Rabu, 21 Mei 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kanak-kanak antara 31 warga asing ditahan di Pulau Pinang

Posted:

Kanak-kanak antara 31 warga asing ditahan di Pulau Pinang

Kanak-kanak antara 31 warga asing ditahan di Pulau Pinang

21/05/2014 9:43pm

BUTTERWORTH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun adalah antara 31 rakyat asing yang ditahan dalam Operasi 6P Jabatan Imigresen Pulau Pinang di tiga lokasi sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) malam tadi.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu, Basri Othman berkata, mereka yang ditahan dalam operasi bermula pukul 8.30 malam itu terdiri daripada 17 warga Indonesia termasuk kanak-kanak itu, enam Myanmar dan masing-masing empat rakyat Thailand dan Bangladesh.

Operasi dijalankan di Medan Selera Bandar Perda, sebuah restoran di kawasan Sembilang dan rumah kongsi di tapak pembinaan di Bukit Tengah, katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua mereka termasuk enam wanita berusia sehingga 40 tahun itu ditahan atas pelbagai kesalahan, antaranya menyalahgunakan pas lawatan, tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

"Kami akan memanggil majikan warga asing yang ditahan itu bagi membantu siasatan dan majikan juga boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya. - Bernama

Fenomena El Nino: Nelayan perlu cari sumber lain

Posted:

Fenomena El Nino: Nelayan perlu cari sumber lain

Fenomena El Nino: Nelayan perlu cari sumber lain

21/05/2014 9:38pm

KUANTAN - Golongan nelayan di negeri ini dinasihat membuat persiapan dengan mencari sumber pendapatan tambahan bagi menghadapi fenomena El Nino yang dijangka melanda awal Jun hingga September depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, fenomena itu tidak dapat dielak dan dijangka memberi kesan kepada golongan terbabit berikutan berlaku pemanasan air laut.

"Golongan nelayan perlu bersedia menghadapinya dengan mencari sumber lain untuk tambah pendapatan mereka kerana kita jangka hasil tangkapan ikan akan berkurangan sepanjang musim tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Program Peningkatan Kendalian Membaiki Enjin Bot Sangkut' anjuran Jabatan Perikanan Pahang di Balai Nelayan Kampung Chempaka hari ini.

Tambahnya, program itu akan dilaksana secara berperingkat untuk memberi pengetahuan kepada golongan nelayan negeri berkaitan sebarang permasalahan nelayan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kegiatan menangkap ikan menggunakan pukat tunda ganding dikesan di perairan Pahang walaupun ia sudah ditangani pihak berkuasa sebelum ini.

Katanya, beliau menerima maklumat daripada nelayan tempatan dan pihak terbabit didapati memindahkan hasil tangkapan ke sebuah kapal kargo, dipercayai untuk dijual ke pasaran luar, dan perkara itu akan dimaklum kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk tindakan lanjut. - Bernama

KPDNKK rampas 516 tong gas dari kilang di Gua Musang

Posted:

KPDNKK rampas 516 tong gas dari kilang di Gua Musang

KPDNKK rampas 516 tong gas dari kilang di Gua Musang

21/05/2014 9:30pm

GUA MUSANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan menyita sebuah kilang dan merampas 516 tong gas yang akan dijual secara haram.

Tindakan itu dilakukan 10 anggota penguat kuasa diketuai Ketua Cawangan KPDNKK Kuala Krai, Rosli Ismail yang membuat serbuan ke kilang itu di kawasan perindustrian di sini pada pukul 3 petang semalam.

Tambahnya, kilang itu menyimpan 516 tong gas bersubsidi seberat antara 12 dan 14 kilogram bernilai RM36,839 tanpa lesen.

"Semasa serbuan itu, hanya isteri pemilik kilang itu berada di premis berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasil siasatan mendapati peniaga itu menjalankan perniagaan tanpa lesen atau kebenaran daripada pegawai KPDNKK untuk menyimpan dan menjual tong gas kepada pelanggan di sekitar daerah ini sejak setahun lepas.

Kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, yang jika sabit kesalahan, boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved