Jumaat, 18 Oktober 2013

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Terlepas tali gantung

Posted:

Terlepas tali gantung

Terlepas tali gantung

PASANGAN kekasih dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam selepas mengaku salah atas tuduhan pilihan menyebabkan kematian seorang budak.


PUTRAJAYA - Seorang ibu tunggal dan teman lelakinya terlepas hukuman mati apabila mereka mengaku bersalah semalam terhadap pertuduhan pilihan menyebabkan kematian anak perempuan wanita itu yang berusia tiga tahun, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memerintahkan Wong Mei Ting, 26, dan Tan Peng Tong, 30, menjalani hukuman penjara 10 tahun bermula dari tarikh mereka ditahan pada 14 April 2010.

Dua lagi anggota panel ialah Hakim Datuk Mokhtaruddin Baki dan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Hakim Balia sebelum menjatuhkan hukuman itu berkata, pasangan tersebut patut berterima kasih kepada pihak pendakwaan yang menawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hentikan sebarang spekulasi

Posted:

Hentikan sebarang spekulasi

Hentikan sebarang spekulasi


ZAMBRY bertanya sesuatu kepada Mohd. Amar yang masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak semalam.


IPOH - Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung punca sebenar kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang cedera parah akibat terkena tembakan secara tidak sengaja oleh seorang anggota polis pada Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kepercayaan penuh perlu diberikan kepada pihak polis untuk menyiasat dan beliau sendiri memberi jaminan bahawa siasatan tersebut sedang dilakukan secara profesional dan telus.

Pada masa sama, Acryl turut menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang menyatakan insiden tersebut bukan disebabkan faktor kecuaian sebaliknya disengajakan oleh anggota polis berpangkat sarjan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pekerja kilang terkejut terserempak Sang Bedal sesat

Posted:

Pekerja kilang terkejut terserempak Sang Bedal sesat

Pekerja kilang terkejut terserempak Sang Bedal sesat

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my


BUAYA tembaga yang dipercayai sesat selepas naik ke darat ketika air pasang di Jalan Keruing berhampiran Pusat Konvensyen Borneo di Kuching, Sarawak semalam.


KUCHING – Seorang pekerja kilang terkejut apabila objek yang disangkakan batang kayu di Jalan Keruing berhampiran Pusat Konvensyen Borneo dekat sini rupa-rupanya seekor buaya tembaga yang dipercayai tersesat selepas naik ke darat ekoran air sungai pasang malam kelmarin.

Ah Fui, 35, yang menemui Sang Bedal itu berkata, dia terserempak dengan reptilia tersebut pada pukul 1 pagi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah yang tidak jauh dari lokasi reptilia itu ditemui.

"Pada mulanya, saya sangka objek itu hanyalah batang kayu tetapi selepas diamati betul-betul, saya jadi takut kerana objek itu rupa-rupanya seekor buaya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kerajaan Britain beri amaran kepada imigran haram melalui sistem pesanan ringkas

Posted:

Kerajaan Britain beri amaran kepada imigran haram melalui sistem pesanan ringkas

Kerajaan Britain beri amaran kepada imigran haram melalui sistem pesanan ringkas

18/10/2013 10:18pm

LONDON - Kerajaan Britain telah menghantar mesej melalui sitem pesanan ringkas kepada hampir 40,000 imigran haram sebagai memberi amaran bahawa mereka tidak mempunyai hak untuk kekal bermastautin. Begitupun, sumber rasmi memberitahu, terdapat juga penerima mesej yang telah menjadi mangsa kepada kempen tersebut.

"Mesej dari Home Office . Rekod kami menunjukkan bahawa anda mungkin belum keluar dari negara ini dan masih berada di UK. Sila hubungi kami untuk membincangkan kes anda," kata teks mesej berkenaan.

Seorang jurucakap kempen itu berkata, teks tersebut telah dihantar kepada 39,100 orang sepanjang tempoh antara September 2012 hingga Jun 2013.

Mesej yang sama juga dihantar melalui e-mel dan melalui pos sebagai sebahagian daripada usaha proaktif kerajaan untuk menghubungi individu-individu yang tidak mempunyai hak untuk berada di Britain.

"Kami percaya ini adalah hak untuk menguatkuasakanperaturan imigresen," katanya.

Namun, beberapa mesej teks telah dihantar kepada penerima yang salah termasuk kepada wakil ahli kempen antiperkauman, Suresh Grover. Beliau yang terkejut dengan perkara itu telah melaporkan kepada akhbar The Independent.

"Saya datang ke sini bersama ibu bapa saya pada tahun 1966, saya dilahirkan di Afrika Timur dan sentiasa mempunyai pasport British," katanya.

Penasihat Imegresen, Bobby Chan, juga mengaku menerima teks tersebut walaupun telah menetap di Britain sejak tahun 1973.

"Cara ini menunjukkan satu stereotaip bahawa imigran dianggap sebagai masyarakat pelaku jenayah dan hal ini mewujudkan suasana ketakutan," katanya kepada akhbar itu.

Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri berkata, kes penghantaran teks yang silap oleh kontraktor swasta itu dianggap hal terpencil. - AFP

Kumpulan lelaki bersenjata bunuh komander polis tentera Libya

Posted:

Kumpulan lelaki bersenjata bunuh komander polis tentera Libya

Kumpulan lelaki bersenjata bunuh komander polis tentera Libya

18/10/2013 9:57pm

BENGHAZI – Kumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali telah membunuh seorang komander polis tentera Libya ketika tokoh tersebut meninggalkan pekarangan rumahnya untuk menunaikan solat Jumaat di sini hari ini.

"Ahmed al-Barghati cedera parah akibat beberapa das tembakan. Beliau telah dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia di sana," kata pegawai keselamatan.

Dalam tempoh dua tahun selepas kejatuhan Muammar Gaddafi, serangan ini adalah tamparan terbaru kepada kerajaan Libya yang dilihat begitu lemah dalam mengambil tindakan tegas terhadap kawalan ke atas kumpulan militan dan radikal Islam.

Pada tahun lalu, beberapa pegawai tentera dan duta Amerika Syarikat terbunuh dalam serangan militan Islam ketika misi diplomatik AS.

Kes bunuh Barghati merupakan satu serangan berprofil tinggi sejak beberapa minggu ini. - Reuters

Malala Yousofzai ceria bertemu Ratu Elizabeth

Posted:

Malala Yousofzai ceria bertemu Ratu Elizabeth

Malala Yousofzai ceria bertemu Ratu Elizabeth

18/10/2013 9:52pm

LONDON - Aktivis remaja yang selamat selepas ditembak oleh Taliban kerana lantang memperjuangkan nasib kanak-kanak perempuan negaranya dalam pendidikan, Malala Yousafzai, dilihat dalam keadaan ceria apabila mendapat peluang keemasan bertemu Ratu Elizabeth II dan Putera Philip di sini hari ini.

Malala, 16, bertemu pasangan diraja itu di Istana Buckingham sempena acara khusus bagi meraikan remaja, pendidikan dan Komanwel.

Aktivis cilik berkenaan berjaya diselamatkan selepas ditembak di kepala pada 9 OKtober tahun lalu ketika dia berada di dalam bas sekolahnya. Malala telah menerima rawatan di Britain yang kini menjadi tempat tinggalnya.

Malala yang ditemani bapanya turut menyerahkan salinan autobiografinya yang berjudul 'I Am Malala' kepada ratu yang berusia 87 tahun itu.

"Berada di sini merupakan suatu penghormatan buat saya, dan saya ingin menghadiahkan buku ini kepada anda," ujar Malala.

Aktivis cilik itu memberitahu ketua negara-negara Komanwel tersebut betapa dia mahu memastikan setiap kanak-kanak di dunia ini diberikan hak untuk mendapat pendidikan.

"Saya pernah mendengar tentang ramai kanak-kanak yang tidak dapat ke sekolah, dan saya ingin meneruskan usaha ini," katanya.

Putera Philip, 92, sempat berseloroh dengan mengatakan kepada Malala bahawa di Britain, golongan ibu bapa mahu menghantar anak-anak ke sekolah kerana tidak mahu anak-anak sibuk berada di rumah. Kata-kata tersebut membuatkan Malala tersenyum dan ketawa.

Majlis di Istana Buckingham itu dihadiri seramai 350 tetamu daripada pelbagai institusi akademik di seluruh dunia. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kerajaan AS dibuka semula

Posted:

Kerajaan AS dibuka semula

Kerajaan AS dibuka semula

KETUA Staf White House, Denis McDonough (kiri) menyambut ketibaan seorang pekerja yang kembali bertugas di White House, Washington D.C. semalam.- AFP


WASHINGTON - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mula beroperasi semalam selepas Kongres AS meluluskan rang undang-undang untuk membuka semula sebahagian agensi kerajaan persekutuan yang ditutup sebelum ini.

Sebelum ini kerajaan AS ditutup selama 16 hari setelah anggota-anggota Dewan Perwakilan daripada parti Republikan berbalah dengan pentadbiran Presiden Barack Obama berhubung dasar penjagaan kesihatan yang diperkenalkan untuk penduduk yang masih tidak memiliki insurans kesihatan.

Obama merupakan anggota parti Demokrat.

Satu persetujuan dicapai oleh pemimpin Dewan Senat AS, Harry M. Reid daripada parti Demokrat dengan pemimpin parti Republikan di dewan yang sama, Mitch McConnell berhubung isu tersebut.

Sebelum ini, wakil-wakil rakyat Parti Republikan yang merupakan anggota majoriti di Dewan Perwakilan tidak bersetuju dengan dasar kesihatan Obama itu kerana ia dibiayai kerajaan persekutuan.

Dewan Senat mengundi 81 menyokong manakala 18 lagi menentang rang undang-undang yang untuk membuka semula kerajaan AS.

Rang undang-undang untuk membiayai kerajaan dan meningkatkan had hutang AS itu diluluskan di Dewan Perwakilan kelmarin dengan undi 285 menyokong manakala 144 anggota menentang.

Obama kemudian menandatangani rang undang-undang itu.

"Selepas dua minggu, tiba masanya untuk menamatkan penutupan kerajaan ini," kata seorang anggota Dewan Perwakilan parti Republikan, Harold Rogers.

Kelulusan tersebut membolehkan kerajaan berbelanja sehingga 15 Januari depan manakala Perbendaharaan dibenar untuk meminjam seperti biasa menjelang 7 Februari 2014 atau sebulan kemudian.

Sebelum ini, had hutang AS ditetapkan sebanyak AS$16.7 trilion (RM52.5 trilion).

Ekoran persetujuan yang dicapai anggota-anggota Parti Republikan itu di Dewan Perwakilan, had hutang AS tersebut akan dinaikkan.

Krisis penutupan kerajaan AS bermula pada 1 Oktober 2013 berikutan kegagalan Kongres meluluskan bajet negara menjelang tarikh akhir 29 September lalu.

Sebahagian agensi kerajaan persekutuan yang sebelum ini ditutup seperti taman-taman negara dan muzium.

Seramai 800,000 kakitangan kerajaan persekutuan sebelum ini diarah tidak bertugas kerana mereka tidak diberikan gaji ekoran penutupan sebahagian agensi kerajaan itu. - Agensi

Jemaah mula tinggalkan Arab Saudi

Posted:

Jemaah mula tinggalkan Arab Saudi

Jemaah mula tinggalkan Arab Saudi


SEBUAH laluan untuk menuju ke tempat melontar batu kelihatan lengang di Mina semalam.- AFP


MINA - Sekitar 1.4 juta jemaah dari 188 buah negara mula meninggalkan Arab Saudi semalam pada penghujung musim haji tahun ini yang bebas daripada kejadian tidak diingini.

Walaupun ibadah haji berakhir secara rasmi pada hari ini, para jemaah dibenarkan pulang sehari lebih awal selepas mereka melontar tiga struktur batu yang melambangkan kedudukan syaitan di sini.

Selepas melontar, para jemaah haji melakukan tawaf akhir dengan mengelilingi Kaabah di kota suci Mekah.

Selepas selesai mengerjakan ibadah berkenaan selesai, beribu-ribu jemaah memuatkan bagasi ke dalam trak-trak dan meninggalkan hotel mereka di Mekah.

Sebahagian besar mereka melakukan perjalanan sejauh 100 kilometer menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah untuk menaiki penerbangan pulang.

Kerajaan Arab Saudi telah mengerahkan lebih 100,000 anggota pasukan keselamatan untuk mengawal ketenteraman semasa musim haji kali ini.

Pihak berkuasa mengisytiharkan musim haji tahun ini sebagai kejayaan besar selepas ia berakhir tanpa kemalangan dan wabak penyakit terutamanya virus Sindrom Pernafasan Akut Asia Barat (MERS) yang telah meragut 60 nyawa di seluruh dunia dengan 51 mangsa di Arab Saudi.

Bilangan keseluruhan jemaah pada musim haji tahun ini menghampiri dua juta orang yang merupakan penurunan agak ketara berbanding 3.2 juta jemaah pada tahun lalu.

Sejumlah 1.38 juta jemaah pula terdiri daripada rakyat asing berbanding 1.75 juta pada tahun 2012.

Beberapa pegawai berkata, kejayaan musim haji kali ini antara lain berpunca daripada bilangan jemaah yang lebih kecil.

Ibadah haji kali ini dipantau dengan menggunakan lebih 5,000 buah kamera keselamatan termasuk 1,200 buah di Masjidil haram.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Hal Ehwal Haji, Bandar Hajjar memberitahu kelmarin bahawa kementeriannya telah diarahkan oleh pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah untuk melaksanakan pelan 25 tahun bagi memastikan kelancaran ibadah haji lancar. - AFP

Apple kurangkan pengeluaran iPhone 5C

Posted:

Apple kurangkan pengeluaran iPhone 5C

Apple kurangkan pengeluaran iPhone 5C


TELEFON pintar iPhone 5C berada di atas iPhone 5S dipamerkan di Pasar Raya Perabut Nebraska di Omaha, Amerika Syarikat pada 20 September lalu.- AP


BEIJING - Syarikat Apple Inc. mengurangkan pengeluaran telefon pintar kerangka plastik, iPhone 5C sebulan selepas ia dilancarkan, kata sumber rapat dengan rangkaian pengeluaran firma dari Amerika Syarikat (AS) itu kelmarin.

Sumber berkenaan memberitahu, Apple meminta para pengilangnya ia akan mengurangkan tempahan pengeluaran iPhone 5C untuk tempoh tiga bulan terakhir tahun ini.

Firma Pegatron Corp yang memasang model iPhone 5C menyaksikan pengurangan pengeluaran sebanyak hampir 20 peratus.

Di Amerika Syarikat, telefon pintar iPhone 5C hanya murah AS$100 (RM314) seunit daripada telefon iPhone 5S.

Harga itu lebih murah daripada versi premium 5S yang bermula pada harga AS$649 (RM2,043) untuk model 16 GB.

Apple dijangka menjual antara 33 juta hingga 36 juta telefon pintar iPhone untuk suku keempat tahun ini.

Penerimaan telefon iPhone 5C di China tidak begitu mengalakkkan.

Beberapa bloger berkata, terdapat perbezaan harga yang kecil antara telefon iPhone 5C dengan 5S.

"Telefon iPhone 5C tidak terlalu murah untuk menarik perhatian para pelanggan yang boleh membeli 150 peralatan Android," kata seorang penganalisis telefon bimbit, Brian Colello.

Jurang harga itu akan menjadi lebih tinggi pada tahun depan kerana Apple dikenali akan mengurangkan harga model lama untuk meningkatkan jualan telefon bimbitnya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Sajian untuktetamu diraja

Posted:

Sajian untuktetamu diraja

Sajian untuktetamu diraja

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

DILENGKAPI persalinan songket dan tanjak di kepala bak pahlawan Melayu zaman silam, Amir Rizwan Roslan, 27, tangkas menuang adunan apam balik di atas 40 acuan tembaga di depannya.

Selepas meratakan adunan tersebut dalam acuan masing-masing, tanpa berlengah dia terus memasukkan isi berupa kacang tanah yang telah dikisar, serbuk nestum dan sedikit madu.

Kemudian, apam balik yang telah masak dilipat dan disusun rapi oleh adiknya, Noorkhairulnisyam, 26, di atas bekas khas untuk dinikmati oleh tetamu pada program Aura Sukses Wanita yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Aroma harum apam balik itu mampu menggamit selera sesiapa sahaja yang menghidunya. Apatah lagi jika sudah merasai keenakannya, ada yang sanggup beratur untuk mengambil apam balik buat kali kedua.

Itulah penangan Apam Balik Seri Menanti yang semakin popular dalam kalangan penggemarnya. Menurut Amir Rizwan, saban minggu pihaknya sentiasa menerima tawaran untuk menjalankan katering apam balik sama ada untuk majlis perkahwinan, keraian mahupun majlis rasmi jabatan-jabatan kerajaan.

Jujur berniaga

"Alhamdulillah, rezeki kami tidak pernah putus. Malah, maklum balas yang diterima daripada pelanggan juga sentiasa positif. Mungkin inilah keberkatan yang diperoleh apabila kita menjalankan perniagaan dengan jujur dan ikhlas," ujar bapa kepada dua cahaya mata itu.


ORANG ramai berpeluang makan sambil beramal dengan membeli Apam Balik Seri Menanti.


Menceritakan lebih lanjut, Amir Rizwan berkata, perniagaan apam balik itu sebenarnya diwarisi daripada bapanya, Roslan Zainuddin.

"Ayah mula berniaga apam balik rangup ini pada tahun 1997 di pasar malam sekitar Seremban. Kemudian, setiap bulan puasa, kami dapat kontrak meniaga bufet Ramadan di Hotel Royale Bintang Seremban selama lapan tahun.

"Dahulu, kami menggelarkan ia sebagai Apam Balik Royale Bintang sempena mengambil nama tempat tersebut. Tetapi, pada tahun 2008, kami mula dipanggil masuk ke Istana Seri Menanti untuk menyajikan apam balik kepada tetamu diraja sewaktu pemasyhuran Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke-11.

"Sejak itu, Tuanku bertitah agar menukar namanya kepada Apam Balik Seri Menanti dan ia kekal hingga kini," jelas Amir Rizwan kepada Kosmo!.

Walaupun permintaan terhadap apam balik ini sangat tinggi, namun Amir Rizwan mengakui tidak ada perancangan untuk memfrancaiskan perniagaan tersebut. Ia bertujuan untuk mengekalkan identiti Apam Balik Seri Menanti dan kualiti makanan yang ditawarkan.

Mengimbau kesukaran yang dihadapi masa lalu, anak muda kelahiran Jempol, Negeri Sembilan ini mengakui pernah digelar sebagai orang Minang (Indonesia) kerana menjual apam balik.

"Malah, kami juga pernah dihalau ketika berniaga di pasar malam Ampangan, Seremban gara-gara disangka peniaga Indonesia. Selepas menunjukkan kad pengenalan diri, barulah mereka mempercayai bahawa kami orang tempatan," ujar Amir Rizwan sambil tersenyum.

Untuk tempahan katering, bayaran dikenakan RM1 bagi setiap jumlah tetamu yang hadir, namun menariknya mereka boleh makan apam balik tanpa sebarang had selagi ia masih ada.

SALAH seorang kakitangan tangkas menuang adunan apam balik di atas 40 acuan tembaga.


Makan sambil beramal

Selain katering, Amir Rizwan turut berniaga apam balik di Uptown Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur setiap malam. Lima keping apam balik dijual pada harga RM2. Terbaharu, anak muda ini tampil dengan satu inisiatif murni dalam usaha untuk membantu golongan yang memerlukan.

Melalui program Apam Balik Percuma, Makan Sambil Beramal yang diadakan sejak April lalu, ternyata ia semakin mendapat perhatian masyarakat.

Konsepnya adalah pada setiap hari Jumaat malam Sabtu, pihaknya akan memberikan apam balik secara percuma kepada para pengunjung yang datang. Kemudian, jika mahu mereka boleh menghulurkan sedikit sumbangan ke dalam tabung yang disediakan.

Ujar Amir Rizwan, pada mulanya, ia dibuat untuk membantu bayaran perubatan seorang pesakit buah pinggang yang dikenali. Pada masa yang sama membuat kutipan derma untuk sebuah pusat tahfiz.

"Kami sama sekali tidak memaksa pelanggan untuk memberi sumbangan. Ia terpulang kepada keikhlasan masing-masing. Jika mahu beri seringgit pun kami terima. Jika mahu makan percuma pun dipersilakan.

"Wang yang dikumpul pada malam tersebut, semuanya akan diserahkan untuk dana pembangunan Sekolah Tahfiz Srii Ulum yang beroperasi di Rasah, Seremban," terangnya.

Separuh bayaran bagi perkhidmatan katering yang diperoleh juga akan disumbangkan kepada tahfiz tersebut.

"Ini adalah cara saya untuk mengumpul saham akhirat. Saya percaya setiap rezeki yang dikurniakan, ada hak untuk hamba Allah yang lain. Mungkin ada yang mengatakan, di mana keuntungan yang saya dapat jika asyik menyumbang kepada badan tertentu.

"Bagi saya, rezeki yang dikongsi akan lebih terasa keberkatannya. Kita harus meyakini bahawa Allah mengurniakan nikmat rezeki dalam pelbagai cara.

"Ketenangan jiwa yang dimiliki itulah nikmat terbesar yang perlu disyukuri," ungkap Amir Rizwan yang membawa makna begitu mendalam jika diselami dengan hati yang tulus.

AROMA apam balik rangup ini sesuai dihidangkan pada majlis-majlis perkahwinan dan keraian.


Sementara itu, Noorkhairulnisyam berkata, meskipun mempunyai pekerjaan tetap sebagai penari kebudayaan di Menara Kuala Lumpur, dia tetap akan meluangkan masa untuk membantu abangnya.

"Ini merupakan perniagaan keluarga dan saya sebagai adik bertanggungjawab untuk menolong abang menguruskan perniagaan ini.

"Kadang-kadang, kami turut menawarkan perkhidmatan persembahan kebudayaan seperti tarian jika pelanggan inginkannya," kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Setakat ini, mereka mempunyai enam pekerja. Biasanya, setiap pekerja boleh menyiapkan 40 keping apam balik dalam tempoh seminit.

Menurut Noorkhairulnisyam, cabaran dalam berniaga memang banyak tetapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk kita terus berjaya.

"Kepada remaja atau golongan belia di luar sana, jangan takut untuk menceburi dunia perniagaan sama ada menjual makanan atau barangan. Yakinlah bahawa 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah," tuturnya mengakhiri bicara.

Kongsi khasiat ikan dalam 30 resipi

Posted:

Kongsi khasiat ikan dalam 30 resipi

Kongsi khasiat ikan dalam 30 resipi

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA


EDWARD LIM turut membantu dan memberi tip kepada wakil-wakil media untuk menyediakan hidangan yang enak.


APABILA menyebut hidangan ikan sardin atau tuna Ayam Brand, menu yang terlintas di fikiran pengguna dapur semestinya masak sambal atau dijadikan inti sandwich.

Sebenarnya ikan sardin dan tuna boleh digunakan sebagai bahan asas dalam menyediakan pelbagai hidangan yang menarik dan enak.

Buat pertama kali, Syarikat Ayam Brand menerbitkan sebuah buku resipi Fish And Olive Oil yang menggunakan produk sardin minyak zaitun dan tuna minyak zaitun pedas sebagai bahan asas.

Kesemua 30 resipi mudah dan enak yang telah dicetuskan oleh Pelita Lim itu menepati cita rasa rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Bukan itu sahaja, resipi hidangan dari negara luar seperti Thailand, Jepun, Itali dan Perancis turut dikongsikan di dalam buku tersebut.

Antara resipi yang telah diolah dengan kreatif termasuklah tuna kicap manis, pai tuna, piza tuna, cucur tuna, sardin stim halia dan wantan sardin berkeju.

Bersempena pelancaran buku itu, para pengamal media berpeluang merasai pengalaman menyediakan hidangan enak bertempat di dapur The Cooking House, Petaling Jaya dengan tunjuk ajar Chef Collin Edward Lim.

Memulakan demonstrasi penyediaan otak-otak menggunakan sardin minyak zaitun pedas, Edward Lim kemudiannya mengajak wakil-wakil media untuk mencuba membuatnya sendiri.


SETIAP kumpulan yang mengambil bahagian menerangkan konsep hidangan yang disediakan.


Tidak sukar

Perkakas yang disediakan hanyalah pisau, tempat pemotong, mesin pengisar, sebiji mangkuk dan bekas hidangan otak-otak. Bahan masakan pula terdiri daripada dua biji telur, serai, cili, kunyit, santan, bawang, satu tin sardin minyak zaitun pedas Ayam Brand dan bahan perasa.

Ternyata menyediakan hidangan itu bukanlah sesuatu yang sukar seperti yang dibayangkan sebelum ini.

Mula menyarung apron dan topi chef, suasana teruja seperti berada dalam rancangan realiti Master Chef menyelubungi dapur dengan wakil-wakil media mula menyediakan otak-otak terbaik untuk diadili oleh Edward Lim.

Dalam tempoh 40 minit, dua juadah enak dapat disediakan. Selain otak-otak sardin, wakil-wakil media turut diajar membuat cutni tuna menggunakan cili padi, daun pudina, ketumbar, santan, bawang merah dan satu tin tuna minyak zaitun.

Ternyata pelbagai juadah enak dapat dihasilkan dari dua bahan asas ini jika tukang masak berfikiran inovatif dan kreatif.

Sambil mencipta pengalaman baharu memasak hidangan otak-otak, Pakar Nutrisi, Indra Balaratnam turut menerangkan mengenai khasiat yang terkandung dalam satu tin sardin dan tuna minyak zaitun Ayam Brand.

"Secara purata, hidangan 90 gram (g) tuna membekalkan 20g protein, Omega-3, vitamin E, K, B12 dan iodin, manakala 90g sardin mempunyai 23g protein, Omega-3, kalsium, ion, kalium, vitamin D, B12, B6, Riboflavin, Niasin dan asid pantotenik.

"Kita sepatutnya memakan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan dalam seminggu untuk meningkatkan Omega-3," ujarnya sambil memaklumkan minyak zaitun adalah minyak asid lemak monotaktepu (MUFA) yang dikira sebagai bahan diet sihat.


IKAN sardin dan tuna ini dijadikan bahan asas dalam masakan.


Kaedah memasak

Menurut Indra, secara idealnya cara pemakanan seharusnya menekankan bahan lemak tidak tepu, seperti MUFA dan lemak politaktepu (PUFA).

"Bahan MUFA seperti minyak zaitun dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengurangkan kadar kolestrol dan ketumpatan lipoprotein," katanya lagi.

Tambahnya, minyak zaitun sangat kaya dengan asid oleik, tinggi dalam polifenol yang membantu mengurangkan radang dan tekanan darah tinggi. Kandungan kalori juga boleh dikawal menggunakan kaedah memasak.

"Pelbagai kaedah masakan boleh digunakan seperti menyediakan dalam bentuk segar, memerap, memanggang, membakar dengan ketuhar, merendam, mereneh dan masak menggunakan minyak yang sikit.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Marie-Magali Falcoz memberitahu, buku resipi Fish And Olive Oil itu merupakan inisiatif pihaknya dalam menggalakkan orang ramai menjalani gaya hidup dan pemakanan sihat.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan buku resipi ini secara percuma dengan menghantar e-mel berserta nama, alamat dan nombor telefon kepada recipebook@ayambrand.com.my.

Islam agama penutup

Posted:

Islam agama penutup

Islam agama penutup


ALLAH meredai Islam sebagai agama anutan umat zaman ini.- Gambar hiasan


BAGAIMANAKAH menggabungkan kenyataan bahawa Islam adalah penutup agama-agama dan merupakan agama bagi seluruh nabi?

JAWAPAN: Hanya ada satu akidah yang dikehendaki oleh Allah daripada manusia, iaitu bermula sejak dari Nabi Adam hingga Nabi Muhammad. Secara umumnya, akidah ialah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah iaitu Pencipta yang sangat memerhatikan ciptaan-Nya dan mengutuskan para rasul kepada manusia dalam kalangan mereka.

Maka, hendaklah manusia membenarkan para rasul itu, mengikuti mereka dan mengimani apa-apa yang mereka khabarkan tentang perintah Allah dan berita tentang akhirat.

Ini dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Anbiya' ayat 25; surah Ibrahim ayat 4 dan surah al-Mukminun ayat 32. Ayat ini disebut berulang kali di dalam al-Quran melalui lisan para nabi.

Berdasarkan kenyataan di atas, maka perintah beribadat hanya kepada Allah yang merupakan asas akidah Islam.

Jika dilihat dari segi akidah, boleh dikatakan bahawa ia merupakan agama bagi seluruh nabi sebagaimana yang di jelaskan oleh Allah dalam surah Ali Imran ayat 19 dan 85 serta surah al-Ma'idah ayat 3.

Dari segi syariah pula, Allah berkehendak untuk menjadikan agama Islam sebagai penutup agama. Ini dapat dilihat bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang menitikberatkan tentang soal akidah.

Malah, agama Islam juga memiliki persamaan dalam pelbagai asas ibadah, perintah dan larangan dengan seluruh syariat yang terdahulu. Setiap dosa besar seperti membunuh, berzina dan sebagainya bukan sahaja diharamkan oleh Allah dalam agama-agama terdahulu, bahkan juga diharamkan di dalam Islam.

Demikianlah juga asas-asas syariat dan ibadah yang diperintahkan oleh Allah dalam agama-agama terdahulu, seperti solat dan zakat juga didapati di dalam Islam. Yang berbeza hanyalah perincian tentang solat dan ukuran zakat, mengikut perbezaan kaum masing-masing.

Atas dasar itulah, maka Islam merupakan agama yang merangkumi akidah Islam dan syariatnya serta asas seluruh syariat yang terdahulu.

Sesungguhnya Allah menyatakan kepada umat-Nya bahawa Dia telah menyempurnakan bagi mereka agama ini, telah mencukupkan nikmat-Nya atas mereka dan telah meredai Islam sebagai agama anutan mereka.

Hal ini menunjukkan bahawa Islam adalah agama milik umat ini sebagaimana juga agama para nabi dan rasul.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Perkahwinan penamat kontroversi

Posted:

Perkahwinan penamat kontroversi

Perkahwinan penamat kontroversi

APABILA menyentuh tentang sisi peribadi wanita yang bernama Raja Azmi Raja Sulaiman, dia antara selebriti wanita yang tidak pernah lekang daripada dilanda dengan cerita sensasi.

Pernah mengalami kegagalan dalam ikatan perkahwinan terdahulu bersama bekas pemain badminton negara, Jalani Sidek, penerbit sensasi itu pernah dikaitkan dengan beberapa lelaki dalam hidupnya.

Bagaimanapun, pencariannya untuk mencari jejaka yang sesuai sebagai teman hidupnya menemui titik noktah apabila dia memilih pemain basis kumpulan CRK, Mohd. Eddie Ghazali sebagai suami.

Kalau diimbas tentang perkenalan Raja Azmi, 54, dan Eddie, 45, sehingga mereka menjalinkan hubungan cinta, ia tidaklah seperti kisah pasangan muda yang bercinta, apatah lagi kedua-duanya pernah berkahwin sebelum ini.

Hanya mengambil masa selama lima bulan untuk mengenali hati budi masing-masing, mereka mengambil keputusan untuk bertunang pada Julai lalu dan kini pasangan tersebut sah bergelar suami isteri.

Berkesempatan bertemu dengan pasangan pengantih baharu itu selepas majlis akad nikah, Raja Azmi meluahkan rasa syukurnya apabila hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang dicintai akhirnya terlaksana.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan dengan sekali lafaz sahaja saya bergelar isteri kepada Eddie. Saya juga terharu dengan kehadiran ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai yang memeriahkan majlis kami ini.


SUASANA indah pemandangan lokasi majlis resepsi perkahwinan Raja Azmi dan Eddie yang berlangsung di Istana Budaya.


"Sebenarnya saya tidak menyangka akan dirai dalam sebuah majlis yang meriah, malah berterima kasih kepada pihak Istana Budaya yang telah sudi menaja lokasi majlis ini," ujarnya yang cukup anggun dengan busana hasil rekaan pereka fesyen Leslie Varayan bernilai RM30,000.

Menjadi pasangan pengantin pertama yang berpeluang mengadakan majlis perkahwinan di Istana Budaya, penerbit filem ...Dalam Botol itu memberitahu ia merupakan sesuatu yang di luar jangkaannya sama sekali.

Ujarnya, dalam satu pertemuan dengan Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Juhari Shaarani, dia telah meluahkan keinginannya untuk mengadakan sebuah majlis di lokasi yang sering menjadi tumpuan untuk pementasan teater.

"Saya sekadar menyatakan keinginan sahaja yang terpendam di hati sahaja, tetapi tidak sangka pula Abang Joe (Juhari) terus bersetuju. Ternyata ia merupakan satu kenangan yang cukup bermakna buat saya dan suami," ujarnya.

Berkenaan dengan perkahwinan kali keduanya itu pula, Raja Azmi meluahkan harapan agar tidak lagi dilanda dengan sebarang cerita kontroversi demi membina sebuah keluarga yang bahagia.

Menurutnya, sekarang ini dia telah bertemu dengan insan bergelar suami yang mampu menemaninya sepanjang masa dan yakin bahawa Eddie merupakan pilihan terbaik buat dirinya dengan berkat sokongan anak-anak tercinta.

"Perasaan gembira yang tersemat di hati saya boleh diumpamakan seperti melahirkan cahaya mata pertama dahulu. Ia suatu perasaan yang agak sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

"Namun begitu, saya sedar tanggungjawab yang harus dipikul kini bertambah besar. Selain kembali bergelar seorang isteri, kini saya juga perlu menjadi ibu kepada lima orang anak," ujarnya.

Sepanjang perkahwinan Raja Azmi dan Jalani dahulu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 28, Puteri Suaida, 24, dan Megat Deli, 19, manakala Eddie yang menduda selama lima tahun sejak kematian isteri mempunyai dua orang anak, Mohd. Daniel, 21, dan Mohd. Effy Ashley, 19.


UNIK. Majlis resepsi Raja Azmi dan Eddie dipenuhi suasana romantis.


Tidak sempat

Ketika ditanya tentang perancangan mereka selepas berakhir majlis resepsi, Raja Azmi menyatakan dia dan suami sepatutnya merancang untuk berbulan madu di Desaru, Johor.

Bagaimanapun, ia tidak dapat direalisasikan buat masa ini memandangkan dia mempunyai komitmen lain, tetapi bersyukur kerana Eddie memahami situasi yang dilaluinya sekarang ini.

"Sebenarnya saya akan terlibat dengan penggambaran program realiti masakan terbitan Astro iaitu All Stars MasterChef Malaysia pada 16 Oktober ini, iaitu tiga hari setelah majlis pernikahan kami berlangsung.

"Jadi, memang tidak sempat untuk kami pergi berbulan madu sekarang kerana penggambaran pastinya mengambil masa yang lama. Nasib baik suami tidak kisah dan biarlah kami berbulan madu di rumah sahaja," jelasnya.

Sementara itu, Eddie yang berada di samping isteri tercinta sewaktu ditemubual berkata, selama lima tahun bergelar duda dia tidak menyangka akan kembali mendirikan rumah tangga.

Ujarnya, ketika kali pertama bertemu dengan Raja Azmi pada awal tahun lalu, dia sudah dapat merasakan kelainan serta tertarik dengan sifat keibuan yang dimiliki sepanjang mengenali penerbit filem itu.

"Ketika mula-mula saya ambil keputusan untuk berkahwin, ada ahli keluarga dan rakan-rakan yang terkejut. Namun begitu, mereka masih memberikan sepenuh sokongan untuk memperisterikan Raja Azmi.

"Mengenai jarak usia kami yang agak jauh berbeza, bagi saya ia bukanlah satu isu yang harus diperbesarkan kerana sekarang ini ia sudah menjadi satu perkara yang normal," jelasnya.

Tetamu istimewa

Sesuatu yang menarik dan sedikit mengejutkan semasa berlangsungnya majlis perkahwinan tersebut, antara tetamu istimewa yang kelihatan hadir ialah Jalani Sidek, bekas suami Raja Azmi sendiri.

Biarpun para wartawan diberi masa yang agak terhad untuk menembual Jalani, namun bekas pemain badminton negara itu sempat memberi kenyataan berhubung perkahwinan bekas isterinya itu.

"Saya percaya Raja Azmi telah membuat pilihan yang terbaik dalam hidupnya dengan memilih Eddie sebagai suami. Sebagai bekas suami saya harap hubungan mereka akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.

"Sebelum mereka mendirikan rumah tangga saya sudah beberapa kali bertemu dengan Eddie. Saya lihat dia seorang lelaki yang baik dan percaya dia mampu membahagiakan kehidupan Raja Azmi," ujarnya.


JALANI (kiri) turut hadir pada majlis perkahwinan bekas isterinya ini.


Sementara itu, ketika ditanya mengenai status terkininya sekarang ini bersama wanita bernama Zaleha yang turut menemaninya ke majlis perkahwinan berkenaan, Jalani enggan mengulas lanjut.

"Sekarang ini merupakan majlis untuk meraikan hari bahagia bekas isteri saya, jadi tidak sesuai untuk saya memberikan sebarang komen. Kalau dah tiba masanya nanti barulah saya akan beritahu," jawabnya ringkas.

Raja Azmi dan Jalani pernah mendirikan rumah tangga selama 28 tahun ketika berkahwin pada tahun 1984. Bagaimanapun mereka mengambil keputusan untuk bercerai secara baik pada bulan Jun 2012.

Buktikan saya bedah! - Tasha Shilla

Posted:

Buktikan saya bedah! - Tasha Shilla

Buktikan saya bedah! - Tasha Shilla

Oleh NAJIY JEFRI

FIGURA genit ini sudah lali dengan pelbagai gosip negatif yang telah melanda dirinya.


SELEPAS satu kontroversi, timbul lagi kontroversi baharu yang menghimpit pelakon Tasha Shilla, 26. Kali ini dia digosip telah melakukan pembedahan di bahagian hidung dan payudara di Bali, Indonesia.

Tasha Shilla yang kini sibuk dengan penggambaran sebuah drama lakonannya di Cameron Highlands dan sekitar Kuala Lumpur ternyata sangat terkejut apabila gosip tersebut hangat diperkatakan.

Kosmo! menghubungi Tasha Shilla untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu ini. Ikuti temu bual bersamanya.

Kosmo!: Adakah benar dakwaan mengatakan Tasha membuat pembedahan hidung dan payudara?

TASHA SHILLA: Saya kalau boleh tidak mahu komen apa-apa mengenai isu ini. Andai kata dakwaan itu benar buktikan kepada saya bahawa saya telah membuat pemdedahan tersebut. Saya bersyukur kerana keluarga saya masih percaya dan bersama saya memberikan sokongan.

Tasha dikatakan membuat pembedahan hidung dan payudara di Bali. Adakah benar anda berada di Bali ketika itu. Jika tidak berada di situ, di manakah anda ketika itu?

Buktikan kepada saya (nada tegas)! Jika anda tanya di mana saya ketika itu saya tidak tahu kerana saya tidak tahu bagaimana dan bila isu ini boleh timbul dan dari mana cerita ini muncul sedangkan saya baru akan ke Bali bersama keluarga pada 27 Oktober ini. Jika saya buat pembedahan, pasti orang yang terdekat dengan saya seperti keluarga, jurusolek dan rakan-rakan akan melihat perubahan pada muka saya. Saya pelik ada sesetengah pihak yang tidak pandai menilai wajah yang telah dilakukan pembedahan dan wajah yang di anugerahkan Tuhan.

TASHA SHILLA bakal ke Bali pada 27 Oktober ini untuk bercuti bersama keluarganya.


Adakah Tasha rasa dengan melakukan pembedahan kerjaya seseorang artis itu akan meningkat maju seperti selebriti luar negara?

Saya rasa tidak kerana ia bergantung kepada rezeki yang telah Tuhan takdirkan kepada kita. Jika kita ikhlas untuk melakukan sesuatu kerja itu pasti kita akan berjaya dalam kehidupan.

Adakah gosip negatif terbaharu ini akan menjejaskan karier Tasha?

Jika dilihat sebelum ini saya cukup banyak dihimpit pelbagai gosip mengenai hidup saya. Bertubi-tubi benda yang buruk menimpa diri saya. Bagi saya, masuk telinga kanan keluar telinga kiri kerana saya percaya pada rezeki yang telah Tuhan berikan kepada saya dan nawaitu saya adalah untuk bekerja dan bukan dengan cara ini.

Beralih kepada soalan lain, apakah perkembangan terbaharu Tasha?

Saya kini sedang sibuk dengan penggambaran drama di Cameron Highlands dan di sekitar Kuala Lumpur untuk slot Samarinda. Sementara, pada hujung bulan November pula, saya akan berangkat ke Korea Selatan untuk menjalani penggambaran drama sebanyak 28 episod yang akan ditayangkan di RTM dan jangan lupa saksikan lakonan saya dalam drama Ciptaan Terindah pada Sabtu, 19 Oktober ini di TV3 menerusi slot Cerekarama.

Zed Zaidi tak putus asa

Posted:

Zed Zaidi tak putus asa

Zed Zaidi tak putus asa

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


ZED ZAIDI (tengah) kelihatan ceria pada majlis ibadah korban anjuran Seniman di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KALAH sekali tidak bermakna kecundang selamanya. Azimat itu yang dipegang Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi yang kalah dalam persaingan merebut jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO baru-baru ini.

Kata Zed Zaidi, 33, kekalahan itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk bertanding sekali lagi pada tahun-tahun mendatang sepanjang dia berada di kerusi presiden persatuan Seniman selama dua penggal lagi.

"Saya tidak pernah rasa kecewa atas kekalahan kali ini malah membuatkan saya lebih agresif untuk bertanding pada tahun-tahun akan datang. Kalah dan menang adat bertanding.

"Cuma saya sedikit terkilan dan hairan kerana keputusan berubah pada saat-saat akhir sedangkan saya dimaklumkan mempunyai potensi sepanjang tempoh berkempen.

"Ini hanya satu permulaan dan peluang yang telah diberikan berjaya saya manfaat sebaik mungkin. Insya-Allah selepas ini saya akan melakukannya dengan lebih baik," katanya yang ditemui pada majlis ibadah korban Seniman di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Zed Zaidi yang juga Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian pergerakan itu berkata, keputusannya untuk bertanding untuk Exco Pergerakan Pemuda UMNO berfungsi sebagai platform menghubungkan artis dan pertubuhan politik.

"Calon yang memenangi kerusi itu layak membentuk sebuah jawatankuasa di bawahnya yang terdiri daripada lima orang Exco lagi.

"Jika merasakan anak seni penting untuk pembangunan negara maka perlulah melakukan sesuatu untuk menghubungkan anak seni dan politik," ujarnya.

Sementara itu, kata Zed Zaidi, majlis ibadah korban yang dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha Selasa lalu telah menumbangkan empat ekor lembu tajaan Yayasan Mustika Kasih, Seniman dan Alfafa Group.

"Pada tahun lalu, Seniman telah mengagih-agihkan daging dua ekor lembu kepada penduduk setempat dan tahun ini sebanyak empat ekor lembu disumbangkan oleh beberapa pihak yang prihatin.

"Malah, sambutan tahun ini juga di luar jangka dan lebih ramai ahli Seniman turun padang memeriahkan majlis," kata Zed Zaidi lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Khamis, 17 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kesetiakawanan pegangan Zahid

Posted:

Kesetiakawanan pegangan Zahid

Kesetiakawanan pegangan Zahid

FAKTOR keserasian Zahid dengan Presiden parti dikatakan boleh mempengaruhi keputusan Pemilihan UMNO 2013.


PADA Pemilihan UMNO 2009, Datuk Seri menang jawatan Naib Presiden dengan mendapat undi tertinggi iaitu 1,592 undi diikuti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (1,515) dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (1,445). Pada pandangan Datuk Seri, mengapakah perwakilan memberikan Datuk Seri undi tertinggi berbanding calon Naib Presiden UMNO lain ketika itu?

AHMAD ZAHID: Saya telah diberi kepercayaan sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 2009 bukan disebabkan sokongan daripada perwakilan UMNO dari negeri-negeri sahaja. Jawatan saya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam ketika itu turut membantu. Mungkin perwakilan telah melihat beberapa perubahan yang saya lakukan khususnya dari aspek pengurusan organisasi agama seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Tabung Haji. Saya juga mengkoordinasikan sistem fatwa dan mempertahankan di Dewan Rakyat bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam.

Jawatan Naib Presiden itu juga merupakan kesinambungan jawatan politik saya sebab saya pernah menjadi Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Ketua Pemuda. Selepas Pemuda, saya menjadi ahli Majlis Tertinggi pula dengan mendapat undi keempat dan kedua terbanyak dalam dua pemilihan.

Saya tidak menanam budi, saya hanya menanam kesetiakawanan. Mungkin faktor keakraban dan falsafah saya ketika itu yang menyumbang kemenangan pada 2009.

Betulkah ada pakatan untuk mengekalkan penyandang Naib Presiden sekarang?

Sebenarnya ia bukan pakatan, sebaliknya satu kesefahaman antara calon penyandang. Pada pandangan saya, Presiden UMNO selesa dengan kami bertiga dan kebetulan kami lahir daripada 'kilang' Pemuda.

Antara ketiga-tiganya, sayalah yang paling lama. Sejak tahun 1988 apabila UMNO diharamkan dan Najib menjadi Pemangku Ketua Pemuda ketika itu sehinggalah pada tahun 1993 semasa beliau memenangi jawatan Naib Presiden, kami telah bekerja bersama-sama dan mempunyai pola pemikiran yang sama.

Bagaimana dengan keselesaan bekerja antara Datuk Seri dengan wajah baharu seperti Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan orang lama, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad andai kata mereka menang dalam pemilihan nanti?

Bagi saya keselesaan itu merujuk kepada Presiden dan Timbalan Presiden. Pada pengamatan saya, selain Timbalan Presiden, Najib sering merujuk Naib-Naib Presiden walaupun sebenarnya beliau boleh membuat keputusan sendiri. Dengan kata lain, Naib Presiden harus mampu bekerja dalam persekitaran yang selesa dan harmoni bersama Presiden.

Kali ini seramai kira-kira 146,500 perwakilan akan mengundi. Apakah istimewanya Datuk Seri berbanding lima calon yang lain itu?

Tidak adil bagi saya untuk menganalisis diri saya begitu. Saya lihat terdapat kematangan dalam kalangan ahli-ahli yang menjadi perwakilan biarpun mereka itu pemimpin akar umbi.

Mereka bukan saja melihat sama ada calon sudah melaksanakan tugas sebagai menteri atau menteri besar dengan baik, malah perwakilan mahukan pemimpin yang tidak bermusim. Ertinya, walaupun pemimpin ada program rasmi di kementerian, mereka harus mempunyai masa untuk bekerja dengan kepimpinan di peringkat akar umbi, bahagian ataupun negeri. Ia penting bagi mendapatkan maklum balas politik daripada peringkat bawahan demi kepentingan parti.

Adakah sistem Electoral College yang diterapkan pada pemilihan UMNO kali ini akan memberi kelebihan kepada Datuk Seri?

Sistem pemilihan yang baharu dan lama mempunyai kelebihan dan kelemahan yang pelbagai. Saya mungkin lebih selesa dengan sistem lama kerana telah terbiasa begitu sejak dahulu.

Pemilihan kali ini menyaksikan jumlah perwakilan yang lebih ramai dan sebab itu saya timbulkan soal kematangan tadi. Maklumat-maklumat melalui media konvensional, sosial dan komunikasi bersemuka dapat membantu mereka memahami sistem itu dengan lebih baik.

Cakap-cakap mengatakan kaedah baharu ini memberi kelebihan kepada calon yang bersuara lantang. Apakah komen Datuk Seri?

Saya bukanlah pemimpin bermusim. Kelantangan saya juga tidak bermusim. Ketika saya jadi Ketua Penerangan UMNO Malaysia, nada yang sama saya lakukan. Saya berpendapat rakyat Malaysia lebih mahu melihat pemimpin memberi respons segera kepada sesuatu perkara sama ada dalam parti mahupun kerajaan. Itulah yang saya buat sekarang.

Bagaimana Datuk Seri memandang isu berkaitan memperkasakan orang Melayu?

Hutang negara kepada bangsa Melayu belum terbayar sepenuhnya. Kita lihat dalam Perlembagaan, kedudukan agama Islam, Raja-Raja Melayu, dan hak keistimewaan orang Melayu merupakan kompromi yang disebut sebagai kontrak sosial. Ia ibarat balasan kepada kesediaan orang Melayu memberi kelonggaran berhubung aspek kewarganegaraan kaum lain di negara ini.

Daripada 27 juta rakyat Malaysia, 60 peratus ialah orang Melayu bumiputera termasuk dari Sabah dan Sarawak. Kalau hendak diikutkan, kelebihan adalah kepada kaum Melayu yang sebahagian besar tinggal di Semenanjung tetapi tidak begitu. Semua bumiputera mempunyai hak yang sama rata.

Jadi, disebabkan itu, negara sebenarnya telah berhutang kepada bangsa Melayu kerana bangsa ini telah banyak berkorban ketika sebelum merdeka dan sesudah merdeka.

Apa yang saya perjuangkan ialah keadilan kepada bangsa Melayu yang merupakan bangsa saya.

Hishammuddin: 'Jangan buang semua di luar tingkap'

Posted:

Hishammuddin: 'Jangan buang semua di luar tingkap'

Hishammuddin: 'Jangan buang semua di luar tingkap'

HISHAMMUDDIN menafikan sokongan terhadapnya berkurangan menjelang pemilihan Sabtu ini.


PEMILIHAN UMNO kali ini diadakan selepas beberapa bulan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berakhir pada Mei lalu yang menyaksikan sokongan pengundi bukan Melayu merosot. Bagaimana Datuk Seri melihat Pemilihan UMNO 2013 dalam menentukan survival parti?

HISHAMMUDDIN: Memang benar Pemilihan UMNO 2013 adalah yang paling kritikal dalam sejarah parti berdasarkan keputusan PRU-13. Keputusan PRU-13 mendambakan UMNO melakukan sesuatu jika tidak mahu menerima nasib yang sama seperti parti Golkar di Indonesia dan Kuomintang di Taiwan.

Justeru, pemilihan parti kali ini amat penting untuk memastikan pemimpin yang dipilih dapat memenuhi cita rasa golongan yang tidak senang dengan kepimpinan parti dan pada masa sama memastikan penyokong yang telah membawa kepada kemenangan UMNO dihargai.

Adakah keputusan PRU-13 akan memberi kesan terhadap landskap pemilihan UMNO tahun ini?

Saya menjangkakan kesan PRU-13 kepada pemilihan parti tahun ini bergantung kepada sejauh mana perwakilan memahami senario keputusan PRU-13.

Keputusan PRU-13 sebenarnya menunjukkan UMNO masih kuat kerana berjaya merampas semula Kedah daripada pembangkang dan mempertahankan Perak daripada dirampas semula.

Perwakilan perlu memahami bahawa semua pencapaian ini bukan datang bergolek dalam sekelip mata kerana ia sedikit sebanyak hasil daripada apa yang dilakukan oleh barisan kepimpinan UMNO.

Mereka perlu juga memahami bahawa keamanan, kestabilan, keharmonian serta tahap ekonomi negara masih kukuh selepas PRU-13.

Apakah bentuk kepimpinan baharu yang diperlukan oleh UMNO untuk mengharungi pelbagai cabaran selepas ini?

UMNO akan berhadapan beberapa cabaran antaranya Pilihan Raya Kecil Sungai Limau, Pilihan Raya Negeri Sarawak dan PRU-14.

Secara peribadi saya berharap pemimpin yang dipilih kali ini mempunyai pengalaman dan mampu bekerjasama supaya UMNO dapat mencapai sasaran.

Justeru, perwakilan perlu memastikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai sebuah pasukan yang mampu mengharungi cabaran itu.

Apakah Datuk Seri yakin dapat mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO?

Saya menyerahkan perkara ini sepenuhnya kepada perwakilan. Bagaimanapun, saya berharap mereka dapat menilai saya bukan hanya dalam tempoh pemilihan parti kali ini sebaliknya berdasarkan apa yang telah saya lakukan dalam parti dan beberapa kementerian selama ini.

Ia satu perjalanan yang sukar dan ada jatuh bangunnya. Ia adalah kepimpinan yang telah diuji. Saya telah diuji dalam keadaan Pemuda UMNO berpecah satu waktu dahulu dan mengetuai Pemuda menghadapi cabaran gerakan demonstrasi jalanan oleh pembangkang.

Begitu juga semasa menghadapi pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu sewaktu menjadi Menteri Pertahanan. Bukan satu perkara yang mudah kerana kita perlu bertindak sewajarnya.

Apakah Datuk Seri berpandangan peristiwa pencerobohan pengganas Sulu yang mengorbankan 10 perajurit negara pada Mac lalu sedikit sebanyak memberi kesan ke atas sokongan perwakilan?

Saya berharap mereka tidak buat keputusan bersandarkan kepada kejadian itu semata-mata. Tidak adil jika hanya melihat kepimpinan saya dengan bersandarkan kejadian itu. Siapa sangka sewaktu saya menjadi Menteri Dalam Negeri negara diceroboh oleh kumpulan bersenjata dari Sulu. Tiada siapa menyangka sewaktu saya memangku jawatan Menteri Pengangkutan berlaku kejadian bas terjunam di Genting Highlands. Saya harap insiden-insiden itu tidak menyekat perwakilan untuk membuat keputusan dengan baik.

Ada yang mendakwa saya lambat bertindak di Lahad Datu sedangkan mereka tidak memahami saya perlu membuat banyak pertimbangan. Sebagai contoh saya perlu mempertimbangkan bilangan kaum Sulu yang ramai di Lahad Datu. Ini bukan menunjukkan saya terlalu berlembut atau takut.

Adakah benar desas-desus sokongan terhadap Datuk Seri untuk memenangi jawatan Naib Presiden UMNO kononnya kurang meyakinkan?

Yakin atau tidak, saya tidak pasti. Namun jika tahap keyakinan yang didakwa ini berdasarkan tinjauan menerusi media sosial, kita boleh lihat keputusannya berubah-ubah setiap jam.

Sekejap saya diletakkan dalam kedudukan keenam dan kemudian di kedudukan kedua malah ada satu tinjauan saya di kedudukan pertama. Saya tawakal kepada Allah dan pasrah kepada perwakilan yang menentukan.

Betulkah Datuk Seri dan dua lagi penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berada dalam satu pasukan pada pemilihan UMNO tahun ini?

Saya tidak menafikan kami bertiga telah menjalin kerjasama yang erat selama beberapa tahun dalam barisan Naib Presiden parti. Kerjasama yang terbentuk ini mungkin memberi gambaran kepada orang ramai bahawa kami dalam satu pasukan. Saya juga tidak nafikan berapa tahun lalu kami bertiga telah melalui cabaran cukup getir dalam parti dan berharap untuk terus ke hadapan bersama-sama.

Adakah benar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap ketiga-tiga penyandang Naib Presiden UMNO dikekalkan?

Saya tidak pasti mengenai perkara itu kerana hanya Presiden UMNO yang tahu bentuk pasukan yang beliau perlukan untuk berdepan PRU-14.

Bagaimanapun, jika ia benar, saya berpandangan perwakilan perlu menilai sendiri perkara itu kerana saya yakin apa jua harapan Presiden UMNO pastinya bergantung kepada keperluan teramai.

Bagaimana pandangan Datuk Seri terhadap pandangan segelintir pihak bahawa transformasi dalam UMNO memerlukan perubahan pada pucuk kepimpinan?

Janganlah kerana mahu perubahan kita membuang semuanya di luar tingkap. Perubahan sebenarnya telah pun dilakukan dalam UMNO jika kita perhatikan secara teliti. Persoalan sebenar adalah jenis perubahan yang kita perlukan.

Golongan muda Mesir dan Syria juga didendangkan dengan seruan perubahan untuk kehidupan yang lebih baik sebelum ini. Namun apa yang kita lihat berlaku di negara itu adalah sebaliknya. Ini yang perlu dipertimbangkan golongan muda muda UMNO pada pemilihan parti kali ini.

Shafie jadi jambatan Sabah, Sarawak dan Semenanjung

Posted:

Shafie jadi jambatan Sabah, Sarawak dan Semenanjung

Shafie jadi jambatan Sabah, Sarawak dan Semenanjung

SHAFIE mahu mewakili suara akar umbi dari Sabah dan Sarawak.


KHABARNYA Datuk Seri mendapat tepukan gemuruh pada sesi pengenalan calon di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini. Nampaknya Datuk Seri mendapat sokongan padu daripada UMNO Sabah. Apakah perasaan Datuk?

MOHD. SHAFIE: Saya berpendapat tepukan dalam sesi memperkenalkan calon bukan ukuran atau jaminan sokongan 100 peratus. Cuma ia sedikit sebanyak mencerminkan persepsi daripada perwakilan. Apatah lagi jumlah perwakilan UMNO yang memilih kali ini besar iaitu lebih 146,500 orang.

Datuk Seri ialah pemimpin dari Semporna, Sabah, tapi pada masa yang sama Datuk Seri juga pemimpin nasional dengan menjadi menteri di Kuala Lumpur. Apakah pentingnya input Datuk Seri sebagai pemimpin dari Sabah dalam konteks politik nasional UMNO?

Sebenarnya saya ialah pengasas UMNO dalam kalangan orang muda di Sabah pada tahun 1991. Kami menarik penyertaan orang muda ke dalam perjuangan UMNO. Kami membawa masuk golongan muda profesional dan kita dapat melihat hasilnya hari ini apabila ramai pimpinan peringkat pusat datang dari Sabah.

Perkara ini berterusan dan bukannya bermusim. Saya pula jenis yang suka ke kampung-kampung bukan sahaja di Sabah bahkan di Sarawak dan Semenanjung. Semasa menjadi Timbalan Menteri Pertahanan, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, saya banyak melawat kampung, maka orang kampung menilai gerak kerja saya. Saya bukan tunjuk muka semasa ada pemilihan Naib Presiden sahaja.

Pada Pilihan Raya Umum lalu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sempat masuk ke kampung-kampung di Sarawak kerana terlalu sibuk di Semenanjung, mereka maklumkan kepada saya supaya membantu melawat Sarawak dan Sabah.

Saya ambil tanggungjawab itu. Jadi, melalui jawatan Naib Presiden UMNO dan selaku menteri dalam kerajaan Persekutuan, saya telah membantu kepimpinan Presiden UMNO.

Datuk Seri mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO untuk kali kedua. Biasanya kali pertama lebih susah berbanding kali kedua. Komen Datuk Seri?

Sebelum ini saya bertanding banyak jawatan daripada peringkat Exco Pemuda, Majlis Tertinggi hinggalah Naib Presiden. Semasa mula-mula bertanding Naib Presiden ia agak kabur. Tetapi apabila bertanding untuk kali kedua, sambutan yang saya terima daripada pimpinan cawangan dan orang kampung semakin baik.

Mereka kata jangan bimbang, mereka akan memberi sokongan kepada saya. Berdasarkan respons akar umbi, mereka ternyata mahukan supaya sekurang-kurangnya seorang wakil dari negeri Sabah yang mewakili bukan hanya Negeri Di Bawah Bayu bahkan Sarawak untuk menjadi jambatan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.

Walaupun keputusan PRU-13 menunjukkan UMNO masih lagi diterima oleh rakyat, tetapi kita lihat perjuangan membela nasib orang Melayu yang sebelum ini ditunjangi UMNO telah diambil alih oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Boleh Datuk Seri ulas perkara ini?

Kalau kita lihat sokongan orang Melayu terhadap UMNO ia sebenarnya meningkat dan tidak pudar. Ini berdasarkan fakta pada PRU lalu iaitu kerusi UMNO jauh lebih besar berbanding PRU 2008 yang mana jumlah pengundi dalam kalangan orang Melayu yang kembali kepada UMNO juga semakin meningkat di kawasan tertentu.

Cuma yang melemahkan kita ialah parti komponen BN yang lain. Selain itu, kita perlu lihat perubahan dalam UMNO. Sememangnya kali ini ramai anak muda mempunyai jawatan dalam UMNO. Mereka menjadi ketua cawangan, menawarkan diri untuk bertanding dan menang. Ini menunjukkan ada minat terhadap perjuangan UMNO.

Keghairahan ini bukan hanya dari segi menyertai parti bahkan menawarkan diri untuk bertanding. Kalau parti tidak diminati, saya rasa perkara ini tidak berlaku.

Bagaimanapun, itu tidak cukup untuk kita memastikan kekuatan UMNO. Jadi kita perlu melakukan pelbagai pendekatan untuk membolehkan kita menarik lebih ramai golongan muda menyertai UMNO bukan hanya dalam konteks pengisian jawatan tetapi dalam konteks kita menganjurkan landasan-landasan baharu.

Contohnya di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kita perkenalkan Rural Business Challenge di mana kita galakkan belia-belia berkecimpung dalam perniagaan di peringkat luar bandar sama ada mereka mempunyai idea-idea baharu, rancangan baharu ataupun usahawan yang sedia ada.

Bagaimana Pemilihan UMNO 2013 boleh dilihat positif pada mata rakyat dan bukan dinilai kepada perebutan jawatan semata-mata?

Sebenarnya bukan mudah untuk sebuah parti yang memerintah negara selama 56 tahun mempertahankan kedudukan. Oleh kerana kita dah dikenali dari segi perkhidmatan dan kepimpinan, apa yang kita perlu lakukan ialah memastikan ia sentiasa relevan.

Sekarang kita perlu memberi sokongan kepada Najib menerusi idea dan gerak kerja yang lebih baik. Ketika Perdana Menteri memperkenalkan transformasi dalam UMNO, kita perlu menjana usaha ke arah itu.

Apakah Datuk Seri melihat pemilihan kali ini akan mengembalikan pengaruh dan kegarangan UMNO terutamanya dalam menangani isu rakyat kerana peranan itu kini banyak dilakukan oleh NGO?

Semua ahli parti perlu ambil beberapa langkah berbeza berbanding dahulu. Ia bukan semata-mata mengenai lantang bersuara. Tidak ada makna lantang bersuara kalau masalah rakyat tidak dapat diselesaikan. Rintihan rakyat perlu diatasi. Kita boleh lantang menyuarakan masalah ini dan itu, tetapi apa penyelesaiannya? Ia jauh lebih bermakna jika masalah yang disuarakan itu dapat diselesaikan segera.

Pemuda UMNO walaupun tidak bersuara lantang, mereka dapat memberikan pekerjaan kepada beribu-ribu belia di negara ini dan ini lebih besar pengertiannya. Saya yakin mereka yang mendapat pekerjaan itu bersyukur kerana dapat mencari rezeki.

Kepimpinan yang bagaimanakah menjadi impian Datuk Seri?

Kepimpinan yang saya yakin adalah penyatuan dan perpaduan kerana dalam mana-mana organisasi jika tiada perpaduan dan kesatuan, perjuangan tidak akan ke mana-mana. Kalau dalam perniagaan, pihak pengurusan akan berfikir bersama dan mereka bekerja bersama-sama.

Di Amerika Syarikat, masalah ideologi politik antara parti Republikan dan Demokrat akhirnya telah menyebabkan ekonomi negara itu lumpuh. Yang menerima akibatnya ialah rakyat. Ini pengajarannya jika tiada perpaduan.

Perpecahan dalam UMNO sendiri mengakibatkan muncul parti Semangat 46 yang kemudian membawa kepada kekalahan UMNO dan Barisan Nasional di Kelantan dan Terengganu.

Itu satu sejarah yang amat pahit pada kita. Jadi dalam melahirkan kepimpinan pada hari ini, harus ada keserasian dan kesepaduan untuk membolehkan kita bergerak dalam satu pimpinan.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved