Selasa, 6 Mei 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Perginya Bujang Lapok terakhir

Posted:

Perginya Bujang Lapok terakhir

Perginya Bujang Lapok terakhir

"WALAUPUN rupamu tidak ku kenal, tapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku." Demikian dialog popular yang mengiringi perjalanan anak seni bernama Datuk Aziz Sattar sepanjang hayatnya dalam dunia lakonan.

Ungkapan itu dipetik daripada filem lakonan beliau bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan S. Shamsuddin, Seniman Bujang Lapok (1961), yang merupakan antara wadah seni terkenal selepas Bujang Lapok (1957), Pendekar Bujang Lapok (1959) dan Ali Baba Bujang Lapok (1960).

Les Trois Mousquetaires

Naskhah yang asalnya mengambil inspirasi daripada filem pendek dan novel terkenal Perancis, Les Trois Mousquetaires (The Three Musketeers), kisah tiga lelaki bujang terlajak itu dijelmakan dalam versi bahasa Melayu yang berjaya menambat hati pelbagai generasi penonton.

Ikonik wataknya, Ajis bersama Sudin dan Ramlee dalam siri filem Bujang Lapok itu menjadi signatur pelakon itu hingga panggilan Pak Ajis melekat di bibir peminatnya hingga kini.

Dua teman karibnya, S. Shamsuddin terlebih dulu pergi meninggalkan Pak Ajis pada 4 Jun tahun lalu manakala P. Ramlee telah meninggal dunia pada 28 Mei 1973.

Semalam, 6 Mei, Pak Ajis pergi meninggalkan semua yang masih hidup. Itu bermakna berakhirnya legasi terakhir yang tinggal daripada naskhah agung Bujang Lapok.

Keakraban Aziz dan P. Ramlee seperti tarikan magnet yang sama-sama memacu kerjaya kedua-dua bintang legenda itu untuk mencoret kenangan dan kejayaan bersama.

Teriakan siri filem Bujang Lapok membikin selaut ingatan buat penggemar filem hitam putih hingga mencetuskan fenomena sekitar tahun 1950-an.

Siapa tidak tahu antara lagu popular yang turut menjadi signatur siri filem Bujang Lapok seperti Menceceh, Tunggu Sekejap, Nak Dara Rindu dan Resam Dunia masih menjadi siulan hingga kini.


SUASANA pilu pada majlis pengebumian Allahyarham Pak Ajis di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor semalam.


Ada yang menyifatkan pangkal huruf P pada nama P. Ramlee sebenarnya merujuk kepada tiga tunjang utama kariernya - pelakon, pengarah dan penyanyi.

Begitu juga Aziz yang memiliki bakat nyanyian dan pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan pop Pancasitara yang pernah ditubuhkan oleh P. Ramlee.

Umpama sebutir permata yang sentiasa berkilau walau dipanah perit mentari mahupun dimamah dingin salju, Aziz barangkali rujukan paling tepat.

Selamat tinggal Ajis

Tanpa sebarang tanda, tiada selembar kisah sakitnya yang ditanggung, Aziz atau nama sebenarnya, Abdul Azez Satta yang dilahirkan pada 8 Ogos 1925 di Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia, meninggalkan peminatnya tepat pukul 2 pagi 6 Mei 2014.

Aziz dikejarkan ke Pusat Perubatan KPJ Kajang pada malam Ahad lalu akibat serangan jantung di rumahnya di Ampang, Selangor.

Bertemankan dua anaknya, Dahlia dan Sandakiah Aziz, pelakon filem Nujum Pak Belalang itu menghembuskan nafas terakhirnya sambil ditemani seorang cucunya, Abu Ubaidah A. Ishak.

"Ayah mengadu sakit dada pada pagi Ahad lalu dan kami membawanya ke hospital pada sebelah malam. Selepas melalui siri ujian darah dan electrocardiogram (ECG), ayah kembali sedar dan boleh bercakap walaupun masih lemah.

"Tiada pesanan terakhir yang disampaikan arwah ayah melainkan seleranya sudah semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini.

"Bapa seorang yang bersemangat tinggi untuk meneruskan perjuangan dalam bidang seni terutamanya sepanjang menjadi Presiden Persatuan Artis Veteran Malaysia," ujar Sandakiah yang ditemui pada majlis pengebumian Allahyarham di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor.

PENGHARGAAN. Pak Ajis menerima Anugerah Tokoh Pelakon Melayu bersama seniwati Zaiton yang mewakili S. Shamsuddin yang turut diberikan anugerah sama pada majlis Anugerah Tribute P. Ramlee di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Jun 2013.


Sumbangan

Selain berpuluh-puluh filem lakonannya, Allahyarham juga berpengalaman sebagai pengarah filem.

Antara produksi filem arahannya termasuklah Keluarga Comat (1975), Si Badol (1979), Prebet Lapok (1979), Penyamun Tarbus (1980), Da Di Du (1981), Setinggan (1982), Perawan Malam (1986) dan Darah Satria (1993).

Pada tahun 2007, Allahyarham menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk.

Antara kisah menarik Allahyarham pada zaman silamnya, beliau pernah diseksa oleh tentera Jepun kerana dituduh mencuri selain dikenakan penjara selama enam bulan selepas disyaki terlibat dalam kes rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950-an.

Allahyarham pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad (isteri ketiga, bercerai) dan seniwati Dayang Sofia (isteri keempat, bercerai).

Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak iaitu Ruzaiman, Ruzaidah, Ruzainah, Zainuddin, Dahlia, Dalina dan Sandakiah, 20 orang cucu serta 10 orang cicit.

Pada 16 Disember 2006 Allahyarham berkahwin dengan Hashimah Delan di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor dengan mas kahwin RM100.

Layar perak Aziz Sattar

Posted:

Layar perak Aziz Sattar

Layar perak Aziz Sattar

Oleh HARYATI KARIM

FILEM Pendekar Bujang Lapok merupakan antara filem lakonan Aziz Sattar yang paling membekaskan impak terhadap khalayak audiens sehingga hari ini.


PEMERGIAN Allahyarham Datuk Aziz Sattar meninggalkan banyak memori, bukan sahaja untuk ahli keluarga tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Sudah membintangi lebih 50 buah filem dan puluhan drama, namun filem Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok antara filem klasik yang menjulang namanya sehingga hari ini.

Jika diulang tayang beribu-ribu kali pun, penonton sudah menghafal skrip filemnya dan mereka tetap akan tertawa dengan dialog yang dilontarkan barisan pelakonnya.

Semangat dan disiplin yang dimiliki Allahyarham terhadap kerjaya lakonan sangat tinggi meskipun ketika tahap kesihatannya semakin merosot.

Kosmo! pernah mengaturkan sesi fotografi bersamanya, Allahyarham tetap hadir pada waktu yang ditetapkan walaupun ketika itu sedang demam panas.

Kesungguhannya itu membuatkan saya dan artis yang bergandingan dengannya iaitu Alyah dan Dafi cukup menghormatinya. Tutur katanya diingati saya sehingga hari ini.

Katanya: "Sudah berjanji tidak elok memungkiri janji. Selagi saya tidak terlantar, saya akan datang."

Benar, Malaysia kehilangan sebutir lagi bintang seni yang amat bernilai. Selepas ini, hanya filem lakonannya yang menjadi pengubat rindu buat keluarga dan peminat. Semoga Allahyarham damai di sana.

Kosmo! menyenaraikan beberapa buah filem lakonan Allahyarham Aziz Sattar yang diingati sehingga hari ini.

Filem: Bujang Lapok

Tahun tayangan: 1957

Pengarah: P. Ramlee

Pelakon: P. Ramlee, Aziz Sattar, S. Shamsuddin, Normadiah, Dayang Sofia dan Zaiton

Filem ini merupakan filem komedi pertama Allahyarham P. Ramlee daripada sekuel Bujang Lapok. Ia mengisahkan tiga sahabat Ramlee, Ajis dan Sudin menyewa bilik di rumah milik janda muda iaitu Cik Norma. Dalam filem inilah, Aziz mula berkenalan dengan isteri keempatnya, Dayang Sofia yang bergandingan dalam filem ini sebagai kekasihnya.

Filem: Pendekar Bujang Lapok

Tahun tayangan: 1959

Pengarah: P. Ramlee

Pelakon: P. Ramlee, Aziz Sattar, S. Shamsuddin, Rosyatimah, Aini Jasmin, Ibrahim Pendek, Mustarjo, Momo Latif, Ahmad Nisfu dan Shariff Dol

Memilih latar perkampungan Melayu, filem yang menjalani penggambaran di Studio Jalan Ampas, Singapura ini juga meraih populariti yang luar biasa. Mengisahkan tiga orang sahabat yang ingin mempelajari ilmu mempertahankan diri daripada Pendekar Mustar. Bagaimanapun, mereka bertiga terpikat dengan anak perempuan Pendekar Mustar yang bertugas sebagai guru di sekolah dewasa bernama Cikgu Ros. Antara lagu popular daripada filem ini termasuklah Maafkan Kami, Bujang Lapok dan Malam Bulan di Pagar Bintang.

Filem: Seniman Bujang Lapok

Tahun tayangan: 1961

Pengarah: P. Ramlee dan

S. Sudarmaji

Pelakon: P. Ramlee, Aziz Sattar, S. Shamsuddin, Saloma, Zaiton, Sharif Dol dan Ahmad Nisfu

Sekuel filem Bujang Lapok yang diberi judul Seniman Bujang Lapok ini mengisahkan tiga sahabat, Ramlee, Ajis dan Sudin mencuba nasib sebagai pelakon di studio Jalan Ampas. Banyak dialog lucu yang diingati sehingga hari ini seperti Sudin meminta Hang Jebat turun ketika berlakon dan sesi uji bakat Aziz yang telah diminta pengarah Ahmad Nisfu untuk menceritakan kecantikan wanita.

Filem: Ali Baba Bujang Lapok

Tahun tayangan: 1960

Pengarah: P. Ramlee

Pelakon: P. Ramlee, Aziz Sattar, S. Shamsuddin, Sarimah, Normadiah, K. Fatimah, Ibrahim Pendek dan Zaiton

Filem ini berasaskan kisah Ali Baba dan 40 Penyamun daripada Hikayat 1001 Malam tetapi ditokok-tambah dengan unsur komedi. Filem ini merupakan penampilan sulung Sarimah Ahmad yang memegang watak hamba bernama Marjina. Banyak moral yang boleh dipelajari daripada filem ini seperti watak Ali Baba (Ajis) yang malas bekerja dan hanya mengharapkan belas kasihan abangnya, Kassim Baba (Sudin) serta sikap tamak Kassim Baba yang membawa kepada kematiannya.

Filem: Nujum Pak Belalang

Tahun tayangan: 1959

Pengarah: P. Ramlee

Pelakon: P. Ramlee, Bad Latiff, Hashimah Yon, Ahmad Nisfu, Aziz Sattar, S. Shamsuddin dan Shariff Dol

Dalam filem ini, P. Ramlee memegang watak sebagai Pak Belalang seorang yang malas bekerja. Dia mempunyai seorang anak bernama Belalang. Bagaimanapun, nasib menyebelahinya apabila dia tiba-tiba mempunyai ilmu mengubati orang sakit. Aziz memegang watak sebagai Badan manakala Sudin sebagai Nyawa merupakan perompak yang merompak istana dan bertemu dengan Pak Belalang ketika mereka sedang membahagikan wang emas di sebuah gua.

Filem: Setem

Tarikh tayangan: 30 Julai 2009

Pengarah: Kabir Bhatia

Pelakon: Aziz Sattar, Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Vanidah Imran, Que Haidar, Bront Palarae, Isma Yusoof, Sathiya, Indi Nadarajah, Harun Salim Bachik dan Chew Kin Wah

Ini filem terkini lakonan Allahyarham Aziz Sattar. Dalam filem yang mengisahkan komplot mencuri setem berharga itu, Allahyarham memegang watak sebagai Pak Ramli. pengurus rumah anak yatim Rumah Harapan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Alat keselamatan peribadi

Posted:

Alat keselamatan peribadi

Alat keselamatan peribadi

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

SUASANA hentian bas berdekatan Pusat Remaja Antarabangsa (IYC), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada tengah hari itu kelihatan tenang. Nor Hazalinda Ismail, 25, menunggu teksi di hentian tersebut yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya untuk ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tun Razak.

Dia yang mesra disapa Linda ingin bertemu rakannya di pusat bandar raya Kuala Lumpur. Namun, dia tidak menyangka hari tersebut meninggalkan pengalaman pahit dalam hidupnya.

Teksi yang dinaiki melencong ke destinasi lain walhal lokasi yang ingin dituju hanya berjarak kira-kira dua kilometer dari tempat dia menunggu.

Tiba-tiba pemandu teksi warga asing itu memberhentikan teksinya di kawasan perumahan di Salak Selatan dan mengeluarkan pisau lalu menggertak Linda agar menyerahkan beg tangan miliknya. Kemudian, wanita tersebut ditinggalkan di bahu jalan sebelum teksi berkenaan memecut laju.

"Saya tidak percaya bahawa pemandu teksi itu merompak saya. Pada mulanya, saya ingatkan kejadian itu hanya gurauan, mujurlah saya tidak diapa-apakan," ujarnya kepada Kosmo! sewaktu mengimbau kembali kejadian yang berlaku Oktober tahun lalu.

Pastinya peristiwa sama pernah dialami individu lain. Lantas kejadian seperti ini memberi idea kepada sebuah syarikat perisian tempatan, 1337 Ventures Sdn. Bhd. (1337 Ventures) untuk mencipta alat keselamatan peribadi yang berhubung terus kepada telefon pintar pengguna. Ia direka dengan saiz kecil menggunakan sejenis cip transponder atau Beacon dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Penjejak pintar

Ketua Pegawai Eksekutif 1337 Ventures, Bikesh L. berkata, Beacon adalah satu sistem yang menggunakan teknologi bluetooth bertenaga rendah (BLE) yang juga dikenali sebagai bluetooth pintar.

Ia merupakan sistem penjejak kedudukan dalam bangunan yang menggunakan tenaga minimum dan kos rendah yang boleh mengesan alat peranti yang berada berhampiran dengan pengguna. Ia turut terdapat pada telefon pintar iPhone dan Android.


ARSYAN menunjukkan aplikasi Baucar yang boleh dimuat turun pengguna bagi mengetahui tentang promosi terkini dan mengumpul mata ganjaran.


Tahun ini sahaja sudah terdapat 370 juta telefon pintar dijual di dunia yang menyokong sistem Beacon. Ini adalah landasan yang baik untuk mana-mana syarikat memanfaatkannya.

"Tidak lama lagi, Malaysia akan melancarkan alat keselamatan peribadi menggunakan sistem ini yang dipanggil Warybee. Sememangnya ada usaha dari Amerika Syarikat yang berhasrat untuk melakukan perkara yang sama, namun mereka masih belum melancarkannya.

"Ini menjadikan Malaysia bakal negara pertama di dunia yang memasarkan alat tersebut yang dijangka menemui pengguna pada Jun ini. Spesifikasi penuh produk Warybee akan dipamerkan di Singapura bulan ini," jelasnya ketika ditemui di Pusat SME Technopreneur, Cyberjaya baru-baru ini.

Beacon menggunakan cip bersaiz mikro yang boleh direka menjadi aksesori kecantikan bersesuaian dengan cita rasa pengguna. Bagi peniaga pula, mereka boleh menetapkan jenis promosi yang hendak ditawarkan kepada pengguna berdasarkan lokasi di mana pengguna itu berdiri dalam premis mereka.

Katakan peniaga pakaian mempunyai beberapa seksyen baju dan seluar dalam premis mereka, setiap pelanggan akan menerima notifikasi berbeza bergantung kepada lokasi masing-masing. Ia menarik pelanggan untuk meluangkan lebih banyak masa dalam satu-satu premis. Teknologi tersebut bakal membawa teknologi perniagaan di Malaysia ke satu tahap yang lebih maju.

Buat masa ini, 1337 Ventures Sdn. Bhd. sedang bekerjasama dengan beberapa pusat beli-belah negara ini untuk memasang sistem Beacon dalam bangunan termasuk kawasan tempat letak kereta.

Ia bakal memudahkan pengguna mencari kenderaan mereka kerana sistem tersebut boleh menunjukkan arah ke lokasi tempat letak kereta dari kedudukan mereka berdiri.

Sementara itu, pengasas bersama Warybee, Ray Teng berkata, alat tersebut boleh dipakai sebagai aksesori kecantikan seperti jam, gelang atau rantai bagi mengaburi mata penyerang yang berniat melakukan perkara yang tidak diingini.


BIKESH menerangkan fungsi sistem Beacon yang digunakan untuk aplikasi mudah alih.


Maklumat

"Pengguna hanya perlu menekan butang kecil yang ada pada alat ini dan serta-merta telefon pintarnya akan membunyikan penggera kecemasan. Pada masa sama, anggota keluarga dan kenalan akan menerima notifikasi yang memberitahu mangsa dalam situasi bahaya.

"Bukan itu sahaja, ia turut menghantar maklumat lokasi di mana mangsa berada. Kadang-kadang, mangsa terlalu panik sehingga tidak tahu apa yang perlu dilakukan atau bagaimana ingin memaklumkan lokasi mereka kepada kenalan terdekat," jelasnya.

Alat tersebut yang turut dinamakan Warybee menggunakan teknologi rangkaian kawasan peribadi tanpa wayar di mana pengguna tidak perlu mengecas dengan kerap kerana ia mampu bertahan sehingga enam bulan.

Sekiranya telefon pintar anda dirampas, Warybee sentiasa menghantar isyarat kepada pengguna aplikasi tersebut yang berada berdekatan dengan anda supaya kedudukan anda boleh dijejaki. Selain itu, Warybee boleh digunakan sekiranya berlaku kecurian kereta atau kemalangan jalan raya.

Aplikasi tersebut dibangunkan berdasarkan komuniti sukarelawan di mana para pengguna dapat menghulurkan bantuan segera walaupun tidak mengenali. Rekaan lengkap Warybee akan dilancarkan pada Jun ini di seluruh negara.

Ia dipercayai bakal menjadi alat keselamatan peribadi pertama seumpamanya yang digunakan di dunia.

Sementara itu, pengasas WWW 1337 Tech Sdn. Bhd., Arsyan Ismail berkata, beliau turut menggunakan Beacon bagi membangunkan aplikasi Baucar yang membolehkan pemilik premis perniagaan melakukan pemasaran berdasarkan lokasi pelanggan, pembayaran tanpa sentuh, kupon daftar masuk, mengesan prestasi jualan dan mempromosikan mata ganjaran kepada pelanggan.

Promosi

Aplikasi tersebut yang sudah berada di Malaysia sejak enam bulan lalu berfungsi untuk menggabungkan iklan dan promosi perniagaan. Ia berdasarkan koordinat premis dan masa sebenar ketika seseorang pelanggan menggunakan aplikasi berkenaan.

PENGGUNA applikasi Baucar akan menerima notifikasi mata ganjaran apabila berada berhampiran premis yang mengambil bahagian.


Selain itu, ia mengesan lokasi pengguna dan memberitahu jenis-jenis promosi yang terdapat berhampiran mereka. Pada masa sama, pelanggan boleh mengubah lokasi premis yang ingin dituju bagi mengetahui tentang promosi menarik yang ditawarkan menerusi aplikasi Baucar.

"Sejenis alat diletakkan dalam premis yang mengambil bahagian

dan setiap kali pelanggan melalui premis berkenaan, mereka akan menerima notifikasi tentang promosi terkini dan mata ganjaran. Ini dapat menarik lebih ramai pelanggan ke premis tersebut.

"Pemilik perniagaan pun gembira kerana pelanggan semakin ramai ke premis mereka dan boleh menganalisis corak kegemaran pelanggan terhadap satu-satu promosi," jelas Arsyan.

Setakat ini, lebih 2,000 peniaga sudah menyertai Baucar dan WWW 1337 Tech Sdn. Bhd. menyasarkan separuh daripada jumlah peniaga di Cyberjaya akan turut menyertai program tersebut menjelang Jun ini. Ia akan diperluaskan lagi ke seluruh negara.

Aplikasi tersebut turut memiliki pangkalan data bagi setiap koordinat premis dan setiap tetapan boleh dilakukan mengikut kehendak peniaga. Setiap peniaga akan dikenakan caj RM1 bagi setiap pelanggan yang berjaya ditarik ke premis mereka, bagaimanapun pelanggan tidak dikenakan bayaran untuk memuat turun aplikasi Baucar ke gajet masing-masing.

Sistem Beacon ini disifatkan lebih mesra pengguna berbanding kaedah imbasan kod respon pantas yang diperkenalkan sebelum ini. Jelas Arsyan, tidak semua telefon pintar dibina dengan kaedah imbasan tersebut yang kadangkala menyulitkan pengguna untuk mengutip mata ganjaran atau promosi daripada premis kegemaran mereka.

Jeda masa yang dikemaskini oleh aplikasi Baucar pula sudah ditetapkan kepada empat minit bagi setiap notifikasi supaya pengguna tidak terganggu dengan kekerapan notifikasi yang diterima. Setiap data yang diterima dihubungkan terus kepada akaun Facebook pengguna bagi mendapatkan maklumat demografik mereka.

Menjaga 'kesihatan' sumber air

Posted:

Menjaga 'kesihatan' sumber air

Menjaga 'kesihatan' sumber air

Oleh HAFIZ AHMAD


DUA buah sekolah menyertai program yang diadakan bersempena Hari Bumi 2014.


SERAMAI 70 pelajar dan 10 orang guru dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Bestari, Subang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chen Moh, Petaling Jaya, Selangor mengikuti Program Pendidikan Kesedaran Air dan Laut Salcon yang diadakan di Lembah Kiara Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia dianjurkan bersempena Hari Bumi 2014 oleh Salcon Berhad dengan kerjasama Water Watch Penang (WWP). Objektif program tersebut adalah untuk memberi pengetahuan dan maklumat mengenai kepentingan menjaga sumber air kepada generasi muda.

Peserta yang berumur lingkungan 10 hingga 11 tahun diberi penerangan cara pemuliharaan alam yang merupakan tanggungjawab bersama.

Dikawal selia oleh beberapa orang fasilitator, mereka belajar cara menjalankan kajian kimia, biologi dan fizikal bagi menentukan tahap kesihatan air sungai.

Kajian

Kajian tersebut merangkumi tahap larutan keasidan dan kealkalian, pemantauan aliran air, kekeruhan air, ujian oksigen terlarut dan mengenal pasti organisma akuatik menggunakan kit pemantauan air.

"Program ini sangat menarik kerana saya dapat melakukan kajian dengan sendiri. Pada masa sama, kami menimba ilmu secara mendalam mengenai kepentingan sumber air dan sungai.

"Sudah pasti saya akan mempraktikkannya di rumah dan sekolah bersama rakan-rakan," kongsi pelajar SK Subang Bestari, Muhd. Danish Aiman ketika ditemui pada program tersebut.


HASIL kreativiti pelajar ketika melakukan salah satu aktiviti dalam program ini.


Bagi guru SJKC Chen Moh, Choon Wai Hoong, program kesedaran seumpama itu akan memberi impak positif dalam jangka masa panjang kepada generasi muda.

"Pelajar menunjukkan respons yang baik sepanjang aktiviti sekali gus mengubah persepsi mereka dalam tabiat penjimatan air," ujarnya.

Ia merupakan penyertaan pertama kali SK Subang Bestari manakala SJKC Chen Moh telah mengikuti program itu sejak tiga musim lalu. Mereka dipilih berdasarkan penyertaan di pertandingan Kuiz Air dan Sungai Antara Sekolah Falcon 2012.

Pengurus Kanan Salcon Berhad, Chern Meng Gaik berkata, penglibatan pelajar-pelajar dalam program tersebut diharap dapat membentuk pemikiran mereka sejak awal lagi.

"Kami percaya pelajar sekolah merupakan generasi yang menggerakkan negara pada masa hadapan. Maka, program sebegini dapat memberi kesedaran dan pendidikan kepada mereka," kata Meng Gaik.

Ia merupakan salah satu usaha tanggungjawab sosial Falcon yang telah diadakan sejak tahun 2010. Sepanjang penganjuran selama lima tahun, program ini telah disertai oleh 24 sekolah sekitar Lembah Klang dan empat rumah kebajikan.

Kamera SPECT bantu kesan barah payudara

Posted:

Kamera SPECT bantu kesan barah payudara

Kamera SPECT bantu kesan barah payudara

IQBAL bersama peralatan kamera SPECT yang boleh digunakan dalam rawatan kanser payudara.


UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan sebuah kamera diagnostik pengimejan nuklear mudah alih dipertingkatkan dengan kaedah pengesanan sinar gamma bagi membantu mengesan kanser payudara.

Kamera itu mampu mempamerkan tumor atau sista secara tiga dimensi (3D) bagi membolehkan doktor mendapat paparan yang lebih jelas dan besar sekali gus mudah mengambil sampel biopsi.

Dicipta oleh ketua Jabatan Kejuruteraan Komputer dan Sistem Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan UPM, Prof. Madya Dr. Iqbal Saripan, peranti tersebut tergolong sebagai kamera Single-Photon Emission Computed Tomography (SPECT).

Sebelum ini, beliau banyak melakukan kajian-kajian asas mengenai peranti pengimejan nuklear yang menggunakan sinar gamma dua dimensi.

Dalam penyelidikannya, mesin tersebut boleh dipanjangkan hayatnya melalui ketepatan diagnostik secara 3D.

Jika mesin-mesin itu ditingkatkan, ia mampu mengurangkan kos pembelian peranti baharu yang mahal.

Menurutnya, secara perbandingan, mesin jenis sinar-X biasa tidak menggunakan tenaga sebanyak sinar gamma selain tidak mampu melihat melalui tulang.

"Bagaimanapun, sinar gamma hanya mampu mengesan tumor dan ketumbuhan luar biasa di dalam tubuh setelah seseorang pesakit disuntik dengan isotop radio berukuran lemah dalam tempoh tertentu," ujarnya.

Selepas berbincang dengan beberapa pihak termasuk syarikat pengeluar seperti Toshiba dan Siemens Iqbal berkata, penambahan kollimator membantu meningkatkan prestasi sinar gamma tersebut.

Melalui usaha tersebut, beliau berjaya mendaftarkan satu paten berkaitan kollimator kasa dawai dan memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Ketika ini, Iqbal dan pasukannya sudah bersedia untuk memasang kamera mudah alih sinar gamma prototaip ciptaannya atau SPECT untuk mengesan barah payudara.

Hasil maklumat yang dikumpul pasukan penyelidiknya, kamera mudah alih SPECT ini digunakan terhadap wanita muda dan ibu yang mempunyai susu badan.

Iqbal menerima Anugerah Saintis Muda daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin pada November lepas, manakala pada bulan berikutnya, beliau menerima pengiktirafan daripada Akademi Sains Malaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Penduduk Parlimen Bagan Datoh terima pili bomba

Posted:

Penduduk Parlimen Bagan Datoh terima pili bomba

Penduduk Parlimen Bagan Datoh terima pili bomba

SHAHRUL ZAMAN (duduk kanan) bersama beberapa penduduk mengecat salah satu pili bomba yang dipasang di kawasan Parlimen Bagan Datoh, Perak baru-baru ini.


SUMBANGAN. Hampir 700 pili bomba dipasang di seluruh kawasan Parlimen Bagan Datoh melalui program Teman Pili Bomba yang diadakan di Taman Parit 4, Bagan Datoh, Perak baru-baru ini.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup.

Kemudahan itu sumbangan Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang dan Jabatan Penerangan Daerah Hilir Perak itu.

Menurut Shahrul Zaman, program tersebut membuktikan keprihatinan kerajaan dalam aspek keselamatan rakyat terutama ketika kebakaran.

40 pelajar baharu Unimas melawat Kubu Alice

Posted:

40 pelajar baharu Unimas melawat Kubu Alice

40 pelajar baharu Unimas melawat Kubu Alice


ROMBONGAN pelajar baharu program Antropologi dan Sosiologi Unimas yang mengadakan lawatan sambil belajar di Kubu Alice di Sri Aman, Sarawak baru-baru ini.


LAWATAN. Seramai 40 orang pelajar baharu program Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mengadakan lawatan sambil belajar ke Kubu Alice di Sri Aman, Sarawak baru-baru ini.

Dalam program itu, para peserta berpeluang melihat bukti-bukti artifak dan menyaksikan sendiri bagaimana aktiviti pemuliharaan dijalankan ke atas bangunan bersejarah tersebut.

Rombongan pelajar itu diiringi seorang profesor pelawat dari Case Western Reserve Amerika Syarikat, Prof. Dr. Mary Nancy White yang merupakan pakar dalam bidang arkeologi dan pernah bertugas di Fakulti Sains Sosial Unimas selama setahun.

Kubu itu merupakan bangunan tertua di Sarawak yang dibina di atas bukit di tebing Batang Lupar sejak 145 tahun lalu dan pernah dijadikan sebagai Pusat Pentadbiran Rajah Charles Brooke.

Konvoi basikal fixie sempena cuti umum

Posted:

Konvoi basikal fixie sempena cuti umum

Konvoi basikal fixie sempena cuti umum


SEBAHAGIAN peserta konvoi berbasikal fixie bergambar kenangan selepas selamat tiba di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.


RIADAH . Seramai 55 pengayuh basikal fixie mengambil kesempatan sempena Hari Pekerja untuk berkonvoi ke Port Dickson (PD), Negeri Sembilan baru-baru ini.

Kesemua mereka berusia 16 hingga 18 tahun itu terdiri daripada ahli kelab Criders Fixie Seremban, Fixwars Ampangan dan Senawang Crew.

Sesi kayuhan bermula dari Senawang, Seremban melalui Lebuh Raya Seremban-Port Dickson sebelum tiba di Port Dickson pada pukul 1 petang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kadar hutang rakyat turun lagi

Posted:

Kadar hutang rakyat turun lagi

Kadar hutang rakyat turun lagi

Oleh NOR SYARIZA MUHD. TAHIR dan FAHMY AZRIL ROSLI
berita@kosmo.com.my

DR. ZETI (kanan) beramah mesra dengan penerima Anugerah Kijang Emas, Justin Lim Kai Ze dari Sekolah Tinggi Kluang, Johor sambil diperhatikan oleh Alicia Grace Loh Ern Hui dari Kolej Universiti KDU (berkerusi roda) dan Nurizati Ali dari Sekolah Tun Fatimah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 Januari 2012 telah menunjukkan hasil yang positif dengan kadar pertumbuhan jumlah hutang isi rumah di Malaysia kini menurun kepada sembilan peratus.

Kadar pertumbuhan hutang isi rumah pada tahun lepas ialah 11.7 peratus, 13.5 peratus (tahun 2012 dan 2011) manakala 15.1 peratus pada tahun 2010.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Aziz Sattar meninggal dunia

Posted:

Aziz Sattar meninggal dunia

Aziz Sattar meninggal dunia

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


SANDAKIAH menyiram air mawar ke pusara Allahyarham bapanya, Aziz Sattar di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras semalam.


KAJANG – Bintang filem legenda, Datuk Aziz Sattar (gambar kecil), 89, yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran Malaysia meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ di sini semalam selepas dimasukkan ke hospital itu pada malam Ahad lalu kerana mengalami serangan jantung.

Anak bongsunya, Sandakiah, 46, berkata, bapanya meninggal dunia pada pukul 2 pagi iaitu selepas dua hari menerima rawatan di hospital itu.

Jenazah Allahyarham disempurnakan di Masjid Al-Taqwa di Cheras Perdana dekat sini selepas solat Zuhur.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tauke ikan diculik geng bersenjata

Posted:

Tauke ikan diculik geng bersenjata

Tauke ikan diculik geng bersenjata

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

KOTA KINABALU - Seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar diculik sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di Pulau Baik, kira-kira lima kilometer dari Silam, Lahad Datu dekat sini semalam.

Mangsa, Yang Zai Lin (gambar), 34, berasal dari Guangzhao, China diculik pada pukul 2.45 pagi selepas pusat ternakan ikan Wonderful Terrace Sdn. Bhd. itu diceroboh lima lelaki yang datang menaiki sebuah bot kecil.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, lima lelaki dengan dua daripadanya lengkap bersenjata M16 dan berpakaian celoreng ala tentera serta bertopeng bertindak memasuki bilik seorang pekerja wanita di pusat ternakan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Buang imej sebagai manusia sempurna

Posted:

Buang imej sebagai manusia sempurna

Buang imej sebagai manusia sempurna

Oleh ALIF ABU BAKAR

SENYUMAN mengiringi butir-butir kata dari mulut lelaki itu. Dekahan kecil sesekali menyulami sela jenakanya. Penuh santun, sederhana dan ramah berbicara, karakter murni itu masih tersemat rapi dalam keperibadian Wilson Tan Siong Ping.

32 tahun usianya. Sepanjang itu juga, dia melayari peralihan hierarki hidup yang mengujakan. Diawali sebagai jurutera kimia di Petronas kemudiannya melompat drastik ke pentas peragaan. Sekarang dia berjinak-jinak pula dalam dunia lakonan.

Muncul sebagai aktor jemputan untuk sebuah telemovie berjudul Peace In Love pada tahun lalu, Wilson menggunakan kesempatan itu semaksimum mungkin. Babak kecil daripada telemovie Taiwan itu berhasil mengunci tawaran buatnya tampil di layar perak.

Filem My Mr. Right bakal memperlihatkan bakat lakonan kepunyaan lelaki dari Gerik, Perak itu. Menggabungkan produksi dan pelakon dari Taiwan, Malaysia dan China, karya yang telah tamat penggambaran itu dijadualkan memasuki pawagam menjelang bulan Julai atau Ogos depan.

Seperti debaran mengepalai model-model di atas pentas peragaan, begitu jua gementar Wilson menantikan komentar para penonton. Dia mengakui, peragaan dan lakonan adalah dua cabang seni yang berlainan.

Kemahiran memancar pelbagai ekspresi wajah dan menzahirkan bahasa badan menerusi cara berjalan dan penggunaan postur yang betul selama bergelar model sukar diadaptasi ke dalam kancah lakonan.

Ideologi yang mengaitkan model sebagai manusia 'sempurna' menjadi cabaran terbesar Wilson. Beberapa kali dia ditegur pengarah agar tidak terlalu menjaga postur badan dan lebih natural ketika berjalan.

"Model tidak perlu berdialog tetapi apabila berlakon saya kena belajar memadankan intonasi suara, ekspresi muka dan pergerakan tubuh membentuk satu karakter berbeza," penuh semangat Wilson memula cerita.

BERASAL dari Gerik, Perak, Wilson mempunyai ketinggian 190sentimeter.


Lempang orang

Memegang salah satu peranan utama, watak Wilson pada luaran menepati fizikal asalnya - tinggi lampai dan kacak. Begitupun, sifat dalaman karakter bawaan Wilson sangat kontra dengan dirinya yang sebenar.

Sebagai lelaki baran dan bengis, watak Wilson dalam filem itu juga menuntutnya memaki dan melempang orang. Itu babak paling sukar untuk dipersembahkan Wilson di hadapan kamera. Ditambah pula keterpaksaan menjadi perokok tegar, sedangkan dia bukan seorang perokok.

Menukar kepekatan bahasa Mandarin orang Cina Malaysia kepada slanga Taiwan juga antara pelajaran unik yang diperoleh Wilson sepanjang penggambaran.

Pengalaman seperti itulah yang menyatu kepuasan Wilson sebagai aktor baharu. Bagi meraih gelaran pelakon, dia rela mendaki dari bawah, mempelajari perkara-perkara asas dan mengambil setiap teguran sebagai nasihat.

"Sesudah melepasi fasa awal ini, saya pun tidak menyangka yang saya mampu melakukannya," teruja mengisi luahan Wilson ketika ditemui Kosmo! di Studio Utusan Melayu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kendatipun hasilnya belum dinilai umum, lelaki setinggi 190 sentimeter itu telah pun dilamar produksi dari China untuk tiga buah filem. Enggan tergesa-gesa mengiyakan persetujuan, dedah Wilson, skrip menjadi pertimbangan utama.

Antara skrip dan watak idamannya adalah untuk filem bergenre seram dan aksi. Sementelah ligat mengasah karier lakonan, anak kedua daripada tiga adik-beradik itu masih belum bersedia mengambil tawaran filem berbahasa Melayu kerana kurang yakin dengan kefasihannya bertutur penuh dalam bahasa kebangsaan itu.

Berbual panjang bersama penyandang gelaran Model Lelaki Terbaik 2012 pada pertunjukan fesyen tahunan Mercedes-Benz Stylo Fashion Grand Prix itu turut mendedahkan sisi sederhana yang banyak membentuk dirinya.

Mungkin ada yang tidak mengetahui, pada tahun 2011, Wilson pernah mengasingkan diri selama sebulan untuk menjadi sami di Bangkok, Thailand. Niat itu pada awalnya ditentang ibunya yang bimbang Wilson akan memilih kehidupan sebagai sami seumur hidup, sekali gus menutup peluang untuk mendirikan rumah tangga.

PADA tahun 2011, jejaka berusia 32 tahun itu tekad menjadi sami untuk mencari semula identitinya.


Meditasi

Namun keikhlasan untuk mengenal kembali diri yang asal akhirnya direstui ibu Wilson. Selama tempoh singkat itu, rutin hariannya bermula seawal pukul 4.30 pagi. Dia hanya boleh makan sebelum 12 tengah hari dan berpuasa sehingga keesokan hari. Satu jam pula diperuntukkan untuk bermeditasi.

"Waktu itu, saya menerima banyak anugerah dan pengiktirafan. Dalam diam sikap saya berubah menjadi orang yang bangga diri. Menjadi sami adalah cara bagi saya mematahkan nilai-nilai negatif yang mula menjalar dalam diri.

"Hasilnya sangat memuaskan. Saya belajar untuk menghargai apa yang ada di sekeliling kita, elakkan merungut dan menerima setiap ketentuan dengan hati terbuka serta fokus kepada masa depan.

"Ia menyedarkan saya betapa tidak pentingnya paras rupa dan kekayaan kerana ia tidak boleh dibawa bila kita mati. Tujuan kita hidup adalah mencari kebahagiaan dan persediaan kehidupan selepas kematian," indah prinsip pegangan Wilson.

Kerendahan hati Wilson itu jugalah yang membuatkan dia selesa bersederhana dalam setiap perkara. Malah dia tidak ralat meninggalkan dunia glamor yang sedang memuncak namanya demi kehidupan biasa di kampung halaman.

Lima tahun adalah baki jangka masa baginya untuk aktif dalam bidang peragaan. Selepas itu, Wilson mahu pulang ke Gerik dan meneruskan perusahaan hotel dan pasar raya ibu bapanya.

Perniagaan keluarga yang bermula daripada sebuah kedai runcit itu memerlukan penyambung. Dia berasa bertanggungjawab untuk melunaskan hasrat ibu bapanya dan Wilson tidak keberatan.

Kakaknya yang bertugas sebagai guru kini sibuk menguruskan keluarga sendiri manakala adiknya selesa dengan kerjaya sebagai seorang doktor pakar.

Estetika feminin JLuxe

Posted:

Estetika feminin JLuxe

Estetika feminin JLuxe

BAJU kurung Javelle Luxe ini membawa sentimen feminin yang tinggi.


PEREKA fesyen tempatan, Jovian Mandagie baru-baru ini melancarkan koleksi JLuxe untuk butik dalam talian, Zalora Malaysia (Zalora). JLuxe merupakan rekaan baharu kepada koleksi sedia pakai pereka itu yang menampilkan nilai elegan dan eksklusif.

Setiap helaian JLuxe diintegrasi menawan bersama kombinasi warna kontra dan terang. Cetakan harimau bintang juga kelihatan pada beberapa rekaan sebagai cerminan gaya remaja dan segar buat si pemakai.

Tahun ini, Jovian menghasilkan 13 rekaan menerusi JLuxe. Antaranya, baju kurung moden, kurung peplum dan dres labuh.

Urban sederhana

Menepati cita rasa gaya wanita moden, JLuxe menghimpunkan elemen yang mewakili tenaga, elegan dan stail sopan tetapi masih memiliki kemewahan fesyen. Ia mendukung estetika feminin, sesuai untuk kelompok wanita yang dahagakan penampilan urban sederhana.

Penggunaan material seperti poli krep, Jacquard dan renda bersama perincian sulaman renda, manik kaca dan perhiasan halus menambah keanggunan dan seri kepada koleksi tersebut.

"Kami berbesar hati dapat menawarkan koleksi terkini daripada Jovian. Zalora sentiasa berusaha menyediakan fesyen high street secara langsung ke pintu rumah setiap rakyat Malaysia.

"Setakat ini, Jovian telah menjadi rakan kerjasama yang memberangsangkan bagi mencapai objektif ini," ujar Pengarah Urusan Zalora, Giulio Xiloyannis.

Fesyen high street boleh didefinisikan sebagai gaya yang tercipta hasil adunan jenama fesyen mewah dan fesyen jalanan. Ia kebiasaannya dijual pada harga sederhana.

Sebagai rekaan dalam kumpulan high street, JLuxe dipasarkan bermula pada harga RM420 sehingga RM480 sepasang. Ia boleh didapati semua pencinta fesyen Malaysia dan Brunei menerusi www.zalora.com.my.

Lima variasi pisau cukur

Posted:

Lima variasi pisau cukur

Lima variasi pisau cukur


PISAU cukur pakai buang hanya boleh bertahan sehingga lima kali penggunaan.


SEBELUM anda membuat keputusan membeli pisau cukur, kenal pasti perbezaan setiap jenis dan adakah ia bersesuaian dengan anda. Kanta Rias minggu ini membawakan lima jenis pisau cukur yang sesuai digunakan kaum Adam.

1) Pisau cukur pakai buang

Boleh dibeli dalam kuantiti banyak pada harga yang murah. Pisau cukur jenis ini boleh bertahan sehingga lima kali penggunaan atau apabila bilahnya mula berkarat.

2) Pisau cukur bilah berjalur (multi-blade)

Bilah pencukur ini kebiasaannya boleh ditukar ganti kerana dilengkapi katrij pakai buang. Terdapat juga pisau cukur jenis ini yang dibuang terus secara keseluruhan selepas beberapa kali digunakan.

Ketika melakukan pilihan, selain jenama, bandingkan ciri-ciri kebolehgunaan, ketahanan dan efisiensi. Bilangan bilah yang lebih daripada bilah tunggal berjalur tiga (multiple single-blade) mempercepatkan kerja mencukur.

Ketahanannya dikatakan mampu mencecah sebulan setengah. Namun realitinya, ia hanya sesuai digunakan untuk tempoh maksimum dua minggu.

Harganya juga agak mahal berbanding pencukur pakai buang. Bagi jenis bilah boleh diganti, anda perlu melaburkan wang ekstra bagi membeli pek isi semula pisau cukur ini.

Pencukur yang tidak mempunyai fungsi katrij pakai buang juga dijual pada harga tinggi disebabkan rekaan pemegang yang selesa dan sofistikated.

3) Pisau cukur bilah bermata dua

Pilihan ini kembali digemari kaum Adam. Walaupun secara teknikalnya pencukur bilah berjalur paling selamat, tetapi ramai meletakkan status itu terhadap pisau cukur jenis ini.

Pemegang pencukur ini dijual secara berasingan. Ia boleh diperoleh dari harga serendah RM30 sehingga RM3,000, bergantung kepada jenama dan rekaannya. Individu yang memilih pencukur ini lazimnya sanggup membeli pemegang eksklusif kerana bilahnya agak murah.

Bilah bermata dua sebaik-baiknya dibeli dalam kuantiti yang banyak. Dengan cara tersebut, anda akan memperoleh setiap bilah yang kurang daripada RM3.

Disebabkan harganya yang murah, ia hanya bertahan sehingga lima penggunaan dan anda disarankan menukar bilahnya setiap minggu jika anda bercukur setiap hari.

Begitupun, pencukur bilah bermata dua agak tajam berbanding pencukur lain dan sering meninggalkan luka kecil kepada pengguna kurang mahir.


PENCUKUR elektrik sesuai digunakan pada kulit kering dan cukuran segera.


4) Pisau cukur elektrik

Sesuai digunakan untuk cukuran kering. Majoriti pencukur elektrik direka khusus untuk digunakan pada kulit kering. Bagaimanapun, kekemasan dan ketajaman cukurannya tidak begitu sempurna.

Pencukur elektrik berharga murah selalunya memiliki kelajuan rendah. Justeru, tidak semua cukuran dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan efektif.

Namun, pencukur elektrik yang mahal sangat berguna kepada mereka yang sering bergerak pantas dan mahukan cukuran segera. Terdapat pencukur jenis ini misalnya, pencukur elektrik tanpa wayar, boleh diguna bersama air atau buih.

5) Pisau cukur straight

Selain klasik, ia juga lambang elegan dan maskulin. Pisau cukur ini kian dilupakan sejak pencukur pakai buang dan pencukur elektrik diperkenalkan. Lelaki hari ini juga menganggap ia sebagai pencukur yang melecehkan kerana perlu menguasai skil-skil tertentu sebelum boleh digunakan.

Pisau cukur straight berkemungkinan tinggi merupakan pisau cukur tertajam antara semua. Justeru, penggunaan pencukur ini bakal meninggalkan banyak luka kecil jika anda tidak mahir mengawalnya.

Kini pencukur straight digunakan kebanyakan salon rambut bagi mencukur sideburn, jambang dan misai pelanggan lelaki.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Langkah terbantut

Posted:

Langkah <i>The Reds</i> terbantut

Langkah The Reds terbantut

SUAREZ (kiri) tidak dapat menahan kesedihan selepas pasukannya, Liverpool mencatat keputusan seri 3-3 dengan Crystal Palace awal pagi semalam sekali gus menghalang hasrat mereka bersaing memburu kejuaraan


LONDON - Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers masih berbangga dengan pencapaian anak-anak buah beliau musim ini meskipun prospek mendakap trofi Liga Perdana England tampak terjejas apabila sekadar seri 3-3 dengan Crystal Palace awal pagi semalam.

Dalam aksi di Selhurst Park itu, skuad kendalian beliau berjaya mendahului 3-0 kira-kira 10 minit sebelum perlawanan tamat sebelum tuan rumah kembali bangkit menyamakan kedudukan.

Meskipun masih menerajui liga dengan 81 mata, The Reds hanya memiliki baki satu perlawanan berbanding pencabar terdekat, Manchester City yang memiliki baki dua perlawanan dengan 80 mata.

Justeru, Rodgers percaya The Citizens lebih berpotensi mendakap trofi liga domestik musim ini.

"Sudah tentu saya kecewa apabila kami gagal membawa pulang tiga mata.

"Namun, kami harus berbangga dengan pencapaian kami musim ini.

"Bagi saya, Manchester City yang akan menjuarai liga," kata Rodgers selepas tamat perlawanan.

Rodgers berkata, kejayaan The Reds mencetak 99 gol musim ini juga wajar dibanggakan peminat selain kembali layak ke kempen Liga Juara-Juara musim depan.

"Kami berjaya membuktikan kemampuan kami musim ini.

"Berjaya mempamerkan aksi seperti ini sememangnya satu kebanggaan buat pasukan.

"Ia masih musim yang hebat buat kami meskipun gagal mendakap trofi liga," kata Rodgers.

Dalam perlawanan itu, gol-gol The Reds dicetak oleh Joe Allen, Daniel Sturridge dan Luis Suarez sementara gol-gol tuan rumah pula dijaringkan oleh Damien Delaney dan Dwight Gayle (dua gol).

Meskipun berharap keputusan antara City-Aston Villa memihak kepada beliau, Rodgers sebaliknya menyalahkan pasukannya sendiri yang mensia-siakan peluang meraih tiga mata berharga semalam.

"Kami seharusnya beraksi lebih baik terutamanya ketika berdepan tekanan seperti ini.

"Meskipun Aston Villa sebuah pasukan yang liat untuk ditewaskan, saya tetap percaya Manchester City merupakan pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan itu sekali gus mencerahkan peluang mereka untuk menjuarai liga," jelas Rodgers. - AFP

Masih terlalu awal buat keputusan

Posted:

Masih terlalu awal buat keputusan

Masih terlalu awal buat keputusan

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

KIM SWEE (kiri) mengambil langkah berhati-hati membuat pemilihan pemain ke Sukan Asia.


PENGENDALI Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee enggan terburu-buru mengenalpasti skuad terbaik yang bakal membawa cabaran negara dalam temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September depan.

Sebaliknya, beliau lebih gemar menilai prestasi semasa skuad Harimau Muda A dalam saingan Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland, Australia terlebih dahulu sebelum mengenal pasti skuad terbaik menjelang temasya empat tahun sekali itu.

Menurut beliau, masih terlalu awal bagi menilai skuad terbaik negara ke Incheon lantaran saingan NPL Queensland masih di permulaan musim.

"Saya akan menunggu sehingga pertengahan musim saingan NPL Queensland terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Buat masa ini, ia masih terlalu awal kerana hanya pemain yang memiliki prestasi semasa terbaik yang akan disenaraikan ke temasya Sukan Asia," kata Kim Swee baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Kim Swee juga lebih berminat menilai prestasi semasa skuad Harimau Muda A secara sepasukan berbanding keupayaan individu semata-mata.

"Kemampuan pasukan dinilai secara menyeluruh, namun perkembangan pemain secara individu juga dipantau.

"Pada masa sama, saya juga berharap kesemua pemain dapat dipupuk dengan mentaliti untuk menang sepanjang mengharungi saingan NPL Queensland musim ini.

"Ia cukup penting berbanding terlalu bergantung kepada keputusan perlawanan semata-mata.

"Saya juga percaya pertemuan berdepan lawan-lawan yang berkualiti dalam saingan NPL Queensland mampu memberikan impak yang positif terhadap skuad Harimau Muda A menjelang temasya Sukan Asia kelak," jelas beliau.

Skuad Harimau Muda A bakal berdepan Brisbane Roar Youth di Padang Sukan Perry Park 1, Brisbane hari ini sebelum berdepan cabaran lebih getir apabila berdepan pendahulu liga, Palm Beach Sharks pada Sabtu ini.

"Kami bakal mengharungi jadual yang padat bulan ini, jadi saya percaya kedua-dua aksi ini bakal menjadi penentu sejauh mana kemampuan kami dalam NPL Queensland musim ini," katanya.

Skuad kendalian Kim Swee kini menduduki tangga kelapan liga hasil tiga kemenangan, dua seri dan satu tewas.

Untuk rekod, skuad Harimau Muda A membuka tirai NPL Queensland musim ini dengan kemenangan bergaya 5-2 ke atas Redlands United sebelum tumpas 1-2 kepada Sunshine Coast.

Skuad muda negara kemudiannya menjinakkan Olympic FC QLD (2-1); Moreton Bay United (3-3); Brisbane City (0-0) sebelum membelasah SWQ Thunder dengan kemenangan bergaya 5-0 minggu lalu.

Larkin kecoh lagi

Posted:

Larkin kecoh lagi

Larkin kecoh lagi

Oleh M. RIZAL NOR
berita@kosmo.com.my


ANGGOTA polis terpaksa berkawal d luar stadium berikutan keenganan penyokong Johor DT bersurai selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos Larkin, Johor Bahru malam kelmarin.


PEMAIN dan penyokong Pahang terpaksa berlindung di dalam Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin selama dua jam selepas tamat saingan separuh akhir pertama kempen Piala FA 2014 gara-gara tindakan penyokong pasukan lawan yang mengepung pintu masuk stadium berkenaan.

Ribuan penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT) mula berkumpul di pintu masuk stadium sebaik perlawanan tamat yang berkesudahan seri 1-1 seolah-olah ingin membalas dendam kepada pemain dan penyokong Pahang ekoran peristiwa hitam di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 7 Februari lalu.

Ketua pasukan Pahang, Razman Roslan berkata, para pemain mula berjalan keluar dari bilik persalinan untuk menuju ke bas namun mereka tiba-tiba dihalang oleh pihak berkuasa kerana bimbang tindakan agresif penyokong pasukan tuan rumah.

"Ketika berjalan keluar menuju ke bas kami sudah dengar suara penyokong Johor DT yang tidak berpuas hati dan ketika menghampiri pintu keluar, kami dapati ramai penyokong mereka sedang berkumpul.

"Saya tidak pasti sama ada mereka tidak berpuas hati mengenai permainan tersebut atau masih berdendam ekoran kejadian di Kuantan pada 7 Februari lalu," katanya.

Menurutnya, tindakan pantas pihak berkuasa yang menghalang pemain serta penyokong Tok Gajah keluar dari stadium berjaya mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Razman berkata, penyokong Johor DT sepatutnya bertindak profesional kerana kedua-dua pasukan mempunyai baki dua perlawanan selepas ini masing-masing di Larkin dan Kuantan.

"Gara-gara tindakan mereka berkumpul di luar stadium, kami terpaksa berehat di dalam stadium hampir dua jam sebelum dibenarkan keluar pada pukul 1 pagi," ujarnya.

Sementara itu, pemain sayap kanan Tok Gajah, Mohd. Azamuddin Mohd. Akil berkata, pihak berkuasa sepatutnya bertindak dari awal agar insiden seperti itu tidak berlaku lagi.

"Senario ini sudah dijangka dan semua pihak sepatutnya sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi sebarang kemungkinan namun kami tetap bersyukur kerana tidak ada pemain atau penyokong Tok Gajah yang cedera," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Tidak mahu terlalu berfantasi

Posted:

Tidak mahu terlalu berfantasi

Tidak mahu terlalu berfantasi

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

SHILA ALISH merupakan seorang guru Kimia di Johor Bahru, Johor.
PENGUNJUNG memenuhi ruang pameran penerbitan Love Novel di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


TUTUR bicara penulis novel bestseller yang mesra dipanggil Shila Alish ini sungguh tertib sesuai dengan penampilan sopan dan elegan yang dikenakannya tatkala bertemu di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra minggu lalu.

Siapa sangka guru subjek Kimia ini sebenarnya memiliki bakat menulis yang tidak kurang hebatnya. Walaupun beliau gemar menulis novel yang berkisarkan cinta, Shila Alish cenderung untuk menyelitkan kisah berbentuk pengajaran agar pembaca lebih berhati-hati dengan kehidupan.

Shila Alish atau nama sebenarnya Rosila Rahman, 40, berasal dari Johor Bahru, Johor merupakan guru di Sekolah Menengah Tasik Utara, Johor Bahru.

Minatnya terhadap bidang penulisan bercambah ketika berada di bangku sekolah namun, ketika itu beliau tidak mempunyai medium untuk mengetengahkan bakat yang terpendam. Kebelakangan ini, terdapat banyak penerbit yang berminat menerbitkan karya-karya penulis yang berpotensi sepertinya.

Peluang tersebut membolehkan penulis baharu sepertinya dapat memasuki pasaran dengan lebih mudah. Setakat ini, Shila Alish sudah menghasilkan dua naskhah novel bersama penerbit Love Novel Enterprise yang berjudul Mr. Secret Admirer dan Daripada Sekeping Surat Samanmu.

"Saya suka menulis kerana suka memerhati kelakuan orang dan ia tiada sempadan. Menulis juga membolehkan seseorang itu menjadi apa sahaja.

"Tapi saya cuba untuk tidak menerapkan elemen fantasi dalam novel kerana tidak mahu pembaca terikut-ikut dengan sesuatu yang tidak realistik," ujarnya yang mula serius menulis sejak tahun 2011.

Kenangan manis

Sepanjang bergelar penulis, kenangan paling manis Shila Alish ialah diundang ke Singapura dan menyaksikan sambutan luar biasa peminat di negara tersebut. Keterujaan peminat seolah-olah mereka berjumpa dengan personaliti bertaraf selebriti.

SHILA ALISH merupakan seorang guru Kimia di Johor Bahru, Johor.


Novel Mr. Secret Admirer yang diterbitkan pada Julai 2013 itu sudah dicetak buat kali kelima dan mencecah jualan 11,000 unit. Ia membakar semangat beliau untuk menghasilkan karya kedua yang ada menyelitkan kisah-kisah tauladan yang diperoleh dalam pengalaman mengerjakan umrah baru-baru ini.

Novel keduanya bertajuk Daripada Sekeping Surat Samanmu mengenai seorang guru wanita, Puteri Salwani yang terpaksa melalui pelbagai dugaan selepas menerima sekeping surat saman daripada Tuan Megat Irfan Wafiy akibat kesalahan jalan raya yang dilakukannya.

Puteri Salwani mula berubah setelah hidup dalam dendam dan benci selama lebih lima tahun akibat dikecewakan oleh lelaki yang dicintainya setengah mati.

Sementara itu, hati Tuan Megat Irfan Wafiy mula terdetik sesuatu selepas menyaman wanita tersebut dan berasa seolah-olah telah lama mengenali Puteri Salwani. Apa yang dirasakannya berasas apabila beliau terjumpa semula gambar Puteri Salwani yang pernah diberikan oleh ibunya setahun yang lalu, namun hanya disimpan kerana tidak berminat untuk dijodohkan.

Sejak hari itu Tuan Megat Irfan Wafiy mula mendekati Puteri Salwani kerana sikap wanita tersebut menarik hatinya. Niat yang pada asalnya sekadar ingin mengacau berubah apabila lama-kelamaan dia mula jatuh hati.

Kemunculan semula lelaki yang pernah dicintai Puteri Salwani iaitu Fauzan yang ingin menagih semula cintanya hanya memporak-perandakan hidupnya apabila kehormatannya telah diragut secara paksa.

Selepas episod hitam itu berlaku, Puteri Salwani cuba menjauhkan diri daripada Tuan Megat Irfan Wafiy kerana merasakan dia sudah tidak layak untuk lelaki sebaik itu.

Wanita itu membawa diri ke Tanah Suci dan tidak menyangka berlaku pertemuan misteri dengan seorang lelaki bernama Izham yang seiras dengan Tuan Megat Irfan Wafiy.

Bagi mengetahui kisah selanjutnya, pembaca boleh mendapatkan novel ini pada harga RM25 di kedai-kedai buku utama negara.

Kontroversi pembukaan Muzium Tiananmen

Posted:

Kontroversi pembukaan Muzium Tiananmen

Kontroversi pembukaan Muzium Tiananmen


DATARAN Tiananmen ini yang dikenali sebagai Pintu Keamanan Syurga merupakan monumen terkenal di Beijing.


MUZIUM pertama di dunia yang didedikasikan kepada kisah berdarah Dataran Tiananmen telah dibuka di Hong Kong baru-baru ini. Bagaimanapun, pembukaan tersebut menerima tentangan pihak pro-China dan mereka telah melakukan tunjuk perasaan bagi meluahkan rasa tidak puas hati.

Dataran Tiananmen dikenali sebagai Pintu Keamanan Syurga merupakan monumen terkenal di Beijing.

Pada 3 dan 4 Jun 1989, dataran itu menjadi lokasi satu peristiwa perjuangan demokrasi di China yang berakhir dengan pembunuhan beramai-ramai.

Sebahagian besar rakyat China terutama golongan antikomunis masih mengingati penindasan kejam yang dilakukan pihak tentera terhadap penunjuk perasaan prodemokrasi di Beijing.

Ramai yang tidak menyedari bahawa semua rujukan terhadap tindakan kekerasan tersebut telah diharamkan di tanah besar China.

"Penduduk Beijing meminta kami menceritakan kisah sebenar kepada dunia tentang pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di dataran tersebut.

"Ia merupakan perkara yang masih jelas dalam ingatan saya," kata Lee Cheuk-yan, pengerusi kumpulan prodemokrasi yang membiayai muzium tersebut.

Cheuk-yan mendedikasikan muzium tersebut kepada mereka yang sanggup mengorbankan nyawa demi demokrasi.

Perikatan Menyokong Pergerakan Demokratik Patriotik China juga menganjurkan upacara menyalakan lilin pada 4 Jun setiap tahun di Hong Kong yang dihadiri oleh puluhan ribu pengunjung.

Pengkianat

Pembukaannya bagaimanapun dibantah ahli-ahli kumpulan pro-China yang menjerit kepada pihak penganjur di luar bangunan dan memanggil mereka pengkhianat.

Salah seorang penunjuk perasaan berteriak. "Mereka tidak bercakap tentang Pembunuhan Nanjing dan hanya bercakap mengenai peristiwa 4 Jun."

Dia merujuk kepada insiden di mana China mendakwa lebih 300,000 orang dibunuh oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.


IMEJ penunjuk perasaan Tank Man yang telah menarik perhatian dunia.


Penunjuk perasaan yang menggelar diri mereka sebagai Kumpulan Kebenaran 6.4 berkata, perikatan tersebut telah membentangkan akuan songsang terhadap peristiwa kekerasan yang berlaku dan tentera China juga turut terbunuh ketika peristiwa tersebut.

Ramai penduduk China tidak tahu mengenai Peristiwa 4 Jun ini. Kebanyakan generasi tua yang terselamat daripada kekejamam itu juga enggan bercakap mengenainya.

Kawasan seluas 74.32 meter persegi di daerah sedang membangun, Tsim Sha Tsui Timur, menayangkan klip video dan gambar Tank Man iaitu seorang penunjuk perasaan lelaki yang berdiri di hadapan kereta kebal tentera China. Dia merenung dan memerhatikan barisan panjang kenderaan tentera.

Terdapat juga tugu Dewi Demokrasi setinggi dua meter, sama seperti yang didirikan di Dataran Tiananmen semasa demonstrasi berlangsung.

"Jika suatu hari nanti muzium ini dibuka di Beijing, sudah tentu tanggapan terhadap peristiwa tersebut dapat dibetulkan," kata Jonathan Chan.

Beliau merupakan wakil pelajar Persekutuan Hong Kong yang membekalkan khemah dan makanan kepada penunjuk perasaan di Dataran Tiananmen.

Tragedi

Dia antara ribuan saksi tragedi di Dataran Tianamen. Ketika itu Chan ditugaskan di bahagian bekalan (di tapak khemah penunjuk perasaan) dan beliau melihat bagaimana sebahagian daripada mereka mati dan cedera akibat terkena tembakan tentera.

Katanya, tragedi berdarah itu tidak pernah padam dalam memorinya dan akan dikenang sehingga ke akhir hayat. Bagi beliau, generasi muda China juga perlu mengetahui kisah benar mengenainya.

"Sehingga hari ini, Beijing tidak pernah mengisytiharkan angka korban rasmi terhadap kekerasan tentera yang suatu ketika dahulu pernah mendapat kritikan masyarakat dunia," ujarnya sambil memandang ke arah muzium itu penuh sayu. – AFP

Istimewa buat ibu tercinta

Posted:

Istimewa buat ibu tercinta

Istimewa buat ibu tercinta

KUMPULAN tukang masak Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur menyediakan sendiri setiap hidangan khas sempena Sambutan Hari Ibu.


WANITA bergelar ibu adalah insan yang paling bernilai di dunia. Andai digadaikan segunung intan dan dileburkan emas permata belum mampu melunaskan jasa mereka.

Keringat tatkala mengendong generasi baharu selama sembilan bulan sebelum dilahirkan sudah cukup melambangkan betapa besar pengorbanan kaum Hawa.

Sehubungan itu, tarikh 10 Mei seharusnya menjadi momen indah bagi wanita yang bergelar ibu mendapat layanan manja daripada anak-anak.

Bulan Mei yang sinonim sebagai bulan meraikan ibu, lazimnya melibatkan aktiviti pemberian cenderamata atau makan malam bersama.

Bertempat di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur selain berpeluang meraikan Hari Ibu dengan menikmati hidangan ala Jepun, China, tempatan dan Barat, hotel tersebut turut menyediakan perkhidmatan spa khas buat ibu tercinta.

Hari bersejarah

Pada 11 dan 12 Mei 2014, Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur menawarkan pakej minuman petang bermula pada pukul 1 tengah hari hingga 5 petang.

Dihidangkan pada harga RM58++ seorang dan percuma bagi kanak-kanak di bawah umur empat tahun, para ibu berpeluang merasai nikmat spa bibir, tangan dan tata rias ubah rupa daripada rangkaian produk kecantikan Mary Kay.

Malah, bagi 30 ibu paling awal mendaftar layak membawa pulang baucar kecantikan membabitkan rawatan muka, mata dan pelangsingan badan bernilai RM1,000.

Sebanyak 50 baucar berupa hadiah bernilai RM278 setiap satu menanti ibu-ibu yang bertuah.

Pengurus Pemasaran Komunikasi Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur, Terry J berkata, pendekatan itu diharap mampu membuat para ibu berehat sepenuhnya sambil menikmati hidangan di hotel tersebut.


TANDURI ayam masakan yang turut menjadi kepakaran tukang masak Hotel Grand Seasons.


Beliau memberitahu, pihaknya yakin pada hari bersejarah itu, para ibu mahu lari seketika daripada tanggungjawab kelaziman mereka.

"Kami berpendapat perkhidmatan spa merupakan pilihan yang sangat tepat. Ia memberi ruang untuk mereka bersantai dan kembali segar selepas merasai sentuhan magis daripada rangkaian produk Mary Kay," katanya ketika ditemui Kosmo!

Selain menyediakan sesi minum petang, hotel tersebut menyediakan hidangan makan malam cita rasa antarabangsa pada harga bermula dari RM75++.

Kesemua hidangan diselia Ketua Tukang Masak Eksekutif Hotel Grand Seasons, Chef Randy YL Liow yang mempunyai pengalaman selama tiga dalam dunia kulinari.

Menjanjikan hidangan yang lazat, Randy mendedahkan setiap sos dalam hidangan merupakan adunan asli pasukan tukang masa di hotel itu.

Katanya, setiap rasa yang dihasilkan seperti masin, masam dan manis diadun sendiri menggunakan gabungan herba terpilih, buah-buahan dan sayur-sayuran.

"Kita mahu mereka menyerap pelbagai khasiat sepanjang menikmati hidangan kami. Oleh sebab itu kami memerah idea bagi menghasilkan resipi seperti menghasilkan rasa manis tanpa terlalu bergantung pada gula, ujarnya.

Mengulas mengenai hidangan yang pasti membuatkan ibu dan pengunjung terliur, ia melibatkan hidangan ikan siakap masak tiga rasa, sup ayam ginseng dan hidangan daging kambing gril ala China. - AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved