Khamis, 8 Mei 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Hari kritikal menanti, ketika Thailand rancang pilihan raya

Posted:

Hari kritikal menanti, ketika Thailand rancang pilihan raya

Hari kritikal menanti, ketika Thailand rancang pilihan raya

08/05/2014 10:33pm

BANGKOK - Hari-hari mendatang akan menjadi kritikal bagi menentukan proses pilihan raya umum Thailand berikutan penyingkiran bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat dengan kerajaan sementara pada Rabu ini bagi membincangkan mengenai pilihan raya umum baharu yang dirancang diadakan pada 20 Julai ini.

Bagaimanapun, bermula hari ini hingga Rabu ini terdapat beberapa acara besar yang boleh mempengaruhi proses pilihan raya itu.

Setakat pukul 1.20 pagi ini, rumah seorang hakim Mahkamah Perlembagaan di sini terkena serangan bom tangan malam tadi, yang banyak dispekulasikan sebagai tindak balas terhadap penyingkiran Yingluck.

Terdapat kebimbangan mengenai banyaknya keganasan yang bakal tercetus.

Perhimpunan besar yang dirancang kumpulan antikerajaan Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) dan Baju Merah pro-kerajaan. - Bernama

India bantah data WHO paparkan kualiti udara Delhi paling tercemar di dunia

Posted:

India bantah data WHO paparkan kualiti udara Delhi paling tercemar di dunia

India bantah data WHO paparkan kualiti udara Delhi paling tercemar di dunia

08/05/2014 10:29pm

NEW DELHI - Pusat pemantauan udara India hari ini telah menolak paparan data yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan kualiti udara bandar raya New Delhi paling tercemar di dunia dan mendakwa penemuan data itu bersifat berat sebelah serta mengelirukan.

Menurut satu kajian melibatkan sejumlah 1,600 bandar dari 91 buah negara yang dikeluarkan oleh WHO, Delhi dilaporkan memiliki purata kepekatan zarah kecil bawaan udara tahunan yang kurang daripada 2.5 mikrometer diameter (PM 2.5), iaitu bacaan 153.

Angka itu adalah hampir tiga kali ganda lebih tinggi bacaan di Beijing iaitu 56 walaupun reputasi ibu negara China itu terletak dengan keadaan kabus yang 10 kali ganda berbanding London.

"Kami memiliki data berhubung New Delhi dan ia tidak berat sebelah," kata Gufran Beig daripada Sistem Penyelidikan dan Ramalan Cuaca Kualiti Udara (SAFAR).

"Data itu diambil kira dari 10 stesen pemantauan kualiti udara yang terletak di sekitar ibu negara melalui cara yang tidak berat sebelah. Ia juga tidak mengelirukan," kata Beig.

Pertubuhan WHO menggunakan data bandar raya New Delhi yang diperolehi dari tahun 2010 hingga 2013 melibatkan lima buah stesen pemantauan dari kawasan perumahan dan lain-lain lagi.

Sementara itu, data dari China pula adalah dari tahun 2010, iaitu kali terakhir data diperolehi berikutan pihak berkuasa menerima tekanan agar telus dalam mendedahkan maklumat.

"Kini pihak kami sedang meneliti data bagi tahun 2011 hingga 2014 dan data berkenaan yang diperoleh dari Kedutaan Amerika Syarikat di Beijing. Ini akan membantu untuk membuat perbandingan yang lebih tepat," ujar Beig.

Partikel PM 2.5 merupakan zarah yang mudah masuk ke dalam badan manusia dan boleh mengganggu fungsi paru-paru.

Zarah-zarah tersebut turut dikaitkan dengan peningkatan kadar penyakit bronkitis kronik, kanser paru-paru dan penyakit jantung. - AFP

Mayat lelaki ditemui terapung di perairan Teluk Tempoyak

Posted:

Mayat lelaki ditemui terapung di perairan Teluk Tempoyak

Mayat lelaki ditemui terapung di perairan Teluk Tempoyak

08/05/2014 10:19pm

GEORGE TOWN - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di perairan Teluk Tempoyak, Batu Maung dekat sini hari ini.

Mayat Lim Khong Hock, 58, ditemui lengkap berpakaian oleh nelayan yang sedang menangkap ikan pada 12.15 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, hasil siasatan mendapati identiti lelaki itu sepadan dengan lelaki yang dilapor hilang selepas keluar dari rumahnya, petang semalam.

"Laporan kehilangan Lim dibuat anaknya di Balai Polis Seberang Jaya pada pukul 10.40 pagi ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, Lim yang tinggal di Seberang Jaya bersama anak lelakinya itu dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar bersendirian untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta berhampiran rumahnya kira-kira 6.30 petang semalam.

Polis percaya mayat Lim dihanyutkan lebih 12 jam dan pemeriksaan pada badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan fizikal.

Mayat dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved