Kosmo Online |
- Gempa bumi sederhana berlaku di Thailand
- Penutupan sementara bekalan air di Seremban dijadual esok ditunda ke 20 Mei ini
- 16 guru dari Jepun jalani latihan bahasa Inggeris di Malaysia
Gempa bumi sederhana berlaku di Thailand Posted: Gempa bumi sederhana berlaku di Thailand05/05/2014 9:22pm KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Thailand pada 7.08 malam ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di 138 kilometer timur laut Chiang Mai, Thailand dan 1,436 kilometer barat laut Padang Besar, Perlis. Menurut kenyataan itu, gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami. -Bernama |
Penutupan sementara bekalan air di Seremban dijadual esok ditunda ke 20 Mei ini Posted: Penutupan sementara bekalan air di Seremban dijadual esok ditunda ke 20 Mei ini05/05/2014 9:20pm SEREMBAN - Penutupan sementara bekalan air di sebahagian kawasan Seremban selama 24 jam yang dijadualkan mulai pukul 8 pagi esok akan ditunda ke 20 Mei ini. Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS), Zulkifli Ibrahim berkata, langkah itu bagi memulihkan dahulu masalah bekalan air di Seremban 2. "Bekalan air di Seremban 2 mengalami gangguan mulai semalam berikutan paip air pecah," katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini. - Bernama |
16 guru dari Jepun jalani latihan bahasa Inggeris di Malaysia Posted: 16 guru dari Jepun jalani latihan bahasa Inggeris di Malaysia05/05/2014 9:16pm PUTRAJAYA - Enam belas guru dari Hamamatsu, Jepun akan dihantar ke Malaysia untuk mempelajari bahasa Inggeris bermula Julai depan. Timbalan Menteri Pendidikan Kedua, P.Kamalanathan berkata, guru-guru tersebut yang akan mengajar bahasa Inggeris di peringkat pra sekolah, akan mengikuti latihan di Universiti Sunway dari 26 Julai hingga 24 Ogos ini. "Mereka kagum dengan cara pengajaran kita. Ini kerana pegawai-pegawai tertinggi mereka melihat sendiri kaedah pengajaran dan pembelajaran di sini sebelum menghantar guru-guru berkenaan menjalani latihan. "Kedua-dua negara komited untuk bekerjasama bagi memperkasa sektor pendidikan yang akan memberi manfaat kepada Malaysia dan Jepun,"katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun, Hakubun Shimomura di sini hari ini. Selain itu, kata P.Kamalanathan, antara cadangan dibangkitkan pada pertemuan itu adalah persetujuan Jepun untuk menambah baik mutu Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) yang berpusat di Malaysia sejak 2012 dengan sokongan 25 universiti negara itu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan