Khamis, 8 Mei 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kadar tol lebuh raya disusun semula

Posted:

Kadar tol lebuh raya disusun semula

Kadar tol lebuh raya disusun semula

FADILLAH (kiri) menyatakan sesuatu ketika melawat tapak pembinaan kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Subang semalam.


SUBANG - Beberapa syarikat konsesi lebuh raya telah mengemukakan maklum balas dan cadangan kepada kerajaan berhubung penstrukturan kadar tol, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Katanya, maklum balas itu yang diperoleh hasil pertemuan pihaknya dengan syarikat konsesi terbabit sebelum ini, akan dibincangkan lebih lanjut dalam satu mesyuarat bersama pihak berkaitan.

"Kita akan bentangkan maklum balas daripada syarikat konsesi ini dalam mesyuarat pada 12 Mei di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi, Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Kementerian Kewangan serta kementerian lain yang terlibat.

"Mesyuarat ini adalah untuk melihat cadangan timbal balas daripada syarikat konsesi.

"Itu sahaja perkembangan yang boleh saya berikan untuk masa ini," katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi penguatkuasaan bersepadu di tapak projek pembinaan Kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Teroka tanah haram rugikan Perak

Posted:

Teroka tanah haram rugikan Perak

Teroka tanah haram rugikan Perak

Oleh SOPI SAMAILE, FIRDAUS HASSAN dan MOHD. AFIQ ZULKIFLI
berita@kosmo.com.my

IPOH - Para peneroka haram yang dipercayai didalangi oleh sindiket tertentu kini dilihat semakin berleluasa meneroka tanah milik kerajaan Perak untuk diusahakan dengan projek-projek pertanian serta penternakan menerusi gerakan terancang di seluruh negeri ini.

Apa yang mengejutkan, tindakan mereka itu bukan sekadar meneroka tanah semata-mata, malah kegiatan tersebut didakwa turut melibatkan kegiatan kumpulan kongsi gelap yang menyokong pengusaha-pengusaha berkenaan dari belakang.

Satu sumber memberitahu, akibat perbuatan tersebut, kerajaan negeri telah mengalami kerugian dianggarkan lebih RM60 juta setiap tahun kerana gagal mengutip cukai mahupun premium tanah yang diteroka secara haram itu.

"Malah, ada dalam kalangan pengusaha terbabit yang begitu berani sehingga memonopoli sesebuah kawasan yang diteroka melibatkan tanah seluas hingga 80 hektar.

"Menariknya, hasil pertanian dan ternakan mereka bukan hanya untuk pasaran dalam negara, malah ia juga untuk dieksport keluar negara seperti Singapura," katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Menurut sumber tersebut, para peneroka tanah terbabit mampu meraih keuntungan sehingga ratusan ribu ringgit setiap tahun hasil daripada projek pertanian atau ternakan yang mereka usahakan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ruangan kaum dalam borang kekal

Posted:

Ruangan kaum dalam borang kekal

Ruangan kaum dalam borang kekal

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

TAIPING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kerajaan telah memutuskan untuk menghapuskan ruangan maklumat kaum dalam borang kerajaan ketika melakukan urusan rasmi.

Beliau berkata, Kabinet ada berbincang berhubung perkara tersebut tetapi keputusannya adalah untuk mengekalkan amalan dan dasar yang sedia ada.

"Saya hendak nyatakan bahawa tidak ada perubahan dasar kerajaan mengenai borang permohonan rasmi kerajaan yang mana ruang kaum itu masih kekal.

"Kabinet tidak membuat keputusan memansuhkan keperluan mengisi ruang tersebut dengan kategori kaum," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved