Rabu, 21 Mei 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Sentuhan hati Clothes 4 Dawah

Posted:

Sentuhan hati Clothes 4 Dawah

Sentuhan hati Clothes 4 Dawah

DALAM kegelapan malam seorang lelaki tergapai-gapai mencari tempat berpaut untuk berdiri. Badannya yang longlai digagahkan untuk bergerak dan beratur demi untuk mendapatkan sesuap nasi.

Bertemankan lampu jalan sebagai sumber cahaya, kakinya menghayun langkah longlai ke pasukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Mercy Mission, pasukan Clothes 4 Dawah (C4D).

Seharian menahan lapar, lelaki yang berusia dalam lingkungan lewat 80 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Chin nyata bersyukur. Ketika perutnya kosong minta dialas organisasi Mercy Mission sudi menyediakan makanan.

Kewujudan C4D melalui program Tsunami Baju yang dilancarkan setahun lalu turut menyediakan bantuan berupa pakaian selain makanan.

Sudah tentu ia saat yang menggembirakan bagi gelandangan seperti Chin yang sering menyarung baju lusuh dan jarang menerima persalinan baharu. Bantuan tersebut umpama bulan jatuh ke riba.

"Jarang NGO datang ke sini kemudian memberikan sumbangan selain makanan. Mereka ini (Clothes 4 Dawah) menyedari keperluan kami.

"Sukar untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini kecuali bersyukur," ujarnya ketika ditemui di sekitar Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Selorohnya, nyamuk adalah rakannya yang paling akrab, kesejukan pula gagal menembusi kulitnya manakala kotak adalah tilam empuk tatkala mahu beradu.

Bagaimanapun, suasana yang penuh mesra dan hilai tawa pantas suram tatkala lensa kamera cuba merakam gambarnya.

Sepantas kilat dia memalingkan muka dan terus mengunci mulut, puas dipujuk barulah Chin sudi menyusun kembali bicaranya.

"Usahlah gambar saya dirakam, malu..." luahnya sambil sepasang matanya melingas-lingas kerana khuatir ada yang merakam gambar wajahnya.

"Siapa yang mahu hidup begini, tiada siapa yang mahu hidup merempat. Tetapi saya terpaksa kerana anak-anak tidak mampu menanggung saya. Mereka juga ada tanggungjawab dan saya tidak pernah menyalahkan mereka," luahnya.

Tika pasukan sukarelawan Mercy Mission sedang rancak menyampaikan bantuan, guruh mula bergempita diikuti rintik hujan yang mula membasahi bumi.

Kira-kira 40 sukarelawan Mercy Mission lari bertempiaran untuk berteduh dan lain kisahnya bagi gelandangan ibu kota,

Mereka sedikitpun tidak berganjak apatah lagi berlari. Tiada tempat mahu dituju kerana khuatir dihalau pihak tertentu, cukup sekadar mengerekotkan kaki dan tubuh untuk mengelak daripada terkena tempias hujan.


ZUHRI (kanan) melayan golongan gelandangan umpama keluarganya sendiri.


Bersyukur

Bagi Kalman Azman, 28, situasi itu sudah biasa dilihat namun perasaan sebak sering menebak hatinya. Setiap kali mahu pulang dan program tamat, kakinya berat melangkah.

"Peluang bersua muka dan mendengar sendiri rintihan gelandangan ini membuatkan saya mengenal erti bersyukur.

"Jika kita berasakan Allah sering menguji kita, golongan gelandangan di sini lagi teruk diuji. Hidup mereka sangat daif dan kesempitan. Ironinya senyuman, hilai tawa tetap menjadi pengubat duka mereka," katanya yang juga sukarelawan Mercy Mission.

Meneruskan misi bersama Clothes 4 Dawah, Kalman berkata, badan kebajikan itu menjadi pilihannya berikutan tertarik dengan sumbangan yang disampaikan.

Program Tsunami Baju memberi ruang kepada C4D menyampaikan bantuan selain daripada makanan.

"Saya sering melihat golongan gelandangan memakai baju yang lusuh, tidur di atas lantai beralaskan kotak dan ada yang membiarkan saja hujan membasahi tubuh masing-masing," katanya.

Hasil pemerhatian Kalman, dia mendapati golongan gelandangan juga memerlukan bantuan dari segi pakaian dan keperluan asas lain dalam memastikan kelangsungan hidup mereka.

"Senyuman golongan gelandangan ini membuatkan kepenatan saya serta-merta hilang," cerita Fateen Atiqah Saifudin, 24, sambil tangannya bingkas menghulurkan bantuan.

Graduan Universiti Teknologi Mara yang mula bersama dengan C4D dan Tsunami Baju sejak tahun lalu itu berharap program tersebut wajar diteruskan.

"Bayangkan sehelai baju mampu membuatkan mereka mengukir senyuman malah riak wajah mereka terpancar kepuasan seperti menerima busana baharu daripada sukarelawan.

"Disebabkan itu saya sentiasa teruja bersama C4D dan Tsunami Baju yang membuatkan hubungan kami semakin akrab," ujarnya.

Pengurus Kempen C4D, Zuhri Yuhyi berkata, pusat pengurusan Mercy Mission di Kota Damansara sering ditimbuni sumbangan baju daripada orang awam.

Ekoran jumlah baju yang menimbun, maka timbullah idea mewujudkan program Tsunami Baju sebagai perlambangan baju yang begitu banyak.

Bagaimanapun, Zuhri menjelaskan bukan kesemua baju yang diterima akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan sebaliknya ia akan disaring terlebih dahulu.

"Kami sering menerima sumbangan pakaian sama ada daripada organisasi yang menghantar baju ke pejabat atau program yang dianjurkan C4D.

"Setiap baju yang diterima akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan," katanya yang turun padang menyaksikan sendiri sukarelawan MM mengagihkan sumbangan.


PASUKAN sukarelawan C4D mesra tatkala menyapa golongan gelandangan.


Kehebatan sambutan Tsunami Baju amat memberangsangkan kerana C4D pernah menerima pakaian terpakai mencecah 2,000 kilogram dalam tempoh sebulan, dedah Zuhri.

Selain mengagihkan sumbangan kepada gelandangan, baju berkenaan turut disalurkan kepada golongan fakir miskin dan mangsa bencana alam.

Terdapat juga baju yang masih elok yang dijual semula bagi mengumpul dana dan menampung kos untuk program-program membantu golongan yang kurang bernasib baik.

"Kami bukan organisasi berorientasikan keuntungan malah kami akan melakukan apa sahaja yang sepatutnya untuk meneruskan kesinambungan NGO ini," jelasnya.

Agihan

Menurut Zuhri, selain pakaian pihaknya juga turut menerima sumbangan selimut, buku-buku dan alatan permainan.

"Asalkan setiap barangan itu berguna ia akan diagihkan. Kami mahu membantu golongan yang kurang bernasib baik supaya mereka memperoleh manfaat dalam jangka masa yang panjang," katanya.

Menyentuh tentang program pembahagian sumbangan kepada gelandangan di Kuala Lumpur, ia melibatkan kawasan berdekatan Masjid India, Pasar Seni, Jalan Syed Putra dan Anjung Singgah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Program tersebut diadakan setiap hari Sabtu bermula pukul 6 petang dan berakhir kira-kira pukul 10 malam. Ia membabitkan kira-kira 70 sukarelawan Mercy Mission yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Sebanyak 500 pek makanan diedarkan sukarelawan termasuk beberapa kotak baju sepanjang hampir lima jam program itu berlangsung.

Gelandangan memerlukan sokongan

Posted:

Gelandangan memerlukan sokongan

Gelandangan memerlukan sokongan


PROGRAM bantuan jangka panjang perlu dilakukan agar golongan gelandangan dapat mengubah keadaan hidup mereka. - Gambar hiasan


GOLONGAN gelandangan mempunyai pelbagai latar belakang dan masalah sehingga menyebabkan punca sebenar masalah gelandangan gagal dikenal pasti.

Ia diburukkan lagi apabila terdapat dalam kalangan gelandangan sukar untuk didekati, bersifat pasif dan enggan berkongsi masalah.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Amaludin Ab. Rahman berkata, setiap data peribadi golongan gelandangan perlu direkodkan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi setiap individu.

"Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan golongan gelandangan ini lebih rela tidur di kaki lima dan hidup merempat.

"Dalam kalangan gelandangan ini, ada yang tidak diterima keluarga, bekas penagih dadah dan bekerja tetapi memperoleh pendapatan minimum," jelas Amaludin yang mempunyai pengkhususan dalam Pengajian Dakwah dan Kepimpinan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sarannya, pelbagai pihak harus menumpukan perhatian dalam usaha membebaskan golongan gelandangan sama ada melalui bantuan keusahawanan atau pekerjaan selain sumber makanan dan tempat tinggal sementara semata-mata.

"Penyusunan program jangan sekadar melibatkan pemberian berbentuk fizikal sebaliknya program yang memberi kesan positif dalam jangka masa panjang.

"Kita yakin terdapat dalam kalangan gelandangan ini mahu bebas dari hidup merempat, tetapi tidak tahu saluran yang tepat untuk mengubah hidup mereka," katanya.

ANTARA program bantuan yang dijalankan NGO termasuklah memberi makanan kepada golongan gelandangan. - Gambar hiasan


Ujar Amaluddin lagi, sekiranya terdapat dalam kalangan gelandangan beragama Islam, pengukuhan agama perlu dititikberatkan.

Sementara itu, Pendakwah bebas, Ustaz Rosdi Long menerangkan bahawa Islam amat menggalakkan umatnya membantu insan yang lain dalam kesempitan.

Bantuan

Dalam konteks menghulurkan bantuan kepada gelandangan, Rosdi berkata, golongan tersebut termasuk dalam kelompok yang perlu dibantu kerana tidak berkemampuan.

"Tindakan yang diambil badan bukan kerajaan (NGO), kerajaan dan pihak berkaitan menyediakan bantuan kepada golongan gelandangan adalah sangat wajar."Golongan gelandangan ini berada dalam kelompok yang wajib dibantu. Pusat khidmat masyarakat yang dibina khas untuk golongan gelandangan adalah menepati tuntutan syarak," katanya.

Bagaimanapun tegasnya, ia tidak bermakna Islam membenarkan umatnya hidup meminta-minta dan meneruskan kehidupan dengan ihsan orang lain.

"Hidup sebagai manusia menuntut kita berusaha untuk memperoleh kejayaan dan rezeki yang halal. Allah berfirman dalam surah al-Jumu'ah yang bermaksud, apabila selesai mendirikan solat maka, bertebaranlah kamu di muka bumi mencari rezeki. Ia jelas menunjukkan tuntutan berdikari dalam mencari rezeki.

"Malah, Nabi Muhammad SAW meninggalkan pesanan, sesungguhnya para nabi itu makan daripada hasil usahanya sendiri," katanya.


PIHAK berkuasa seperti JKM menyediakan lokasi penempatan sementara untuk golongan gelandangan.


Usaha sendiri

Mengulas lanjut, Rosdi berkata, Rasulullah SAW bersabda, mencari rezeki itu dapat menjauhkan seorang hamba Allah dari api neraka.

"Sabda baginda, tangan yang kasar kerana bekerja mencari rezeki yang halal akan diharamkan dari api neraka. Dari hadis tersebut menunjukkan betapa besar nikmat dan pahala mencari rezeki atas usaha sendiri.

"Maka, adalah lebih baik kita makan dan minum hasil daripada usaha sendiri berbanding bergantung harap dengan orang lain," ujarnya.

Sementara itu sumber dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberitahu, gejala gelandangan di Kuala Lumpur adalah luar daripada bidang kawalan pihak berkuasa tempatan itu.

Bagaimanapun, DBKL menyediakan pengurusan dari segi logistik seperti kenderaan untuk membantu Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) menjalankan kerja pemantauan.

"Ramai orang menganggap kami mempunyai bidang kuasa dalam menguruskan golongan gelandangan ini walhal, bidang kuasa tersebut terletak pada JKM.

"Hal ini berikutan, JKM menyediakan lokasi untuk penempatan sementara gelandangan termasuk merangka jenis bantuan untuk disalurkan sama ada meringankan beban golongan gelandangan atau mengurangkan masalah itu," ujar sumber tersebut.

Namun katanya, DBKL memberikan kerjasama dengan JKM sekiranya organisasi kerajaan itu memerlukan bantuan daripada DBKL. - AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA

Bangsal Kesenian hab seni di Asia

Posted:

Bangsal Kesenian hab seni di Asia

Bangsal Kesenian hab seni di Asia


SELAIN lukisan dan arca, artis juga bijak menggunakan komponen kereta terpakai sebagai subjek utama dalam penghasilan produk seni.


PUSAT Dagangan Antarabangsa Hong Kong menjadi tumpuan pelancong sejak berlangsungnya pameran seni bermula sejak bulan Mei ini. Ia merupakan kayu pengukur terbaik yang menunjukkan bahawa bandar itu sebagai hab kebudayaan dengan penganjuran pesta Bangsal Kesenian.

Pertunjukan selama lima hari itu menarik pembeli golongan mewah, artis, pemilik galeri seni, orang kenamaan dan selebriti dari seluruh dunia. Setiap bahan pameran mempunyai elemen-elemen kesenian yang tinggi.

Artis dari Jerman, Carsten Nicolai bersama seorang artis British, Tracey Emin ditugaskan oleh pihak Bangsal Kesenian untuk mengubah bangunan setinggi 118 tingkat yang terletak di Semenanjung Kowloon dengan warna-warna terang yang dipanggil Pulse.

Warna terang itu juga menjadi tema kepada acara seni yang dijadualkan berlangsung semasa acara pembukaan pameran itu.

Kebanyakan paparan yang diubah suai merupakan satu isyarat mewah di Hong Kong sebagai bandar ketiga terbesar di dunia yang mempunyai jualan lelong selepas New York dan London.

Pelukis kebanggaan negara itu, Nadim Abbas yang telah menyertai pertunjukan di New York, Singapura dan London tampil dengan hasil karyanya bertajuk Apocalypse Postponed.


PIHAK pempamer dan pekerja bertungkus lumus memasang lukisan di galeri Bangsal Kesenian sebagai persiapan akhir pameran.


Seorang lagi pelukis tempatan ialah Lee Kit yang menggunakan lukisan, lakaran dan video. Karya seninya ini telah dipilih untuk mewakili negara itu dalam pertunjukan Venice Biennale di Itali tahun lalu.

Bangsal Seni tersebut menarik sebanyak 245 penyertaan galeri seni dari seluruh dunia. Separuh daripada jumlah penyertaan itu datang dari Asia dan Asia Pasifik.

Setiap galeri seni yang menyertai Bangsal Seni itu perlu membayar sewa untuk setiap tapak.

Platform global

Pengarah galeri, Nicole Schoeni memberitahu, pihaknya menjangkakan ramai muka baharu dalam arena seni yang hadir ke pameran itu.

Jelasnya, walaupun pertunjukan itu memberi peluang kepada penggiat seni tempatan kepada platform global, namun tiada pertukaran idea galeri seni dan penggiat baharu.

Bangsal Seni pertama dianjurkan pada tahun lalu yang menggantikan pameran Seni Hong Kong. Pameran tersebut dimulakan sejak tahun 2008 sebelum diambil alih oleh francais berprofil tinggi Bangsal Seni Swiss.

Sementara itu, Pengarah Bangsal Seni untuk kontinjen dari Asia, Magnus Renfrew memberitahu, salah satu sumbangan terbesar dalam penglibatan pameran itu ialah untuk meningkatkan profil Hong Kong dan menjadikan negara itu sebagai pusat kewangan.

Menurutnya, pameran seni itu akan dilihat oleh orang ternama yang terlibat dalam penganjuran 150 aktiviti kesenian. Ia merupakan satu pendedahan yang lebih besar kepada penggiat seni tempatan.


KARYA lambakan pakaian dan barangan elektronik yang bertajuk Rem(a)inder dihasilkan oleh Michelangelo Psitolett dari Itali memukau pandangan pengunjung.


"Kami terlibat dalam acara ini dan berharap dapat membantu menjana perbincangan mengenai seni di bandar ini. Saya juga melihat ia sebagai satu potensi pertumbuhan besar dalam arena seni di Asia.

"Pasaran seni kini lebih cenderung untuk mengikuti kadar mata wang. Kini, negara Asia berjaya mengecap kejayaan penciptaan seni yang besar," ujarnya.

Pameran seni itu turut menampilkan arca dengan menggunakan 8,000 kristal Swarovski daripada dua orang pengukir London iaitu Patrik Fredrikson dan Ian Stallard.

Pertunjukan itu juga merupakan platform berbeza bagi artis tempatan untuk mempamerkan karya mereka.

Gagosian, White Cube, Acquavella, Lehmann Maupin dan Pearl Lam merupakan antara galeri besar yang telah ditubuhkan di negara itu sejak dua tahun lalu.

Arena seni tempatan juga semakin meriah. Bangunan-bangunan warisan mercu tanda di tengah-tengah bandar itu telah direka semula oleh artis dan pereka.

Kerajaan Hong Kong juga sedang membangunkan aktiviti seni dan kebudayaan di kawasan pesisiran pantai di Kowloon dengan pembinaan Muzium Seni yang bertaraf dunia.

Negara itu kini mempunyai pasaran seni yang mantap. Ia merupakan satu peringkat baharu dalam pembangunan yang akan mempengaruhi pemikiran dalam industri seninya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Tradisi masyarakat Amerika Latin

Posted:

Tradisi masyarakat Amerika Latin

Tradisi masyarakat Amerika Latin

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my

KEJOHANAN bola sepak Piala Dunia yang akan diadakan di Brazil pada pertengahan Jun hingga Julai nanti dihangatkan dengan kemeriahan Festival Amerika Latin di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Festival yang diadakan di BB Park dekat Plaza Low Yat, Bukit Bintang itu disertai rakyat dari benua Amerika Selatan yang berada di Malaysia serta wakil-wakil kedutaan termasuk Brazil, Argentina, Mexico, Chile, Colombia, Uruguay, Ecuador, Cuba dan Venezuela.

Antara aktiviti yang diadakan ialah persembahan tarian kebudayaan Latin, nyanyian dan jualan pelbagai produk seperti pakaian, aksesori serta variasi makanan tradisional masyarakat di negara-negara terlibat.

Sambutan satu hari dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Hotel Federal dan Plaza Low Yat pada 18 Mei lalu itu dihadiri kira-kira 2,000 pengunjung termasuk rakyat tempatan.

Penjawat awam yang juga pengunjung tempatan, Paris Nurashikin Mohamad Supian, 28, berkata, dia hadir ke festival tersebut kerana meminati budaya masyarakat Amerika Latin.

"Sejak beberapa tahun lalu, banyak program telenovela dari negara Amerika Latin ditayang di televisyen tempatan. Ia juga menarik minat dalam kalangan masyarakat tempatan terhadap budaya Latin.

"Budaya Latin seperti muzik dan drama televisyen sangat dekat dengan masyarakat kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita juga perlu gigih memperkenalkan budaya kita kepada dunia seperti yang dilakukan masyarakat Latin," katanya.

Makanan tradisional masyarakat Latin yang dijual di festival tersebut turut menjadi tumpuan pengunjung.

Antara makanan tersebut ialah manisan alfajores atau biskut mentega jagung dari Argentina, arroz con coco (puding nasi dengan kelapa) dari Mexico dan roti labu goreng.

PEMBUAT curut yang berpengalaman lebih 50 tahun dari Cuba, Crisanto Cardenas turut mencuri tumpuan ramai ketika Festival Amerika Latin di Bukit Bintang.


Malah, para pengunjung juga diberi peluang merasai keenakan setiap makanan tradisional tersebut sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Selain meriah dengan kegiatan mempromosikan makanan dan produk pelancongan yang terdapat di negara masing-masing, terdapat juga wanita serta kanak-kanak mengenakan pakaian tradisional.

Para wanita dan kanak-kanak berkenaan juga gigih memperkenalkan negara dan budaya tradisional mereka kepada para pengunjung walaupun kurang fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Di gerai-gerai kedutaan pula, pengunjung boleh membeli pelbagai cenderamata seperti rantai kunci, gelang tangan, sulaman manik dan topi jerami buatan tangan yang dibawa masuk dari negara-negara berkenaan.

Turut dipromosikan ialah destinasi pelancongan terkenal di benua itu seperti kota lama Machu Pichu, Chanchan, Chavin dan Cuzco yang kaya dengan artifak peninggalan silam menakjubkan.

Nurashikin menambah, masyarakat negara ini bagaimanapun, wajar mengutamakan dan menyanjung tinggi budaya tradisi tempatan selain perlu menghormati kebudayaan lain.

"Orang Amerika Latin sangat bangga dengan budaya mereka walaupun tidak semua cara hidup mereka sesuai dengan budaya kita. Kita juga wajar berbangga dan mempertahan budaya sendiri," katanya.

BISKUT manisan daripada tepung jagung serta karamel susu dipanggil alfajores ini terkenal di Argentina dan dijual di festival.


Tambah Nurashikin, festival tersebut juga lebih meriah berbanding lima edisi sebelum ini.

"Setiap tahun apabila diadakan festival ini di Kuala Lumpur, rakyat dari negara-negara Amerika Latin yang ada di Malaysia akan datang memeriahkan sambutan bersama pengunjung tempatan.

"Festival ini masih santai seperti lima edisi sebelumnya. Tetapi, kali ini lebih meriah dan mungkin disebabkan Piala Dunia. Lagipun, banyak pasukan dari Amerika Latin akan beraksi dalam Piala Dunia nanti," kata Nurashikin yang mengikuti festival tersebut sejak 2009.

Sementara itu, Maria Wong, 33, menambah, rakyat di luar negara juga wajar mencontohi sikap orang Latin yang menganjurkan acara sedemikian bagi memperkenalkan budaya mereka kepada masyrakat dunia.

KANAK-KANAK Mexico ini memperagakan pakaian tradisional masyarakat negaranya.


Ujar Maria, walaupun berada di Malaysia dan jauh dari benua Amerika Selatan, masyarakat Latin dari berlainan negara dapat berganding bahu untuk mempromosi kebudayaan mereka.

"Mereka sentiasa mahu membawa nama dan imej baik negara masing-masing ke serata dunia. Sikap ini wajar dicontohi rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

"Ia juga menjadi acara terbaik untuk para wakil dari negara-negara Amerika Latin memperkenalkan budaya serta produk pelancongan mereka kepada rakyat Malaysia," katanya kepada Horizon.

Bagi memeriahkan suasana, kebanyakan pengunjung yang terdiri daripada rakyat Amerika Latin turut memakai jersi bola sepak pasukan kebangsaan masing-masing bagi menyemarakkan kedatangan musim Piala Dunia.

"Pemakaian jersi dalam kalangan pengunjung membuatkan bahang Piala Dunia di Brazil semakin terasa.

"Kemeriahan dan suasana di festival ini membuatkan saya seperti berada di benua Amerika Latin" ujar Abd. Razak Abd. Halim, 35, yang turut memakai jersi Argentina.

Liburan tenang kota Yogyakarta

Posted:

Liburan tenang kota Yogyakarta

Liburan tenang kota Yogyakarta


PENULIS berpeluang menyaksikan para pelajar institusi pengajian tinggi menganjurkan protes untuk menyuarakan ketidakadilan dalam sistem pendidikan secara aman di jalanan.


PERCUTIAN saya dan tiga rakan ke Yogyakarta, Indonesia telah dirancang awal. Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, dua rakan terpaksa menarik diri. Tinggal saya dan seorang lagi teman, Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz meneruskan percutian.

Kami tidak menggunakan khidmat pemandu pelancong kerana merasakan lebih bebas bergerak dan mengatur masa sendiri. Namun, penyelidikan perlu dilakukan terlebih dahulu supaya tidak berdepan sebarang masalah sepanjang percutian.

Penerbangan dari Terminal Tambang Murah (LCCT), Sepang ke Lapangan Terbang Adisucipto, Jogjakarta mengambil masa selama 2 jam 35 minit. Sebaik sahaja melintasi ruang udara Yogyakarta, mata kami tidak lepas melihat kepadatan bangunan-bangunannya.

Selesai sahaja urusan imigresen, kami bergegas mencari teksi untuk mendaftar masuk di hotel penginapan selama tiga hari dua malam.

Kami memilih Hotel Istana Batik, yang terletak di tengah-tengah bandar Yogyakarta. Bagi saya, kedudukan hotel itu merupakan pilihan tepat untuk pelancong. Ia berdekatan dengan kawasan membeli-belah jalanan Malioboro, pusat beli-belah Malioboro, Pasar Beringharjo, Sultan Palace dan Kraton.

Usai mendaftar masuk dan membersihkan diri, kami terus ke Pasar Malioboro yang sememangnya terkenal dengan pelbagai jualan seperti barangan kulit, kraf tangan dan batik. Tidak sah sekiranya ke sini tanpa bawa pulang barangan berasaskan Jawa, Indonesia.

Percayalah, anda akan terkejut dengan harga yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga kaki lima di situ. Harga boleh ditawar sehingga lebih 50 peratus potongan untuk setiap barangan. Peniaganya juga ramah, pandai memujuk pelanggan supaya membeli di premis mereka.

JALAN Malioboro merupakan tumpuan penulis membeli-belahdi Yogyakarta.


Jika tidak berminat untuk membeli perlulah menolak dengan cara yang sopan. Malah, jangan terkejut sekiranya sepanjang perjalanan di kaki lima pasar itu, anda asyik diajak menaiki 'becak' (beca) sama ada berbasikal atau berkuda. Kami berkesempatan menaiki becak beberapa kali di sana dengan tambang yang amat murah.

Melalui pemerhatian kami, kehidupan kebanyakan penduduk di situ masih bertaraf rendah. Disebabkan itu, ramai penduduknya menjadi peniaga dan penjaja sebagai sumber pendapatan harian.

Melihatkan kepada situasi ini, kami berasa bertuah dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Pengalaman di negara orang semestinya akan menjadi ingatan dan pengajaran kepada kami untuk sentiasa bersyukur.

Makanan

Banyak pilihan restoran di Yogyakarta menawarkan cita rasa Indonesia seperti Jawa dan Minang dengan harga yang sangat murah.

Bayangkan, saya hanya membayar RM3.50 untuk hidangan satu set makanan berserta tiga jenis lauk dan minuman. Sepanjang di sini, saya amat menggemari sambal penyet dan ayam bakar yang agak berlainan dengan cara masakan Melayu.

Suka saya nasihatkan pengunjung supaya berhati-hati dan bersikap sedikit memilih apabila membeli makanan yang dijual di gerai tepi jalan kerana dikhuatiri tahap kebersihannya.

Berbicara soal makanan juga, tidak sah sekiranya pengunjung tidak merasai atau membeli makanan khas masyarakat Yogyakarta iaitu Bakpia. Rasanya sangat sedap.


Gerai makanan yang menjual makanan tradisi masyarakat Jawa seperti soto dan pecel yang terdapat di sekitar Pasar Malioboro dan Beringharjo.


Ia merupakan sejenis kuih yang berintikan kacang hijau, kacang merah atau keju. Kebanyakan pengunjung sering menjadikan ia sebagai oleh-oleh untuk dibawa pulang.

Hari kedua percutian kami diisi dengan melawat Taman Sari iaitu tinggalan istana yang dahulunya diceritakan menempatkan puteri-puteri dan gundik-gundik raja.

Kawasan itu terdiri daripada beberapa bahagian. Ia dikatakan pada zaman dahulu Taman Sari sering dikawal ketat dan lelaki dilarang masuk.

Candi Borobudur

Seterusnya, kami berkunjung sebuah candi Hindu dan Buddha yang telah ditinggalkan iaitu Borobudur yang merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Yogyakarta. Saiz candi itu amat besar.

Malangnya sesampai kami di sana, hujan lebat namun, kami gagahkan juga mendaki tangga-tangga candi.

Sedikit gambaran mengenai candi Borobudur ialah ukiran setiap rekaannya berjaya menunjukkan kemahiran pengukirnya. Malah, ia membawa mesej kepercayaan penganut Buddha dan Hindu selain memperlihatkan keadaan kehidupan masyarakat pada ketika itu.


SELAIN pakaian, beg tangan bercorak batik juga menjadi oleh-oleh yang wajib dibawa pulang pelancong wanita.


Selain Borobudur, terdapat sebuah lagi candi yang dikenali sebagai Prambanan dan Gunung Merapi yang merupakan destinasi wajib dilawati apabila ke Yogjakarta. Namun, kerana kesuntukan masa, kami terpaksa membatalkan perancangan ke sana.

Kami dapat melihat ramai penjaja menjual makanan, minuman dan oleh-oleh di jalanan Yogyakarta. Malah, ada juga dalam kalangan mereka sanggup mengikut dan mengejar pelancong untuk memujuk agar membeli barangan mereka.

Menarik di Yogyakarta juga adalah Pasar Beringharjo yang juga terletak di Jalan Malioboro. Pelbagai jenis barangan dijual antaranya, pakaian, aksesori wanita dan kerepek. Makanan masyarakat tempatan Jawa seperti pecel, gado-gado dan tauhu guling merupakan menu wajib dicuba.

Pengalaman manis Yogyakarta membuatkan saya merancang untuk kembali pada masa akan datang. Sudah pasti, saya akan membawa lebih wang ke sana untuk membeli lebih banyak barangan batik dan kraf tangan.

Matahari terbit di Bukit Panorama

Posted:

Matahari terbit di Bukit Panorama

Matahari terbit di Bukit Panorama

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
rencana@kosmo.com.my


KAWASAN lapang di puncak Bukit Panorama ini menjadi tumpuan para pendaki menikmati keindahan matahari terbit.


BUKIT Panorama di Sungai Lembing, Kuantan yang berketinggian 291 meter dari aras laut semakin mendapat tempat di hati pengunjung sama ada penduduk tempatan mahupun pelancong asing.

Dengan menyajikan pemandangan indah khususnya detik matahari terbit, ia memberi pengalaman manis yang sukar dilupakan.

Meskipun cabaran mendaki bukit ini tidak sehebat bukit lain, pengunjung perlu menaiki sebanyak 815 anak tangga untuk sampai ke puncak.

Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki ke Sungai Lembing, perjalanan hanya memakan masa 30 minit dari laluan keluar plaza tol Lebuh Raya Pantai Timur arah Kuantan untuk ke Bukit Panorama.

Para pendaki perlu memulakan perjalanan seawal pukul 5.30 pagi kerana tempat letak kereta sentiasa penuh dengan kenderaan. Tempoh pendakian pula antara 20 hingga 40 minit.

Sebaik sampai di puncak, sudah pasti waktu terbitnya matahari sentiasa dinantikan. Pengunjung berpeluang merakam kenangan menarik sama ada bersama rakan atau ahli keluarga.


PEKAN Sungai Lembing yang dilihat dari puncak Bukit Panorama.


Puncak bukit yang berkeluasan 200 meter persegi itu turut mempunyai dua pondok bagi kemudahan pengunjung berehat selepas mendaki.

Seorang pengunjung dari Kajang, Selangor, Tan Ching Yang, 21, menyifatkan pengalamannya mendaki dan menyaksikan keindahan matahari terbit bersama rakan-rakan suatu pengalaman yang sukar dilupakan.

"Sebelum ini, saya mendaki beberapa bukit di Selangor tetapi kecewa kerana tidak dapat melihat pemandangan matahari terbit.

"Rakan-rakan mencadangkan saya datang ke sini dan ia nyata berbaloi apabila dapat melihat keindahan pemandangan matahari terbit di sekitar Sungai Lembing yang mempesonakan," ujarnya.

Penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Pahang, Zarif Zulkarnain, 21, telah lima kali mendaki bukit tersebut tetapi hanya tiga kali dapat menyaksikan pemandangan matahari terbit.

"Sebelum ini, ramai pengunjung pulang hampa kerana tidak dapat menyaksikan pemandangan matahari terbit. Bagi saya, melihat matahari terbit merupakan matlamat utama selain menikmati udara segar di Bukit Panorama," katanya.


MUZIUM Sungai Lembing ini mempamerkan koleksi berkaitan sejarah perlombongan bijih timah di Sungai Lembing.


Keselesaan

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, kerajaan negeri telah menaik taraf laluan pendakian bagi menambah keselesaan kepada pengunjung untuk ke puncak bukit.

Menurutnya, pembinaan anak tangga itu bermula dari hadapan pusat maklumat di kaki bukit sehingga kawasan mendatar di Bukit Panorama.

"Selain itu, kami turut memasang penghadang keselamatan untuk membolehkan pengunjung berpaut ketika mendaki anak tangga," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, kerajaan negeri akan berusaha melakukan penambahbaikan kemudahan di bukit tersebut serta beberapa lagi tarikan pelancongan di sekitar Sungai Lembing.

"Kita juga akan menambah produk-produk baharu di kawasan ini bagi manfaat dan kemudahan pengunjung," ujarnya.

Selain Bukit Panorama, Sungai Lembing juga mempunyai tarikan lain seperti peninggalan bekas lombong bijih timah.

Walaupun tapak lombong tersebut ditutup, namun ia masih menjadi tumpuan orang ramai.

Selain itu, Muzium Sungai Lembing dan terowong bijih timah merupakan dua lokasi popular yang wajib dikunjungi pelancong bagi melihat sendiri sejarah komoditi itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


22 guru ikuti program pembelajaran astronomi

Posted:

22 guru ikuti program pembelajaran astronomi

22 guru ikuti program pembelajaran astronomi


AZREENA (depan lima dari kanan) bergambar dengan 22 orang guru yang menyertai program Pembelajaran Informal Astronomi Untuk Guru di Planetarium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.


ILMU ASTRONOMI. Seramai 22 guru dari 22 buah sekolah menengah di Lembah Klang menyertai program Pembelajaran Informal Astronomi Untuk Guru di Planetarium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu merupakan usaha sama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Angkasa Negara (Angkasa).

Pengarah Bahagian Pendidikan Sains Angkasa, Azreena Ahmad berkata, program yang diadakan sejak 2008 itu bertujuan untuk memperkukuhkan lagi pengalaman mengajar dalam kalangan guru-guru dari segi pengetahuan sains angkasa.

"Mereka hanya tahu mengenai teori dan perlu bergantung kepada imaginasi jika tidak terdedah kepada latihan praktikal mengenai pengetahuan sains angkasa," katanya.

Cucu A.B Hubback rasmi pameran seni bina warisan

Posted:

Cucu A.B Hubback rasmi pameran seni bina warisan

Cucu A.B Hubback rasmi pameran seni bina warisan


PETER RONALD BARBOR (dua dari kanan) bersama Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail (tiga dari kanan) melihat pameran Temasya Seni Bina Warisan A.B Hubback di Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.


LAWATAN BERSEJARAH. Selepas lebih 100 tahun pembinaan bangunan bersejarah seperti Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek, baru-baru ini cucu kepada pelukis pelan bangunan bersejarah itu, Dr. Peter Ronald Barbor-Hubback membuat lawatan buat pertama kali ke Kuala Lumpur bagi melihat sendiri keindahan bangunan itu.

Dua bangunan yang menggunakan sentuhan seni bina Moorish dan Moghul mendapatkan sentuhan rekaan dan kreativiti lukisan pelan mendiang datuk beliau, Brigadier Jeneral Arthur Benison Hubback (A.B Hubback) sekitar tahun 1890-an.

Menurut Peter Ronald Barbor, kedatangan beliau ke Malaysia sebenarnya diundang oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia untuk merasmikan pameran Temasya Seni Bina Warisan A.B Hubback di Tanah Melayu di Muzium Tekstil Negara, Jalan Sultan Hishamuddin baru-baru ini.

"Saya terharu dapat datang ke Kuala Lumpur dari United Kingdom untuk melihat sendiri bangunan-bangunan bersejarah yang mendapat sentuhan seni bina datuk saya," katanya.

Pameran secara percuma itu berlangsung sehingga 30 Jun ini.

100 sertai X-Plorecs Berbasikal 2014 di Sungai Petani

Posted:

100 sertai X-Plorecs Berbasikal 2014 di Sungai Petani

100 sertai X-Plorecs Berbasikal 2014 di Sungai Petani


SEBAHAGIAN peserta bergambar sebelum memulakan pertandingan X-Plorecs Berbasikal 2014 di Gelanggang Futsal 1Malaysia Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


SEMANGAT. Seramai 100 peserta menyertai pertandingan X-Plorecs Berbasikal 2014 di Gelanggang Futsal 1Malaysia Taman Semarak, Sungai Pasir, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu merupakan anjuran Persatuan Belia Warisan Bersatu Harmoni, Taman Semarak.

Setiausaha pertandingan, Mohd. Shawal Shaari berkata, melalui pertandingan itu setiap peserta yang dibahagikan kepada enam kumpulan perlu berkayuh sejauh 30 kilometer melalui jalan kampung termasuk Teluk Wang Besar, Teluk Wang Kecil dan Taman Delima.

"Matlamat utama pertandingan ini adalah bagi mengeratkan hubungan antara peserta di samping mempromosi amalan gaya hidup sihat," katanya.

Johan pertandingan itu dimenangi Pasukan Firasat Insan manakala naib juara pula disandang oleh Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Panda gergasi tiba dari China

Posted:

Panda gergasi tiba dari China

Panda gergasi tiba dari China

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

PANDA gergasi Feng Yi (panda betina) dipamerkan kepada media sejurus tiba di KLIA semalam.


SEPANG – Pasangan beruang panda gergasi, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) yang menjadi simbol kepada hubungan diplomatik antara Malaysia-China sejak 40 tahun lalu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi semalam.

Panda berusia tujuh tahun dan mempunyai berat 116 kilogram (Fu Wa) serta 102 kilogram (Feng Yi) itu tiba di Kompleks MASkargo pada pukul 7.53 pagi dengan menaiki pesawat khas MASkargo jenis Airbus 330-200F MH6462 dari Chengdu, China.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Isteriku kekasih Datuk

Posted:

Isteriku kekasih Datuk

Isteriku kekasih Datuk

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
dan MOHD. SHARKAWI LONDING
berita@kosmo.com.my


ANTARA isi kandungan SMS Datuk kepada isteri pengadu.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berasa sangat terhina apabila mendakwa dirinya dianiaya isteri yang belum pun setahun dikahwininya selepas wanita itu 'ditangkap' menjalin hubungan sulit dengan seorang bekas ahli politik.

Lebih menyakitkan hati, dakwa pengadu yang berusia 46 tahun dan merupakan seorang anggota polis itu, dia telah diusir oleh isterinya yang merupakan seorang ahli perniagaan sebaik perkara itu terbongkar pada 27 Januari lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tipu kena culik demi wang

Posted:

Tipu kena culik demi wang

Tipu kena culik demi wang

Oleh ROSMAWATI SALIHIN
berita@kosmo.com.my


INILAH Kampus Universiti Sabah tempat suspek bersembunyi dan ditahan ketika mengeluarkan wang.


KOTA KINABALU – Seorang lelaki sanggup memperdaya isteri sendiri dengan mendakwa dirinya diculik kerana terdesak mahu mendapatkan wang tebusan RM5,000 selepas diberhentikan kerja dalam kejadian 7 Mei lalu.

Bagaimanapun, taktik bekas pegawai jabatan agama berusia 33 tahun itu tidak menjadi apabila dia diberkas polis ketika cuba mengeluarkan wang tebusan yang dimasukkan isterinya di sebuah bank di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Suspek dikatakan tersepit memerlukan wang selepas diberhentikan kerja sejak setahun lalu. Bagaimanapun, isteri suspek tidak mengetahui suaminya sudah menjadi menganggur.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Jihad Noorshin dalam tulisan, fesyen, dakwah

Posted:

Jihad Noorshin dalam tulisan, fesyen, dakwah

Jihad Noorshin dalam tulisan, fesyen, dakwah

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@kosmo.com.my

NOORSHIN menunjukkan buku, The Beauty of Covering Up tentang keindahan menutup aurat yang diterbitkannya sendiri.


LANGKAH diatur perlahan sewaktu saya memasuki kediaman wanita bernama Noorshin Ng Abdullah, 60, yang terletak di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor. Ruang tamunya dipenuhi koleksi jubah dengan pelbagai rekaan menarik. Sekali imbas, ruang tersebut tidak ubah seperti butik pakaian.

Mata tertancap pada keunikan jubah yang disuntik elemen ceongsam rekaannya yang diperbuat daripada fabrik berkualiti, rekaan longgar dan moden. Busana sopan itu memberikan cita rasa oriental kepada wanita yang sukakan kelainan.

Kecintaan wanita berketurunan Cina itu kepada Islam tidak pernah padam sejak memeluk Islam ketika berumur 27 tahun dan beliau rela berkorban segala-galanya demi melebarkan syiar agama suci ini kepada masyarakat.

Pada usia emas, Noorshin dilihat masih gigih menghadiri majlis-majlis ilmu untuk menyampaikan dakwah terutama kepada saudara baharu.

Selain bergelar seorang penulis, Noorshin sebenarnya merupakan pengurus butik dan pereka fesyen busana Muslimah. Beliau menolak untuk menjadikan bidang perniagaan sebagai satu keutamaan kerana tidak mahu aktiviti dakwahnya terjejas kerana dakwah adalah pekerjaan paling dicintainya.


REKAAN jubah ceongsam yang longgar dan diperbuat daripada fabrik berkualiti menjadi identiti Noorshin.


Berkongsi

Pengalaman menulis selama 15 tahun di beberapa majalah berunsur Islam menjadi pembakar semangat untuk Noorshin menghasilkan buku sulungnya bertajuk The Beauty of Covering Up yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.

"Kalau dapat tolong seorang pun menutup aurat, saya sudah berpuas hati. Sekurang-kurangnya saya tidak membazir masa menulis buku ini.

"Apa-apa buku pun di dunia ini yang mengajar orang ke arah kebaikan adalah buku Islamik," jelasnya tentang pemahaman terhadap buku-buku berbentuk motivasi.

Buku The Beauty of Covering Up merupakan buku bergenre keagamaan yang mengupas tentang perkongsian idea dan buah fikiran penulis terhadap keindahan wanita Islam menutup aurat bukan sahaja pada pakaian namun terhadap tingkah laku mereka.

Buku The Beauty of Covering Up turut menyelitkan rekaan jubah ceongsam yang dihasilkan Noorshin.


Terdapat banyak cara untuk menggayakan tudung atau hijab oleh kaum wanita secara ringkas namun pada masa sama masih kelihatan anggun. Perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah menutup aurat dalam kesederhanaan dan tidak terlalu sarat dengan perhiasan.

Noorshin cuba meyakinkan wanita Muslimah agar tidak perlu terlalu berusaha memadankan setiap pakaian bersama aksesori kerana ada banyak lagi perkara penting yang perlu dilaksanakan selain mahu kelihatan sempurna.

"Cari jalan untuk menyembunyikan kecantikan anda. Jika pakaian tersebut menarik terlalu banyak perhatian, orang ramai mungkin tidak akan menundukkan pandangan mereka. Disebabkan itu, kita harus memastikan mereka hanya melihat apa yang diizinkan oleh kita sendiri," katanya dalam petikan daripada buku tersebut.

Niat di sebalik perbuatan menutup aurat adalah untuk mencari keredaan Allah dan kepentingan berkelakuan baik kerana setiap Muslim adalah duta Islam pada setiap hari dan dalam setiap jalan.

Untuk makluman, buku tersebut dicetak dalam naskhah terhad dan bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya boleh menghubungi Noorshin di laman Facebook The Beauty of Covering Up atau e-mel kepada june1nn@gmail.com.

Beliau turut mengalu-alukan pihak luar yang berminat untuk menaja penerbitan buku tersebut pada masa akan datang.

Dakwat efisien lebih jimat

Posted:

Dakwat efisien lebih jimat

Dakwat efisien lebih jimat

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@kosmo.com.my


PIXMA E400 sesuai digunakan untuk pencetakan asas kerana tidak berkos tinggi.


FAKTOR harga serta kos operasi jangka panjang terutamanya katrij dakwat menjadi faktor utama yang sering diambil kira sesetengah pengguna untuk membeli pencetak.

Prihatin dengan kehendak tersebut, Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. (Canon) selaku pembekal inkjet utama di Malaysia sejak 18 tahun lalu tampil memperkenalkan dua pencetak terbaharu iaitu PIXMA Dakwat Efisien Semua-Dalam-Satu E400 dan E560.

Kedua-dua pencetak tersebut menawarkan penjimatan operasi tanpa menjejaskan kecekapan dan kualiti cetakannya.

Golongan pelajar wajar mempertimbangkan model PIXMA E400 untuk dimiliki kerana dilengkapi dengan katrij dakwat dalam kategori mampu milik. Harga serendah RM25 bagi setiap katrij warna hitam, E400 adalah ideal untuk keperluan pencetakan asas kerana ia tidak memerlukan komitmen berkos tinggi.

Kedua-dua pencetak ini ringkas, tidak rumit, cepat dan mudah digunakan. Ia juga direka khusus supaya sesuai dengan katrij dakwat berkeupayaan tinggi yang menawarkan cetakan berkos rendah berbanding pencetak laser konvensional.

PIXMA E400 boleh mencetak sehingga 400 dokumen hitam putih dan 300 muka surat berwarna sementara E560 pula menghasilkan 800 dokumen hitam putih dan 300 muka surat dokumen warna.


PENOLONG Pengarah Bahagian Sistem Produk Pengguna Canon, Jeffrey Kung (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon, Wataru Nishioka menunjukkan model pencetak baharu keluaran syarikat tersebut.


Sementara itu, pengguna moden di rumah atau di pejabat juga pasti menghargai ciri sambungan tanpa wayar PIXMA E560 yang membolehkan mereka mencetak dan mengimbas dari mana-mana bahagian pejabat dalam lingkungan liputan.

Ia juga menyokong aplikasi Google Cloud Print menjadikannya lebih mudah untuk pengguna menghantar tugas mencetak setiap kali mereka berada di luar pejabat.

Mereka hanya perlu membuat sambungan menerusi perantara Gmail atau Google Docs pada alat peranti pintar atau daripada pelayar web Google Chrome di komputer peribadi dan komputer riba yang dilengkapkan dengan sistem operasi Windows, Macintosh, Linux atau Chrome.

Selain itu, E560 dilengkapkan dengan aplikasi sokongan PIXMA Printing Solutions daripada Canon. Aplikasi tersebut membolehkan integrasi pencetak secara mudah dengan rangkaian pejabat sedia ada tanpa perlu pemasangan sebarang program utiliti pada komputer hos.


CANON menepati moto lebih jimat, lebih cetakan melalui penghasilan pencetak baharu PIXMA E400 dan E560.


Menjimatkan

Ia juga membolehkan pengguna mencetak atau mengimbas gambar dan dokumen dengan mudah secara terus daripada alat peranti pintar Apple iOS atau Android OS.

Pengguna juga akan mempunyai akses kepada perantara Remote UserE560 (Remote UI) untuk memeriksa kod model katrij dakwat, paras dakwat yang masih ada dalam pencetak, serta melakukan fungsi penyelenggaraan tetap seperti penjajaran dan pembersihan kepala pencetak.

Kedua-dua model pencetak Canon tersebut dilengkapkan dengan fungsi unik Auto Power ON/OFF sekali gus membantu pengguna menjimatkan kos dan mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

Fungsi berkenaan mematikan pencetak selepas satu tempoh tidak aktif yang sudah ditetapkan lebih awal atau menghidupkan pencetak untuk menjalankan tugas yang diperlukan. Pengguna boleh menetapkan tetapan yang disukai dengan menggunakan pemacu pencetak, atau secara terus daripada aplikasi PIXMA Printing Solutions.

Kedua-dua model pencetak itu juga menawarkan kelajuan pencetakan cekap sesuai dengan pengguna pejabat di rumah dan pelajar.

PIXMA E560 turut memaparkan ciri enjin dupleks automatik yang membolehkan kedua-dua muka dokumen dicetak tanpa perlu membalikkan helaian kertas secara manual. Rekaan FastFront padanya juga membantu pengguna menggunakan pencetak daripada hala berhadapan, menggantikan katrij dakwat dan memasukkan kertas secara pantas.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Saya tak perlu masuk TV'

Posted:

'Saya tak perlu masuk TV'

'Saya tak perlu masuk TV'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

TENGKU ABDULLAH


"SAYA tidak perlu muncul di kaca televisyen (TV) semata-mata untuk mencari publisiti. Saya lebih gemar mengambil sikap merendah diri."

Demikian tegas Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menjelang Kongres ke-50 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 25 Mei ini di Hotel Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

Titah Tengku Abdullah yang akan bertanding jawatan Presiden FAM, baginda lebih gemar mengambil pendekatan di belakang tabir berbanding menonjolkan diri seperti mana-mana calon yang bakal bertanding dalam Kongres FAM yang berlangsung Ahad ini.

Kelmarin, salah seorang calon Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil dalam sebuah rancangan televisyen terbitan Astro Arena, 'Dengan Izin'.

Dalam sesi wawancara lebih kurang sejam itu, Tunku Ismail telah mendedahkan visi dan misi untuk FAM jika dia diberi kepercayaan untuk menerajui badan induk bola sepak negara itu.

Antara janji yang terkandung dalam manifesto Tunku Ismail ialah baginda bersedia menawarkan RM2 juta atau RM3 juta kepada setiap persatuan negeri dan mahu mewujudkan sektor pengadil profesional di Liga Malaysia (Liga M).

Mengulas lanjut, Tengku Abdullah bertitah, baginda lebih berminat untuk memberikan sumbangan kepada bola sepak negara dengan cara yang lebih profesional dan bukannya dengan menjanjikan wang ringgit.

"Saya tidak sempat tengok (rancangan 'Dengan Izin') tetapi saya sudah baca akhbar pagi tadi (semalam). Saya tidak perlu muncul di kaca televisyen. Saya tidak perlu mencari publisiti seperti itu.

"Jawatan (Presiden FAM) bukan mengenai saya (tetapi) ia adalah mengenai bola sepak negara, skuad kebangsaan dan pembangunan bola sepak negara.

"Sama seperti hoki, saya tidak perlu muncul di kaca televisyen. Ini kerana sifat saya memang begitu," titah baginda pada sidang akhbar di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur semalam.

Dalam perkembangan sama, Tengku Abdullah masih mengambil pendekatan 'kunci mulut' dan enggan mendedahkan visi dan misinya jika dilantik sebagai Presiden FAM yang baharu untuk penggal 2014-2018.

Ketika ditanya mengenai manifesto untuk perubahan dalam FAM, Tengku Abdullah juga enggan mendedahkannya dan bertitah: "Alhamdulillah, dia (Tunku Ismail) mempunyai visi dan misi tersendiri dan saya masih belum kemukakan apa perancangan saya.

"Jadi, terpulang kepada ahli-ahli gabungan untuk membuat penilaian. Saya tidak komen tentang kenyataan yang dibuat (oleh Tunku Ismail).

"Kalau saya cerita sekarang (visi dan misi), tiada kejutanlah, elok simpan dulu.

"Saya mesti ada visi dan misi. Jika tidak, tiada makna saya cuba nasib bertanding jawatan Presiden dalam FAM, tetapi percayalah, saya juga akan membuat perubahan," titah baginda lagi.

Dalam Kongres FAM ke-50 akan datang, Tengku Abdullah yang menyandang jawatan Timbalan Presiden FAM ketika ini, bakal bertanding merebut jawatan Presiden bersama-sama penyandang, Sultan Ahmad Shah dan Tunku Ismail.

Tengku Abdullah ketika ini mendapat pencalonan terbanyak untuk bertanding jawatan tersebut dengan 12 pencalonan diikuti Sultan Ahmad Shah (lima) dan Tunku Ismail (tiga).

Piala Uber: Malaysia tersingkir

Posted:

Piala Uber: Malaysia tersingkir

Piala Uber: Malaysia tersingkir


KEMENANGAN Jing Yi dalam perseorangan pertama tidak membawa makna kepada skuad Piala Uber negara.


NEW DELHI, India - Tee Jing Yi sekali lagi berjaya melakar kejutan menumbangkan pemain ranking lebih baik daripadanya, namun dia gagal mendapat sokongan rakan-rakan sepasukan yang menyaksikan Malaysia tersingkir pada saingan Piala Uber selepas tunduk 1-4 kepada Jepun semalam.

Selepas mengejutkan pemain utama Denmark, Line Kjaersfeldt 21-14, 22-20 kelmarin, Jing Yi melakar kejutan lebih besar semalam apabila menundukkan pemain No. 13 dunia, Sayaka Takahashi 22-20, 21-19, sekali gus memberikan permulaan baik buat pasukan negara pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Siri Fort itu.

Malangnya, usaha keras Jing Yi sekali lagi sia-sia apabila tiada satu pun mata berjaya diberikan oleh empat lagi wakil negara, Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho, Lim Yin Fun, Vivian Hoo-Lee Meng Yean serta Lim Chiew Sien, sekali gus menyingkirkan Malaysia daripada persaingan lebih awal.

Walaupun mereka masih mempunyai satu perlawanan untuk dilengkapkan hari ini, namun apa pun keputusan yang dicatat menentang Jerman, ia tidak akan memberi makna kerana Jepun dan Denmark sudah menempah tiket suku akhir daripada Kumpulan Z.

Bagi Jing Yi, 24, dia tidak mahu menyalahkan rakan-rakan sepasukan atas kegagalan memenuhi misi layak ke suku akhir, sebaliknya menegaskan kemenangan atau kekalahan harus dipikul secara berpasukan tanpa menuding jari kepada sesiapa.

"Menang atau kalah, kami harus memikulnya bersama. Memang bagus kalau kami berjaya memenangi perlawanan ini, namun kekalahan juga telah diduga kerana kami berdepan lawan yang sangat kuat.

"Saya tidak terlalu kecewa, sebaliknya hanya mahu memandang ke depan dan harap rakan-rakan saya juga berfikiran seperti itu. Kami ada satu lagi perlawanan untuk diharungi dan saya akan cuba menamatkannya dengan sebaik mungkin," kata Jing Yi.

Menurut Jing Yi, sebaik kembali ke tanah air fokusnya akan beralih kepada persiapan menghadapi Siri Super Terbuka Indonesia, bulan depan sebelum memasang misi memburu pingat gangsa pada Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland pada Julai nanti.

Semalam, Jing Yi, yang turun sebagai pemain No. 50 dunia mempamer keyakinan tinggi ketika menundukkan Takahashi, biarpun sedar dia tidak pernah menewaskan pemain Jepun itu dalam dua pertemuan mereka sebelum ini.

Mata sulung yang diraih Jing Yi bagaimanapun gagal meniupkan semangat Amelia-Fie Cho apabila mereka kalah tanpa melawan 13-21, 10-21 kepada pasangan No. 4 dunia, Misaki Matsumoto-Ayaka Takahashi untuk kedudukan 1-1.

Pemain remaja berusia 19 tahun, Yin Fun cuba memberi tentangan kepada jaguh senior Jepun, Eriko Hirose, namun jurang pengalaman menyaksikan dia tumpas 21-23, 12-21.

'FAM bukan tempat berpolitik'

Posted:

'FAM bukan tempat berpolitik'

'FAM bukan tempat berpolitik'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


Subahan


NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal menegaskan, penyokong-penyokong fanatik bola sepak seharusnya memberikan sokongan penuh kepada persatuan, bukannya mempolitikkannya.

Subahan memberitahu, ia merupakan satu perbuatan tidak wajar apabila para penyokong menanam minda dengan mewujudkan satu sentimen kurang baik dengan FAM.

Jelasnya, calon-calon yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Kongres FAM ke-50 Ahad ini mempunyai misi untuk membawa perubahan terhadap bola sepak negara dan para peminat tidak harus mengaitkannya dengan politik.

"Mungkin kemarahan mereka semakin jelas selepas kita memenangi Piala AFF Suzuki pad atahun 2010 tetapi gagal mempertahankannya pada edisi 2012.

"Kita perlukan penyokong bukan sahaja di waktu pasukan negara berada di puncak tetapi ketika jatuh, mereka harus terus memberikan sokongan.

"Penyokong-penyokong tidak boleh jadi 'politikus'. Ini yang menjadi masalah apabila penyokong-penyokong pula yang menentukan siapa yang layak jadi Presiden FAM.

"Ia tidak baik buat FAM dan bagi saya, kita seharusnya memberikan sokongan teguh kepada pemimpin kita," katanya dalam satu sidang akhbar di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, Subahan turut menepis dakwaan yang mengatakan FAM langsung tidak buat kerja untuk meningkatkan mutu pengadilan dalam Liga Malaysia (Liga M) yang kini dikritik hebat oleh sesetengah pihak.

"Sebenarnya, kami sudah ada pelan untuk program pengadilan di Liga M. Perkara ini sudah lama dirancang dan ia akan dilaksanakan selepas Kongres FAM nanti.

"Tidak adil untuk mengatakan seolah-olah kami tidak buat kerja dan sudah tentu saya terasa kerana saya adalah Naib Presiden FAM.

"Kami boleh menerima pandangan dan kritikan tetapi ia agak tidak adil untuk meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada FAM," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Prabowo daftar diri jadi calon Presiden Indonesia

Posted:

Prabowo daftar diri jadi calon Presiden Indonesia

Prabowo daftar diri jadi calon Presiden Indonesia

PRABOWO (kiri) dan Hatta (kanan) mengangkat tangan semasa berjalan untuk mendaftarkan diri sebagai calon Presiden dan Naib Presiden di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Jakarta, Indonesia semalam.


JAKARTA - Bekas jeneral, Prabowo Subianto semalam mendaftarkan diri secara rasmi sebagai calon yang akan bertanding pada pilihan raya Presiden Indonesia.

Prabowo daripada parti Gerindra akan menentang calon Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Joko Widodo yang dikenali sebagai Jokowi.

Parti Gerindra mendapat sokongan dari- pada empat buah lagi parti.

Jokowi yang juga Gabenor Jakarta pula mendapat sokongan daripada beberapa buah parti.

Namun, tinjauan pendapat menyatakan, Jokowi merupakan calon yang akan meme- nangi pilihan raya tersebut.

Beberapa penganalisis menyatakan, pengundi Indonesia lebih berminat memilih personaliti berbanding parti politik semasa memilih calon Presiden.

Prabowo memilih bekas Menteri Ekonomi, Hatta Rajasa sebagai calon regunya yang akan memegang jawatan Naib Presiden jika beliau memenangi pilihan raya.

Pilihan raya itu akan diadakan pada 9 Julai depan.

Jokowi memilih bekas Naib Presiden, Jusuf Kalla sebagai regunya untuk menghadapi pilihan raya itu.

Rekod ketenteraan Prabowo sebelum ini menjadi kontroversi.

Dia dituduh melakukan penyalahgunaan hak asasi manusia termasuk di Timur Leste sebelum negara itu merdeka.

Indonesia menduduki Timur Leste hingga tahun 1999.

Prabowo mengaku bertanggungjawab melakukan penculikan para pejuang Timor Leste semasa pemerintahan Suharto pada tahun 1998.

Dia disingkirkan daripada jawatan keten- teraan pada 1998.

Jokowi yang merupakan peminat muzik rock dan sebelum ini terlibat dalam pernia- gaan menjual perabot, pernah menjadi Datuk Bandar Solo di Jawa Tengah.

Dia memperkenalkan beberapa dasar baharu, antaranya pendidikan dan penjagaan kesihatan percuma.

Jokowi memenangi pilihan raya Datuk Bandar Jakarta pada tahun 2012.

Sejak itu, dia membina reputasi sebagai seorang pemimpin yang mampu memenangi hati rakyat.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono daripada Parti Demokratik tidak layak bertan- ding buat kali ketiga. - Agensi

Thai isytihar undang-undang tentera

Posted:

Thai isytihar undang-undang tentera

Thai isytihar undang-undang tentera


SEORANG wanita bergambar di sebuah jip tentera dengan
menggunakan telefon bimbit di tengah Bangkok semalam.


BANGKOK - Tentera Thailand mengisytiharkan undang-undang tentera di seluruh negara ini berkuat kuasa serta-merta, awal pagi semalam.

Perintah itu diumumkan stesen televisyen tentera, TV5 Channel, pada pukul 3 pagi bertujuan untuk memulihkan keamanan dan ketenteraman di negara ini.

Anggota-anggota tentera dikerah mengawal stesen televisyen di Bangkok.

Undang-undang tentera itu diumumkan di tengah-tengah persediaan penyokong prokerajaan kumpulan Baju Merah dan antikerajaan mahu mengadakan perhimpunan terbesar dalam minggu ini.

Penyokong Baju Merah berhimpun di Jalan Aksa di pinggir Bangkok, manakala penyokong antikerajaan berada di beberapa lokasi di Bangkok.

Kumpulan antikerajaan Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) membatalkan perhimpunan jalanan semalam berikutan pengisytiharan undang-undang tentera itu.

Di bawah undang-undang tentera, penunjuk perasaan hanya dibenarkan mengadakan perhimpunan di 'kubu' masing-masing, dan tidak boleh bergerak.

Tentera mengisytiharkan undang-undang tentera selepas kedua-dua pihak yang bertelagah dalam politik Thailand gagal bersetuju untuk menyelesaikan kemelut politik di negara itu.

Masalah utama kepada penyelesaian konflik itu apabila kumpulan antikerajaan berkeras mahu kerajaan sementara sekarang yang dikuasai parti pemerintah, Pheu Thai meletak jawatan dan Perdana Menteri baharu yang berkecuali dengan kuasa penuh dilantik menduduki jawatan.

Bagaimanapun, Kabinet sementara sekarang diketuai pemangku Perdana Menteri sementara, Niwattumrong Boobnsongpaisan enggan meletak jawatan.

Konflik itu dicetuskan dengan protes berhubung rang undang-undang pengampunan tahun lepas yang akhirnya dibatalkan selepas tekanan daripada kumpulan pembangkang yang dilihat sebagai langkah bagi membolehkan kepulangan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra daripada buangan yang akhirnya membawa pembaharuan dalam sistem politik di negara itu. - Bernama

Lelaki ancam bunuh diri dengan terjun dari hotel

Posted:

Lelaki ancam bunuh diri dengan terjun dari hotel

Lelaki ancam bunuh diri dengan terjun dari hotel


BAJU lelaki itu berjaya disambar seorang anggota polis semasa dia terjun dari tingkat tujuh hotel tersebut.


CHENGDU, China - Seorang lelaki gagal untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah hotel di sini kelmarin.

Lelaki berusia 32 tahun itu pada mulanya mahu membunuh diri selepas dia gagal dalam hubungan cinta dengan seorang wanita.

Namun, wanita itu yang merupakan bekas kekasihnya dan beberapa anggota polis kemudian berjaya memujuk lelaki berkenaan supaya jangan membunuh diri. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved