Selasa, 19 Julai 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kerjasama kaji kecekapan urus sisa pepejal

Posted:

Kerjasama kaji kecekapan urus sisa pepejal

Kerjasama kaji kecekapan urus sisa pepejal

19/07/2011 8:40pm

MELAKA — Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Bahagian Strategi Alam Sekitar Antarabangsa (IESD) Bandaraya Kitakyushu, Jepun, mengadakan kerjasama membuat kajian untuk meningkatkan kecekapan operasi pengurusan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah di Krubong di sini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Teknikal PPSPPA, Sanusi Awi berkata, kajian tersebut melibatkan tiga pihak iaitu PPSPPA, IESD dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

PPSPPA bertanggungjawab untuk memberi sumbangan kepada pembangunan MPHTJ bagi mewujudkan satu model bandar di mana pengurusan sisa pepejal dilakukan secara bersepadu, katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai tapak pelupusan sampah di Krubong di sini, hari ini.

Sanusi berkata, MPHTJ dipilih kerana sejajar dengan konsep kerajaan Melaka untuk menjayakan bandar teknologi hijau.

Sementara itu, pakar pengurusan sisa pepejal dari IESD Shinsuke Takeuchi berkata, kajian meliputi kaedah pungutan sampah dan kitaran sampah serta kaedah kompos sampah, yang bertujuan untuk mengurangkan sisa pepejal.

Sebanyak enam kajian akan dilakukan selama dua tahun yang dibiayai oleh Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dengan kos RM608.8 juta. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

75,000m kabel telefon di curi di Kelantan

Posted:

75,000m kabel telefon di curi di Kelantan

75,000m kabel telefon di curi di Kelantan

19/07/2011 8:07pm

KOTA BHARU — Telekom Malaysia Malaysia (TM) Kelantan menanggung kerugian RM4.32 juta apabila kabel telefon sepanjang 144,000 meter telah dicuri di seluruh negeri itu sepanjang tahun lepas.

Pengurus Besarnya, Abdul Rashid Abdul Che Othman berkata, sepanjang enam bulan pertama tahun ini, sepanjang 75,000 meter kabel telefon telah dicuri, menyebabkan kerugian lebih RM2.3 juta.

"TM telah mengenal pasti 600 lokasi panas dipasang dengan alat penggera bagi mengelak kejadian mencuri kabel berulang," katanya pada sesi dialog bersama pengusaha besi buruk Kelantan, di sini, hari ini.

Program anjuran bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan TM, dirasmikan oleh Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Dalam ucapan perasmiannya, Mazlan memberi amaran bahawa pihaknya akan menarik balik lesen pengusaha besi buruk jika mereka didapati terbabit dengan kegiatan membeli logam curi.

Katanya, sehingga Julai 2010 sebanyak 103 lesen membeli logam dan tembaga kategori A, B dan C telah dikeluarkan di Kelantan.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini polis belum membuat sebarang tindakan membatalkan lesen pengusaha terbabit walaupun ada laporan pihak pengusaha membeli besi buruk yang dijual oleh pencuri.

Sementara itu, Pengurus Besar TNB, Datuk Zulkifli Abdul Rahman berkata sepanjang Januari hingga semalam, hanya satu kes kecurian kabel elektrik dilaporkan berlaku di negeri itu. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cetak rompak: Peniaga didenda RM33,000

Posted:

Cetak rompak: Peniaga didenda RM33,000

Cetak rompak: Peniaga didenda RM33,000

19/07/2011 5:57pm

SHAH ALAM — Seorang lelaki didenda RM33,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah memiliki 11 keping cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak di premis perniagaannya di Sekinchan, Sabak Bernam, empat tahun lepas.

Hakim Slamat Yahya juga memerintahkan Ng Kean Choon, 36, dipenjarakan selama enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Hukuman itu dijatuhkan selepas mahkamah berpuas hati pembelaan yang diwakili peguam R.Vijay Chander, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Mohd. Safri Mohammed Nai'm memanggil tujuh saksi manakala pembelaan mengemukakan tiga saksi.

Kean Choon dituduh memiliki empat salinan langgaran filem dalam format DVD dan tujuh salinan langgaran filem dalam format VCD bertajuk 'Hitman' di Superstars Audio & Video Entertainment, PT 1259, Jalan Radin, Tingkat Bawah, Sekinchan, kira-kira 4 petang, 29 Nov 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hakcipta 1987 dan dihukum mengikut Seksyen 41 (1)(i) akta sama yang membawa hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 bagi setiap salinan langgaran, atau penjara maksimum 5 tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved