Jumaat, 8 Februari 2013

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Rekod keempat dikecapi

Posted:

Rekod keempat dikecapi

Rekod keempat dikecapi

Oleh SHAWKATH AZDE

SEWAKTU kanak-kanak lagi, dia kerap berimaginasi mahu mencipta rekod dunia. Impian mendalam itu kemudian beralih kepada minat sebelum menjadi kerjayanya sehingga kini.

Itulah kisah di sebalik individu yang bernama Rainer Zietlow yang baru-baru ini menjayakan kembara sejauh 23,000 kilometer (km) dari Melbourne, Australia menuju St. Petersburg di Rusia.

Dinamakan sebagai projek Russtralia, Zietlow bersama dua krew iaitu Marius Biela dan Vadim Gagarin mengambil masa selama 17 hari, 18 jam dan 49 minit untuk menyempurnakan pengembaraan tersebut. Justeru, satu lagi rekod Guinness World Record dicipta.

Kembara yang diketuai Zietlow bertujuan menyampaikan sepucuk surat dengan kaedah kuno (menaiki kenderaan) daripada Datuk Bandar Melbourne kepada Datuk Bandar St. Petersburg.

Bermula dari Australia, pasukan itu kemudian menyusuri muka bumi di Timor Timur sebelum menuju Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand, Laos, China, Kazakhstan dan berakhir di Rusia.

Bagi setiap km perjalanan projek Russtralia, sebanyak 10 sen (Euro) dikumpul sebagai sumbangan untuk sebuah pertubuhan kebajikan di Laos iaitu Plan International. Jumlah sumbangan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak 2,300 Euro (kira-kira RM9,000).


JENTERA Touareg TDI dengan teknologi Bosch membantu krew Challange4 mengharungi pelbagai bentuk muka bumi dalam ekspedisi kali ini.


Ini bukannya misi kemanusiaan pertama Zietlow. Dia sudah menjayakan beberapa projek kembara untuk kebajikan, alam sekitar dan keperluan bidang sains.

"Ekspedisi yang saya akan ingati selalu adalah di Chile pada 29 Januari 2005. Itu merupakan kembara pertama saya dan perasaan pada ketika itu sememangnya bercampur-baur.

"Kami diselubungi perasaan takut. Namun tetap syukur kerana semuanya berjalan dengan baik," katanya dalam satu temuramah bertulis bersama Kosmo! baru-baru ini.

Ekspedisi yang dimaksudkan Zietlow adalah pendakian gunung berapi tertinggi dunia iaitu Ojos del Salado, Chile dengan memandu sebuah Volkswagen Touareg standard.

Ketinggian Ojos del Salado ialah 6,882 meter. Dia bersama seorang rakan, Ronald Bormann, mengemudi kenderaan hingga paras ketinggian 6,084 meter dengan membawa sebuah mesin seismograf.

Mesin seismograf itu dipasang pada paras tertinggi di gunung berapi tersebut untuk mengukur kekuatan gempa bumi dan pergerakan semasa muka bumi di kawasan berkenaan.

Zietlow yang berkelulusan bidang pentadbiran perniagaan kini memiliki dan mengusahakan Challenge4, sebuah agensi yang mengendalikan acara-acara automotif serta kembara jarak jauh.

"Inilah hobi saya sejak kecil lagi. Saya menjadikannya sebagai kerjaya sejurus sahaja memperoleh lesen memandu ketika berusia 17 tahun.

"Sebelum membabitkan diri dalam aktiviti kembara, saya sebenarnya memantapkan kekuatan mental dan fizikal. Ia penting sebagai persiapan untuk berdepan dengan apa jua situasi yang tidak diduga," katanya.


DARI kiri: Biela, Zietlow dan Gagarin bergambar di Rusia selepas berjaya menyempurnakan kembara Russtralia baru-baru ini.


Berhubung kembara Russtralia, Zietlow berkata, persiapan awal mengambil masa selama lapan bulan untuk memperhalusi segala perkara dalam ekspedisi itu.

Ini termasuk mencari penajaan, kenderaan bersesuaian, barangan keperluan dan memastikan semua laluan yang menggunakan koordinasi GPS adalah tepat.

Jentera Volkswagen Touareg TDI kegunaan pasukan Challenge4 telah melalui beberapa fasa modifikasi seperti pemasangan roll-cage dan kerusi jenis bucket untuk keselesaan pemandu.

Sebuah tangki diesel tambahan berkapasiti 300 liter dan set tayar jenis Continental Cross Contact LX 20 juga telah dipasang pada kenderaan berkenaan.

Jentera dengan enjin 3.0 liter V6 TDI Clean Diesel bersama pengecas lampau itu nyata berupaya membekalkan kuasa yang diperlukan sewaktu menempuh pelbagai permukaan muka bumi.

Tambahan lain membabitkan pemasangan teknologi satelit Inmarsat untuk komunikasi langsung, meskipun berada di kawasan terpencil.


ZIETLOW (baju hitam) sempat bergambar bersama sekumpulan kanak-kanak ketika di Indonesia.


Radiator bocor

Biarpun segala perancangan dilakukan dengan teliti, pasukan yang terdiri daripada tiga individu itu tetap menghadapi beberapa masalah.

Radiator Touareg mengalami kebocoran ketika di Timor Timur yang menyebabkan perjalanan terpaksa ditangguh selama sehari setengah. Tayar kenderaan juga bocor beberapa kali.

Penangguhan kedua berlaku apabila feri yang ditempah untuk membawa kenderaan berkenaan ke Melaka berdepan masalah tanpa dijangka.

"Ketika berusaha untuk mengejar masa yang terbuang gara-gara kerosakan radiator dan tayar bocor, perjalanan kami terpaksa ditunda kerana kapten kapal tidak biasa dengan pelabuhan Dumai, Indonesia. Keadaan bertambah rumit apabila enjin bot itu rosak.

"Kami terpaksa mencari alternatif lain dengan menempah sebuah kapal kayu untuk membawa kenderaan Volkswagen seberat tiga tan itu ke Melaka," tambahnya.

Ketiga-tiga krew secara bergilir-gilir memandu selama lima jam setiap seorang untuk memastikan masa dapat digunakan sepenuhnya dan mendapat rehat secukupnya.

Zietlow menambah, bekalan makanan yang dibawa dalam kenderaan sememangnya cukup sepanjang perjalanan merentasi Australia, Timor Timur, Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand, Laos, China, Kazakhstan dan Rusia.

Mandi? Mereka juga tidak mempunyai banyak masa untuk itu kerana kekangan masa mencipta rekod.

"Kami hanya membersihkan diri dengan air dalam botol sebaik sahaja tiba di Rusia. Itupun kerana mahu kelihatan kemas," ujarnya.

Baru sahaja selesai perjalanan panjang, Zietlow sebenarnya sudah ada rancangan kembara lain.

Kali ini, dia menanti masa untuk memulakan pengembaraan ke Sochi 2014 Winter Olympics di Rusia. Ia akan dilakukan pada tahun ini dan misi ke China (tahun hadapan).

Nisei Week LA

Posted:

Nisei Week LA

Nisei Week LA

Oleh IRWAN ASRI MOHD. NOR


JENTERA Chevrolet ini telah menerima proses ubah suai yang ekstensif.


SEBENARNYA sudah lama saya ingin menulis mengenai perkara ini. Di sebuah daerah kecil di Los Angeles (LA), Amerikat Syarikat (AS) ada satu tempat yang dikenali sebagai Little Tokyo.

Di sana, wujud satu sambutan tahunan yang diberi nama Nisei Week. Sebenarnya, Nisei Week adalah perayaan yang disambut secara turun temurun di sana oleh masyarakat Jepun-Amerika dengan pelbagai aktiviti budaya.

Nisei bermaksud generasi kedua, merujuk kepada generasi kedua Jepun yang lahir di AS. Sementara Isei pula merupakan generasi pertama yang telah menyambut perayaan sama sejak tahun 1934 lagi. Jangan salah sangka pula, maksud saya perayaan budaya, bukannya kereta.

Walaupun namanya Nisei Week, namun acara tersebut tidak lagi hanya tertumpu kepada aspek kebudayaan sahaja. Ada satu acara yang perlu anda tahu iaitu Nisei Showoff.


BARISAN kereta muscle Amerika yang memeriahkan pameran Nisei Showoff setiap tahun.


Nisei Showoff

Nisei Showoff merupakan pameran kereta yang mengumpulkan kereta jalanan terbaik di sekitar LA. Pameran ini sebenarnya bermula secara tidak sengaja apabila festival utama Nisei Week berlangsung.

Beberapa buah kelab kereta dari Selatan California yang terdiri daripada anak-anak generasi kedua Jepun berkumpul sambil lepak-lepak. Kemudian beebrapa orang individu seperti Janet Fujimoto, Duane Tomono dan Joey Lee mula memikirkan idea untuk jadikan acara pamaran kereta itu lebih teratur.

Justeru, mereka telah memilih satu kawasan parkir yang luas pada tahun 2000 untuk merasmikan pameran Nisei Week. Hingga ke hari ni, acara tersebut dijalankan secara tetap pada setiap tahun.

Pameran itu memang unik kerana pengunjung boleh masuk secara percuma. Ia bukanlah pameran yang rasmi sangat pun. Lebih kurang macam pameran Hellaflush Meeting Osaka.

Pameran yang pada awalnya terdiri daripada beberapa buah kelab kereta dan orang persendirian lama kelamaan semakin berkembang serta mendapat perhatian ramai.

Sehinggakan ia berjaya menarik syarikat-syarikat automotif utama, tuner dan bengkel-bengkel yang menghantar kereta mereka untuk dipamerkan.

Kalau anda semua ingin tahu, ada macam-macam jenis perjumpaan di AS yang memang menyeronokkan. Sebagai contoh, Honda Meeting, Toyota Fest, Eibach Meeting dan macam-macam lagi. Bagus betul kalau di Malaysia ada acara macam ini. Sudah tentu saya bawa famili boleh datang tengok kereta. Duit pun tak habis!

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penganjur Nisei memaklumkan bahawa sambutan yang menggalakkan banyak diterima daripada kereta Honda. Jadi pada tahun ini mereka buat seksyen yang dipanggil 'Generation'.


TRAK buatan pengeluar Jepun yang klasik.


Di sini, ia dibahagikan pada kategori 'past', 'present' dan 'future'. Menarik juga idea itu kerana pengunjung boleh melihat secara dekat barisan pengeluaran dan modifikasi yang berbeza pada pelbagai generasi kereta Honda.

Trend Nisei Showoff yang pada asalnya lebih tertumpu kepada perubahan sosial kereta Jepun kepada Japan Domestic Market (JDM) telah mula berubah beberapa tahun kebelakangan ini. Istilah Hellaflush, USDM, Canibeat, Illest mula diguna pakai. Trend begini juga sudah dapat dilihat dengan jelas pada pameran-pameran automotif terbabit.

Apabila digabungkan dengan konsep 'generation' tadi, maka boleh dilihat pengaruh budaya kereta AS yang sangat kuat. Enjin berkilat-kilat, wire tuck, turbo bersih-bersih semua dan mesin K20A itu nampak macam senang sahaja hendak memperolehnya.

Nisei Showoff kini juga tidak tertakluk pada kereta Jepun saja. Kereta muscle AS yang memberi pengaruh besar pada kereta old school Jepun turun dipamerkan. Kereta-kereta klasik begini memang wajib ada sebagai penyeri.

Cuma saya harap dapat melihat lebih banyak model Datsun, Hakosuka, Fairlady dan mungkin pikap lama Jepun. Namun hakikatnya, ini AS. Susah hendak cari kereta sebegitu. Kalau Mitsubishi Evo banyaklah. Evo pergi SEMA sudahlah. Di sini orang lebih menghargai nostalgia dan sejarah.

Vespa LX150 edisi Apple

Posted:

Vespa LX150 edisi Apple

Vespa LX150 edisi Apple

ATAS: Simbol buah epal yang digunakan pada tahun 1969 kini ditampilkan pada bahagian hadapan Vespa moden.




DARI Kiri: Pemangku Naza Premira, Terrence Duncan, SM Faisal dan Naib Presiden Two Wheel Division Kumpulan Naza, Nik Danial Nik Mahmood pada majlis pelancaran model edisi terhad LX150 di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


NAZA Premira Sdn. Bhd. (Naza Premira) baru-baru ini menambah pilihan produk skuter Vespa sedia ada menerusi pelancaran varian LX150 edisi Apple untuk pelanggan tempatan. Hanya 168 unit jentera jenama Itali itu ditawarkan di Malaysia.

Naza Premira merupakan pengedar rasmi skuter jenama Vespa di Malaysia.

Untuk makluman, LX150 edisi Apple itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat pengeluar gajet dan peranti pintar iaitu Apple Inc.

Edisi Apple itu diperkenalkan bagi memperingati kempen pengiklanan paling popular di Itali pada tahun 1969. Slogan kempen itu dalam bahasa Itali pada ketika itu ialah Chi Vespa mangia le mele (If you ride a Vespa, you take a bite of the Apple).

Buah epal dipilih kerana dikatakan merupakan simbol untuk kesihatan, muda, berkhasiat dan dikehendaki ramai. Individu di sebalik ciptaan slogan itu ialah Gilberto Filippetti daripada agensi pengiklanan Leader di Florence, Itali.

Kempen pengiklanan itu digunakan untuk pengenalan model Vespa 50 Special pada tahun 1969. Ia tepat pada masanya kerana pada ketika itu seramai 16 juta golongan muda di Itali memerlukan sebuah kenderaan untuk mobiliti. Era itu adalah masa peralihan Itali ke arah pembentukan sebuah negara perindustrian.

Malaysia merupakan negara kedua selepas Vietnam untuk menawarkan Vespa LX150 edisi Apple. Produk keluaran kilang di Hanoi, Vietnam itu hanya didatangkan dalam warna putih.

Sentuhan kosmetik membabitkan grafik epal pada kedua-dua sisi skuter dan bahagian hadapan. Pelana jentera bersesaran 150cc itu diberi pengenaan dua tona merah putih beserta satu logo epal kecil.

Lima cawangan baharu

Enjin LX150 jenis empat lejang sejukan udara dengan transmisi automatik itu mampu menghampurkan kuasa sehingga 11.66hp @ 7,750rpm dan kuasa kilas 11.5Nm @ 6,000rpm. Berat kering jentera adalah 110 kilogram dan berupaya mencapai kelajuan maksimum 95 kilometer sejam.

Untuk memberhentikan jentera, kedua-dua roda menggunakan khidmat brek cakera bersaiz 200 milimeter (mm) di hadapan dan drum di belakang (110mm). Ada dua cara menghidupkan Vespa LX150 iaitu sama ada melalui butang pemula atau penendang kaki.

"Vespa merupakan skuter gaya hidup yang digemari di negara ini. Sebanyak 1,000 unit varian Vespa telah dijual pada tahun 2012," kata Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.

Unjuran jualan tahun ini adalah sebanyak 2,000 hingga 3,000 buah. Bagi merealisasikan sasaran tersebut, Naza Premira bakal membuka lima cawangan baharu di Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu dan Sarawak pada tahun ini.

Buat masa ini, terdapat dua bilik pameran Vespa iaitu masing-masing di Petaling Jaya dan Kota Damansara di Selangor.

Vespa LX150 edisi Apple ditawarkan pada harga atas jalan RM11,388 seunit. Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, anda kini boleh memiliki sebuah skuter LX150 pada harga RM8,888 sebuah (harga asas). Stok adalah terhad dan promosi hanya sah sehingga 28 Februari 2013.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Nazmi tak menyengat

Posted:

Nazmi tak menyengat

Nazmi tak menyengat

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

PRESTASI Nazmi agak tenggelam ketika beraksi dengan PKNS pada perlawanan persahabatan menentang Johor di Pasir Gudang, Johor semalam.


PEMAIN muda kontroversi, Muhammad Nazmi Faiz Mansor kurang menyengat.

Pengalaman selama hampir enam bulan di bumi Eropah seolah-olah tidak membantu meningkatkan gaya permainannya.

Dia bagaikan hilang sentuhan ketika turun beraksi dengan skuad Selangor PKNS pada perlawanan persahabatan menentang Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang semalam.

Perlawanan tersebut merupakan penampilan pertamanya sejak kembali ke tanah air, tetapi hanya dimasukkan pada separuh masa kedua sebagai pemain gantian.

Pada perlawanan tersebut, Johor meraih kemenangan 2-0 hasil jaringan pemain import, Juan Muriel Orlando.

Begitupun, Nazmi mengakui memerlukan sedikit masa untuk mendapat rentak beraksi bersama pasukan baharunya, PKNS.

Bekas pemain kelab Portugal, Biera Mar itu berkata, banyak aspek yang perlu dipertingkatkan terutama keserasiannya bersama pemain lain.

"Saya perlukan sekurang-kurangnya tiga perlawanan lagi untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan ini.

"Beri saya sedikit masa, apabila sudah serasi, insya-Allah semua akan bertambah baik," katanya selepas perlawanan semalam.

Nazmi sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila membuat keputusan mengejut pulang ke tanah air dan mengikat kontrak selama tiga tahun bersama PKNS.

Dia bagaimanapun masih tidak mahu mengulas lanjut mengenai kepulangan mengejutnya itu.

Mengulas isu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nazmi yang kini berusia 19 tahun menjelaskan dia masih belum bersedia menghadapi peperiksaan penting itu.

Katanya, banyak perkara yang perlu diselesaikannya terlebih dahulu dan pada ketika ini, dia tidak boleh fokus sepenuhnya terhadap pelajaran.

"SPM bukannya boleh dipandang ringan, ia perlukan persediaan yang rapi. Buat masa ini, saya belum bersedia," katanya.

Sementara itu, dalam perlawanan persahabatan semalam, Johor yang terlebih dahulu memulakan asakan tampak tidak bermaya pada separuh masa pertama apabila gagal menyempurnakan peluang-peluang yang dihasilkan.

Namun, tidak mahu kalah di laman sendiri, asakan demi asakan terus dilakukan Johor dan percubaan mereka hampir berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-30 hasil rembatan kencang dari luar kotak penalti oleh Orlando, namun tersasar.

Gol pertama Johor bagaimanapun hadir pada minit ke-49 hasil sepakan Orlando, dan 10 minit kemudian, Orlando mengesahkan kemenangan tuan rumah apabila sekali lagi menjaringkan gol hasil hantaran lintang daripada Mohd. Rashid Aya.

'Shahidan masih belum selamat'

Posted:

'Shahidan masih belum selamat'

'Shahidan masih belum selamat'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tiga pertuduhan yang dihadapi Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd. Razak berkata, pihaknya tetap akan mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu biarpun Shahidan telah melepaskan jawatannya dalam badan induk itu baru-baru ini.

"Mesyuarat tetap akan diadakan (biarpun Shahidan telah melepaskan jawatan).

"Jika Shahidan tidak mengaku bersalah, beliau boleh mengemukakan sebab munasabah dan jika alasan yang diberi boleh diterima pakai, jawatankuasa akan pertimbangkan kes tersebut," katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada 1 Februari lepas, FAM menghantar surat mengandungi tiga pertuduhan terhadap Shahidan mengikut Artikel 88 Statut FAM yang ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Bagi pertuduhan pertama, Shahidan berdepan tindakan amaran keras, denda maksimum RM50,000 serta hukuman lain ditentukan Jawatankuasa Tatatertib mengikut Kod Tatatertib FAM kerana membuat kenyataan kepada media berkaitan hal ehwal pentadbiran FAM tanpa kebenaran mengikut Artikel 88 Status FAM.

Untuk pertuduhan kedua, beliau berdepan tindakan gantung keahlian minimum dua tahun dan denda maksimum RM10,000 susulan penyiaran artikel sama dengan mempunyai niat menghina atau mengaibkan, menjatuhkan atau mencemar imej mana-mana pegawai FAM.

Bagi pertuduhan ketiga, Shahidan melalui artikel sama dituduh membuat kenyataan bercanggah, mempertikai, mempersoal atau fakta yang diberikan tidak tepat atau bercanggah atau salah dengan mana-mana keputusan badan persatuan mengikut Artikel 20 Statut FAM 2010-2014.

Bagi pertuduhan itu, beliau berdepan hukuman gantung keahlian enam bulan dan denda RM8,000.

Susulan menerima surat pertuduhan itu, Shahidan mengumumkan untuk meletak jawatan dalam dua jawatankuasa kecil FAM iaitu sebagai Anggota Jawatankuasa Kewangan (AJK) FAM dan AJK Bola Sepak Wanita FAM.

Taufek memberitahu, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang penjelasan rasmi daripada Shahidan berhubung perkara itu.

Dalam pada itu, ketika ditanya tarikh sebenar persidangan itu, jelas Taufek: "Saya masih belum menerima makluman lanjut (daripada FAM) berhubung perkara itu.

"Mungkin ia akan diadakan selepas perayaan Tahun Baru Cina."

Aksi Nwakaeme pikat penyokong Kelantan

Posted:

Aksi Nwakaeme pikat penyokong Kelantan

Aksi Nwakaeme pikat penyokong Kelantan

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

NWAKAEME (kanan) tampil dengan aksi yang bertenaga ketika membantu Kelantan menewaskan Felda United 2-0 di Kota Bharu kelmarin.


PEMAIN import jemputan Kelantan dari Nigeria, Dickson Nwakaeme, 27, mula meniti di bibir penyokong fanatik skuad tersebut.

Ia ekoran aksi bertenaga yang dipamerkan oleh pemain berkenaan serta kerap kali menguji kekuatan benteng pertahanan lawan ketika turun beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Felda United di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu kelmarin.

Gaya permainannya terus menenggelamkan rentak seorang lagi tonggak import Kelantan, Keita Mandjou yang sedang bergelut untuk mengembalikan prestasinya.

Tanpa berselindung, pengendali Kelantan, Bojan Hodak mengakui Dickson mempunyai kelebihan tersendiri selepas membantu The Red Warriors mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Felda United pada aksi persahabatan itu.

Menurutnya, pemain tersebut mempunyai kelebihan dari segi kawalan bola serta bijak membuka ruang kepada rakan pasukan untuk menjaringkan gol.

"Dia (Dickson) seorang pemain yang hebat serta memiliki gaya kawalan bola yang baik selain mampu melakukan percubaan daripada sudut yang sukar.

"Bagaimanapun, setakat ini, mungkin tidak akan berlaku sebarang perubahan dalam pasukan dan saya serahkan semuanya kepada pihak pengurusan," katanya.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan yang beraksi di hadapan 7,000 peminat setia mereka terpaksa menunggu sehingga minit ke-33 untuk memperoleh jaringan menerusi rembatan seorang lagi pemain import jemputan, Salim Arrache.

Pada minit ke-72, Indra Putra Mahayuddin menggandakan jaringan Kelantan selepas rembatan kencangnya gagal diselamatkan oleh penjaga gol Felda United, Mohd. Helmi Eliza Elias.

Kemenangan tersebut menyaksikan Kelantan memperoleh tonik berguna menjelang perlawanan Liga Super menentang Selangor pada 15 Februari ini di Stadium Shah Alam.

Dalam pada itu, Hodak berkata, dua aksi persahabatan yang diharungi oleh pasukannya setakat ini memberikan impak positif buatnya dalam menilai kekuatan dan kelemahan pasukan.

"Ia cukup penting buat kita untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada sebelum saingan Liga Super kembali bersambung.

"Banyak perubahan yang saya dapat lihat terutama persembahan daripada Mohd. Izuan Solahuddin, begitu juga dengan aksi Mohd. Faiz Subri. Kedua-dua pemain ini semakin menunjukkan peningkatan," ujarnya.

Bagi pengendali Felda United, K. Devan, beliau mengakui pasukannya masih mencari pemain terbaik untuk digandingkan dengan penyerang dari Lebanon, Mohd. Ghaddar.

Selain itu, Devan turut merancang untuk mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan berdepan sama ada Pahang atau naib juara Piala FA musim lalu, Sime Darby FC.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Parti Islam tolak kerajaan Tunisia dibubar

Posted:

Parti Islam tolak kerajaan Tunisia dibubar

Parti Islam tolak kerajaan Tunisia dibubar

SEORANG anggota polis melepaskan gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan pro-Belaid di Gafsa, Tunisia kelmarin.


TUNIS – Parti Islam yang mendominasi kerajaan campuran Tunisia semalam menolak inisiatif Perdana Menteri Hamadi Jebali untuk membentuk sebuah kerajaan teknokrat bagi menyelesaikan krisis politik di negara tersebut yang berpunca daripada pembunuhan seorang tokoh politik pembangkang.

Pengumuman tersebut yang dibuat oleh Parti Ennahda mencetuskan persoalan berhubung cara untuk menyelesaikan krisis dalaman terburuk di Tunisia sejak revolusi rakyat bagi menjatuhkan diktator Zine El Abidine Ben Ali berlaku pada Januari 2011.

Tunisia kini berdepan perpecahan bukan sahaja antara kerajaan dengan pembangkang tetapi turut melibatkan anggota-anggota Parti Ennahda.

Dalam kejadian pagi kelmarin, seorang pemimpin pembangkang, Shokri Belaid mati ditembak beberapa kali di dalam kereta di luar kediamannya oleh beberapa penyerang tidak dikenali.

Pembunuhan itu mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh negara dengan gas pemedih mata terpaksa digunakan bagi menyuraikan mereka.

Susulan bantahan rakyat, Jebali mengumumkan lewat kelmarin bahawa beliau akan membubarkan kerajaan dan membentuk sebuah pemerintahan baharu yang dianggotai ahli-ahli teknokrat untuk mentadbir negara sehingga pilihan raya diadakan seperti yang dituntut oleh pembangkang.

Bagaimanapun, pada keesokan harinya, Timbalan Presiden Ennahda, Abdel-Hamid Jalasi berkata, partinya menolak cadangan Perdana Menteri berkenaan sekali gus menggugat masa depan Tunisia. – Agensi

55 orang maut di Damsyik

Posted:

55 orang maut di Damsyik

55 orang maut di Damsyik


BEBERAPA anggota penentang yang merupakan askar-askar Tentera Pembebasan Syria berada di sebuah lokasi pertempuran di Jobar, Damsyik kelmarin.


DAMSYIK - Kedudukan kumpulan penentang Presiden Bashar Al-Assad di sekitar ibu kota Syria di sini digegarkan dengan pertempuran sengit dan bedilan meriam untuk hari kedua berturut-turut semalam ketika pihak tentera melancarkan serangan besar-besaran yang dilaporkan telah meragut 55 nyawa dalam tempoh 24 jam.

Antara yang terbunuh ialah lima orang awam termasuk tiga wanita.

Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia menyatakan, semua mangsa maut terkena peluru mortar di kem pelarian Palestin di Yarmuk yang terletak di pinggir bandar raya ini.

Menurut kumpulan itu, sekurang-kurangnya 19 orang awam, 28 penentang dan lapan askar terbunuh sejak serangan tersebut dilancarkan awal semalam.

Serangan tentera rejim Bashar itu ditumpukan di bahagian selatan dan pinggir bandar raya ini.

Kawasan tersebut merupakan kubu kuat penentang rejim Bashar.

Lebih 60,000 orang dilaporkan terbunuh sejak pertempuran antara kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan tentera Syria berlaku pada Mac 2011.

Para penentang itu mahu Bashar digulingkan kerana kegagalannya membawa pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan bersuara selepas kebangkitan penduduk berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya. - Agensi

Ahli sihir mati dibogel, dibakar

Posted:

Ahli sihir mati dibogel, dibakar

Ahli sihir mati dibogel, dibakar


SEJUMLAH orang menyaksikan seorang wanita dibakar bersama timbunan sampah dan tayar di Mount Hagen, Papua New Guinea pada Rabu lalu.


SYDNEY - Seorang wanita muda, Kepari Leniata dibogelkan sebelum dibakar hidup-hidup di depan sejumlah orang di Papua New Guinea, menurut laporan semalam.

Wanita itu diikat dan didera sebelum tubuhnya dicurahkan minyak serta dibakar bersama timbunan sampah dan tayar pada Rabu lalu.

Menurut akhbar Post-Courier, wanita berkenaan dibakar kerana dia didakwa membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun menerusi ilmu hitam.

Kejadian itu berlaku di bandar Mount Hagen di pulau tersebut.

Sebuah jentera bomba datang ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, beberapa orang mengejar jentera tersebut yang kemudian meninggalkan tempat kejadian.

Wanita itu mati di tempat kejadian.

Menurut laporan, wanita berkenaan mengaku membunuh budak itu yang mati selepas dimasukkan ke sebuah hospital dengan sakit di bahagian perut dan dada pada Selasa lalu.

Menurut polis, pihaknya melakukan persediaan untuk mendakwa orang yang bertanggungjawab membakar wanita berkenaan.

Polis berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai pembunuhan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Isu pertuduhan FAM: Shahidan serah kepada peguam

Posted:

Isu pertuduhan FAM: Shahidan serah kepada peguam

Isu pertuduhan FAM: Shahidan serah kepada peguam

08/02/2013 7:15pm

KUALA LUMPUR — Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim menyerahkan kepada peguam bagi menyelesaikan isu tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bekas Menteri Besar Perlis itu berkata, urusan tersebut diserahkan kepada peguam kerana beliau perlu menyelesaikan perkara yang lebih penting membabitkan pembayaran gaji pemain singa utara itu.

"Saya sibuk cari duit bagi membayar gaji pemain dan saya tidak ada masa untuk melayan FAM sebab gaji pemain, mereka (FAM) tak tolong bayar," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Sebelum ini, Jawatankuasa Tatatertib FAM memberi tempoh sehingga tengah hari ini untuk Shahidan menyerahkan surat tunjuk sebab berhubung tiga pertuduhan terhadapnya.

Pada 1 Februari lepas, FAM menghantar surat mengandungi tiga pertuduhan terhadap Shahidan mengikut Artikel 88 Statut FAM yang ditandatangani Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad.

Bagi pertuduhan pertama, Shahidan berdepan tindakan amaran keras, denda maksimum RM50,000 serta hukuman lain ditentukan Jawatankuasa Tatatertib mengikut Kod Tatatertib FAM kerana membuat kenyataan kepada media berkaitan hal ehwal pentadbiran FAM tanpa kebenaran mengikut Artikel 88 Status FAM.

Untuk pertuduhan kedua, beliau berdepan tindakan gantung keahlian minimum dua tahun dan denda maksimum RM10,000 susulan penyiaran artikel sama dengan mempunyai niat menghina atau mengaibkan, menjatuhkan atau mencemar imej mana-mana pegawai FAM.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, Shahidan melalui artikel sama dituduh membuat kenyataan bercanggah, mempertikai, mempersoal atau fakta yang diberikan tidak tepat atau bercanggah atau salah dengan mana-mana keputusan badan persatuan mengikut Artikel 20 Statut FAM 2010-2014.

Bagi pertuduhan itu, beliau berdepan hukuman gantung keahlian enam bulan dan denda RM8,000.— BERNAMA

Zarina Anjoulie dan rakan didakwa positif dadah

Posted:

Zarina Anjoulie dan rakan didakwa positif dadah

Zarina Anjoulie dan rakan didakwa positif dadah

08/02/2013 7:09pm

PETALING JAYA — Pelakon dan model, Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan positif dadah jenis Methamphetamine Disember tahun lalu.

Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nazri Omran.

Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu.

Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes.

Selain itu mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan, memiliki dua biji pil eramin 5 setiap satu seberat 0.38 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini pada 5.30 petang, 30 Disember tahun lalu.— BERNAMA

132 pelumba dari 30 negara sertai LTdL

Posted:

132 pelumba dari 30 negara sertai LTdL

132 pelumba dari 30 negara sertai LTdL

08/02/2013 6:40pm

KUALA LUMPUR — Pierre Rolland dan Andrea Guardini merupakan antara 132 pelumba dari 30 negara yang akan memulakan saingan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013.

Ketua Pegawai Operasi LTdL 2013, Emir Abdul Jalal berkata, kesemua pelumba tersebut telah mengesahkan penyertaan pada edisi ke-18 LTdL yang bermula di Kangar, Perlis, 21 Februari ini.

"Dunia akan mengenali Malaysia secara lebih dekat dengan kehadiran pelumba antarabangsa mewakili lima benua...ini ekoran liputan media yang meluas di luar negara," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Antara pelumba hebat bakal menjadi perhatian ialah Rolland, penunggang Perancis berusia 26, yang memenangi salah satu peringkat pendakian Tour de France pada dua edisi lepas.

Guardini, dari Itali, pula merupakan penunggang pertama merangkul kemenangan dalam enam peringkat pada edisi tahun lepas dan penunggang paling banyak meraih kemenangan dalam sejarah LTdL iaitu 11 peringkat.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Jangan abaikan sakit belakang

Posted:

Jangan abaikan sakit belakang

Jangan abaikan sakit belakang

Oleh NURUL IZZA ROSLY

SAKIT pada belakang badan merupakan sakit yang kerap berlaku pada setiap orang dewasa. Lazimnya, seseorang itu akan mengalami episod kesakitan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Namun, ramai dalam kalangan kita mengambil ringan terhadap sakit belakang. Walaupun kebanyakan sakit belakang tidak mengundang bahaya atau membawa maut, ia wajar mendapat perhatian yang teliti sekiranya berterusan.

Antara penyebab sakit belakang yang sering berlaku ialah slipped disc atau cakera tergelincir. Ia boleh terjadi pada mana-mana kedudukan antara 33 vertebra yang membentuk tulang belakang.

"Cakera sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian luarnya yang seperti getah dan dipanggil anulus fibrosus manakala bahagian tengah seperti gel pula dipanggil nukleus pulposus," ujar Pakar Ortopedik, Trauma dan Pembedahan Tulang, Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Joseph Yap Chong Kiat.

Cakera tergelincir sebenarnya merujuk pada keretakan dan koyakan pada bahagian anulus. Ia menyebabkan nukleus tertolak ke dalam keretakan atau koyakan itu lalu menyebabkan cakera membonjol.

Kebanyakan kes cakera tergelincir terjadi disebabkan kecederaan akibat hentakan akibat terjatuh atau mengangkat beban yang berat.

"Ia juga boleh berlaku akibat kecederaan ringan yang berterusan yang dipanggil RSI (repetitive stress injury).

"Contohnya, duduk atau memandu dalam kereta berterusan selama berjam-jam. Dalam keadaan sebegitu, tekanan boleh berlaku pada cakera. Ia menyebabkan ketegangan yang seterusnya mengakibatkan anulus koyak sedikit," terangnya.


RAWATAN fisioterapi merupakan rawatan awal bagi melegakan kesakitan pada pesakit.


Tambahnya, kesakitan yang dialami boleh berlarutan sehingga beberapa jam, berhari-hari atau berlanjutan sehingga beberapa bulan.

Sokongan tubuh

Menurut Joseph, tulang cakera merupakan satu fibrocartilage (rawan berserat) yang berada di antara vertebra tulang belakang.

Cakera tersebut membantu memberikan sokongan kepada badan, menolong menahan berat badan serta berfungsi untuk mengurangkan geseran di antara vertebra.

"Apabila menyentuh soal slipped disc, ramai yang beranggapan bahawa perkataan slipped yang digunakan itu memberikan maksud cakera tersebut teranjak dari tempatnya.

"Sebenarnya, itu tidak berlaku kerana cakera itu sudah tetap kedudukannya pada tulang belakang.

"Apabila cakera itu membonjol ke belakang, mungkin dalam hasil imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik) menunjukkan seperti bentuk yang berselisih. Mungkin kerana itu, orang fikir cakera itu teranjak dari kedudukannya, sebenarnya ia bonjol dan bengkak.

Katanya, secara am, cakera gelincir atau PID (Prolapsed Intervertebral Disc) lazim berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita dan berlaku ke atas orang dewasa berusia 30 hingga 50 tahun.

Mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun atau 70 hingga 80 tahun mengalami kesakitan bahagian belakang, kebanyakannya bukan PID.

Sungguhpun begitu, katanya, jangan sekali-kali memandang ringan jika kanak-kanak mengalami masalah sakit belakang kerana sesuatu yang serius mungkin berlaku.


KERATAN rentas tulang belakang yang menunjukkan cakera yang normal (kiri) dan cakera yang mengalami hernia (kanan).


"Masalah ini jarang dilihat dalam kalangan golongan tua kerana bahagian nukleus seperti gel sudah menjadi semakin kering apabila seseorang itu berusia melebihi 50 tahun.

"Ia tidak dapat menyerap hentakan atau mengalir keluar seperti yang terjadi kepada golongan dewasa yang lebih muda," katanya sambil memberitahu jika sakit belakang berlaku dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas, ia mungkin disebabkan oleh masalah lain seperti kemerosotan tulang, osteoporosis, spondilolistesis atau barah tulang.

Berat badan

Ujar Joseph, berat badan berlebihan juga merupakan faktor risiko yang menambahkan kemungkinan untuk mendapat kecederaan pada cakera selain jenis pekerjaan dan kegiatan sukan lasak.

Joseph menerangkan, jika kesakitan yang dialami seseorang itu melebihi seminggu dan tidak hilang apabila menjalani rawatan biasa seperti makan ubat dan berehat, seseorang itu disarankan untuk berjumpa doktor.

"Biasanya, doktor akan menjalankan diagnosis berdasarkan sejarah pesakit dengan mengambil kira faktor usia, rekod kecederaan akibat terjatuh atau mengangkat benda berat. Doktor juga perlu mengetahui bahagian yang sakit dan kebarangkalian kesakitan tersebut berpindah ke punggung, paha atau ke kaki sepenuhnya.

"Ia memberikan gambaran kepada doktor dan daripada situ doktor akan melakukan beberapa ujian ringkas ke atas pesakit seperti SLR (straight leg raising)," ujarnya.

Ujian SLR dilakukan dengan mengangkat kaki pesakit tanpa membengkokkan lutut. Jika rasa sakit seseorang pesakit itu bertambah, ia menunjukkan berlaku tekanan pada saraf tulang belakang.

Secara am, 90 peratus sakit belakang boleh dirawat secara konservatif, iaitu dengan ubat dan fisioterapi tanpa sebarang prosedur invasif yang memerlukan suntikan dan pembedahan.

Rawatan

Joseph memberitahu, doktor sentiasa cuba untuk memberikan ubat dan rawatan fisioterapi terlebih dahulu bagi melegakan kesakitan yang dialami pesakit. Pada masa yang sama memantau perkembangan mereka.


PERBEZAAN cakera normal dengan cakera yang mengalami bonjolan dan bengkak yang seterusnya menekan pada saraf mengakibatkan kesakitan.


"Jika kesakitan berlarutan melebihi enam minggu walaupun diberikan rawatan, maka prosedur invasif dilakukan. Namun, kadang kala rawatan invasif perlu lebih awal sekiranya kesakitan keterlaluan.

"Walaupun kita sudah mengeluarkan bonjolan cakera yang menekan saraf, cakera tersebut tidak seperti cakera normal dan dianggap sedikit lemah berbanding disc yang lain," jelasnya sambil memberitahu senaman boleh mengelakkan cakera tergelincir daripada berlaku kerana berat badan ditampung oleh otot dan tulang.

Senaman yang betul boleh membuatkan otot belakang menjadi kuat dan mereka yang selalu bersenam kurang mengalami masalah tersebut.

Walau apapun, Joseph menasihatkan orang ramai yang mengalami sakit belakang yang berterusan agar merujuk kepada doktor.

"Kita pasti tidak mahu terlepas pandang sesuatu yang mungkin berbahaya seperti jangkitan kuman pada tulang belakang, barah tulang atau sakit buah pinggang.

"Bukan semua sakit belakang disebabkan masalah pada tulang. Kita perlu tahu puncanya lebih-lebih lagi apabila berlaku simptom-simptom sistemik seperti penurunan berat badan, kurang selera makan, sentiasa letih dan demam.

Semangat generasi baharu Palestin

Posted:

Semangat generasi baharu Palestin

Semangat generasi baharu Palestin

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN


REMAJA Palestin ini tetap ceria menerima kunjungan rakyat Malaysia yang banyak memberikan bantuan kemanusiaan kepada mereka.


IMEJ kanak-kanak Palestin memegang senjata dan berpakaian tentera seringkali disalah anggap oleh segelintir orang dan menganggapnya ia sebagai satu tindakan provokasi atau mengajar kanak-kanak untuk menjadi pengganas.

Malah Zionis dalam kempen untuk mendapatkan kembali kepercayaan penduduk mereka di Israel turut menggelarkan ibu kanak-kanak Palestin sebagai mereka yang melahirkan pengganas.

Namun jika dilihat dari konteks perjuangan, penduduk Palestin terutama Gaza dikepung di tanah air mereka sendiri. Mereka tidak diberi kemudahan untuk meneroka peluang yang ada. Tidak diberi kemudahan untuk keluar masuk negara dalam membangunkan negara mereka sendiri.

Bahkan mereka juga tidak berpeluang untuk menjalankan perdagangan dengan negara luar dan semuanya perlu melalui telunjuk Israel.

Atas kekangan itu juga, sehingga kini penduduk Palestin terpaksa menggunakan mata wang Israel, Shekel, dalam semua urusan jual beli sama ada di Gaza atau di Tebing Barat.

Ramai yang melihat penduduk Palestin sebagai pengganas, namun mereka sebenarnya mempertahankan saki-baki tanah air mereka yang dirampas oleh Zionis.

Penempatan haram

Laporan The Hindu Times pada 26 Disember 2012 l turut menyatakan Israel terpaksa menjemput 7,500 Yahudi India untuk memenuhkan penempatan haram yang dibuka di Tebing Barat dalam membolehkan Zionis menjadikan 'rakyat' mereka lebih ramai daripada rakyat Palestin sendiri.


KECEDERAAN tanpa anggota badan merupakan pemandangan biasa di Gaza.


Jadi, isu perjuangan menjadi agenda utama rakyat Palestin dalam membebaskan bumi mereka daripada terus dijajah. Malah, acapkali jika kita ke Gaza, pemimpin Hamas berjanji bahawa satu hari nanti, semua umat Islam bersama-sama mereka bersolat berjemaah di Masjidil Al-Aqsa. Itu janji mereka.

Kanak-kanak diajar erti perjuangan. Sebelum ini batu, lastik hanyalah senjata mereka mempertahankan bumi mereka sendiri. Kemodenan dalam sistem ketenteraan dan persenjataan turut memberikan satu titik tolak dalam pertahanan Gaza.

Setiap ibu bapa di Gaza adalah pejuang dan anak-anak mereka melihat perjuangan mereka setiap hari. Malah ada anak-anak yang masih kecil kehilangan ibu atau bapa mereka yang gugur syahid dalam perjuangan mempertahankan bumi mereka sendiri.

Israel tidak takut pada tentera Hamas, Al-Qassam, mereka lebih takut kepada generasi baharu Palestin. Itulah sebabnya ketika konflik peperangan yang terjadi, bayi, kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa dibunuh. Mereka mahukan perjuangan Palestin terhenti, tidak ada sebarang kesinambungan.

Menurut laporan wartawan The Guardian, Victoria Brittain pada 9 Disember 2009, Israel mencemarkan bekalan air bersih dengan kandungan nitrat yang amat tinggi sehingga 300 kali daripada paras yang dibenarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Remaja Palestin berusaha memperbaiki kehidupan di Gaza dengan melakukan apa jua jenis pekerjaan.


Air yang disalurkan ke Gaza menyebabkan separuh daripada 40,000 bayi-bayi yang baru lahir pada tahun itu berdepan dengan risiko keracunan nitrat yang menyebabkan sindrom bayi biru.

Itulah sebabnya semua generasi baru di Palestin mahu dilihat sebagai pejuang. Tidak ada matlamat lain dalam diri mereka, hanyalah membebaskan negara mereka dari cengkaman Israel.

Petua halang hujan

Posted:

Petua halang hujan

Petua halang hujan


UMAT Islam diingatkan agar bersyukur dengan rahmat yang didatangkan Allah bersama turunnya hujan. - Gambar hiasan.


APAKAH hukumnya menggunakan petua untuk menghalang daripada turunnya hujan? Contoh: Membentangkan pakaian untuk diletakkan di atas bumbung rumah dan sebagainya. Adakah ia bertentangan dengan agama?

JAWAPAN:

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Katakanlah: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah". (an-Naml: 65)

Di sini jelas kepada kita yang tiada sesiapa yang berkuasa melainkan Allah. Mengenai petua-petua orang lama yang masih dipegang oleh kebanyakan masyarakat kita hendaklah kita perhatikan.

Sekiranya petua itu tidak bercanggah dengan al-Quran dan sunah, maka harus untuk kita menggunakan petua, sebagai contoh: Petua orang tua tentang wanita selepas bersalin adalah dilarang bersama suami (bersetubuh) sehingga 44 hari.

Ini adalah petua yang selaras dengan syariat kerana tempoh paling lama nifas bagi wanita bersalin ialah 40 atau 60 hari mengikut perbezaan pandangan ulama dan dalam tempoh tersebut sememangnya tidak harus berlaku jimak.

Adapun tentang petua yang ditanya adalah tidak sepatutnya diamalkan kerana mengapa kita hendak menyekat rahmat hujan daripada Allah?

Bukankah Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat makhluk-Nya? Terimalah seadanya nikmat Allah dan sekiranya kita ingin adakan sesuatu, berdoalah kepada Allah agar memudahkan urusan kita.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Jangan cemburukan saya - Aaron Aziz

Posted:

Jangan cemburukan saya - Aaron Aziz

Jangan cemburukan saya - Aaron Aziz

WATAK Adam Mukriz yang dilakonkan aktor Aaron Aziz dalam drama bersiri popular Adam & Hawa nampaknya benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton setia drama itu.

Lebih mengejutkan baru-baru ini, sepasang suami isteri berusia sekitar 50-an telah bercerai gara-gara si suami cemburu melihat isterinya yang obses dengan Aaron dan leka menonton drama Adam & Hawa.

Perkara itu diketahui Aaron dan dia sendiri cukup terkejut dengan apa yang telah berlaku itu.

"Saya tahu tentang perkara ini. Memang sangat terkejut sebab sampai bercerai kerana lakonan saya dalam drama Adam & Hawa.

"Apa yang boleh saya katakan, Adam Mukriz atau mana-mana watak yang dilakonkan saya tidak lebih sekadar lakonan semata-mata kerana itu sudah kerja saya sebagai pelakon.

"Jangan cemburukan saya kerana rasanya tidak wajar minat drama sampai bercerai-berai. Pasangan itu perlu berbincang, mungkin ada silap di mana-mana," katanya yang ditemui pada acara Jom Fiesta anjuran Utusan Karya Sdn. Bhd., Bangi, Selangor baru-baru ini.

Sebelum Adam & Hawa, drama Nora Elena juga menimbulkan isu apabila ramai wanita mengidamkan lelaki yang romantis seperti watak Seth Tan lakonan Aaron. Ditanya apakah rahsianya sehingga watak-watak lakonannya meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton, Aaron hanya tertawa panjang.

Tuturnya: "Kerja saya cukup berbaloi andai saya dapat menghiburkan penonton. Saya tidak pernah memilih watak kerana setiap watak yang diberikan saya akan lakukan seikhlas yang mungkin.

"Maknanya, saya mahu penonton percaya lakonan saya seolah-olah benar. Jika penonton percaya dengan watak yang saya bawakan, itu satu penghargaan buat saya, tetapi dalam masa yang sama penonton harus ingat, itu sekadar lakonan sahaja."

Mahu kekal sebagai aktor

Selain berlakon, Aaron juga bergelar seorang pengarah drama dan iklan serta pengacara program realiti popular Fear Factor. Terbaharu, Aaron juga menyumbangkan suara dalam lagu Salam Semua dengan anak didiknya kumpulan Sleeq yang dianggotai Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah (Syarif) dan Muhammad Alif Abdullah (Alyph).

Meskipun berkebolehan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa, Aaron hanya mahu dikenali sebagai aktor sahaja.

"Bidang pengacaraan hanya sebagai percubaan dan saya sedar bidang itu bukan untuk saya. Memang saya cukup seronok menjadi pengacara program Fear Factor tetapi banyak lagi yang perlu saya belajar.

"Jika untuk program rakaman saya okey tetapi untuk siaran langsung seperti program Maharaja Lawak Mega saya tidak berani.

"Pengarah drama dan iklan sebenarnya itu pekerjaan saya sebelum datang ke Malaysia lagi dan masih aktif sebagai pengarah sampai hari ini. Cuma jadi penyanyi bersama Sleeq itu perkara yang sangat baru.


AARON diapit Alyph (kanan) dan Syarif.


"Apa salahnya mencuba tetapi lagu Salam Semua merupakan lagu pertama dan terakhir saya (ketawa). Saya mahu orang kenali saya hanya sebagai aktor," balasnya.

Walaupun rezeki dalam bidang lain turut datang bergolek kepadanya, Aaron mengekalkan prinsip enggan tamak dan hanya melakukan pekerjaan yang dia benar-benar mahir sahaja.

"Seronok jadi penyanyi dan pengacara tetapi biarlah pekerjaan itu dilakukan oleh orang yang lebih mahir sahaja.

"Aaron Aziz tidak akan memiliki sebarang album solo (ketawa). Saya sendiri tidak pernah bermimpi untuk menjadi penyanyi kerana sedar tahap vokal saya berada di mana.

"Pekerjaan sebagai pengarah akan diteruskan dan saya akan tampil dengan produk baharu di bawah syarikat sendiri iaitu Aaronaziz Production. Buat masa ini masih dalam peringkat perbincangan, selepas jadual saya kosong daripada lakonan saya akan duduk di kerusi pengarah semula," ujarnya.

Tidak cerewet

Walaupun nama sudah berada di puncak populariti, tetapi Aaron mengakui dia tetap seperti dahulu dan tidak memilih watak lakonan yang ditawarkan kepadanya.

Enggan selektif kerana menurut Aaron setiap watak yang diterima mempunyai nilai seni yang tersendiri. Terpulang kepadanya serta pengarah untuk mencorakkan watak itu.

"Memang saya tidak pernah memilih tawaran lakonan. Kalau dilihat semula watak yang saya bawakan, saya pernah berlakon pelbagai genre drama dan filem.

"Saya tidak letak diri saya di tempat yang tinggi sehingga mempunyai kuasa memilih watak dan produksi. Cuma kekangan saya adalah jadual kerja yang padat," ungkapnya jujur.

Tegas Aaron, dia enggan cerewet kerana bukan mudah untuknya membina nama seperti hari ini, setiap tawaran yang datang dianggap sebagai rezeki buatnya.

"Jika saya melakukan sesuatu dengan ikhlas, saya percaya hasilnya juga akan baik. Apa yang saya ada hari ini bukan datang dengan mudah, saya berusaha untuk mendapatkannya.

"Penat itu perkara biasa. Kerja apa sekalipun memang penat. Saya lakukan semua untuk keluarga dan minat terhadap lakonan," tuturnya.

Perginya seorang seniman

Posted:

Perginya seorang seniman

Perginya seorang seniman


YAHAYA menerima sumbangan daripada Persatuan Karyawan Malaysia, (Karyawan) menerusi presidennya, Datuk Freddie Fernandez pada 12 Oktober. Paling kanan ialah isterinya, Alisah.


NASKHAH filem Abu Nawas, Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du, Prebet Lapok dan Senario The Movie kini hanyalah kenangan yang ditinggalkan oleh pelawak veteran Datuk Yahaya Sulong selepas Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 petang di Hospital Kuala Lumpur akibat penyakit asma dan pelbagai komplikasi penyakit lain, kelmarin.

Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 85 tahun sepanjang hayatnya telah berlakon dalam 24 buah filem dan puluhan drama serta sitkom televisyen seperti Hang Setia bersama Allahyarham R. Jaafar, Param dan Hamid Gurkha.

Kali terakhir penulis bertemu dengannya adalah sekitar Disember lalu di rumahnya yang terletak di Flat Bandar Baru Sentul, waktu itu kecoh kononnya arwah dan isterinya, Datin Alisah Ali, 65, dihalau oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana gagal melunaskan sewa bulanan.

Bagaimanapun berita itu dinafikan isterinya dan bantuan datang daripada pelbagai pihak untuk meringgankan beban keluarga mereka kerana Alisah turut menghidap penyakit kanser paru-paru tahap empat.

Ketika bertemu dengan arwah, tahap kesihatannya sudah parah. Tidak bercakap banyak, hanya senyuman terukir apabila bantuan diberikan, manakala hanya air mata mengalir apabila ditanya tentang penderitaan penyakit asma kritikal yang dihidapinya.

Meskipun kehidupannya tidak mewah dan menanggung keperitan penyakit pada penghujung usianya, arwah tidak pernah menyesal menjadi seorang pelakon. Perkara itu diakui sendiri oleh isterinya.

"Arwah tidak pernah menyesal menjadi pelakon, jiwanya memang dalam bidang seni. Sepanjang 35 tahun berkahwin dengannya, saya bahagia walaupun kami bukan orang senang," ujar Alisah.

Bagaimanapun, Alisah terkilan kerana tidak dapat menjaga dan berada di sisi suaminya ketika arwah meninggal dunia. Sayangnya pada suami, Allah sahaja yang tahu tetapi penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya membataskan pergerakkannya.

"Kali terakhir saya bertemu dengan arwah pada 11 Januari lalu sebelum arwah dimasukkan ke hospital. Saya sedih kerana tidak sempat melawat arwah sepanjang arwah dirawat di hospital. Saya sangat terkejut dengan pemergiannya. Selepas ini saya hidup sendiri," katanya sedih.

Salah seorang rakannya, pelakon Hazimah Haroon memberitahu arwah seorang yang tabah dan tidak pernah merungut walaupun kehidupannya dilanda kesusahan.

"Bagi saya, dia antara manusia yang baik pernah saya jumpa. Dia pula yang hiburkan orang lain supaya tidak bersedih dengan keadaannya. Kehilangannya benar-benar membuatkan saya terasa. Semoga rohnya dirahmati Allah," tuturnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa, Biro Kebajikan Persatuan Seniman Malaysia.

Pelakon veteran, Harun Hashim pula menyifatkan arwah seorang lelaki yang tidak pernah menyusahkan orang terutamanya melibatkan kerja-kerja lakonan.

Harun yang pernah bekerjasama dengan arwah menerusi sebuah teater bangsawan berkata, arwah mempunyai bakat yang istimewa kerana dia tidak perlu diajar apa yang harus dilakukan ketika beraksi di pentas bagi melakonkan sesebuah watak.

"Persembahan yang dibawakan arwah amat mengagumkan tanpa perlu diajar. Sebaliknya arwah pula yang mengajar orang sekeliling menerusi lakonannya. Arwah juga tidak pernah putus bercerita mengenai karier dan sentiasa memberikan idea-idea menarik, mencantikkan lagi jalan cerita filem atau teater yang dilakonkan," kata Harun.

Dalam pada itu, pelakon Abu Bakar Omar berkata, walaupun tidak terlalu akrab dengan arwah, namun dia membuatkan orang yang baru mengenalinya selesa berbual dengannya.

"Dia tidak pernah putus-putus memberikan nasihat mengenai karier dan kehidupan. Saya berharap sangat agar jasanya sebagai seorang pelakon hebat dikenang sampai bila-bila," tuturnya.

Sebelum menjadi pelakon, arwah juga pernah bertugas dalam pasukan polis pada tahun 1948 bagi menentang komunis disebabkan itu arwah diberi gelaran Datuk oleh kerajaan negeri Perlis pada tahun 2009.

Bagaimanapun, penerimaan anugerah itu ditentang isteri kerana menganggap ia tidak sesuai dengan taraf kehidupan mereka yang susah tetapi arwah tetap berdegil dan menerimanya tanpa pengetahuan isteri.

Arwah menganggap gelaran yang diberikan adalah untuk mengenang jasanya sebagai anggota keselamatan yang berkhidmat mempertahankan negara pada tahun 1948 dan bukan atas statusnya sebagai seorang artis.

Sepanjang hidupnya, arwah pernah berkahwin sebanyak empat kali dan Alisah merupakan isteri keempatnya, bagaimanapun mereka tidak mempunyai cahaya mata bersama. Arwah mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Jenazahnya selamat dikebumikan berdekatan pusara ibu dan isteri pertamanya di Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak. Semoga rohnya ditempat dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. - HARYATI KARIM

Blake kagumi Beyonce

Posted:

Blake kagumi Beyonce

Blake kagumi Beyonce


BLAKE LIVELY


BINTANG siri TV Gossip Girl, Blake Lively, ternyata begitu kagum dengan penampilan penyanyi Beyonce Knowles ketika membuat pertunjukan pada separuh masa Kejohanan Super Bowl 2013 pada Ahad lalu.

Secara bergurau, dia mengatakan mahu penyanyi itu menjadi ibu angkat kepada anak-anaknya nanti.

Dia memberitahu E! News: "Oh Tuhan! Saya mahukan Beyonce menjadi ibu angkat kepada anak-anak saya. Dia sangat menakjubkan. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa hebatnya dia."

Blake, 26, ternyata sangat kagum dengan vokal dan gerak tari Beyonce terutama semasa beraksi dalam persembahan konsertnya.

Tambahnya: "Dia (Beyonce) menyanyi dan menari tanpa memerlukan perkara lain. Maksud saya, terdapat pencahayaan yang menarik dan pentas yang hebat tetapi ia hebat kerana Beyonce. Dia benar-benar hebat."

Pada pertunjukan tersebut, Beyonce tidak hanya mengadakan persembahan seorang diri sebaliknya ditemani dua lagi anggota Destiny's Child iaitu Kelly Rowland dan Michelle Williams.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Memulih imej wanita yang tertindas

Posted:

Memulih imej wanita yang tertindas

Memulih imej wanita yang tertindas

DENGAN penampilan ringkas baju-T putih polos, seluar trek hitam dan lengkap berstoking, sekumpulan wanita muda memenuhi salah sebuah dewan di Hotel Imperial, New Delhi, India.

Rambut masing-masing yang panjang mengurai kelihatan kemas apabila diikat tocang satu. Mereka yang merupakan pekerja hotel tersebut begitu bersemangat dan teruja mengikuti kursus mempertahankan diri yang dianjurkan pihak majikan.

Berlangsung selama 12 hari bermula 1 Februari lalu, kursus berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama sayap utama Polis Wanita Delhi sebagai usaha memperkasa kaum Hawa di negara itu.

Ia juga sebenarnya membawa misi tersendiri iaitu melatih dan merekrut lebih ramai anggota polis wanita bagi diserapkan ke dalam jabatan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Sushil Kumar Shinde berkata, India perlu melumpuhkan jenayah terhadap kaum wanita dengan 'tangan besi'.

"Kes rogol hingga mengakibatkan kematian seorang pelajar pada Disember lalu memberi impak yang besar terhadap negara ini. Justeru, sebagai permulaan, kerajaan mahu lebih ramai wanita direkrut sebagai anggota untuk bertugas di setiap balai polis yang terdapat di New Delhi," tegas Shinde.

Berikutan itu, Shinde telah mengadakan satu mesyuarat tergempar bersama pegawai-pegawai penguat kuasa undang-undang dari seluruh India untuk mempertimbangkan kaedah bagi meningkatkan perlindungan terhadap kaum wanita.

Beliau memberitahu perwakilan bahawa keseluruhan sistem perlu dinilai semula.

"Tragedi sebegini dan kemarahan terhadap wanita serta kelemahan penguatkuasaan undang-undang dalam masyarakat, tidak boleh diterima untuk sistem demokrasi yang kita laksanakan. Ia perlu dibendung segera," ujar beliau.


MASALAH kekurangan polis wanita di India perlu diatasi segera bagi membantu mengendalikan kes berkaitan rogol dan kewanitaan.


Kenyataan itu senada dengan kenyataan yang dilontarkan peguam bela Mahkamah Agung, Priya Hingorani yang mengatakan: "Walaupun pendidikan dari semasa ke semasa boleh menggalakkan kesaksamaan gender dan membantu mengubah pemikiran, pada pandangan saya, literasi undang-undang ialah keperluan utama saat ini."

Kemarahan ramai

Dalam tragedi yang menimbulkan kemarahan dunia 16 Disember tahun lalu itu, seorang pelajar malang berusia 23 tahun, Jyoti Badri Singh dirogol dan dibelasah oleh sekumpulan lelaki di dalam bas sebelum dicampak ke jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Selepas dua minggu bertarung nyawa termasuk dihantar untuk mendapatkan rawatan di Hospital Mount Elizabeth di Singapura, Jyoti akhirnya menemui ajal. Seluruh dunia meratapi pemergian wanita tidak berdosa itu.

Suspek yang melakukan perbuatan kejam tersebut sedang dibicarakan dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhkan hukuman mati.

Sebelum itu, Shinde mengumumkan bahawa setiap daripada 166 balai polis di seluruh New Delhi akan mempunyai pegawai wanita yang boleh ditemui setiap masa. Selain itu, lebih ramai wanita akan direkrut di seluruh negara untuk bergelar anggota polis.

Buat masa ini, kebanyakan balai polis di bandar tersebut tidak mempunyai wanita sebagai kakitangan mereka. Lantaran itu, sesetengah pegawai berkata, situasi tersebut menyebabkan mereka sukar untuk membantu mangsa wanita.


TUNJUK perasaan dan bantahan terhadap jenayah rogol di India semakin mendapat perhatian masyarakat dunia.


"Dalam hal ini, setiap balai polis perlu memiliki sekurang-kurangnya sembilan pegawai wanita untuk menjadikan mereka lebih prihatin kepada keperluan golongan Hawa," tambah Shinde.

Sementara itu, penganjuran kursus seni bela diri jangka pendek di Hotel Imperial mendapat respons memberangsangkan daripada kakitangan wanita hotel terbabit yang merangkumi pelbagai bidang tugas termasuk pelayan, pengemas bilik dan pegawai atasan.

Menurut wakil polis wanita New Delhi yang mahu dikenali sebagai Snehlata, program sedemikian mampu meningkatkan tahap keyakinan wanita untuk bertindak menyelamatkan diri apabila berdepan perkara negatif.

"Rata-rata peserta kursus yang terdiri daripada kakitangan hotel komited untuk mendalami ilmu berkaitan seni mempertahankan diri. Walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman, mereka tetap menunjukkan kesungguhan untuk mempelajarinya.

"Diharap ini akan menjadi titik permulaan kepada semua wanita India agar berbuat perkara yang sama demi mengelakkan perkara buruk daripada berlaku," ungkap Snehlata sambil tekun menyaksikan latihan yang dilakukan oleh para peserta.

Bangkit melawan

Pendapat Snehlata turut diperakui rakan sejawat, Sunita yang bertindak sebagai tenaga pengajar dalam kursus tersebut yang memerlukan peserta menjalani latihan amali terhadap ilmu-ilmu asas mempertahankan diri.

"Sebagai wanita, kita tidak boleh hanya pasrah dengan keadaan atau situasi yang menimpa. Jika mampu, kita perlu bangkit untuk melawannya daripada membiarkan maruah kaum wanita diperkotak-katikkan dengan mudah.

"Sepanjang kursus ini juga, kami lihat ada peserta yang mempunyai potensi untuk diserapkan sebagai anggota polis. Namun, ia bergantung kepada minat dan persetujuan masing-masing kerana perkara ini tidak boleh dipaksa," tutur Sunita yang memakai kot hitam dan seluar jean biru.


GANGGUAN seksual terhadap wanita India sering berlaku terutama di dalam pengangkutan awam seperti komuter.


Dalam pada itu, pihak berkuasa mengumumkan siri kaedah kawalan keselamatan yang bertujuan untuk menjadikan bandar tersebut lebih selamat.

Ini termasuk melakukan lebih banyak rondaan malam oleh polis, pemeriksaan terhadap pemandu bas dan pembantu mereka serta mengharamkan langsir atau cermin gelap pada kenderaan awam seperti bas.

Kerajaan juga telah menubuhkan satu jawatankuasa seliaan hakim bersara Mahkamah Agung untuk mengesyorkan perubahan pada undang-undang antirogol.

Tidak ketinggalan, satu talian bantuan telah dilancarkan untuk wanita yang berada dalam kesusahan. Ia disambungkan terus ke balai polis di seluruh bandar.

Dalam perkembangan lain, sejak berlakunya kes rogol Jyoti, seorang perunding kecantikan, Geeta Misarvan, 34, mengakui dia akan cuba pulang kerja lebih awal dan melahirkan rasa tidak percaya terhadap keupayaan polis untuk melindunginya.

"Tiada tempat di negara ini yang selamat. Saya bimbang dengan masa depan anak perempuan saya yang membesar di sini. Sudah pasti dia akan berdepan masalah dan risiko sama yang saya hadapi setiap kali meninggalkan rumah," keluh Misarvan.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved