Rabu, 03 September, 2025

Jumaat, 10 Januari 2014

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Troussier ke Malaysia atau Tunisia?

Posted:

Troussier ke Malaysia atau Tunisia?

Troussier ke Malaysia atau Tunisia?

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

TROUSSIER yang berada dalam radar FAM, kini dikatakan bakal dilamar oleh Persatuan Bola Sepak Tunisia.


SPEKULASI jurulatih baharu Harimau Malaya semakin hangat apabila Persatuan Bola Sepak Tunisia (FTF) dilaporkan bakal melamar bekas jurulatih Jepun, Phillipe Troussier.

Troussier sebelum ini telah dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal.

Kosmo! kelmarin melaporkan, FAM sudah bersedia untuk mengumumkan calon pilihan untuk menggantikan Rajagobal bulan depan.

Kontrak Rajagobal selaku jurulatih Harimau Malaya berakhir pada 31 Disember lalu.

Begitupun, usaha FTF jelas dilihat memberikan tamparan kepada FAM dalam usaha menagih sentuhan pengendali kelahiran Perancis itu yang berjaya membimbing pasukan Jepun mara ke pusingan kalah mati kempen Piala Dunia 2002.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin kekal dengan pendirian 'kunci mulut' dan tetap enggan mengulas mengenai calon jurulatih baharu Harimau Malaya.

"Saya tidak mahu ulas lebih lanjut (mengenai tawaran FTF yang berminat untuk mendapatkan khidmat Troussier).

"Kita tunggu dan lihat sahaja. Seperti yang saya janjikan semalam (kelmarin), FAM akan mengumumkan jurulatih baharu skuad kebangsaan selewat-lewatnya pada Februari depan," katanya.

Troussier yang juga dikenali sebagai 'Doktor Bomoh Putih' di Eropah, pernah mengendali tujuh pasukan kebangsaan bermula dengan Ivory Coast, Nigeria, Burkina Faso, Afrika Selatan, Jepun, Qatar dan Maghribi.

Tunisia kini terdesak untuk mencari jurulatih baharu dalam usaha mempersiapkan pasukan menjelang aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika yang akan bermula pada September depan.

Selain Troussier, FAM turut dikaitkan dengan bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic; jurulatih Sarawak; Robert Alberts; bekas jurulatih Liverpool, Alex Miller; bekas pemain Chelsea, Marcel Desailly dan pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee.

Buat sementara ini, Kim Swee ditugaskan menjadi pengendali sementara Harimau Malaya.

Skuad Harimau Malaya masih memiliki baki satu perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen pada Mac depan.

Felda United dijana oleh Puma

Posted:

Felda United dijana oleh Puma

Felda United dijana oleh Puma


ANDRADE (kanan) bersama Fuad (kiri) pada majlis penyerahaan jersi Puma untuk skuad Felda United di ibu negara semalam.


FELDA United akan dijana oleh Puma pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2014 yang bakal membuka tirainya minggu depan.

Puma akan tampil selaku penaja Felda United untuk selama tiga musim sehingga 2016.

Dengan penajaan tersebut, Felda United akan tampil dengan jenama Puma dalam saingan Liga Premier sekali gus mengikut jejak juara Piala Malaysia 2013, Pahang yang turut dijana oleh syarikat pengeluar barangan sukan berkualiti itu.

Ketika mengulas mengenai penajaan tersebut, Pengarah Urusan Puma bagi rantau Asia Tenggara, Miguel Andrade menjelaskan bahawa pihaknya memiliki keyakinan yang tinggi terhadap skuad Felda United yang dilihat mampu memberi saingan kepada pasukan-pasukan elit dalam saingan Liga Premier musim ini.

"Kami sentiasa meletakkan tahap kualiti yang tinggi sebagai penanda aras kami dan Felda United sememangnya memiliki segala ramuan untuk membuktikan kemampuan untuk melayakkan diri ke Liga Super musim depan.

"Secara peribadi, saya merasakan bahawa anda adalah duta terbaik bagi jenama kami dalam Liga Premier," kata Andrade pada majlis pengumuman penajaan perjanjian dengan Felda United di Kuala Lumpur semalam.

Seiring dengan aspirasi jangka panjang Puma untuk menjadi kuasa dominan dalam acara sukan berpasukan, Andrade menambah bahawa ia memang menjadi harapannya untuk melihat Felda United kembali bersaing pada pentas tertinggi.

Majlis semalam turut disaksikan Pengarah Bahagian Sukan Felda, Datuk Ahmad Fuad, Ketua Pemasaran Puma Malaysia, Gabriel Yap serta para pegawai, jurulatih dan pemain Felda United.

Dalam kenyataan ringkasnya, Ahmad Fuad merakamkan penghargaan kepada Puma atas keyakinan yang diletakkan terhadap pasukan Felda United.

Menurutnya, penajaan tersebut pastinya akan membantu meningkatkan motivasi para pemain dan pasukan untuk menampilkan persembahan terbaik pada saingan Liga Premier nanti.

"Kami melalui musim yang sukar tahun lalu, namun kami yakin nasib kami akan berubah tahun ini dengan sokongan Puma sekali gus meningkatkan gaya persembahan kami musim ini," tambah Ahmad Fuad.

Pada majlis tersebut, Ahmad Fuad juga mengumumkan bahawa Datuk Jamaludin Ahmad dilantik sebagai pengurus pasukan Felda United manakala bekas pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim akan menggalas tugas sebagai jurulatih dan dibantu oleh Azuan Zain.

Pada musim ini, Felda United yang membuat kemunculan pertama dalam Liga M pada tahun 2007, akan menjadikan Stadium MBPJ di Kelana Jaya sebagai gelanggang sendiri.

Chong Wei hampiri final

Posted:

Chong Wei hampiri final

Chong Wei hampiri final

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul selaku satu-satunya wakil negara yang mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea 2014 selepas menewaskan Du Pengyu dari China 21-9, 21-12 di Seoul, Korea Selatan semalam.

Satu lagi wakil negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah bagaimanapun terkandas pada aksi suku akhir apabila tumpas kepada pilihan utama kejohanan, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark 10-21, 9-21.

Chong Wei ternyata masih berada dalam kelas tersendiri sepanjang kejohanan itu apabila tampil dengan penuh aksi konsisten untuk mencatatkan satu lagi kemenangan straight set.

Lebih menarik, kemenangan itu menyaksikan pemain berusia 31 tahun itu masih sukar digugat selepas kejayaannya memenangi Terbuka Hong Kong 2013 (November) dan Siri Super Masters Akhir di Kuala Lumpur pada Disember lalu.

Ketika menentang pemain No. 7 dunia itu semalam, Chong Wei mudah menguasai set pertama, namun turut diuji pada awal set kedua sebelum meninggalkan Pengyu dengan kelebihan sembilan mata sekali gus mengesahkan kemenangan dalam tempoh 35 minit.

Jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek turut mengakui, juara bertahan itu tidak menghadapi kesukaran pada aksi suku akhir semalam.

"Perlawanan agak mudah. Hari ini (semalam), lawannya tidak boleh bermain rali dengan Chong Wei dan dia juga sukar untuk mematikan pukulan itu.

"Chong Wei bermain dengan lebih pantas. Anda tengok kepada keputusan itu pun sudah tahu, jadi buat masa ini ia agak mudah bagi dia, dan (Chong Wei) nampak masih cergas," kata Rashid ketika mengulas mengenai perlawanan tersebut.

Juara edisi 2010, 2012 dan 2013 itu akan bertemu pemain Jepun, Kenichi Tago iaitu pemain yang pernah menewaskannya pada separuh akhir Terbuka Perancis 2013, Oktober lalu.

Tago mara selepas menewaskan pemain Denmark, Jan O Jorgensen 21-11, 21-14.

Rashid tetap menasihatkan Chong Wei waspada dengan ancaman Tago.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Keenakan tulang rusuk bakar Bob Republic Burger

Posted:

Keenakan tulang rusuk bakar Bob Republic Burger

Keenakan tulang rusuk bakar Bob Republic Burger

MOHD. NAJIB membakar The Killer Rib selama tiga jam bagi menghasilkan tekstur daging yang lembut.


GERAI Bob Republic Burger Bakar di Subang Jaya, Selangor terkenal dengan hidangan menu burger bakar yang diolah mengikut cita rasa tempatan.

Gerai berusia tiga tahun yang terletak di Jalan USJ 9/3E itu juga dikenali dengan pembaharuan sajian yang ditawarkan kepada pelanggan. Menu terbaharunya merupakan tulang rusuk bakar yang diberi nama The Killer Rib.

Hidangan istimewa itu merupakan tulang rusuk lembu atau kambing yang diperap dengan herba oregano dan thyme sebelum dibakar di atas api kecil selama tiga jam. Ia dihidangkan bersama sos campuran Picco de gallo dan nachos.

Seorang pelanggan setia, Azimah Yacob, 32, yang menetap di Selayang, Selangor berkata, gerai berkenaan merupakan lokasi wajib yang akan dikunjunginya hampir setiap hujung minggu.

"Antara sebab saya gemar datang ke sini ialah hidangan rusuk bakar yang sedap dan lembut yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

"Saya dapati pemiliknya juga sering melakukan pembaharuan menu bagi menarik pelanggan," katanya ketika ditemui Kosmo! di gerai berkenaan.

Selain burger dan tulang rusuk bakar, gerai yang menawarkan 15 jenis hidangan itu juga terkenal dengan sajian Barat seperti quessadillas dan fajita wrap iaitu gabungan daging bakar dan roti tortilla bersama sos salsa dan krim masam.

Tanpa MSG

Bagi penduduk Subang Jaya, Zahari Zainal, 32, dia sangat menggemari burger bakar dan fajitas wrap di gerai tersebut kerana kelazatan hidangan berkenaan. Bahkan, dia juga diyakini bahawa sajian-sajian yang ditawarkan tidak menggunakan bahan perasa tambahan seperti monosodium glutamate (MSG).

KEENAKAN The Killer Rib menjadi taruhan terbaharu di gerai Bob Republic Burger.


"Saya merupakan peminat burger bakar. Malah sudah banyak gerai burger yang saya cuba. Namun, setiap kali saya memakan burger yang disediakan, saya terasa dahaga dan keadaan ini dipercayai kerana pengusaha gerai-gerai terlibat menggunakan bahan perasa tambahan.

"Namun, saya tidak mengaalmi pengalaman itu apabila menikmati hidangan di gerai Bob Republic Burger," katanya yang mengunjungi gerai tersebut sebanyak tiga kali seminggu.

Pemilik gerai, Mohd. Najib Muhammad Helme atau lebih dikenali sebagai Bob, 33, berkata, kepuasan pelanggan merupakan keutamaan perniagaannya.

"Sehubungan itu, kualiti makanan amat dititikberatkan kerana kami percaya sokongan pelanggan merupakan tunjang perniagaan ini," katanya yang berpengalaman menjadi tukang masak di beberapa buah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Menurut Bob, segala peringkat penyediaan makanan diteliti. Ini termasuk aspek rasa setiap hidangan, penggunaan ramuan halal dan penjagaan kebersihan dapur dan gerai.

Menurutnya, para pelanggan Bob Republic Burger kebanyakannya terdiri daripada penuntut di institusi-institusi pengajian tinggi dan penduduk sekitar yang ingin menikmati hidangan lazat seperti di sebuah restoran lima bintang, namun dalam keadaan santai.

"Saya percaya antara sebab utama mereka ke gerai ini bukan sahaja disebabkan rasa dan kepelbagaian hidangan tetapi harga yang berpatutan.

"Hidangan kami disediakan pada harga serendah RM8 untuk hidangan burger bakar dan RM18 bagi The Killer Rib," katanya sambil memaklumkan gerai tersebut boleh menempatkan kira-kira 50 orang pelanggan pada satu-satu masa.

Di samping itu, Bob menambah, pihaknya juga menerima tempahan awal bagi mereka yang berada jauh dari kawasan Subang Jaya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Air Terjun Niagara beku

Posted:

Air Terjun Niagara beku

Air Terjun Niagara beku

KAWASAN Air Terjun Niagara di sempadan Amerika Syarikat kelihatan beku di Ontario kelmarin.


ONTARIO, Kanada - Beberapa keping gambar berjaya dirakamkan yang menunjukkan Air Terjun Niagara beku di sini akibat cuaca sejuk melampau kelmarin.

Cuaca sejuk yang melampau itu telah menjejaskan kehidupan 240 juta penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan selatan Kanada.

Air Terjun itu terletak di sempadan Kanada dan AS.

Pada Selasa lalu, suhu di kawasan air terjun tersebut ialah bawah 18 darjah Celcius.

Namun, kawasan air terjun itu juga pernah menjadi beku pada tahun 1936. - Agensi

22,000 orang terjejas Sinabung meletus

Posted:

22,000 orang terjejas Sinabung meletus

22,000 orang terjejas Sinabung meletus


BUAH tomato diliputi debu Gunung Sinabung di Karo semalam.


JAKARTA - Ribuan orang mendapatkan perlindungan di masjid-masjid, gereja dan bangunan kerajaan sejak beberapa bulan lalu ekoran Gunung Sinabung di Sumatera Utara meletus.

Perasaan kecewa dan tidak sabar kembali ke rumah masing-masing menyelubungi para petani dan penduduk dalam minggu ini selepas gunung berapi berkenaan menghamburkan lahar dan debu panas.

"Saya berasa bimbang tentang tanaman saya," kata seorang petani, Amsar Tarigan yang tinggal dekat gunung tersebut.

Kebanyakan dari 22,000 orang yang kini mencari perlindungan daripada lahar dan debu panas itu telah meninggalkan ladang koko dan limau selepas gunung berkenaan meletus.

"Kami mahu kembali ke rumah kami dan hidup seperti biasa.

"Bertani merupakan satu-satunya pekerjaan yang kami boleh lakukan. Jika tidak bertani, kami tidak mampu untuk meneruskan hidup," kata Amsar.

Letusan gunung itu menyebabkan dia dan penduduk lain terpaksa menunggu bagi tempoh yang lama sehingga ia tidak lagi menghamburkan debu dan lahar.

Gunung tersebut meletus sebanyak 220 kali sejak Sabtu lalu dengan menghamburkan gas panas dan batu.

Pada Ogos 2010, gunung setinggi 2,460 meter itu telah meletus menyebabkan lebih 30,000 orang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing.

Seorang paderi, Bebby Kaban menyatakan, seramai 19 orang telah meninggal dunia kerana menghidap sakit di pusat perlindungan.

Menurutnya, ramai penduduk lagi menunjukkan tanda-tanda dibebani dengan masalah tekanan.

"Penduduk tidak melakukan sebarang pekerjaan. Mereka hanya memandang ke langit," katanya. - dpa

Kereta baharu di dalam kotak

Posted:

Kereta baharu di dalam kotak

Kereta baharu di dalam kotak


KERETA Nissan itu dihantar kepada seorang pembeli.


MADISON, Wisconsin - Sejumlah orang tertanya-tanya tentang barang yang terdapat di dalam kotak kadbod gergasi yang diangkut sebuah trak di sini baru-baru ini.

Pertanyaan itu dibuat dalam beberapa laman rangkaian sosial selepas mereka menyaksikan trak tersebut bergerak di jalan raya di sini pada Ahad lalu.

Soalan tersebut akhirnya terjawab apabila media pada Isnin lalu mendedahkan bahawa sebuah kereta Nissan Versa Note terdapat di dalam kotak kadbod itu.

Ia dihantar kepada seorang pembeli kereta tersebut di Wisconsin.

Penggunaan kotak yang tertera perkataan Amazon itu juga merupakan kempen pengiklanan syarikat peruncitan online terbesar dunia, Amazon.com dengan syarikat kereta Nissan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


China lapor kes baharu H7N9

Posted:

China lapor kes baharu H7N9

China lapor kes baharu H7N9

10/01/2014 10:44pm

BEIJING - Wilayah Fujian di tenggara China melaporkan kes pertama H7N9 membabitkan manusia pada Jumaat selepas seorang lelaki berusia 38 tahun meninggal dunia akibat jangkitan itu.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan dan Perancang Keluarga wilayah itu, lelaki dengan nama keluarga Zeng dari daerah Hui'an, bandar raya Quanzhou, disahkan dijangkiti selesema burung H7N9 pada awal hari Jumaat.

Lelaki itu meninggal dunia pada pagi hari yang sama selepas dimasukkan ke hospital pada Rabu lalu, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, kes baharu H7N9 membabitkan manusia dilapor pada Khamis di wilayah Zhejiang di timur China, membabitkan seorang wanita berusia 51 tahun yang disahkan dijangkiti virus berkenaan pada Rabu.

Xinhua melaporkan wanita itu kini berada dalam keadaan kritikal di hospital tempatan.

Kira-kira 150 orang di China dijangkiti virus itu sejak wabak tercetus pada Mac 2013. - Bernama

Perodua sasar jualan 4,300 unit sebulan untuk Alza baharu

Posted:

Perodua sasar jualan 4,300 unit sebulan untuk Alza baharu

Perodua sasar jualan 4,300 unit sebulan untuk Alza baharu

10/01/2014 10:32pm

PETALING JAYA - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menyasarkan untuk menjual 4,300 unit sebulan model Alza yang baharu, dibantu pengurangan dalam harga antara RM1,000 dan RM5,500.

Ketua Pegawai Eksekutif/Presiden, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, penurunan harga itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan agar syarikat pengeluar kereta mengurangkannya secara beransur-ansur.

"Kami mengurangkan harga di atas jalan untuk pelbagai variasi Alza antara 2.1 peratus dan 7.4 peratus. Pengurangan itu akan menjadikan kenderaan pelbagai guna itu paling kompetitif di pasaran," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Perodua Alza baharu hari ini.

Beliau berkata, pengeluar kereta kedua negara itu mampu mengurangkan harga kerana ia berupaya menjimatkan kos di kalangan rangkaian pengedar dan meningkatkan produktiviti di semua peringkat.

Harga kereta Alza terbaru bermula daripada RM52,400 untuk edisi Standard (MT), manakala Standard (AT) adalah RM3,000 lebih tinggi pada RM55,400.

Edisi SE, dijual dengan harga RM56,400 untuk MT dan RM59,400 untuk AT.

Advanced Version edisi automatik dijual dengan harga RM64,000 OTR.

Alza, seperti semua model Perodua sejak S-Series dilancarkan pada Mac 2013, disertakan tiga tahun servis percuma. - Bernama

Kubur anak digali, bapa buat laporan polis

Posted:

Kubur anak digali, bapa buat laporan polis

Kubur anak digali, bapa buat laporan polis

10/01/2014 10:23pm

KUALA TERENGGANU - Kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungawab menggali kubur anak perempuannya yang meninggal dunia kira-kira lapan bulan lepas, seorang lelaki hari ini membuat laporan polis.

Terdapat lubang sedalam kira-kira satu meter di kubur anaknya itu yang meninggal dunia ketika berusia sembilan bulan.

"Saya percaya ini dilakukan oleh pihak tertentu yang mempercayai amalan khurafat...kerana tiada longgokan tanah yang digali itu di kawasan kubur berkenaan," kata Kamaruddin Muhammad, 44, ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan Kampung Binjai Berambu, Padang Midin di sini sini hari ini.


KAMARUDDIN (tengah) mengukur kedalaman lubang pada kubur anak bongsunya yang disyaki digali oleh orang yang tidak bertanggungjawab di Kampung Binjai Berambu di sini hari ini. - KOSMO!/AZLAN BAHRUM


Katanya, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) selepas mengadakan gotong-royong membersihkan tanah perkuburan itu kira-kira pukul 9 pagi ini.

Susulan itu, katanya dia membuat dua laporan polis iaitu di Balai Polis Chabang Tiga dekat sini dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Ekoran laporan polis itu, sepasukan anggota Balai Polis Chabang Tiga dan dua anggota Unit Cawangan Jenayah, IPK Terengganu turun padang bagi menjalankan siasatan di tanah perkuburan itu petang ini.

Kamaruddin berkata, dia dengan kerjasama penduduk setempat telah menutup lubang di kubur anak perempuannya itu dengan tanah.

Katanya, dia juga telah berbincang dengan JKKK untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tanah perkuburan yang berusia hampir 100 tahun itu tidak lagi dicerobohi termasuk mengadakan pemantauan dan membina pagar di kawasan sekitar.

Katanya, arwah anaknya Siti Nur Anisah merupakan anak bongsu dari enam beradik meninggal dunia disebabkan komplikasi jantung dan masalah jangkitan paru-paru.

"Saya tidak faham dan tidak tahu apa tujuan sebenar mereka menggali kawasan kubur anak saya itu. Saya kesal dengan perbuatan tidak bermoral itu, di zaman serba moden ini masih ada pihak mengamalkan amalan khurafat," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Tawar perkhidmatan ikut syariat

Posted:

Tawar perkhidmatan ikut syariat

Tawar perkhidmatan ikut syariat

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

BERBEZA dengan kunjungan ke salon kecantikan biasa, kehadiran Siti Hanim Mohd. Nor, 39, ke premis berkenaan di pusat beli-belah Pandan Kapital, Kuala Lumpur baru-baru ini disambut dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran yang mendamaikan jiwa.

Kedatangannya ke Salon Kecantikan Min itu adalah untuk memotong rambut yang semakin panjang. Ini kerana wanita yang bergelar suri rumah sepenuh masa itu, lebih selesa berambut pendek dalam menjalani kehidupan seharian.

"Sebenarnya, saya baru tahu mengenai kewujudan salon ini walaupun hakikatnya ia sudah agak lama beroperasi. Mungkin disebabkan lokasinya yang agak tersorok membuatkan salon ini sukar dilihat.

"Tetapi, Alhamdulillah, selepas ini saya tidak perlu lagi ke pusat-pusat kecantikan yang dikendalikan oleh mereka yang bukan Islam semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan menggunting rambut," ujar Siti Hanim yang amat menitikberatkan penjagaan auratnya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurut pemilik salon, Jasmin Ismail, 52, pusat kecantikan itu telah dibuka sejak tahun 1997 sebagai inisiatif untuk menambah pendapatan dalam membesarkan anak-anak selepas bergelar ibu tunggal pada tahun 1995.

Sebelum itu, dia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Tetapi, selepas bercerai, wanita itu nekad untuk memperbaiki taraf hidup dengan mengikuti kursus-kursus kecantikan yang dianjurkan pihak swasta.


JASMIN menganggap perniagaan salon kecantikan Muslimah yang diusahakannya sebagai satu dakwah kecil kepada masyarakat.


Penuhi keperluan

Setelah itu, dia diterima bekerja sebagai pakar kecantikan di sebuah syarikat kosmetik terkemuka. Dengan pengalaman yang diraih dan modal yang disimpan daripada pendapatan bulanannya, Jasmin membuat keputusan untuk membuka perniagaan sendiri.

"Cabaran yang dihadapi dalam perniagaan sememangnya banyak. Tetapi bagi saya, jatuh bangun dalam bidang ini perlu dilalui oleh setiap usahawan dan cara mengatasinya ialah dengan bersabar.

"Apa yang penting, kita hendaklah memperbetulkan niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah. Jujurnya, inilah amal jariah saya dalam menawarkan perkhidmatan kecantikan kepada Muslimah," katanya yang kini bahagia dengan kehidupan bersama suami baharu, anak-anak dan cucu-cucunya.

Jasmin menjelaskan, pembukaan perniagaan itu kerana kesukaran untuk menemui salon-salon yang khusus bagi wanita Islam di bandar-bandar besar.

"Justeru, dengan adanya salon ini, saya harap dapat memenuhi keperluan wanita-wanita ini," katanya.

Dalam memastikan setiap perkhidmatan yang ditawarkan adalah berlandaskan syariat, wanita ini amat menitikberatkan penggunaan produk kecantikan yang halal.

Menguruskan perniagaan ini bersama adiknya, Normala, 51, antara perkhidmatan yang disediakan di Salon Kecantikan Min adalah rawatan muka, rambut dan badan serta pakej spa untuk bakal raja sehari.

Sehubungan itu, Jasmin hanya mengambil tempahan solekan untuk pengantin yang bertudung dan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang agama seperti mencabut bulu kening atau membaca jampi untuk menaikkan seri wajah ketika rawatan mandi bunga.

RAWATAN mandi bunga adalah diharuskan dalam Islam namun ia tidak boleh dicampur dengan amalan syirik seperti bacaan mentera dan jampi serapah.


Sebaliknya, ia diganti dengan bacaan selawat dan ayat-ayat al-Quran yang dibenarkan dalam Islam.

Untuk rawatan rambut ia merangkumi proses menggunting, mencuci dan menginai manakala bagi rawatan badan, ia termasuk urutan tradisional, sauna, skrub dan bertungku.

Bagi pakej spa, terdapat tujuh pilihan pakej yang disediakan mengikut kehendak pelanggan. Antaranya, pakej Kejora, Bidadari Rupawan, Jentayu, Aroma Seri, Maharani dan Ratu Jelita yang ditawarkan di antara RM100 hingga RM475.

Jelas Jasmin lagi, pihaknya turut menyediakan ruang solat bagi memudahkan pelanggan menunaikan kewajipan pada Yang Maha Esa jika tempoh rawatan mereka berlangsung dalam jangka masa yang lama.

"Biasanya, jika satu-satu rawatan itu mengambil masa tiga hingga empat jam, saya akan memastikan setiap pelanggan meluangkan waktu untuk bersolat. Ini juga dianggap sebagai dakwah saya pada mereka," terangnya yang kini lebih memberi tumpuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan baki umur yang masih ada.

Kecekalan

Ibu kepada empat cahaya mata itu juga sempat berpesan kepada wanita di luar sana agar sentiasa bermuhasabah diri setiap masa.

Ujarnya, dalam setiap apa yang berlaku, jangan menyalah orang lain sebaliknya melihat kelemahan diri.

"Justeru, perbaiki diri dari semasa ke semasa. Seimbangkan dunia dan akhirat.

"Jujurnya, saya amat berterima kasih kepada bekas suami kerana jika dia tidak menceraikan saya, mungkin kehidupan saya tidak berjaya seperti ini. Alhamdulillah, anak-anak pun sudah membesar dan berjaya dengan kehidupan masing-masing," terangnya.

SUASANA salon yang bersih dan kemas di Salon Kecantikan Min mampu memberi keselesaan kepada pelanggan.


Tambah Jasmin, jika kita diuji dengan pelbagai dugaan dan kesusahan hidup, itu bermakna Allah sayangkan kita.

"Oleh itu, jika mahu berubah, carilah kawan yang boleh membawa kita ke arah kebaikan," katanya.

Dalam pada itu, pemilik Butik Kecantikan Icha di Pandan Indah, Kuala Lumpur, Nurul Mutmainnah Nasrudin, 40, memberitahu, perniagaan yang dijalankan sejak enam tahun lalu semakin mendapat tempat di hati pelanggan beragama Islam.

Walaupun pada awalnya sukar untuk mendapatkan pelanggan, tetapi berkat kesabaran yang tinggi, salun kendalian wanita kelahiran Sabah ini saban hari didatangi pelanggan.

"Selain mencari rezeki yang halal, salun ini juga boleh memberi saham akhirat buat saya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam.

"Moga usaha ini mendapat pandangan Allah hendaknya," tutur Nurul Mutmainnah sambil tangannya ligat menggunting rambut seorang pelanggan.

Gelagat hari pertama persekolahan

Posted:

Gelagat hari pertama persekolahan

Gelagat hari pertama persekolahan

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


GELAGAT Adam Mukhriz Mohamad (kiri) yang bergurau dengan rakan baharunya, Ahmad Dany Irsyad pada hari pertama persekolahan di SK Tengku Azizah, Kuantan, Pahang.


SABAN tahun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (SK) PPR Taman Lembah Subang, Wan Zayuhisham Wan Yusoff, 41, sentiasa teruja dengan kedatangan hari pertama persekolahan.

Ini kerana, pada hari tersebut, beliau dapat memerhatikan pelbagai situasi yang berlaku dalam kalangan pelajar, terutamanya mereka yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Momen-momen seperti pelajar menangis kerana ditinggalkan ibu bapa selepas dihantar ke sekolah, riang bermain bersama rakan-rakan baharu serta gelagat mereka di dalam kelas begitu istimewa apabila dikenang kembali.

"Alhamdulillah, pada tahun ini, hanya ada seorang pelajar yang menangis. Selebihnya bergembira dan seronok apabila dapat ramai kawan baharu.

"Pada hari kedua persekolahan, kami dapati kedatangan pelajar adalah penuh," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurut beliau, dalam penelitiannya, kebanyakan pelajar sekarang sudah mampu berdikari dan tidak menangis apabila datang ke sekolah.

"Bagi pendapat saya, pelajar yang masih takut-takut dan menangis pada hari pertama bersekolah merupakan mereka yang tidak mengikuti pendidikan awal prasekolah atau tadika," terang Wan Zayuhisham yang mempunyai 17 tahun pengalaman sebagai warga pendidik.


SEORANG pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa di Setapak menunggu ibu bapa untuk pulang di hadapan kelasnya.


Tarik minat

Dalam usaha menarik minat pelajar tahun satu ini, beliau memberitahu, penggunaan buku cerita bergambar merupakan satu kaedah yang baik, namun tidak ramai guru yang mempraktikkannya.

Ia disebabkan, penceritaan untuk satu atau dua muka surat, boleh memakan masa selama lima hingga enam minit.

"Paling penting, setiap guru harus menunjukkan kasih sayang mereka terhadap para pelajar terutamanya mereka yang baru melangkah ke darjah satu. Jangan menengking atau marah-marah, sebaliknya bersabar dalam setiap situasi.

"Harus diingat mereka adalah individu yang baru hendak berdikari," katanya sambil menambah bahawa pihak sekolah kini telah melaksanakan program kit transisi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di bawah seliaan guru bimbingan dan kaunseling yang bermula pada tahun 2010.

Dalam pada itu, melihat kepada gambar yang dirakam lensa kamera jurugambar Kosmo! di negeri-negeri seluruh negara ternyata ia membawa pelbagai tafsiran.

Imej

Ada yang gembira, ada yang mungkin mengantuk kebosanan apabila menunggu terlalu lama dan ada kurang yang bersemangat membuat kerja sekolah yang diberikan guru.

Di Kuching, Sarawak contohnya, sungguhpun para pelajar SK Muhibbah perlu memakai jaket keselamatan untuk ke sekolah dengan menaiki sampan, namun mereka tetap ceria pada hari pertama persekolahan.

Kesusahan itu tidak melunturkan semangat mereka mencari ilmu.

Di Kuantan, Pahang pula, pelajar tahun satu SK Tengku Azizah masing-masing teruja menyiapkan tugasan mewarna lukisan yang diarahkan guru.

Malah, dalam keasyikan melaksanakan tugas tersebut, ada juga di antara pelajar yang bergurau sesama rakan yang baharu dikenali.


PARA pelajar memakai jaket keselamatan sebelum menaiki sampan untuk ke sekolah di Kuching, Sarawak.


Di Shah Alam, Selangor, aksi pelajar baharu SK Raja Muda Seksyen 4, Tunku Hazeem Qadir yang mencubit pipi ibunya, Ermaliza Hazeem Yusof sempat dirakam jurugambar. Situasi itu jelas membayangkan kemesraan hubungan antara si ibu dan anak.

Di Kuala Lumpur pula, gelagat seorang pelajar yang menunggu ahli keluarganya untuk pulang selepas tamat waktu persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa, Setapak turut mendapat perhatian.

Sekolah berkenaan telah dilawati oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pertama sekolah dibuka.

Tidak ketinggalan, para guru juga dilihat bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab mereka dalam memastikan semua pelajar memahami arahan yang diberikan.

Malah, ada yang terpaksa menggunakan alat pembesar suara bagi membolehkan suara mereka didengari semua pelajar yang mengikuti program orientasi yang dianjurkan pihak sekolah.

Semoga anak-anak yang memulakan alam persekolahan ini akan belajar dengan bersungguh-sungguh agar menjadi insan berbakti kepada agama, bangsa dan negara apabila dewasa kelak.

Adab, akhlak Nabi Muhammad SAW dalam berpakaian

Posted:

Adab, akhlak Nabi Muhammad SAW dalam berpakaian

Adab, akhlak Nabi Muhammad SAW dalam berpakaian


MEMAKAI pakaian berwarna putih sering dipakai oleh pelajar tahfiz bagi mempraktikkan amalan sunah Rasulullah SAW dalam aspek berpakaian. - Gambar hiasan


DALAM aspek berpakaian, kita disunatkan mengikut junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sering memakai baju berwarna putih.

Sabda Rasulullah SAW: "Suruhlah orang-orang di sekitarmu memakainya (pakaian berwarna putih) dan kafanilah orang yang mati antara kamu dengannya."

Apabila keluar rumah, Baginda kadang-kadang memakai benang yang disematkan pada cincin dan ia berfungsi mengingatkan sesuatu.

Baginda juga terbiasa memakai penutup kepala dan mengubah posisi serbannya. Adakala, Nabi Muhammad SAW akan menanggalkan penutup kepala lalu meletakkan ia di hadapannya yang berfungsi sebagai pembatas ketika menunaikan solat.

Jika memakai pakaian, Rasulullah SAW sering memulainya dari sebelah kanan seraya berdoa: "Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan kepadaku sesuatu yang dapat menutup auratku dan yang kerananya aku berdandan di hadapan manusia."

Apabila menanggalkan pakaian pula, Baginda akan mendahulukan bahagian yang sebelah kiri. Nabi Muhammad SAW juga mempunyai pakaian yang khusus untuk solat Jumaat. Jika memiliki baju baharu, Baginda akan memberikan baju yang lama kepada orang miskin yang lebih memerlukan.

Pesan Nabi Muhammad SAW: "Setiap Muslim yang memberi pakaian kepada orang Muslim yang lain daripada pakaian lamanya dan ia dilakukan hanya kerana Allah, nescaya ia akan selalu berada dalam jaminan, penjagaan serta kebaikan Allah selama ia masih hidup atau sesudah meninggal dunia."

Baginda juga mempunyai alas tidur yang diperbuat daripada kulit yang diisi serabut. Panjangnya kira-kira dua hasta atau lebarnya satu hasta lebih sejengkal. Selain itu, Rasulullah SAW juga mempunyai kain lebar yang boleh dilipat untuk dibawa.

Malah, Baginda biasa memakai ikat pinggang kulit yang pada sisinya berhiaskan tiga lingkaran perak.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Irma enggan susahkan sesiapa

Posted:

Irma enggan susahkan sesiapa

Irma enggan susahkan sesiapa

SEJAK berhijab, wajah Irma Hasmie Ibrahim sudah kurang muncul di kaca televisyen, apatah lagi di layar perak. Namun, tutur Irma sopan menyusun kata, dia masih lagi ingin berlakon walaupun mempunyai batas dalam menerima watak.

Walaupun ketika ditebak persoalan tentang bidang lakonan, jawab Irma yang masih meminati bidang yang menaikkan namanya itu, sebagai seorang ibu serta isteri, Irma tidak kisah berkorban minat dengan keluarga tercinta.

Ketika bertemu pada majlis pelancaran dan perlantikan duta produk kecantikan dan kesihatan jenama Radiglow yang bertempat di Hotel Royale Chulan, Irma yang ditemui bercerita mengapa dia menolak banyak tawaran lakonan serta drama, khususnya.

Tutur wanita ini, apa yang membuatkan dia menolak untuk tampil di kaca televisyen adalah kerana ingin fokus kepada permata hatinya dan suami, Redza Syah Irfhan yang kini hampir berusia sembilan bulan.

Lihat depan mata

Bicaranya mengolah cerita, keletah anak yang semakin membesar membuatkan dirinya rindu jika ditinggalkan walaupun sebentar.

Katanya, dari awal lagi suami dan keluarga memberi galakan untuk menjaga sendiri Irfhan daripada diberi kepada pengasuh.

"Apa yang penting bagi saya ialah mengasuh dan melihat sendiri Irfhan membesar di depan mata. Itu merupakan perkara yang diberi fokus buat masa ini. Walaupun setiap hari menjaga dan mengasuhnya, saya masih rasa tidak puas kerana setiap hari pasti benda baharu yang muncul yang akan dilakukannya.

"Kami memang tidak ada pengasuh atau biar sesiapa jaga. Oleh itu, saya dan suami akan bergilir-gilir untuk menjaga anak," jelas Irma yang sentiasa mengukir senyuman sepanjang menjawab soalan pihak media.

Tambahnya, bukan dia tidak percaya pada orang ataupun ahli keluarga untuk menjaga buah hatinya itu, namun dia dan suami lebih suka untuk tidak menyusahkan sesiapa, terutamanya ahli keluarga.

Selain itu, isteri kepada Reza Syah Azmeer Mohd. Redzuan ini juga tidak menafikan penjagaan anak merupakan pengalaman yang mencabar buat dirinya.

IRMA dan suaminya, Redza tidak menetapkan tempoh tertentu untuk memperoleh cahaya mata baharu.


Teknologi

Teknologi merupakan medium penting yang digunakan oleh masyarakat seluruh dunia. Penggunaannya bukan sekadar dalam kalangan golongan dewasa serta remaja sahaja, malah kanak-kanak juga tidak ketinggalan mempelajari penggunaan teknologi semasa.

Apabila diajukan soalan tentang cara mereka mendidik Irfhan, jelas wanita berusia 31 tahun ini, dia akan mendidik anaknya mengikut perkembangan semasa.

"Saya akan dedahkan Irfhan kepada teknologi semasa yang digunakan kini serta tidak mahu menghalang anaknya mempelajari teknologi yang ada.

"Mahu atau tidak, mereka perlu didedahkan dengan perkara tersebut kerana tidak mahu pula dia ketinggalan di kemudian hari.

"Bagaimanapun, saya dan suami akan mengajar mereka menggunakan teknologi dengan cara yang betul," beritahu Irma mengenai didikan terhadap anak.

Beralih kepada perancangan menambah bilangan ahli keluarga, jelasnya, jika diberikan rezeki, dia dan suami tidak menolak.

Tuturnya, dia tidak mempunyai sebarang perancangan atau tetapkan tempoh untuk mempunyai cahaya mata kedua.

"Irfhan dilahirkan secara pembedahan. Oleh itu, doktor menasihati supaya tetapkan tempoh tiga tahun lagi untuk memiliki anak yang kedua.

"Namun, jika Allah ingin beri rezeki kepada kami sebelum tempoh tersebut, saya dan suami tidak kisah serta bersyukur dengan pemberianNya," kata Irma ringkas.

Watak hitam

Berubah topik tentang kerjaya seninya, seperti yang diketahui, Irma kini masih mengemudi program Assalammualaikum di saluran TV AlHijrah. Oleh kerana mempunyai batas masa, Irma banyak menolak tawaran drama episod yang diberi kepadanya.

Jelas Irma, banyak tawaran yang datang kepadanya memerlukan dia bertugas di luar Kuala Lumpur serta perlu komitmen masa yang lama.

Bagaimanapun, jika punya tawaran yang diberi dalam bentuk telefilem, maka dia akan pertimbangkan perkara tersebut.

"Mengenai watak pula, saya tidak kisah untuk berlakon sebarang watak asalkan ia bersesuai dengan imej berhijab, insya-Allah.

"Malah, saya tidak kisah jika tawaran itu mempunyai watak hitam asalkan jalan ceritanya dapat memberi pengajaran kepada masyarakat," bicaranya lanjut mengenai watak yang diinginkannya dalam lakonan.

SELAIN mengacara, Irma juga ligat dengan perniagaannya bersama beberapa rakan artis.


Berniaga

Ingin menambah rezeki keluarga, Irma mengambil inisiatif membuka sebuah perniagaan busana Muslimah yang diberi nama Debumas yang telah beroperasi sejak Julai lalu menerusi laman sosial Instagram.

Jelas Irma, dia banyak mendapat sokongan daripada rakan-rakan serta suami untuk menjalankan perniagaan tersebut.

"Walaupun mungkin kini telah ramai orang, terutamanya rakan artis yang membuka perniagaan seumpama ini, saya rasa ia tidak beri saingan kepada saya. Jujur saya akui, rakan-rakan seperti Yatt Hamzah serta Dynas Mokhtar memang banyak membantu dalam menjalankan perniagaan ini.

"Saya rasa bertuah kerana dikelilingi rakan yang berpengalaman untuk memberi tunjuk ajar. Mereka memang tidak kedekut ilmu.

"Namun buat masa ini, saya tidak terfikir untuk membuka butik, malah kini hanya menjalankannya dalam talian sahaja," cerita Irma yang mengeluarkan idea sendiri bagi rekaan fesyen busana tersebut.

SYJ gabungan yang mantap

Posted:

SYJ gabungan yang mantap

SYJ gabungan yang mantap

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my

SYJ terdiri daripada (dari kiri) Yassin, Jihan dan Syuk.


NAMA kumpulan lawak SYJ yang terdiri daripada Syuk, Yassin dan Jihan, mula dikenali selepas mereka bergabung untuk bertanding di pentas Maharaja Lawak Mega 2013.

Menariknya, gabungan pelawak lama (Yassin) dan baharu (Syuk) serta ratu parodi (Jihan) itu dilihat serasi dan semakin mencuri perhatian peminat. Malah, sehingga kini SYJ masih bertahan dalam pertandingan tersebut, selain nama mereka mula menjadi sebutan ramai.

Salah seorang anggotanya iaitu Syuk mengakui, pelawak lama iaitu Yassin merupakan tunjang utama kepada kumpulan SYJ agar tidak tersasar daripada punchline lawak sebenar.

Ikuti perbualan lanjut Kosmo! bersama Syuk, Jihan dan Yassin ketika ditemui baru-baru ini.

Kosmo!: Apa yang kalian peroleh melalui gabungan pelawak SYJ?

SYUK: Saya dapat belajar banyak perkara. Apa yang boleh keluar atau tidak ketika melawak. Kami memerlukan pelawak yang lama seperti Yassin. Jadi, lawak kami tidak tersasar daripada punchline lawak yang sepatutnya.

YASSIN: Pelawak kini mudah diterima masyarakat. Gabungan ini juga memberi rezeki kepada pelawak lama seperti saya muncul kembali.

Bagaimanakah SYJ mencipta keserasian?

JIHAN: Keserasian itu sebenarnya datang sendiri ketika kami melawak di atas pentas. Dulu, saya akui ada ketikanya tidak faham dengan lawak yang cuba di sampaikan Yassin atau Syuk. Namun sekarang, melalui gerak tubuh sahaja saya sudah tahu apa yang ingin mereka sampaikan.

Y: Sejujurnya, kami 'redah' sahaja semasa ingin bergabung mula-mula dulu. Tidak sangka pula, ramai yang cakap kombinasi kami bertiga bagus. Jadi, kami berhasrat untuk terus bertiga selepas ini seperti kumpulan Jambu.

Apakah perasaan Yassin ketika diajak bergabung oleh Syuk dan Jihan?

Y: Saya melawak secara spontan. Memang saya akui orang mengenali lawak saya ketika bersama Senario dahulu. Disebabkan itu saya perlukan pelawak-pelawak baharu seperti Syuk dan Jihan untuk mencipta kelainan. Harapan saya semoga SYJ dapat memberi suatu kelainan yang baharu kepada kumpulan-kumpulan lawak sedia ada.

Apakah kelebihan pelawak-pelawak baharu pula?

S: Membuat lawak juga kita kena perah otak betul-betul untuk beri orang ketawa. Kelebihan pada pelawak baharu apabila mereka ada idea yang belum diterokai. Disebabkan itu, SYJ dikatakan kombinasi yang bagus kerana ada pelawak baharu dan lama.

Syuk sering keluar dengan lawak lucah ketika bersama kumpulan Balas dahulu. Bagaimana dengan SYJ pula?

S: Saya sebenarnya sudah angkat sumpah untuk tidak mengeluarkan lawak lucah lagi. Memang saya akui ramai yang tidak suka. Alhamdulillah, dalam SYJ saya banyak belajar dengan Yassin dan Jihan untuk lebih berhati-hati ketika melawak di atas pentas.

Apakah perasaan kalian apabila peminat menerima SYJ?

Y: Kami bersyukur kerana mampu membuat penonton ketawa. Kami berjanji untuk beri yang terbaik dalam setiap persembahan sama ada menerusi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 yang menyaksikan kami masih bertahan lagi atau dalam mana-mana persembahan pentas.

Pertembungan media sosial dan pengamal media

Posted:

Pertembungan media sosial dan pengamal media

Pertembungan media sosial dan pengamal media


PADA masa kini, semua orang menggunakan media sosial sebagai medium baharu meluahkan rasa hati, memberi informasi, promosi dan mengumpul pengikut sehingga kurang berhati-hati tentang implikasi pada masa akan datang.


YA, saya tahu, media sosial merupakan satu viral yang tidak boleh dinafikan. Kegilaan terhadap media sosial terutama apabila semua orang mahu menjadi pelapor tidak rasmi seperti mempunyai blog sendiri atau selebriti misalnya berasa besar dengan pengikut yang ramai dalam media sosial, memberi impak yang pelbagai kepada pengamal media profesional.

Sebagai contohnya, isu tentang blogger terutama blogger hiburan memang sedang hangat diperkatakan dalam kalangan pengamal media profesional.

Ia telah diulang tulis beberapa kali oleh rakan penulis hiburan yang lain.

Isunya timbul apabila ada blogger seperti Beautifulnara misalnya, dengan jelas melaga-lagakan artis dan wartawan hiburan.

Juga, dengan jelas, tanpa hadir ke majlis hiburan, dia akan mencedok artikel daripada akhbar tanpa memberi kredit kepada akhbar yang diambil tetapi menulis seperti ia memang ditemu bual olehnya.

Malah, terdapat banyak blogger yang hadir ke sesebuah majlis, ikut serta temu bual, namun tidak pernah bertanya.

Bagaimanapun, sebelum pengamal media mengeluarkan berita tersebut, ia terlebih dahulu 'disapu bersih' oleh blogger tanpa rasa bersalah. Ia sekali gus menghapuskan nilai eksklusif berita yang sepatutnya hanya dicetak atau dilapor pada keesokan hari.

Pemberita tidak sah

Secara peribadi, saya tidak menyalahkan blogger atau pemilik media sosial tetapi ia berkaitan dengan kepesatan teknologi yang tidak boleh ditinggalkan. Semua orang boleh menjadi pemberita tidak sah dan menggunakan medium sosial sebagai jalan untuk menyalurkan apa sahaja yang kita gelar sebagai informasi.

Di sini masalahnya; pertembungan antara medium sosial dengan pengamal media. Ini kerana pada masa kini, hampir semua orang terutama selebriti mempunyai media sosial tersendiri untuk menyalurkan informasi, promosi ataupun isi hati.

Malah, oleh kerana ada yang beranggapan pengamal media selalu memperleceh atau salah lapor dan semua label yang buruk diberi kepada kami, maka ramai artis dengan senang dan bangga menggunakan media sosial masing-masing seperti Twitter, Facebook atau Instagram untuk memperbetul laporan, menafikan kenyataan serta menyebarkan maklumat sendiri tanpa bantuan media.

Paling ketara, seorang deejay yang baru berkahwin dan mempermainkan media dengan beberapa tweet yang mengelirukan.

Pada hari pernikahan, wartawan yang hadir juga tidak disapa dan dipersalahkan kerana dianggap tidak dijemput tetapi hadir, maka hadaplah apa yang tuan rumah berikan iaitu layanan dingin.

Usai majlis, dia kemudian memuat naik gambar selfie perkahwinannya dengan penjelasan berjela-jela. Ditulis dengan penuh 'permainan' meminta maaf kepada media dan menulis semua butiran tentang majlis tersebut supaya pada mata peminat, pengamal media ini tetap salah atau tidak faham bahasa dengan tidak menghormati privasinya.

Wak Doyok

Ya, media sosial juga kemudian digunakan juga oleh beberapa selebriti yang menafikan banyak tulisan rakan penulis hiburan kononnya ia tidak berlaku, bersifat bodoh dan sebagainya.

Salah seorangnya, bukan orang industri hiburan tetapi menjadi selebriti mendadak kerana kononnya begitu stailo, Wak Doyok yang dengan terang terangan menerusi Instagram miliknya membenarkan para pengikutnya merendahkan martabat penulis hiburan hanya kerana sebuah artikel hiburan yang tidak mendalam tentang fesyen.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini, individu-individu seperti ini tidak memikirkan impak jangka panjang tentang karier mereka.

Bukan mahu mendabik dada mengatakan soal rezeki mereka di tangan pengamal media, tidak sama sekali.

Sebaliknya apa yang saya mahu katakan ialah cuba ingat pada zaman media sosial bukan satu viral, bagaimana kalian melayan pengamal media?

Bagaimana kalian tidak kisah untuk sehari 14 kali turun sesi fotografi untuk meraih publisiti terutama untuk mengembangkan bisnes selepas nama menjadi terkenal.

Pada masa itu, media sosial tidak sehebat hari ini. Dan pernahkah kalian terfikir kebarangkalian media sosial tidak akan terus menjadi viral.

Jadi, adakah dengan muka tak malu akan kembali meminta publisiti kepada pengamal media elektronik untuk menghebahkan produk atau publisiti kalian?

Kata bidalan orang lama, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Beringatlah sebelum membuat satu keputusan hanya kerana berasa media sosial yang diikuti oleh banyak penyokong kalian akan selalu menyokong kalian.

Kuasa maklumat di hujung jari, memang tidak boleh dinafikan, namun saya percaya kalian semua jauh lebih bijak, rasional dan realistik daripada saya dalam membuat sesuatu keputusan supaya impaknya tidak memberi kesan negatif kepada karier kalian masing-masing. - MALIAH SURIP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Shaw perintis era Hollywood Timur

Posted:

Shaw perintis era Hollywood Timur

Shaw perintis era Hollywood Timur

SETIAP kali menonton filem-filem klasik arahan dan lakonan Tan Sri P. Ramlee seperti Musang Berjanggut, Tiga Abdul dan Madu Tiga, pasti tontonan bersama seisi keluarga itu dimulai dengan satu lambang SB atau Shaw Brothers. Ia seperti menjadi signatur kepada era kegemilangan filem Melayu kerana kebanyakan produk bersama lambang itu kekal relevan dan masih mendapat sambutan sehingga ke hari ini.

Shaw Brothers milik dua beradik Run Run dan Runme Shaw merupakan antara penggerak awal kepada industri filem Melayu melalui pembukaan Studio Jalan Ampas di Singapura yang melahirkan pelakon-pelakon versatil seperti Datuk Aziz Satar, S. Syamsuddin, Sarimah Ahmad dan ramai lagi.

Tiga hari lalu, industri filem Asia menerima perkhabaran sedih apabila pengasas terakhir Shaw Brothers, Run Run meninggal dunia pada usia 106 tahun di kediamannya. Abangnya, Runme meninggal dunia pada tahun 1985 pada usia 84 tahun.

Namun, legasi adik-beradik Shaw ini terus mekar dan melakar sejarah tersendiri dalam industri filem, bukan sahaja di Tanah Melayu malah di tanah kelahiran mereka menerusi penubuhan stesen televisyen, Televisyen Broadcasts Limited (TVB) di Hong Kong dan beberapa rangkaian syarikat di Singapura dan China seperti panggung wayang, majalah dan taman tema.

Cinta seni

"Dia mencipta era Hollywood Timur menerusi pembinaan studio besar," ujar pakar filem Cina, Prof. Stanley Rosen. Beliau menyatakan Shaw sebagai seorang maharaja seni di Hong Kong.

Merungkai caturan hidup Shaw, beliau merupakan anak bongsu kepada enam orang adik-beradik kelahiran Ningbo, di wilayah Zhejiang, China pada 23 November 1907. Lahir dalam keluarga yang terlibat secara serius dalam industri tekstil tidak menyekat minat Shaw untuk berjinak-jinak dalam dunia hiburan.


SHAW (tengah) diapit oleh isteri dan anak perempuannya ketika menerima anugerah di London pada tahun 1978.


Kecintaan terhadap seni membawa kepada pementasan teater Man From Shensi di atas pentas yang diperbuat daripada papan-papan buruk. Pertunjukan malam pertama sudah membawa cabaran kepada mereka, pelakon utama terjatuh ke dalam lubang akibat papan pentas patah. Insiden drastik itu dianggap sebagai jenaka slapstik yang menghiburkan penonton, maka 'babak' tersebut dikekalkan sehingga ke malam seterusnya.

Kejayaan pementasan itu meyakinkan mereka untuk menghasilkan filem pertama pada tahun 1924. Selepas menerbitkan beberapa buah filem, Shaw dan saudaranya berhijrah ke Singapura pada tahun 1927 berikutan perang antara Parti Kebangsaan dan Komunis.

Di Singapura, mereka menubuhkan syarikat perfileman, Malay Film Productions. Studio milik Shaw Brothers sempat menghasilkan 167 judul filem selain membawa filem-filem luar dari China, Hollywood dan Britain.

Kegemilangan Jalan Ampas beransur malap apabila Tentera Jepun menyerang Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1941 menyebabkan pawagam-pawagam milik Shaw Brothers diletupkan dan merampas peralatan filem di studio.

"Mujur kami ada menanam barang-barang berharga seperti emas, barang kemas dan wang ringgit yang ke semuanya berjumlah lebih $4 juta (RM10 juta) di belakang rumah di Singapura," ujar Shaw dalam satu temu bual media tempatan di Hong Kong.

Dengan dana tersebut, Shaw berpindah ke Hong Kong yang ketika itu menjadi pusat utama pasaran filem-filem Cina. Bagi mengukuhkan namanya, beliau membina Shaw Movietown pada tahun 1961 iaitu sebuah kompleks studio perfileman dan asrama bagi menempatkan para pelakon.

GENRE filem kung fu menjadi fenomena di Asia dan Amerika Syarikat menerusi terbitan Shaw Brothers.


Fenomena di Asia

Perkampungan filem itu dikatakan sebagai studio paling sibuk di dunia yang merangkumi fasiliti seperti 80,000 kostum, 12 pentas audio dan 16 set kekal. Terdapat 1,200 pelakon, pengarah dan kru tinggal dalam kompleks itu.

Kompleks dengan keluasan 18,600 meter persegi itu pernah mendapat kunjungan selebriti-selebriti antarabangsa seperti The Beatles, Rock Hudson dan Peter O'Toole. Ia mampu menghasilkan 50 filem dalam tempoh setahun.

Produk-produk keluaran kompleks tersebut membawa kepada fenomena di seluruh Asia dan dunia melalui filem genre seni pertahanan diri, kung fu. Filem seperti Five Fingers of Death (1973) dikatakan sebagai filem kung fu terhebat, diikuti Man of Iron dan The Shaolin Avengers.

Walaupun mendapat respons kurang memberangsangkan daripada pengkritik filem, kadar tontonan terus meningkat dalam setiap filem. Sambutan menggalakkan itu membuatkan Shaw membuka 200 pawagam baharu di Asia dan Amerika Syarikat.

"Kami sama seperti era kegemilangan Hollywood pada tahun 30-an. Syarikat mempunyai pelakon, produksi, pengedar dan pawagam sendiri," imbas Shaw kepada media antarabangsa ketika hayatnya.

Kerugian paling besar yang mungkin dirasai oleh Shaw ialah apabila beliau gagal menarik pelakon aksi terkenal, Bruce Lee untuk bernaung di bawah syarikatnya. Pada awalnya, pelakon itu menawarkan Run Run kontrak jangka panjang berjumlah $10,000 (RM25,800) untuk sebuah filem. Tetapi, tawaran itu ditolak oleh Shaw Brothers.

Bagaimanapun, tawaran itu akhirnya diterima oleh syarikat Golden Harvest milik bekas kakitangan Shaw, Raymond Chow. Filem Fists of Fury lakonan pertama Bruce Lee di syarikat Chow mendapat sambutan hebat sehingga beberapa nama besar pelakon dan pengarah beralih ke Golden Harvest.

STUDIO Jalan Ampas menyimpan pelbagai cerita suka dan suka seniman filem Melayu era 50-an dan 60-an.


Perubahan itu tidak membuatkan Shaw berputus asa kerana beliau mula memberikan tumpuan kepada cabang baharu iaitu penubuhan TVB pada tahun 1967 dengan menghasilkan drama-drama rantaian dan drama kostum untuk penonton bahasa Cina.

Di TVB, bintang-bintang baharu tercipta antaranya ialah Andy Lau, Stephen Chow dan Chow Yun-fat.

Tidak hanya menabur bakti kepada dunia perfileman, Shaw turut terkenal sebagai dermawan yang dihormati di Hong Kong. Beliau memberikan dana kepada sekolah dan universiti di Hong Kong dan Tanah Besar.

Pada tahun 2012, Shaw memperkenalkan Hadiah Shaw yang memberikan dana AS $1 juta (RM3.28 juta) kepada pengkaji-pengkaji dalam bidang astronomi, sains dan matematik.

Beliau pernah berkahwin dengan warga Malaysia, Lily Shaw dan dikurniakan empat orang anak iaitu Vee-ming, Harold, Violet dan Dorothy. Selepas Lily meninggal dunia pada tahun 1987, Shaw berkahwin semula bersama bekas penyanyi dan pelakon, Mona Fong pada tahun 1997. Ironinya, tiada satu daripada anak-anaknya melibatkan diri dalam dunia perfileman.

Kecintaannya dalam dunia filem terus kekal sehingga ke akhirnya. Segala cita-cita dan harapan semasa hayatnya telah terlaksana dan masih dapat dilihat sehingga kini.

Biar pagar Studio Jalan Ampas tertutup rapat, yang pasti sinarnya tidak kelam ditelan masa.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved