasi seperti Pahang, Kedah serta beberapa negeri lain dalam menjayakan program klinik bola sepak.

Menurutnya, program tersebut amat bermakna dalam usaha mendedahkan teknik bola sepak berkesan di kalangan pemain remaja khususnya.

Tien Ghee yang melihat fenomena luar biasa dalam siri jelajah tersebut turut menyatakan hasratnya tentang kese- diaan untuk membuka cawangan akademi CCFC di negeri Kelantan.

"Sudah pasti kita akan datang ke sini lagi. Berdasarkan fenomena luar biasa di sini, saya bersedia membuka cawangan di negeri ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hairuddin diberi kepercayaan

Posted:

Hairuddin diberi kepercayaan

Hairuddin diberi kepercayaan

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


HAIRUDDIN (tengah) bakal mengetuai jentera serangan skuad Pilihan Malaysia pada aksi menentang Chelsea di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini.


PENYERANG Negeri Sembilan, Hairuddin Omar bakal diberi kepercayaan mengetuai jentera serangan skuad Pilihan Malaysia yang akan menentang kelab Liga Perdana England, Chelsea di Stadium Nasional, Bukit Jalil Khamis ini.

Biarpun menjadi pemain paling veteran dalam skuad gabungan pemain skuad Olimpik negara dan 'bintang' senior Liga Super itu, sumbangan Hairuddin masih ditagih untuk menembusi gawang Chelsea yang dikawal Petr Cech, Ross Turnbull atau Henrique Hilario.

Dari segi usia, Hairuddin kini sudah mencecah 32 tahun, hanya dua tahun lebih muda daripada pengurus Chelsea, Andre Villas- Boas.

Namun pemain kelahiran Setiu, Terengganu itu mempunyai sejarah unik apabila muncul satu-satu- nya pemain Malaysia yang pernah menembusi gawang Chelsea ketika skuad negara tewas 1-4 pada 2003.

Menurut jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee yang diberi tugas mengendalikan skuad Pilihan Malaysia itu, khidmat Hairuddin akan digunakan untuk merobek kubu Chelsea pada aksi Khamis ini.

"Bagi posisi serangan, saya akan meletakkan sama ada Hairuddin atau dua lagi penyerang skuad Olimpik negara iaitu A. Thamil Arasu dan Syahrul Azwari Ibra- him.

"Selain sembilan pemain senior yang sedang menjalani latihan bersama kami ketika ini, saya mungkin akan menyenaraikan pemain skuad kebangsaan yang tidak terpilih dalam senarai 23 pemain terakhir untuk menentang Singapura.

"Daripada senarai pelatih yang ada ketika ini, saya hanya akan menyenaraikan 20 atau 21 pemain saja untuk perlawanan menentang Chelsea ini," katanya ketika ditemui selepas sidang media di Hotel One World, Bandar Utama, Damansara petang semalam.

Selain Hairuddin, lapan pemain senior lain yang turut disenaraikan dalam skuad kendalian Kim Swee itu adalah Norhafiz Zamani Misbah, Amri Yahyah, Badhri Radzi, Daudsu Jamaluddin, S. Subramaniam, Shahrulnizam Mustapa, Joseph Kalang Tie serta penjaga gol, Farizal Marlias.

Mereka bakal digabung bersama beberapa lagi tonggak utama skuad Olimpik negara seperti Irfan Fazail, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Fandi Othman dan Zubir Azmi.

"Saya akan memberi peluang kepada semua pemain beraksi. Bagi pemain skuad Olimpik, ini peluang buat mereka menimba pengalaman selepas berhempas pulas layak ke pusingan akhir Kela- yakan Zon Asia.

"Bagi pemain senior pula, saya berharap mereka dapat mempamerkan persembahan terbaik kerana terdapat dua atau tiga pemain yang saya rasa masih layak diserapkan ke skuad kebangsaan," jelas Kim Swee.

Dalam pada itu, Kim Swee turut memberitahu bahawa para pemain skuad Olimpik negara akan berlepas ke Slovakia, Sabtu ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved