Selasa, 19 Julai 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Cinta jarak jauh

Posted:

Cinta jarak jauh

Cinta jarak jauh



PERTEMUAN yang tidak dirancang di sebuah acara di Pulau Pinang pada tahun 2005 akhirnya telah menyatukan dua hati, Farah Diana Anuar dan Johan Johari pada petang Jumaat lalu. Majlis pernikahan mereka berlangsung dengan cukup unik apabila mereka bernikah di atas Cruise di Tasik Putrajaya yang mana itu merupakan impian Farah untuk bernikah di atas kapal.

"Saya memang sudah lama simpan angan-angan untuk bernikah atas kapal selepas mengikuti penggambaran program Rasa Halal Oriental yang kerap menaiki kapal-kapal besar. Rakan saya, beri idea untuk lakukan di atas cruise, unik dan tidak pernah dilakukan orang lagi," katanya.

Senyuman meleret selepas majlis akad nikah selesai membuktikan mereka cukup bahagia. Tatkala diminta untuk bercerita bagaimana perkenalan antara mereka boleh berlaku, kedua-dua mereka tertawa dan saling berpandangan.

Farah, 26, memulakan bicara: "Kami kenal sekitar tahun 2005, ketika itu saya ada acara di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Johan pula kebetulan jumpa rakannya yang kebetulan ketika itu turut terlibat dengan acara yang saya sertai.

"Sejak itu, sepanjang saya berada di hotel itu bersama keluarga, saya kerap terserempak dengannya. Kiranya dia merupakan cinta pandang pertama saya, sebelum ini saya tidak pernah terus suka seorang lelaki bila terpandang buat kali pertama."

Sambungnya lagi, dia cukup terkejut apabila pada satu malam dia terlihat Johan bersembang dengan bapanya dan rakan-rakannya.

"Dalam hati saya terdetik, berani juga dia bersembang dengan abah saya sebab selalunya orang takut nak dekat dengan abah sebab abah saya nampak garang.

"Sebenarnya abah yang ambil nombor telefon dia, kemudian bila balik Kuala Lumpur saya asyik teringatkan dia, jadi saya curi-curi ambil nombor dia dan mula bermesej," katanya dalam tawa.

Tidak terus menyatakan hatinya telah terpaut pada Johan, Farah pada mulanya menyamar menjadi orang lain ketika berhubung menerusi telefon.

"Sebenarnya masa dia menyamar saya sudah tahu itu dia sebab saya kenal suaranya, tetapi saya layankan sahaja pura-pura tidak tahu," kata Johan yang juga berusia 26 tahun.


PASANGAN pengantin baharu teruja menunjukkan cincin pernikahan mereka kepada pihak media.


Selepas lima bulan berkawan mereka memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih, walaupun mereka terpaksa bercinta jarak jauh antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, kasih yang terbina menyebabkan mereka terus bersama sehingga ke hari ini.

"Kami tidak seperti pasangan kekasih lain yang boleh berjumpa apabila hujung minggu sebaliknya kami hanya jumpa dua kali sebulan pada awal percintaan, kemudian dua tiga bulan sekali selepas masing-masing bertambah sibuk.

"Dugaannya memang banyak. Saya pun ada dengar daripada rakan-rakan yang belajar di luar negara, cinta jarak jauh agak susah untuk berjaya jadi pada mulanya saya tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam hubungan kami.

"Dugaan bertambah besar apabila kami bertunang tetapi Alhamdulillah kami dapat atasinya dengan baik," jelas Farah.

Lamaran Johan kepada Farah pada tahun 2008 diterima dengan baik oleh Farah apabila dia terus bersetuju untuk menjadi suri hidup pelabur hartanah itu.

"Ketika itu antara saya dengan dia sahaja tidak melibatkan keluarga lagi. Saya memilih Farah sebab dia boleh serasi dengan saya serta keluarga saya. Dia juga jenis yang dengar nasihat," ujar Johan.

Farah pula ketika ditanya mengapa memilih Johan sebagai suaminya, jawab Farah: "Walaupun pada mulanya saya tidak yakin dengan Johan tetapi ada perasaan untuk mencuba, daripada apa yang saya lihat, Johan akan sentiasa utamakan saya tidak kisahlah kalau dia tengah marah, jadi dia memang sabar dengan saya serta jujur dan ikhlas.

"Satu lagi saya paling suka melihat senyumannya kerana pada awal pertemuan kami walaupun kami tidak berbual dia hanya tersenyum, selain itu kami satu kepala."

Dalam majlis pernikahan yang berlangsung dengan penuh meriah itu, Farah menerima wang hantaran simbolik dengan tarikh lahirnya iaitu RM25,185 (25 Januari 1985) dan mas kahwin RM2,500 serta menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak Farah.

Pulau Pinang – Kuala Lumpur

Meskipun telah bergelar isteri, ujar Johan dia tidak pernah menghalang kerjaya seni Farah selepas ini walaupun Farah akan menetap di Pulau Pinang dan terpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur pada hujung minggu.

"Saya tidak pernah halang untuk dia terus menyanyi atau menjadi pengacara tetapi ada syarat-syarat yang saya sudah cakap padanya," beritahu Johan.

Farah pula tidak menganggap syarat yang dikenakan oleh suaminya itu merupakan satu kongkongan kerana selama ini dia sudah terbiasa dikawal oleh bapanya ke mana sahaja dia pergi.


IMPIAN Farah untuk bernikah di atas kapal terlaksana.


"Saya akan tinggal di Pulau Pinang, kalau ada kerja sahaja saya akan ke Kuala Lumpur. Syarat-syarat yang diberikan Johan saya tidak lihat ia satu kongkongan kerana sebelum ini pun kecoh orang kata abah kongkong saya sedangkan dia menjalankan tanggungjawabnya sama juga seperti suami saya. Saya juga ada tanggungjawab sebagai isteri, ada batas-batas yang perlu saya jaga.

"Saya masih akan menyanyi, menjadi pengacara dan bekerja seperti biasa kecuali berlakon," tuturnya.

Berbicara tentang cahaya mata pula, kedua-dua mereka tidak merancang dan menerima rezeki Allah seadanya.

"Saya tidak kisah, kalau cepat diberi rezeki syukur Alhamdulillah. Kami tidak mahu merancang sebab ada rakan-rakan yang merancang terus tidak dapat anak, saya takut juga, jadi biarlah bila-bila Allah nak beri saya rezeki, saya terima," ujarnya.

Menyentuh tentang lokasi berbulan madu pula, Farah memberitahu, dia merancang secara sembunyi untuk berbulan madu di Maldives, lokasi percutian impian suaminya.

"Sebenarnya lokasi bulan madu ini merupakan hadiah daripada Hani Vication, Johan tidak tahu tentang perancangan bulan madu ini, hari ini baru dia tahu.

"Sebelum ini saya ada tanya secara sembunyi-sembunyi pada dia, kalau nak berbulan madu, dia nak pergi mana, dia kata mahu ke Maldives, jadi kami akan ke sana sebelum bulan puasa," tuturnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kuasa Komsas di gelanggang teater

Posted:

Kuasa Komsas di gelanggang teater

Kuasa Komsas di gelanggang teater

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN



ISMAIL KASSAN nama yang cukup disegani apatah lagi jika dibelek karya-karyanya seperti Pelayaran Inderaputera 2, Menanti Puteri Hijau, Istiqamah dan Gelanggang Tok Wali.

Bagi yang kurang cakna pada perkembangan kesusasteraan Melayu, ada antara karya yang disebutkan itu kini diangkat menjadi teks Komponen Sastera Dalam Pendidikan Dalam Bahasa Melayu (Komsas) pelajar tingkatan empat iaitu Gelanggang Tok Wali.

Selain dikaji dan ditelaah secara teliti dan terperinci, teks itu juga kini dinaik taraf menjadi sebuah persembahan teater.

Menurut pengarah Gelanggang Tok Wali, Joosaidy Johari, kali pertama karya itu dipentaskan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati, Kuala Lumpur pada bulan April lalu, sambutan yang diterima adalah di luar jangka.

"Maka, atas permintaan ramai Gelanggang Tok Wali bakal dipentaskan pula di pentas prestij, Lambang Sari Istana Budaya bermula 28 hingga 31 Julai nanti," bicaranya yang ditemui ketika sesi fotografi di Studio Utusan baru-baru ini.

Gelanggang Tok Wali mengisahkan kekentalan semangat juang dan jati diri seorang guru silat bernama Wan Raja Wailudin Raja Bin Raja Agus Salam atau Tok Wali dalam mempertahankan warisan budaya bangsanya pada suatu ketika dahulu sehingga menjadi kebanggaan generasi ke generasi.

Melalui watak Tok Wali, terdapat juga pergolakan masyarakat khususnya golongan muda yang kian melupai akar budaya diselitkan termasuk kebangkitan pelbagai permasalahan sosial.

Mazlan Tahir yang diamanahkan mendukung watak utama yakni Tok Wali turut disokong oleh pelakon terkenal Umi Kalsum yang memegang watak Mak Umi.

Selain mereka, Gelanggang Tok Wali turut mengetengahkan wajah-wajah segar antaranya Syazwan Hashim, Eiz Omea (Anak Wayang), Alex Yanz (Anak Wayang), Afiq Muiz dan Atrash.

Bersilat

Bagi Syazwan yang menggalas watak Ripin, berdepan cabaran memainkan perwatakan seseorang yang lebih berusia daripada umur sebenarnya sememangnya dinanti-nantikannya.

"Dalam teater ini saya akan menjadi seorang pesilat yang berusia sekitar 30-an dan saya akui memang sukar untuk melontarkan gaya bahasa sebagai seorang yang lebih matang daripada usia sebenar melainkan terpaksa membuat kajian sendiri dan memerhatikan persekitaran kita," katanya yang kini berumur 23 tahun.

Kebanyakan watak dalam teater yang sarat dengan pertempuran dan seni persilatan ini didominasi oleh lelaki dan hanya dua pelakon wanita sahaja yang terlibat.

Penglibatan kali kedua Eiz Omea dalam pementasan teater selain memerlukannya mempelajari jurus silat sudah cukup mengujakannya.

"Saya akan memegang watak Mariam iaitu anak murid kesayangan Tok Wali dan individu paling rapat dengan Ripin.

"Dalam masa yang sama, saya perlu berlatih selama seminggu demi mempelajari bunga-bunga silat sehingga kaki melecet," ceritanya penuh bersemangat.

Antagonis dalam protagonis

Menyandang gelaran Imam yang punyai hasad dengki dalam teater sulung lakonannya, Alex Yanz masih mengakui banyak lagi yang perlu dipelajarinya.

"Selama empat tahun dalam dunia seni, ini pertama kali saya berlakon teater dan memikul watak yang agak mencabar, saya akui lebih banyak kepuasan sebenarnya diperoleh berbanding berlakon drama atau filem.

"Watak Imam yang saya bawa juga agak berbeza, dalam pada menyeru ke arah kebaikan, sifat azali manusia yang juga berdendam dan cemburu turut merajai diri," tuturnya bercerita mengenai peranannya dalam Gelanggang Tok Wali.

Teater ini bakal menemui peminat bermula 28 hingga 31 Julai ini dan tiket boleh dibeli dengan harga RM25 hingga RM50. Keterangan lanjut layari www.ticket2u.biz atau hubungi 03-402 65558.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Salman hero Mugdha

Posted:

Salman hero Mugdha

Salman hero Mugdha



AKTRES Mugdha Godse yang bengang apabila tidak dibayar baki bayaran lakonannya untuk filem Jail telah meminta bantuan aktor Salman Khan yang kemudian dianggapnya sebagai hero kerana telah membantunya menyelesaikan masalahnya itu.

Menurut sumber, penerbit filem itu iaitu Percept Picture Company masih berhutang sebanyak Rs 6 lakh (RM40,600) dengan Mugdha.

"Sudah banyak kali Mugdha menghubungi Percept Picture Company untuk mendapat baki bayaran lakonannya untuk filem Jail tetapi tidak mendapat respons positif," kata sumber itu lagi.

Tambah sumber itu, ketika bersua dengan Salman di sebuah perlawanan kriket selebriti di Mumbai baru-baru ini, Mugdha lalu memberitahu Salman tentang hal tersebut.

Ujar sumber: "Mugdha bernasib baik kerana ketika itu Presiden Percept Picture Company, Shailendra Singh juga ada di situ .

"Justeru, apabila Salman memberitahu Shailendra tentang perkara itu, masalah Mugdha kemudian selesai apabila Shailendra terus membuat pembayaran kepada Mugdha di situ juga menyebabkan Mugdha terkejut besar."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved